Hampir 10 ribu jemaah antarabangsa tiba di Arab Saudi pada 1 November 2020 lepas sebagai kumpulan pertama dibenarkan melaksanakan ibadat berkenaan selepas tujuh bulan ibadat umrah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19

Syukur! Selepas 7 Bulan, Hampir 10 Ribu Jemaah Antarabangsa Mula Tunaikan Umrah Di Mekah Syukur! Selepas 7 Bulan, Hampir 10 Ribu Jemaah Antarabangsa Mula Tunaikan Umrah Di Mekah

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah berkata, 10,000 jemaah yang tiba dari luar negara itu mesti mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Antaranya:

IKLAN
  • Setibanya di sana, jemaah mesti mengasingkan diri selama tiga hari sebelum dibawa ke laman Miqat, sempadan kawasan di mana jemaah yang ingin menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.
  • Mereka hanya dibenarkan berada di sana sehingga 10 hari, termasuk tiga hari dalam pengasingan.
  • Seiring protokol, 500 kumpulan, masing-masing dengan 20 jemaah antarabangsa, bergerak sepanjang hari mengikut tempoh yang diperuntukkan.
    Had umur maksimum yang ditetapkan bagi jemaah antarabangsa adalah antara 18 hingga 50 tahun.
  • Negara yang dibenarkan harus dinilai oleh Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian standard serta protokol yang dipersetujui oleh kerajaan.
  • Namun, visa bagi jemaah yang tiba dari negara mencatatkan peningkatan ketara jangkitan COVID-19 akan ditangguhkan.
  • Jemaah juga mesti mempunyai insurans kesihatan penuh yang merangkumi rawatan kecemasan jika dijangkiti dan kemungkinan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).

Syukur! Selepas 7 Bulan, Hampir 10 Ribu Jemaah Antarabangsa Mula Tunaikan Umrah Di Mekah Syukur! Selepas 7 Bulan, Hampir 10 Ribu Jemaah Antarabangsa Mula Tunaikan Umrah Di Mekah

IKLAN

Sebagai permulaan pembukaan tahap ketiga ini, masjid-masjid akan beroperasi pada tahap 100 peratus. Jika pada mana-mana tahap wujud kemungkinan yang boleh menimbulkan bahaya kepada jemaah, kementerian akan menilai keadaan untuk kembali ke tahap sebelumnya dan mengurangkan jumlah jemaah. Pada masa ini, Saudia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke sana. Jemaah yang tiba dari negara di mana Saudia tidak beroperasi perlu melalui pihak ketiga, yang sudah diberi pelepasan oleh kerajaan Arab Saudi.

IKLAN

Semoga kes jangkitan pandemik di Malaysia semakin berkurang dan rakyat Malaysia juga antara negara yang akan dibenarkan melakukan ibadah umrah dalam masa terdekat.

Foto & Sumber: thenationalnews

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI