Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti syarikat penerbangan, hotel, restoran dan taman tema, perlu menawarkan promosi hebat yang mampu memikat pelancong domestik dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata langkah itu akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.
Profil pelancong tempatan adalah berbeza dan masing-masing mempunyai minat khusus. Jadi kepelbagaian (promosi) adalah penting. Berbekalkan tawaran yang menarik daripada hotel serta pusat peranginan dari empat hingga lima bintang, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi pelanggan.
Hotel mewah juga boleh menawarkan cuti inap kepada penduduk pada harga rendah tanpa menjejaskan pasaran biasa mereka dan melalui langkah ini, orang-orang yang bercuti akan mendapat nilai terbaik untuk wang mereka.
Ads
Disarankan agar pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen seperti menganjurkan ‘lawatan Hari Ahad’ di setiap bandar dengan membawa penduduk ke kilang dan gudang yang memiliki pusat demonstrasi atau pameran sepanjang hari bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat.
Lawatan luar ke kawasan hutan atau dusun berdekatan juga perlu dipertimbang memandangkan harga buah-buahan tempatan seperti durian telah jatuh susulan penutupan bandar-bandar utama di China akibat penularan COVID-19.
Sebagai langkah untuk memberikan nilai tambah kepada produk tempatan, Datuk Tan Kok Liang menyarankan agar karnival membeli-belah tempatan diadakan di mana hanya hasil tempatan dibenarkan dijual. Ini akan menarik ramai petani dan kilang tempatan untuk mempamerkan produk mereka, yang akan menarik minat penduduk mahupun pelancong tempatan kerana rakyat Malaysia suka membeli-belah
Malaysia menerima kira-kira 3.1 juta pelancong dari China tahun lepas dan 2.94 juta pada tahun sebelumnya dan berharap untuk menerima lebih 3.26 juta pelancong dari negara itu pada 2020 namun susulan penularan COVID-19, suku pertama dan kedua tahun ini dijangka terjejas. Bagi kempen VM2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik ketibaan sejumlah 30 juta pelancong antarabangsa dan menjana pendapatan pelancongan berjumlah RM100 bilion.
Cerita ni bukanlah cerita original daripada Libur, cerita ni Libur baca daripada hantaran Facebook Qalam Dakwah. Kredit kepada si pemilik cerita sebenar, tapi isi kandungan yang ada pada cerita tersebut, membuatkan Libur terpanggil untuk kongsikan kepada anda semua.
Di bulan Ramadan, solat Jumaat atau solat raya selalunya kita ditontonkan dengan visual television lautan manusia solat di Mekah kan? Di samping lautan manusia yang solat itu, ada kedengaran satu suara merdu dan lunak sang imam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Tapi pernahkah anda tahu dan lihat ruang solat sang imam di Masjidil Haram dan macam mana suara beliau mengalunkan dengan merdu dan lunak bacaan Al-Quran boleh didengari di seluruh Masjidil Haram?
Jawapannya ada pada gambar di atas. Macam ni la keadaan atau rupa tempat solat sang imam besar Masjidil Haram yang terletak betul-betul di hadapan pintu Kaabah. Dihamparan sejadah sang imam itu kita boleh lihat ada botol air dan tisu yang diletakkan bersama untuk kegunaan sang imam, disamping beberapa set alat pembesar suara yang seakan-akan diperbuat daripada emas.
Menggunakan pembesar suara bermutu tinggi di dunia
Difahamkan bahawa kesemua pembesar suara itu berjenama Bermerk Sennheiser yang paling berkualiti tinggi dan mempunyai keseluruhan 10 buah pembesar suara – 3 berada sejajar imam berdiri, 3 sejajar imam rukuk dan 3 sejajar imam sujud manakala satu lagi pembesar suara berupa pembesar suara jenis klip tanpa wayar yang dikepilkan pada jubah sang imam.
Ini lah rahsia bacaan sang imam itu tadi begitu merdu dan lunak. Di samping suara mereka yang sedap untuk didengari halwa telinga, pemilihan pembesar suara bermutu tinggi juga memainkan peranan dalam memberikan keasyikkan kepada jemaah menghayati solat mereka.
Kebiasaannya, apabila cuaca berubah menjadi panas, posisi sang imam Masjidil Haram ini akan dipasangkan payung dan diletakkan penghawa dingin mudah alih bagi memberikan sedikit keselesaan kepada sang imam.
Anda pernah pergi menunaikan umrah atau haji? Sekiranya pernah, anda mesti pernah terserempak dengan petugas-petugas yang berkerja di Masjidil Haram. Merekalah yang bertanggungjawab membuat persiapan di ruang posisi sang imam solat sebelum dan sesudah waktu solat.
Petugas-petugas di Masjidil Haram berkerja dengan hebat. Mereka melaksanakan kerja dengan begitu tekun, cekap dan cepat. Sekiranya anda berpeluang untuk melihat cara mereka berkerja depan mata, anda pasti kagum dengan koordinasi diantara mereka kerana mereka akan berkerja dalam kumpulan besar.
Sekiranya anda perhatikan kembali ruang solat sang imam Masjidil Haram itu tadi, anda akan lihat kabel pembesar suara yang ada di situ bersambung dengan dengan sistem pembesar suara melalui ruang bawah tanah yang dicipta khas untuk itu.
Dikhabarkan, kabel sistem pembesar suara itu diperbuat daripada kabel optik terbaik hinggakan suara sang imam tidak terganggu atau lambat dan boleh didengari secara langsung oleh semua jemaah di setiap pelusuk dan penjuru Masjidil Haram yang berkeluasan 400,800 kaki persegi itu.
Pembesar suara diharamkan ulama masa dahulu
Dahulunya, penggunaan pembesar suara ini diharamkan ulama Saudi dan berpendapat cukup Muballigh sahaja yang menyampaikan suara imam ke belakang untuk didengari oleh jemaah. Walau bagaimanapun, keputusan itu mendapat protes daripada ulama di seluruh dunia yang lain antaranya Sheikh Muhammad Mutawalli As Sya’rawy dari Mesir.
Hujah yang digunakan oleh Sheikh Sya’rawy kepada ulama Saudi pada ketika itu adalah soalan, bolehkah penggunaan kacamata dalam membaca Al-Quran? Ulama Saudi ketika itu sepakat menjawab boleh dengan alasan kacamata adalah alat pembesar dan penjelas tulisan Al-Quran sehingga benar untuk dibaca.
Kemudian, Sheikh Sya’rawy meneruskan hujah, “jika demikian, apa bezanya dengan pembesar suara? Bukankah ia memperbesar dan memperjelas bacaan Al-Quran sehingga boleh didengari oleh sesiapa pun di belakang?”
Sejak dari itu, pembesar suara kemudian dipasang di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi untuk kegunaan imam memperbesarkan dan memperjelaskan bacaan Al-Quran sewaktu solat. Namun, Muballigh tetap ada dan jumlahnya dikurangkan menjadi satu orang sahaja dan digantikan dengan Muadzin.
Kepada anda yang tidak tahu mengenai Muballigh, Muballigh adalah seseorang yang ditugaskan untuk memperjelaskan suara takbir dan salam sang imam kepada jemaah yang berada di belakang.
Kini, Muballigh juga menggunakan pembesar suara dalam mengiringi takbir sehingga salam sang imam dengan menggunakan pembesar suara yang sama, cuma yang berbeza adalah posisi pembesar suara tersebut. Jika sang imam berada betul-betul di hadapan Kaabah, Muadzin dan Muballigh akan berada di ruangan khusus di salah satu sudut di Masjidil Haram.
Rakyat Malaysia memang ramai yang ke Korea Selatan untuk melancong. Negara ‘Kpop’ ini juga sentiasa mengalu-alukan kedatangan penduduk negara kita. Namun, sebelum bergembira untuk masuk ke Korea, pastikan anda sudah bersiap sedia dengan segala info yang terbaru dan terkini.
Menurut sumber daripada Facebook Nota Perempuan Backpacker bermula 1 Jun 2019, kastam Korea Selatan telah menguatkuasakan undang-undang ini. Baca betul-betul:
Items subject to quarantine (restricted items) include:
Animals: dogs, cats, birds, etc
Livestock products: Beef, pork, chicken, duck, sausage, ham, beef jerky, canned meat, boiled meat, beef tallow processed products (curry), etc.
Animal products: Antlers, bones, feathers, etc.
Dairy products: Milk, cheese, butter, etc.
Egg and egg products: Chicken eggs, bird eggs, egg whites, egg power, etc.
Pet food, snacks, vitamins, etc.
Kalau ada bawa pek lauk segera berasaskan daging ke sana, TICK kotak yang berkenaan dalam borang panjang yang diberi dalam flight. TICK = declare.
Tengok borang dalam gambar di ruang komen, TICK kotak YES pada no. 5 dalam ruang warna biru. Susu anak pun, TICK.
Sekurang-kurangnya, kalau kau TICK ada bawa dan didapati tak boleh bawa masuk Korea, setakat depa rampas dan buang. Tak kena denda.
Cuma membazirlah dah beli makanan banyak-banyak, kena buang pula. Baik tak payah bawa langsung, kan. Jimat kg luggage juga.
Tapi kalau kau ada bawa, tak TICK (tak declare) dalam borang, itu yang boleh kena saman sampai KRW 1,000,000 bersamaan lebih kurang RM3600. Haih, sama kos satu trip mewah pergi Korea seminggu wei!
Kata kunci yang penting di sini ialah DECLARE = TICK.
Jangan degil. Jangan buat malu Malaysia. Nasi, makanan halal banyak dan senang dapat di sana. Cakap ke tekak kau, tak payah nak kembang sangatlah. Allah suruh travel tu antaranya supaya kita saling mengenali perbezaan dengan budaya bangsa lain.
Sunway Malls bakal merealisasikan impian para pembeli-belah dengan pelancaran Sunway eMall, ia membawakan jenama-jenama yang dipercayai pengguna dari ketujuh-tujuh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) ke dalam talian.
Disediakan untuk seluruh negara dengan penghantaran PERCUMA, Sunway eMall kini mempersembahkan tujuh pusat beli-belah Sunway di dalam talian menerusi sebuah platform bagi membolehkan pengguna membeli-belah pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini di hujung jari, pengguna dapat membeli-belah 24 jam, 7 hari seminggu dengan sepuas-puas hati dari kediaman masing-masing dengan lebih selesa dan selamat.
Bagi mereka yang ingin membeli-belah jenama-jenama kesukaan mereka, seperti membeli-belah di Sunway Malls, kini mereka boleh berbuat demikian dalam talian dengan kemudahan pesanan bergabung, maka pengguna boleh mendapatkan barangan yang mereka inginkan melalui SATU penghantaran sahaja!
Sunway Pyramid
Demi pengalaman dari dalam talian ke luar talian yang lebih sempurna, barangan yang dipesan juga boleh diambil sendiri oleh pengguna dari mana-mana pusat beli-belah Sunway yang dipilih. Ahli Sunway Pals dapat mengumpul mata ganjaran dan menebusnya melalui pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian, samada di pusat membeli-belah Sunway atau atas talian di Sunway eMall.
Lebih daripada 200 kedai dalam pelbagai kategori seperti fesyen, kediaman, kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan, makanan dan minuman, serta banyak lagi menawarkan khidmatnya. Antara jenama yang mengambil bahagian meliputi Huawei, L’Occitane, Aldo, Christy Ng, Hooga, Hazukido, Getha dan banyak lagi yang akan menyusul.
HC Chan, CEO of Sunway Malls _ Theme Parks
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks menyatakan bahawa usaha ini tercetus atas dasar keinginan untuk membantu para peruncit dan pembeli-belah sementara negara kita terus berusaha untuk melandaikan keluk wabak semasa.
“Sejak tahun yang lalu, terdapat banyak perubahan yang telah kita saksikan, dan Sunway Malls juga ingin bergerak seiring dengan arus perubahan ini untuk membekalkan pengalaman yang lebih inovatif buat pembeli-belah.
“Sunway eMall merupakan jawapan kami bagi memenuhi perubahan sikap pengguna yang mungkin lebih cenderung untuk membeli-belah secara digital dan dari keselesaan rumah masing-masing, atau kerana batasan jarak fizikal – mereka kini boleh melakukannya dari hujung jari menggunakan telefon bimbit masing-masing, pada bila-bila masa, dan di mana-mana jua. Kami berharap langkah ini dapat menggembirakan pembeli-belah kami serta menawarkan mereka pengalaman yang lebih sempurna daripada kesemua pusat beli-belah kami, biarpun secara virtual,” ujar beliau.
Sunway Putra Mall
Untuk kemudahan tambahan, pengguna kini boleh membeli e-baucar daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian di Sunway eMall untuk ditebus secara fizikal di pusat beli-belah Sunway atau dihadiahkan kepada insan tersayang. Bukan itu sahaja, Sunny, iaitu pembantu virtual Sunway eMall yang mesra juga sedia untuk membantu para pengguna pada bila-bila masa! Pembeli-belah boleh berkomunikasi dengan Sunny melalui fungsi chatbot jika mereka memerlukan sebarang bantuan.
Pelancaran rasmi Sunway eMall menandakan permulaan anjakan transformasi oleh Sunway Malls untuk memupuk inovasi berterusan melalui penyatuan pengalaman membeli-belah dalam talian dan luar talian berdasarkan landskap pusat beli-belah masa kini yang kian berubah.
Tawaran menarik buat semua
Menjelang pelancaran rasmi laman sesawangnya pada tanggal 27 Oktober, Sunway eMall akan mengadakan peraduan ‘Guess & Win’ dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk menyingkap tawaran-tawaran menarik yang dapat dinikmati oleh pengguna setelah ia membuka tirai operasinya.
Sunway Velocity
Promosi pelancaran yang lain meliputi penghantaran PERCUMA serta diskaun eksklusif sehingga 70% sepanjang tempoh pelancaran tersebut. Ahli Sunway Pals yang membeli-belah di kedai peniaga Sunway Pals akan mendapat 5X mata Sunway Pals bagi pembelian mereka, dan pembeli-belah yang membelanjakan minimum RM100 di Sunway eMall dalam satu e-resit boleh menebus Sunway Lagoon Soy Sauce yang eksklusif di kaunter rencam pusat beli-belah Sunway berserta dengan Kod Promo RM5.
Banyak kelebihan lain menanti pembeli-belah yang mendaftarkan diri sebagai ahli Sunway eMall, yang melibatkan lebih banyak penebusan mata Sunway Pals, termasuk akses eVoucher yang mudah di ruang profil keahlian mereka, serta penjejakan pesanan. Para ahli juga akan menjadi golongan yang pertama untuk dibekalkan dengan maklumat mengenai promosi baharu melalui saluran e-mel.
Sebuah video mengisarkan Sunway eMall akan dimuat naik di laman sesawang dan platform media sosial Sunway eMall setelah ia dilancarkan secara rasmi. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway eMall atau sebagai persediaan untuk sesi membeli-belah digital anda, sila layari www.sunwayemall.com.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!