Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines meraih anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia bersempena anugerah pelancongan antarabangsa Majlis Antarabangsa Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) 2019 di ITB Berlin.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Izham Ismail berkata anugerah itu didedikasikan kepada pekerja syarikat itu yang komited dalam memberikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia kepada penumpang mereka setiap hari. Ini adalah bukti komitmen Malaysia Airlines dalam memberikan pengalaman hebat di darat dan udara kepada penumpang.
Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia, Malaysia Airlines akan menawarkan 25 peratus potongan tambang ke destinasi terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney. Tawaran tersebut sah sehingga tengah malam 12 Mac 2019 untuk perjalanan sekarang dan 31 Mei 2019.
Pelanggan boleh menempah tiket mereka di mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian atau melalui laman web Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.
Sumber: Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadi Rebutan Banyak Negara, Ini Keistimewaan & Keindahan Pulau Layang-Layang Yang Terletak Di Sabah
Negeri Sabah yang terkenal dengan jolokan Negeri di Bawah Bayu memang mempunyai pelbagai keistimewaan dan keindahan tersendiri.
Malah siapa saja yang akan datang ke Sabah, akan jatuh cinta melihat pemandangan di beberapa lokasi termasuk di pulau-pulau berdekatan. Salah satunya adalah Pulau Layang-Layang.
Pulau Layang-Layang yang terletak di Sabah misalnya, merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Keindahannya di daratan dan laut memukau perhatian ramai.
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pulau tersebut milik negara ini memandangkan kedudukannya berhampiran dengan Negeri di Bawah Bayu.
Tahukah anda, pulau berkenaan ini juga turut dituntut oleh negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Filipina dan Vietnam.
Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300 kilometer dari barat laut Kota Kinabalu iaitu dianggarkan 200 batu nautika Zon Eksklusif seperti yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pulau berkenaan timbul hampir 2,000 meter dari dasar laut. Ia berukuran sepanjang 1.2 kilometer (km) dan selebar 200 meter (m).
Pulau berbentuk bujur itu amat menarik apabila menawarkan pelbagai pemandangan dasar laut, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan kumpulan penyelam.
Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan pada ribuan ekor burung yang bermigrasi.
Setelah pihak kerajaan mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang terletak dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, Kabinet mengarahkan agar kajian mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di dalam wilayah negara.
Pada tahun 1989 kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu itu dimajukan sebagai tempat pelancongan.
Ciri-ciri ekopelancongan menambah daya tarik pelancong asing, sekali gus membina jenama umum bahawa Pulau Layang-Layang adalah milik Malaysia.
Resort Avillion Layang-Layang (Dive Resort) menerima kunjungan pelancong asing dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China.
Penerbangan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama sejam dari Kota Kinabalu.
Wilayah laut Pulau Layang-Layang mempunyai keindahan ekologi laut kerana terdapat pelbagai terumbu karang. Oleh kerana itu, kawasan ini menjadi tarikan eko pelancongan di Malaysia dan bahkan terkenal di dunia.
Dalam pada itu, melindungi kepentingan laut adalah misi utama kerajaan sehingga ia juga tersenarai dalam Wawasan 2020.
Pada tahun 1990, sektor marin memberi sumbangan 33 juta ringgit atau 13 peratus dari jumlah keseluruhan output Malaysia.
Sektor marin itu terdiri daripada subsektor perkapalan, pengeluaran minyak dan gas dan perikanan. Ini termasuklah wujudnya subsektor seperti eko pelancongan laut, rekreasi dan pemprosesan makanan laut.
Artikel Berkaitan:
Uniknya Turtle Cave Di Pulau Sipadan, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
6 Lokasi Percutian & Istirahat Menarik Di Selangor Yang Ramai Orang Tak Tahu
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Kembar Dua. Pesawat Terbesar Di Dunia Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung
Pesawat terbesar di dunia, Stratolaunch yang mempunyai dua fiuslaj dan enam enjin Boeing 747 melakukan ujian penerbangan sulungnya merentasi Gurun Mojave di California kemarin.
Pesawat karbon-komposit pertama itu dibina oleh Stratolaunch Systems Corp yang dimulakan oleh mendiang pengasas bersama Microsoft, Paul Allen.
Pesawat putih dipanggil Roc itu mempunyai sayap yang sama panjang dengan ukuran padang bola sepak atau 1.5 kali ganda lebih panjang berbanding pesawat Airbus A380. Sayapnya berukuran 117 meter, manakala sayap pesawat Airbus A380 hanya berukuran di bawah 80 meter.
Roc berlepas kira-kira jam 7 pagi waktu Pasifik (waktu tempatan kemarin) dan berada di udara lebih dua jam sebelum mendarat semula di Mojave Air and Space Port.
Pesawat itu direka untuk mengangkut roket dan kenderaan angkasa lain dengan berat mencecah sehingga 226,796 kilogram pada ketinggian 10,668 meter. Difahamkan, Strarolaunch adalah alternatif yang lebih fleksibel untuk melancarkan satelit berbanding pelepasan menegak roket kerana cara ini hanya memerlukan landasan yang lebih panjang untuk berlepas.
Menurut Stratolaunch, pesawat itu mencapai kelajuan maksimum 304 kilometer sejam (km/j) pada ketinggian 5,181 meter, bertujuan untuk menguji prestasi dan kualiti pengendaliannya.
“Ia penerbangan sulung yang menakjubkan, Penerbangan ini melebarkan lagi misi kami untuk menyediakan alternatif fleksibel kepada sistem pelancaran darat,”kata CEO Stratolaunch, Jean Floyd dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman web syarikat itu.
Paul Allen, yang mengasaskan Microsoft bersama Bill Gates pada 1975, mengumumkan penubuhan Stratolaunch yang dibiayai sendiri pada 2011.
Namun Allen meninggal dunia pada Oktober 2018 akibat limfoma bukan Hodgkins, hanya beberapa bulan selepas perkembangan pesawat itu didedahkan. Dikatakan asa depan syarikat berkenaan masih samar.
Sumber: Dailymail Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tawar Promosi Menarik Untuk Rakyat Malaysia Bercuti Dalam Negara! – Presiden MATTA
Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti syarikat penerbangan, hotel, restoran dan taman tema, perlu menawarkan promosi hebat yang mampu memikat pelancong domestik dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata langkah itu akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.
- Profil pelancong tempatan adalah berbeza dan masing-masing mempunyai minat khusus. Jadi kepelbagaian (promosi) adalah penting. Berbekalkan tawaran yang menarik daripada hotel serta pusat peranginan dari empat hingga lima bintang, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi pelanggan.
- Hotel mewah juga boleh menawarkan cuti inap kepada penduduk pada harga rendah tanpa menjejaskan pasaran biasa mereka dan melalui langkah ini, orang-orang yang bercuti akan mendapat nilai terbaik untuk wang mereka.
- Disarankan agar pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen seperti menganjurkan ‘lawatan Hari Ahad’ di setiap bandar dengan membawa penduduk ke kilang dan gudang yang memiliki pusat demonstrasi atau pameran sepanjang hari bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat.
- Lawatan luar ke kawasan hutan atau dusun berdekatan juga perlu dipertimbang memandangkan harga buah-buahan tempatan seperti durian telah jatuh susulan penutupan bandar-bandar utama di China akibat penularan COVID-19.
Sebagai langkah untuk memberikan nilai tambah kepada produk tempatan, Datuk Tan Kok Liang menyarankan agar karnival membeli-belah tempatan diadakan di mana hanya hasil tempatan dibenarkan dijual. Ini akan menarik ramai petani dan kilang tempatan untuk mempamerkan produk mereka, yang akan menarik minat penduduk mahupun pelancong tempatan kerana rakyat Malaysia suka membeli-belah
Malaysia menerima kira-kira 3.1 juta pelancong dari China tahun lepas dan 2.94 juta pada tahun sebelumnya dan berharap untuk menerima lebih 3.26 juta pelancong dari negara itu pada 2020 namun susulan penularan COVID-19, suku pertama dan kedua tahun ini dijangka terjejas. Bagi kempen VM2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik ketibaan sejumlah 30 juta pelancong antarabangsa dan menjana pendapatan pelancongan berjumlah RM100 bilion.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI