Perlis adalah negeri paling kecil di Semenanjung Malaysia. Ramai yang tidak tahu walaupun berkeluasan kecil dan terletak paling hujung di utara Semenanjung, tetapi rupanya Perlis adalah sebuah negari yang sangat epik.
Dalam satu perkongsian oleh seorang pengembara Aisha Preece di laman sosial Facebooknya, dia menyenaraikan 8 fakta menarik tentang Perlis sepanjang percutian hujung minggunya di Perlis yang disifatkan sebagai hujung minggu paling epik.
Malah Aisha juga turut berterima kasih kepada mereka yang terbabit dengan percutian ini sebagai satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan.
Percutian hujung minggu paling epik.Bersama teman-teman.
Dia turut memberitahu bagi yang mencari pengembaraan luar paling epik, makanan, budaya, sejarah dan keramahan dan kemesraan penduduknya yang begitu menghargai kedatangan menyambut pelancong, #perlis adalah tempat yang sesuai!
Aisha yang berasal dari Barcelona, Sepanyol ini juga turut berjanji akan datang lagi ke Perlis satu hari nanti.
Berjanji akan datang lagi.
Ini antara fakta menarik yang ditemui sepanjang berada di Perlis Indera Kayangan.
1- Anda boleh menaiki bot ke #langkawi dan memandu ke Thailand dalam masa 30 minit dari Perlis.
Ads
2- Mempunyai salah satu tempat untuk rock climbing terbaik di dunia.
Menerokai keindahan gua.
3- Makanannya sangat sedap dan murah, juga hidangan makanan laut yang segar!
4- Mempunyai National Park di mana anda boleh berkhemah, mendaki dan juga berenang di sini.
Ads
Antara hidangan disediakan.Makanan sedap dan murah.
5- Anda juga boleh mendengar live music atau melihat cool artwork atau tempat lepak santai di Kangar Street.
Cool artwork di sini.Mendengar live music.Tak lepaskan peluang bergambar kenangan.
6- Mempunyai pemandangan sawah sangat cantik dan indah dengan konsep Homestay yang menyenangkan untuk anda berehat dan bersantai.
Ads
Pemandangan di sawah padi.Keseronokan tak terhingga.
7 – Perlis juga mempunyai beberapa tempat untuk pendakian bagi mereka yang suka aktiviti lasak ini.
8 – Juga mempunyai gua berusia ratusan tahun iaitu ‘Gua Kelam’ dan tasik yang kelihatan seperti laut di “@tasohlakeresortperlis.
Untuk menikmati momen percutian bersama keluarga tidak perlu ambil masa berhari-hari, cukuplah hanya sekadar daytrip saja.
Seperti perkongsian keluarga ini Amirah Razali yang mengambil masa sehari untuk membawa anak-anaknya berjalan dari JB ke Kluang dan balik semula ke JB dengan menaiki pengangkutan awam, train KTM.
Bajet pun tidak terlalu besar dan paling penting jimat masa dan tenaga. Apa yang penting dapat luangkan masa bersama keluarga sempena cuti perayaan tahun baru Cina yang lalu.
JB – Kluang – JB Memang tak plan pon nak pergi mana cuti CNY haritu. Anak-anak asyik tanya bila nak naik keretapi lagi. Jadi hari Rabu yang lepas kami 5 beranak decide nak Daytrip ke Kluang menaiki keretapi.
Tiket keretapi dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang (return ticket) – Dewasa RM26 – Kanak-kanak atas 4 tahun RM22 – Beli tiket kat sini https://online.ktmb.com.my – Kereta kami parking kat Stesen Kempas Baru. Yang ni free parking seharian.
Itinerari JB – Kluang – JB menaiki – Bertolak ke Kluang jam 7:23 pagi – Kiteorang ambil train pagi sebab nak breakfast kat Kluang Rail Coffee – Tiba di Kluang jam 8:56 pagi – Kena turun dari stesen baru tingkat atas ke bawah stesen lama. Tengok dah ramai yang beratur kat Kluang Rail Coffee tu tapi still consider pendek. Jadi beraturlah kami anak-beranak tak saboo nak sarap. – Jam 9:50 pagi baru dapat tempat kat Kluang Rail Coffee ni – Beratur kat luar makin panjang & panas. Jadi kalau korang nak sarapan kat sini plan perjalanan anda sebaiknya.
Memandangkan dah beratur lama kan jadi kita order – 6 bungkus Nasi Lemak – 4 bungkus Mee Siam – 2 Bun Bakar – 2 biji telur separuh masak – 1 set Cucur Bilis – 1 Lontong – 2 Honey Lemon Total RM38
– 11.00 pagi kita berjalan ke Laman Kreatif Kluang – Ada susur alur gajah berbumbung. Jadi tak lah kena panas matahari terik. Dekat je nak jalan santai-santai dalam 10 minit dari Stesen KTM Kluang. – Lepas dah puas bergambar 12:30 tengahari kami ke Bawah Kolong – Makan tengahari pula. Banyak pilihan masakan kampung kat sini. Kami pilih meja yang berada di bawah kolong hehehe sangat selesa & nyaman je menikmati makan tengahari kami. Owner kak su pon peramah. Total 5 beranak makan RM40
– Jam 2:00 petang call grab untuk ke Masjid Jamek Kluang untuk bersolat & bersihkan diri. Dah selesa semua & dah rehat jap jadi kita teruskan perjalanan ke UK Farm Resort. – Tiba jam 4 petang di UK Farm Resort – Aktiviti sekitar 2 jam antaranya: – Bagi kambing makan & susukan baby kambing – Minum susu kambinG – Nak beli nanti dia packingkan cantik-cantik dalam kotak kabus siap letak ais memang tahan sampai ke JB – Bagi ayam makan – Bagi rusa & burung unta makan – Ada arnab – Tengok burung merak – Persembahan dari Orang Asli – Anak-anak memang enjoy di UK Farm Resort
– 6:00 petang bergerak pulang. Ada no grab standby yang disediakan oleh pihak UK Farm. – Jam 6:50 petang Tiba di Stesen KTM Kluang untuk bergerak pulang ke JB – Ingatkan lama nak tunggu balik sebab ambil tiket balik dah nak malam tapi rupa-rupanya kejap je masa berlalu ya tahu-tahu dah kena kejar keretapi nak balik hehehe – Dalam ketapi anak-anak main UNO hehe! Anak-anak memang happy!! Bukan jauh atau dekat jadi ukuran. Bak kata pepatah “It’s not the destination, it’s the JOURNEY!
Percutian untuk rakyat Malaysia ketika ini (wabak pandemik) hanya terhad untuk percutian dalam negara sahaja. Jangan rasa bosan ok! Malaysia pun tidak kurang menariknya destinasi yang ada untuk dikunjungi dan bercuti walaupun ke negeri yang sama saban tahun.
Mungkin anda sudah biasa ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Setiap kali ke Pulau Mutiara ini, itinerari percutian anda mungkin berulang dan hanya berkunjung lokasi yang sama. Kali ini cuba kreatif sikit. Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, ini lokasi wajib singgah. Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik!
Bagai tidak sampai ke Pulau Pinang, jika tidak berkunjung ke lorong-lorong di sepanjang Lebuh Armenian. Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri tarikan karya seni orang tempatan iaitu lukisan mural di dinding dan diinovasikan dengan imej bantuan sebenar. Dahulu kewujudannya hanya satu, kemudian terus bertambah, seterusnya di komersilkan menjadi destinasi wajib dikunjungi pelancong. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di mural Lebuh Armenian seperti Kids On Bicycle, Kid on Chair, Old Motorcycle, Minions, Skippy Cat, Bruce Lee, Magic dan banyak lagi.
Berkunjung ke Entopia bagai berada di alam fantasi apabila dikelilingi dan dikerumuni rama-rama pelbagai spesies yang cantik dan berwarna-warni.Pengunjung ke sini boleh merasai pengalaman bersiar-siar dengan lebih 15,000 rama-rama serta berpeluang melepaskan serangga yang sudah dewasa itu ke habitatnya. Dikelilingi 200 spesies tumbuhan, air terjun, kolam dan gua buatan, pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan bersama rama-rama serta menikmati makanan di restoran berlatarkan keindahan sebahagian Natureland dan rama-rama berterbangan.
Jika mahu merasai pengalaman ala ‘avatar’, Cocoon tempatnya apabila terdapat sebahagian ruang pameran gelap dikenali sebagai Pandora Forest, hanya disinari kerlipan lampu malap seperti berada di hutan pada waktu malam.
Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan. Waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu. Kampung Agong lokasi yang sangat disarankan untuk anda yang gemar bergambar berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini.
Bayaran masuk dikenakan untuk masa dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada Ang Peng Tiam, 84, iaitu ‘Agong’ kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan. Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19.
Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Merupakan muzium 3D Glow in the dark yang menggunakan warna kesan cahaya khas agar pengunjung boleh menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Terdapat lima konsep berlainan iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Rakam sebanyak mana foto kenangan anda berlatar belakangkan efek cahaya dan warna yang pelbagai di Dark Mansion Museum ini.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...