Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada study sahaja? Waktu inilah sesuai untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Melancong membantu pengajian anda Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Melancong bermakna bertemu orang baru Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive! Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
IKLAN
Melancong akan melebarkan sempadan anda Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga. Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
IKLAN
Kaya atau tidak, itu bukan penghalang Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
IKLAN
Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kata orang, kalau sesiapa ke Sabah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kundasang. Ini kerana, kawasan yang berada di kaki pergunungan tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu itu cukup terkenal dengan pelbagai daya tarikan pelancongan yang unik dan tersendiri. Menjanjikan iklim sejuk, segar dan nyaman dengan pemandangan indah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di pekan Kundasang.
Untuk yang bercadang ke Kundasang buat pertama kali, ini panduan perkongsian menarik daripada Mira Maira
(Kota Kinabalu – Kota belud – Kundasang – Ranau – Kundasang – Kota Kinabalu) – 30 August – 5 September 2020 (7h6m)
BUDGET
* Cabana Retreat, Kota Belud: RM195/ 1malam (Included Breakfast)
* Curvert View, Kundasang : RM189/1malam
* Hounan Ridge Farmstay & Camping : RM100.00/1malam
* Umea Glam, Kundasang : RM250.00/1mlm (Include Breakfast)
* Kereta (Cousin bg pinjam )
* Minyak kereta : RM120 untuk 7 hari
* Tiket Flight : RM338.00 (beli 1 minggu sblm fly)
ITINERARI RINGKAS:
AHAD | 30 AUGUST 20202
* Cousin ambik dkt airport
* Terus pegi pasar Gaya Street
* Signal hill tower (FOC) view bandar KK
* Gayang seafood (Cousin belanja)
* Perdana Park (Parking RM1.00)
ISNIN| 31 AUGUST 2020
• Jambatan tamparuli (FOC)
• Upside Down House Sabah (12.00/person)
• The Peak Of Hope (25.00/person)
• Sabandar cowboy town (2.50/person)
• Check In : Cabana Retreat (Kota Belud) +Free Tour Fireflies Tour
* Sunset Catching + Makan depan kedai Cabana (Try Nasi Ikan Bahulu Penyet) + Milo Ais dia mmg kawwwww.
Notes :
The Peak of hope tu tkda apa pun . sama je konsep tangga + Pintu. Lepas tu kena call utk pick up sbb jalan dia keta tk blh masuk. Korang jgn memandai nk naik keta tak Parking tepi jalan. Agak mahal 25.00 sorang. Rugiii
Cabana Retreat (honestly aku tak rasa tmpt ni privacy utk org check in) Org awam boleh masuk dgn bayaran RM5.00 ~ Kalau nk rasa tido glamping why not? boleh lah stay sini. Toilet dia dkt luar yerr . Pakej termasuk free tour kunang2 + sarapan pagi. Hotel ni book direct website lg murah. Here the link : https://www.cabanaretreat.com/
Plan asal utk stay kota belud ni utk pegi day trip ke Pulau Mantanani next day. Tapi sbb info yg kurang meh aku cerita pengalaman aku. Pulau Mantanani utk day trip beroperasi utk hujung minggu sahaja. Kena book awal2 utk day trip. Kalau weekday korang kena ada 8 pax ke atas utk sewa 1boat. Pulau Mantanani kalau nk prgi kena stay 1malam dekat pulau. Boleh cuba tido dekat sutera mantanani. Naik Dekat Sutera Mantanani Jetty Kota Belud. (Till next trip)
Tegudon (kena masuk dalam hujung dunia jumpa perkampungan) but worth view. Nak khemah + ada beberapa aktiviti blh buat kt sini. Syoq BBQ kat sini. Kt jambatan tu wajib bergambar sbb ada sawah pagi.
Polumpong + Nohutu aku tk dpt nak mandi manda sbb hujan. But my advice korang boleh cuba bermalam dkt Nohutu. tempat dia atas sikit dr Polumpong.
Curvert View (Hotel konsep capsule) . aku ambik bilik VIP. semua bilik boleh jer view Akinabalu kalau bernasib baik sbb aku prgi musim hujan. Sama konsep mcm cabana tp kt sini org ramai boleh masuk smpi 3.00ptg sahaja untuk bergambar. Byk juga port2 gmbr kt sini.
RABU | 02 SEPT. 2020
• OOTD dkt curvert view
• Desa Farm (Lembu tutup sbb covid)
• Uncle Sulap View Gunung + Air terjun (13.40 mee goreng + milo)
• Sosodikon hill (3.00 entarance for 2)
• Sg monoli fish spa – (5.00/person)
• Sabah tea – lepak minum teh
• Check In : Hounan Ridge Farmstay & Camping
Notes :
Main Highlight nk prgi tgk booo tapi boo tutup sbb covid haha untill futher notice.
Bfst dekat Uncle Sulap tu view Gunung + Air terjun. Rasa dia mee goreng kicap.
Naik Hiking sikit dekat Sosodikon Hill tp akinabalu tk muncul juga.
Fish Spa- Geli weiii. ikan pun gigit kaki kau kemain kuat
Sabah Tea – Hmmmmm best lagi dkt cameron hahahahahha but chill jelah rasa teh sabah kan.
Hounan Ridge Farmstay ni mmg plg aku suka + tenang, jauh sikit dari kundasang ok. kena masuk ke dalam hutan + pastikan minyak keta korag penuh bah. utk camping pun boleh dekat sini. View Akinablu. Dine dkt cafe bawah hotel je. Sgt sesuai utk family trip
KHAMIS | 03 SEPT. 2020
• Akinabalu Park (3.00, each 1.50)
• Breakfast – Sutera lodges dalam park akinabalu. Sedap gak laksa kari (15.00)
• Pekan kundasang (beli sayur / buah tarap)
• Tapau untuk dinner : Wajib cuba sayap madu Wak Ali (29.00) + tapau dekat Restoran Selera Kebun Soboroong (9.90 makanan org dusun)
• Check in – Umea Glam (tempat ni dekat belakang club golf + kena jalan kaki masuk kebun sikit utk ke tempat ni) my advice better bawak bag pax . nangis guyss kalau bawak troli masuk utan hahahaa. nk turun ke tempat glam ni pun 1 hal. Belakang UMEA view akinabalu. Dpn view sunrise. + kredit to staff dia sbb sanggup pos brg aku yg trtinggal. Lagi 1 kat sini water heater tiada lagi. kena masak air panas utk mandi, Cuaca masa aku dtg 14c sbb hujan. mmg sejok + mandi air gunung perghhhhh nasib ada sleeping bag. hilang sejuk. Bilik kt sini kalau bukak website dia hanya utk bulan tu sahaja. kalau korang nk book kena booking direct owner (keutamaan kepada yg stay jauh) : wassap no ni +60 11-1300 8595 redzuan.
JUMAAT | 04 SEPT. 2020
• Desa Dairy Farm (ambik luar)
• Kundasang – KK (drive utk naik bot jam 10am ke Pulau Manukan + Sapi (rm120.40 sekali gear snokkeling + lift jacket) + 2.50 (utk entrance) * korang tak pyh sewa pun gear snokkeling sbb mandi tepi laut je pun. hahahahaa. bukannya ada special package mcm perhentian or tioman drop ke satu2 tempat utk snokkeling sis is rugi !
• Parking keta : 10am-2.39pm (4jam)
• Lunch dekat Resort Pulau Manukan, Nasi Goreng Ayam (13.00)
• Wajib cuba Lokan + Jelly Kelapa dalam kelapa muda : (42.50) dekat lokan bakar.
• Balik siap2 packing baju untuk balik.
SABTU | 05 SEPT. 2020
Fly balik
TIPS & AKTIVITI:-
• Ambil flight awal pagi, jadi banyak masa untuk diluangkan di sana.
• Kami mmg plan untuk trip bersantai saja. Tak nak rushing ke sana sini, penat. melainkan hari last tu sbb aku punya trip mantanani (jetty kota belud) tk dpt pegi , soo aku kejar trip dekat KK. utk manukan + sapi!
• Banyak tempat menarik aku xpegi sbbnya view sama mcm kt Bali. + surabaya + penang. sooo aku decide tk pegi tp korang blh lah masukkan dalam list Kokol Elf / Mari2 Cultural / Masjid KK / Pasar tamu / Pasar Filipina / Arnab Village Ranau etc….
• Island Hopping- Pulau Sapi, Pulau Manukan. aku pilih kaunter tiket No.10 boleh msg terus +60 17-890 9665 (Azlan)
• Jangan lupa untuk beli keropok Blinjo Sira Gula Melaka + Amplang
• Dalam perjalanan ke Kundasang tu jgn ngada2 nak singgah di kedai makan tepi2 jalan tu. Diorang jual SINALAU BAKAS (Babi Hutan Salai)
• Di Kundasang makan boleh cuba dkt area masjid or area roundabout.
• Bangun awal subuh 6.00pagi sebab disana 6.30pagi dah terang. Hayati permandangan puncak Kinabalu. Jam 6.00pagi-9.00pagi adalah waktu ‘mahal’ kalau nak tengok puncak Kinabalu sebelum ditutupi awan dan kabus. Kalau terlepas, kena tunggu esok hari.
P/S:
Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat kami singgah sewaktu di Kundasang disebabkan masa yang terhad. Apa2 pun, Sabah tempat yang cantik, orangnya baik2+ Peramah wei. Keharmonian kaum di sini yang buat aku teruja dan patut dicontohi oleh kita semua.
