Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) bakal melancarkan kempen #SaferCommunityTogether di seluruh pusat beli-belahnya untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat buat para pembeli-belah.

Mulai 15 September, Sunway Malls di Lembah Klang akan mengambil bahagian dalam kempen ini dan ia akan melibatkan semua individu yang memasuki pusat beli-belah berkenaan, termasuk pembeli-belah dan peruncit.

Sunway Malls menyedari kepentingan untuk memastikan pusat beli-belahnya selamat untuk dikunjungi dan ingin menjadikannya sebuah keutamaan buat semua. Pusat-pusat beli-belah di Pulau Pinang dan Johor akan memulakan kempen ini tidak lama lagi seiring dengan perkembangan status imuniti kelompok di negeri-negeri berkenaan.

Setakat 12 September, 101.3% populasi dewasa di Lembah Klang telah lengkap divaksin menurut data yang dikeluarkan oleh CITF.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Susulan pembukaan lebih banyak perniagaan demi warga komuniti, maka kita perlu memastikan faktor keselamatan terus diberi perhatian tertinggi untuk membekalkan keyakinan kepada orang ramai. Inisiatif #SaferCommunityTogether bermatlamat untuk meningkatkan taraf keselamatan ini secara kolektif.

“Ia termasuk pengenalan pintu masuk bagi individu yang lengkap divaksin hanya di Sunway Malls Lembah Klang, berserta dengan pengerahan protokol keselamatan yang lain. Bagi kategori yang tidak berkelayakan untuk mengambil vaksin, pengecualian akan dibenarkan.”

IKLAN

Sunway Malls Tekankan Langkah Keselamatan Lebih Baik & Tawarkan Insentif Menarik Buat Penerima Vaksin

Setelah memasuki pusat beli-belah, pembeli-belah akan melalui pemeriksaan suhu dan MySejahtera untuk memastikan mereka telah lengkap divaksin dan dikategorikan sebagai berisiko rendah. Mereka yang dikecualikan daripada pengambilan vaksin ialah golongan yang berumur antara 12-17 tahun, atau golongan yang tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin kerana masalah kesihatan.

LEBIH SELAMAT UNTUK PENGUNJUNG

Dari segi populasi pekerja, kesemua kakitangan Sunway Malls dan staf runcit menyasarkan 100% imuniti kelompok dan bersedia untuk berkhidmat buat para pembeli-belah. Ia merupakan sebahagian daripada usaha Sunway untuk memastikan kakitangan mereka dilindungi dengan sewajarnya, sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang sekeliling.

Sunway Malls Tekankan Langkah Keselamatan Lebih Baik & Tawarkan Insentif Menarik Buat Penerima Vaksin

IKLAN

Status vaksinasi setiap kakitangan dan staf runcit pusat beli-belah Sunway akan disemak dan mereka akan mengenakan lencana “I’m Vaccinated” berserta dengan nama dan nombor siri mereka untuk menambah keyakinan orang ramai ketika membeli-belah. Kakitangan juga akan melalui protokol pemeriksaan yang ketat setiap hari agar mereka tidak berpotensi untuk membahayakan pembeli-belah dan kakitangan yang lain.

TAWARAN ISTIMEWA

Sunway Malls juga menawarkan ganjaran kepada pembeli-belah yang telah lengkap divaksin dengan pelbagai tawaran dan promosi sebagai tanda penghargaan. Pembeli-belah boleh menebus tawaran #CucukDeals daripada peruncit yang mengambil bahagian di pelbagai platform, termasuk platform media sosial pusat-pusat beli-belah Sunway. Ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melaksanakan kewajipan mereka demi kebaikan negara.

Sunway Malls Tekankan Langkah Keselamatan Lebih Baik & Tawarkan Insentif Menarik Buat Penerima Vaksin

IKLAN

Pembeli-belah yang tidak berpeluang untuk berada di pusat beli-belah Sunway untuk jangka waktu yang lama, Sunway Malls juga telah memperkenalkan Personal Shopper Service untuk memberi bantuan kepada pembeli-belah sebelum mereka perlu menjejakkan kaki di pusat beli-belah pilihan mereka. Pelanggan hanya perlu melayari laman web atau saluran media sosial pusat beli-belah tersebut dan berkomunikasi dengan kakitangan khas melalui “chatbot” atau aplikasi FB Messenger.

Pelanggan boleh menyenaraikan barangan yang mereka perlukan, lalu kakitangan pusat beli-belah berkenaan akan peroleh barangan tersebut bagi pihak pelanggan. Setelah barangan yang disenaraikan ditemui, kakitangan khas ini akan memaklumkan pembeli-belah dan mereka boleh datang untuk membelinya.

Sunway Malls Tekankan Langkah Keselamatan Lebih Baik & Tawarkan Insentif Menarik Buat Penerima Vaksin

Beroperasi dari 11 pagi hingga 9 malam setiap hari, pembeli-belah perlu menghubungi kakitangan khas tersebut sekurang-kurangnya 1 hari sebelum kunjungan mereka untuk memberi masa yang secukupnya bagi pemerolehan barangan tersebut. Dengan kemudahan ini, pembeli-belah boleh berlapang dada serta menjimatkan masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #SaferCommunityTogether oleh Sunway Malls atau untuk menebus tawaran #Cucukdeals, sila layari platform media sosial yang disediakan bagi setiap pusat beli-belah Sunway.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI