Nak camping tapi tak nak susah payah setup khemah semua, haa korang boleh datang ke café camping Raya Wagyu Dungun untuk rasa sendiri makan macam di campsite yang lengkap dengan setup camping yang cantik.
Berkonsepkan kafe dalam tapak perkhemahan, kat sini juga korang turut terdapat sebuha rumah melayu klasik yang turut dihias indah untuk pengunjung datang dan merakam gambar kenangan.
Menu yang disediakan di sini juga tidak kurang hebatnya, dah nama pun Raja Wagyu tentulah hidangan Wagyu ada kat sini. jangan lupa cuba Wagyu Skewer macam yang korang boleh dapat kat Bukit Bintang tu.
Ads
Sambil makan bolehlah ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan. Kalau nak buat majlis istimewa seperti sambutan harijadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, korang boleh request untuk mereka hias indah untuk majlis yang akan berlangsung.
So kalau dah sampai Dungun, jangan lupa singgah Raja Wagyu Dungun, Café Campsite dan rasai sendiri pengalaman makan kat sini.
Tasik Kenyir yang terletak di Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. Ia juga merupakan empangan hidroelektrik yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia.
Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan. Ia turut menjadi habitat kepada pelbagai spesies bunga dan spesies tumbuhan serta ratusan spesies ikan air tawar seperti baung, toman, kelisa, lampam dan kelah.
Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, atau pemanduan pacuan empat roda.
Pelbagai jenis penginapan disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Salah satu produk pelancongan yang menarik di Tasik Kenyir ialah air terjun. Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk yang popular iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.
Air Terjun Lasir
Dengan ketinggian 500 kaki, Air Terjun Lasir merupakan air terjun tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas. Air terjunnya cantik dan bertingkat-tingkat. Antara yang menjadi tarikan di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberang air terjun. Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30 hingga 45 minit.Aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di Air Terjun Lasir ialah mandi-manda, berkhemah, merentas hutan dan mendaki.
Air Terjun Saok
Air terjun yang agak landai dan terletak lebih hampir dengan Pengkalan Gawi ialah Air Terjun Saok. Ia juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi tetapi tidak mempunyai kolam-kolam yang besar sebagaimana Air Terjun Lasir. Taman Herba di Pulau Sah Kecil terletak tidak jauh dari laluan masuk ke kawasan Air Terjun Saok ini. Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, Hanya 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Santuari Kelah yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi, dibangunkan dan diselia oleh Ketengah selaras usaha pemuliharaan spesies ikan kelah yang semakin terancam selain mempromosi aktiviti rekreasi sebagai galakan tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.
Pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu kelah, malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan kelah di sini sentiasa menanti kehadiran pengunjung untuk menghulurkan makanan berupa palet ikan. Selain memberi ikan kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang ikan ini.
Berkuatkuasa awal Mac 2019, kadar harga tiket masuk ke Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir adalah sebanyak RM25 untuk pengunjung dewasa. Bagi kanak-kanak pula bayaran yang dikenakan adalah RM15 manakala kalangan bukan warganegara, sebanyak RM45 (dewasa) dan kanak-kanak (RM25). Kadar berkenaan meliputi tiket masuk, pertukaran bot dari Kompleks Santuari ke Hentian 1 di Sungai Petang di samping barangan cenderahati dan snek.
Bagi yang ingin melihat dan berinteraksi dengan si gajah boleh berkunjung ke Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Kebanyakan gajah di KECV rata-ratanya adalah anak gajah yatim piatu. Gajah berkenaan sangat manja, begitu terlatih, selain ‘mendengar’ kata atau arahan daripada gembala mereka. Pengunjung di beri peluang untuk memberi gajah makan serta mandi bersama anak gajah. Ianya sesuatu yang menyeronokkan!
Tasik Kenyir memiliki tarikan untuk kaum wanita apabila diisytiharkan sebagai Zon Bebas Cukai dengan aktiviti penjualan barangan yang dikecualikan cukai bermula tahun 2017 lalu. Pusat jualan di sini terdiri daripada lima premis perniagaan antaranya coklat, bagasi, minyak wangi, pinggan, mangkuk dan peralatan memasak. Penjualan yang dijalankan ini tidak membabitkan aktiviti jualan barangan berduti tinggi seperti rokok, produk petroleum, kenderaan dan produk minuman beralkohol.
Kunjungan ke Taiwan pastinya tidak mengecewakan kerana ia memiliki banyak destinasi menarik untuk dikunjungi antaranya Shangrila Leisure Farm.
Terletak berhampiran gunung Doyuan berkedudukan pada ketinggian 250 meter dari paras laut, suhu di lokasi ini agak sejuk dan nyaman. Pelancong luar yang datang ke Taiwan pasti dicadangkan untuk singgah ke sini untuk lawatan satu hari atau tidur beberapa malam.
Di Shangrila Leisure Farm pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis buah segar ditanam, seperti buah naga, buah kundur, limau dan banyak lagi. Shangrila Leisure Farm turut mempunyai resort penginapan yang berkonsep ala kawasan pergunungan Eropah, dan paling penting ia mesra muslim.
Suasana di sini cukup ‘berangin’ dan sesuai untuk percutian keluarga atau berbulan madu. Spot lokasi yang menjadi tarikan pengunjung untuk merakan gambar kenang-kenangan di sini ialah di sebuah kawasan buaian kayu gergasi yang menghadap pemandangan indah.
Makan malam yang disajikan buat tetamu juga dijamin halal berupa menu sayur, taufu, udang dan ikan. Menu makanan semuanya segar hasil ladang-ladang ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di sini. Paling menarik, pada malam hari pengunjung diberi kesempatan menerbangkan tanglung kertas yang dibakar. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah bermain gasing, atau membuat manisan tradisional.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selepas fenomena bunga sakura ala Jepun, jerami padi ala Texas, dan rumput karpet ala New Zealand tular di media sosial di negeri utara Semenanjung Malaysia, kali ini petak sawah atau padang terbiar pula ada tarikan terbaru.
Kawasan-kawasan ini dipenuhi dengan bunga lalang menjadi tumpuan ramai untuk bergambar. Ia juga dikatakan menjadi port terkini di Kedah untuk instagrammable. Namun, permandangan sebegini tidak akan lama, kerana ia hanya muncul pada musim-musim tertentu dan tidak boleh dijangka.
Antara Kawasan yang menjadi tumpuan ramai untuk melihat bunga lalang ini adalah berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pekan Kuala Ketil dan berdekatan Balai Bomba Alor Setar Jalan Tun Razak. Lokasi ini dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan sekali gus menjadi tarikan pengunjung.
Ramai yang tidak menyangka kawasan itu begitu cantik setelah mengalami beberapa musim seperti musim tengkujuh dan musim panas yang sedang berlaku sekarang ini. Keindahan kawasan itu hanya disedari penduduk setempat selepas melihat gambar yang tular di media sosial.
Walau bagaimana pun ketika berkunjung di kawasan berkenaan, pengunjung dinasihati menitikberatkan keselamatan apabila bergambar kerana dibimbangi ada haiwan berbisa disebalik bunga lalang tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...