Ramai yg masih tak tahu prosedure masuk SABAH. korang kalau ada beli luggage masa nk check dkt airport tu kena scan code isi ONLINE + declare lah apa2 soalan yg ditanyakan tu. Lepas tu masa dalam kapal terbang korang dpt borang juga yg sama (my advice isi online lg senang) .Isi sekali sahaja! sama ada online or fizikal kertas. kalau online masa last tu nti akan ada scan code. masa tiba tu nanti kalau ada dr soalan2 tu mencurigakan automatik dh tahu kau kena jumpa tak org masa ketibaan or lepas terus + row mana kau ptt kena pegi.
InsyaAllah akan repeat ke sini lagi nak cuba stay tidoo dalam khemah + xplore laut. Love Sabah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Keunikan sesebuah gua mempunyai keasyikan tersendiri yang pasti digemari pencinta alam dan peminat aktiviti lasak untuk diterokai.
Namun, dalam keterujaan itu, pengembara perlu utamakan keselamatan, berkemahiran dan maklumat mengenai sesuatu gua untuk mengelak tragedi tidak ingini. Antaranya seperti insiden beberapa tahun lalu di Thailand, 12 remaja hilang bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai menggemparkan dunia.
Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku ketika meneroka gua, beberapa perkara berikut penting untuk dilakukan.
Sebelum memulakan ekspedisi, anda disaran mengenal pasti terlebih dahulu gua yang ingin diterokai dengan mendapatkan maklumat dalam pelbagai segi termasuk langkah diambil sekiranya berlaku musibah.
Jangan lupa dengan leka melihat keindahan stalagtait dan stalagmait serta hidupan seni di dalam gua, tanpa disedari air naik mendadak.
Kebanyakan gua di Malaysia, memiliki anak sungai. Justeru, dinasihatkan anda lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca sebelum masuk meneroka gua.
Ada yang berpendapat gua dihuni makhluk halus, jangan sesekali cakap sebarangan atau takbur kerana ia boleh ‘mengganggu’ pengunjung yang lemah semangat.
Pakai pakaian yang bersesuaian.
Bawa keperluan peribadi yang bersesuaian seperti topi keledar, lampu suluh dan kasut adalah peralatan keselamatan yang utama.
Setiap aktiviti lasak khususnya ada ratio untuk setiap kumpulan bagi seorang jurupandu dan bergantung juga pada tempat dan masa.
Sebelum menerokai gua sila rujuk keadaan cuaca dengan Jabatan Meteorologi negeri dan kawasan berhampiran,
Sila melapor diri kepada renjer atau pegawai Jabatan Perhutanan
Maklumkan jumlah anggota kumpulan menyertainya
Sekiranya ingin berkhemah beritahu berapa lama.
Semoga bermanfaat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Merupakan kali kelima berkhemah dan juga camping pertama buat tahun 2023, Sheila Marzuki memilih Stellar GoldenHill yang terletak di Cameron Highlands sebagai tapak perkhemahan dia dan keluarga.
Port baru yang bukan sahaja mempunyai tapak perkhemahan, malah anda juga boleh memilih untuk glamping atau bermalam di dalam caravan kat sini. Cuaca sejuk membuatkan Sheila dan keluarga cukup selesa di sini ditambah pula dengan pemandangan indah bukit- bukau yang cantik.
Biasanya kalau nak setup khemah pasti memerlukan tenaga dan mengeluarkan peluh tapi menurut Sheila camping di Stellar GoldenHill sedikitpun dia tidak mengeluarkan peluh. Malah cuaca ketika mereka camping sekitar Februari yang lalu juga baik.
Ikuti pengalaman Sheila dan keluarganya camping di sana:
Camping Pertama 2023 di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands
Assalammualaikum
This is our 5th camping and first for 2023
Lokasi: Stellar Goldenhill, Cameron Highlands.
Date: 23-25 Feb 2023
Rate: RM 60/head/night
Tent: Family Village L 2.0 by Payung.camp
Alhamdulilah, cuaca selama 3 hari kami di sini sangat cantik. Siang suhu paling low 22°, malam 17°, tengah malam hingga pagi mencecah 13°. First time pacak khemah tak berpeluh. Santai-santai saja kawanku, pergi mana laju-laju (nyanyi ke)
Tempat bersih comes with water heater
Toilet 4
Tapak berbatu kecik2 (kwsn tent jd bersih)
Kawasan berpagar dan security
Plug Point di toilet saja
Surau tak ada
Sink dkt area tapak
Digi & Celcom terbaik
Pesanan: Yang tak tahan sejuk, tolong la bawa baju, stokin tebal, selimut tebal ya. Berasap-asap mulut sejuk dia
Overall kami 2 keluarga sangat puas hati InshaAllah, will be back again soon