Satu pengiktirafan kepada Sarawak khususnya dan Malaysia amnya apabila ibu negeri Bumi Kenyalang itu, diangkat menjadi Bandar Kraf Dunia oleh Majlis Kraf Dunia (WCC).

Kuching yang menjadi ibu negeri pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan seumpana itu bukan sahaja melonjakkan nama Sarawak ke mata dunia, malah turut mengiktiraf Sarawak sebagai destinasi pelancongan popular yang unik dengan kraf dan seni reka.

Syabas Kuching Sebab Diiktiraf Bandar Kraf Dunia!

IKLAN

Pengiktirafan ini juga membuatkan Kuching ‘berdiri sama rendah, duduk sama tinggi’ dengan destinasi pelancongan popular lain di seluruh dunia seperti Jaipur (India), Isfahan (Iran), Jogjakarta (Indonesia) dan 30 bandar lain yang memegang pengiktirafan sama.

IKLAN

Selain itu, status Bandar Kraf Dunia itu akan menjadi ‘suntikan’ istimewa kepada Sarawak untuk melonjakkan lagi kempen Melawat Sarawak 2019 dan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke sana.

IKLAN

Selaras dengan status terkini sebagai Bandar Kraf Dunia, Kuching dijangka akan membina satu pusat kraf tangan yang besar untuk mempamerkan hasil kraf tangan daripada pengusaha tempatan dan menjadi pusat hentian kepada pelancong untuk melihat dan mendalami dengan lebih dekat seni kraf yang terdiri daripada pelbagai etnik di Sarawak.

Tahniah Kuching! Tahnian Sarawak!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI