Warga asing menggunakan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor bakal dikenakan caj tidak lama lagi.
Banyak aduan diterima kebanyakan perkhidmatan bas percuma dipenuhi dengan warga asing. Susulan itu, kerajaan Selangor membuat kajian mengenal pasti mekanisme terbaik untuk mengenakan caj kepada warga asing.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah ini selaras dengan dasar subsidi bersasar diamalkan Kerajaan Negeri untuk dinikmati pembayar utama cukai kerajaan iaitu rakyat tempatan.
“Bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, kita juga merangka kaedah baru sama ada pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan, bas percuma ini akan mula mengenakan caj kepada warga asing. Ini juga adalah salah satu kaedah meningkatkan rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor,” katanya.
Walau bagaimanapun menurut beliau, caj yang dikenakan kepada warga asing itu nanti adalah pada kadar berpatutan. Warga tempatan dan asing yang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor akan dikenal pasti melalui kad pengenalan atau pasport bagi membolehkan caj dikenakan kepada pihak terlibat. Langkah yang masih dikaji mekanismenya itu diambil berikutan maklum balas pengguna Bas Smart Selangor sejak program itu dilancarkan.
Amirudin juga percaya langkah ini membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran 60 peratus pengguna jalan raya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berbanding 40 peratus menggunakan kenderaan persendirian menjelang 2025 hingga 2030.
Sumber: Selangorkini.my
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sukarelawan SAR Ini Kecewa, Pendaki Salah Guna Talian Kecemasan Sewaktu Mendaki Gunung!
Mendaki adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan sekiranya dilakukan dengan betul dan berdisiplin. Disiplin yang dimaksudkan, tidak kira mendaki bukit atau gunung, sekiranya kita kerap melakukan latihan dan menjaga kesihatan mental dan fizikal, pasti kita akan dapat menghayati keindahan alam yang cantik tanpa menjejaskan diri sendiri dan orang lain.
Sekiranya tidak ada disiplin dalam latihan dan membuat persiapan yang betul untuk mendaki, di sini titik mula timbulnya masalah yang akhirnya akan menyusahkan – baik menyusahkan diri sendiri dan orang yang berada di sekeliling kita.
Masalah yang biasa adalah kecederaan fizikal dan membawa kepada mental ‘koyak’, ‘pewai’ dan sebagainya.
Apabila mental sudah mula ‘koyak’, ‘pewai’ dan sebagainya, di sini akan timbul satu lagi masalah baru iaitu perangai ‘pelik-pelik’ oleh si pendaki tersebut. Kadangkala masalah perubahan perangai dan tingkah laku si pendaki itu membuatkan ramai pihak yang terjejas termasuklah pihak berkuasa dan barisan sukarelawan untuk menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.
Seorang pendaki yang kerap menjadi sukarelawan untuk operasi mencari dan menyelamat di dalam hutan bernama Jiwakacau Yut membuat satu hantaran di Facebook, menyatakan kekecewaan beliau apabila ada sesetengah pendaki yang salah guna talian kecemasan sewaktu mendaki gunung.
Beliau menyatakan baru-baru ada pendaki yang membuat panggilan kecemasan dan mendakwa tiga rakan sependakian mereka mengalami masalah sesak nafas, kejang otot di seluruh badan dan muntah-muntah. Namun, selepas pihak penyelamat datang dengan membawa segala kelengkapan menyelamat termasuk tong oksigen, segala kelengkapan yang dibawa untuk misi menyelamat tidak digunakan kerana ketiga-tiga mangsa dalam keadaan stabil.
Malah, lebih membangkitkan kekecewaan apabila mangsa enggan untuk dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan apabila ambulan sampai ke lokasi kejadian!
Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tetapi turut menyusahkan orang lain yang datang membantu untuk misi mencari dan menyelamat.
Tahukah anda berapa kos yang terpaksa dibelanjakan untuk satu-satu misi mencari dan menyelamat di dalam hutan? Berapa banyak masa yang terpaksa digunakan untuk tujuan itu dan berapa ramai tenaga kerja manusia yang terpaksa dikerahkan untuk membantu sesiapa sahaja yang sedang dalam kesusahan di hutan?
Saya yakin, semua kos tersebut tidak menjadi masalah kepada petugas-petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat asalkan mereka dapat turun membantu dan mangsa dapat dikeluarkan dalam keadaan selamat.
Tapi sekiranya berlaku kejadian seperti di atas? Bagaimana perasaan petugas-petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam misi tersebut? Sudahlah anda sebenarnya tidak berapa perlu bantuan kecemasan, malah enggan untuk ke hospital apabila ambulan sudah tiba di lokasi.
Jiwakacau Yut juga sempat menyatakan dalam hantaran Facebook beliau kepada para pendaki dan penggiat rekreasi luar agar pastikan rakan-rakan sependakian anda benar-benar memerlukan bantuan sebelum membuat apa-apa panggilan kecemasan. Dapatkan juga jurupandu yang mahir kerana mereka lebih berpengalaman untuk menilai situasi sama ada memerlukan bantuan kecemasan dari penyelamat ataupun tidak.
Pastikan juga anda berada dalam keadaan sihat dan cergas kerana kecederaan yang dialami seperti kes di atas adalah disebabkan kurang latihan, kurang makan dan kurang tidur. Jiwakacau Yut sempat menambah supaya jangan paksa diri untuk jadi hebat seperti orang lain.
Pastikan anda mempunyai latihan yang cukup sebelum ingin melakukan aktiviti mendaki!
Sumber: Jiwakacau Yut
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyokong Kedah dan Johor Gegarkan Highway Utara-Selatan
Highway Utara-Selatan bakal meriah mungkin malam ini atau awal pagi esok. Bukan sebab perayaan atau musim cuti sekolah, tapi konvoi penyokong tegar bolasepak Kedah dan Johor. Satu turun mai dari utara, satu mai naik dari selatan, bakal buat ramai di Stadium Shah Alam, Selangor untuk final Piala Malaysia 2017.
Anggaran 70,000 penyokong kedua-dua pasukan bakal membanjiri stadium; mungkin lebih.
Highway utara, ikut keadaan semasa jauh lebih panas. Bukan apa, isu tiket yang dengaqnya banyak tiket cemey. Highway selatan so far so good. Smooth like silk orang putih kata. Yang pasti, setiap pemegang tiket, dilindungi insurans. Baguih dok ada.
Dari Stadium Darul Aman mai Stadium Shah Alam jauh dia 435km, dalam empat jam lebih perjalanan dia. Dari Stadium Larkin naik Stadium Shah Alam jauh dia 338km, dalam tiga jam lebih nak sampai. Ni kira jarak, belum kira liku highway kedua-dua pasukan ke final. Tengok rajah bawah…
Dua-dua penyokong ni bakal datang beratus buah bas, kereta, van, 4WD, Vellfire, Triton, Hilux, Wira, Saga, Viva, Alza ,Satria, Ford Ranger, Volkswagon, Merc, BMW campur lagi dengan motor apa-apa jenislah dengan bendera negeri berkibar.
Highway Utara (Kedah)
Kedah telah memenangi kejohanan liga tiga kali (1993, 2007 & 2008), Piala Malaysia lima kali (1990, 1993, 2007, 2008 & 2016) Piala FA empat kali (1996, 2007, 2008 & 2017) dan Piala Sumbangsih (1991,1994,2017) . Pencapaian Kedah menggondol treble dua musim berturut-turut menjadikan Kedah pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.
Highway Selatan (Johor)
Johor satu-satunya pasukan memenangi kejohanan liga empat kali berturut-turut (2014,2015,2016,2017) serta pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara memenangi kejohanan AFC 2015, Piala FA (1998,2016) Piala Malaysia sebanyak dua kali (1985 & 1991) dan Piala Sumbangsih (1986,2015,2016).
Piala Malaysia 2017
Kedah datang selaku penyandang juara Piala Malaysia 2016. Andai Kedah menang Piala Malaysia 2017 esok, mereka bakal mengulangi kejayaan 2016 mereka. Johor pula mahukan Piala Malaysia kembali pulang ke Stadium Larkin selepas 26 tahun penantian. Kali terakhir 1991, dimana Ervin Boban telah mencipta hatrick pada malam tersebut menewaskan Selangor 3-1.
Dua-dua pasukan sama gah, sama hebat. Sejarah hanya pelantar fakta. Pertembungan malam esok bakal menobatkan satu lagi sejarah baru. Yang pasti, kawasan sekitar Stadium Shah Alam akan jammed teruk.
Namun, kami di Shah Alam tumpang seronok. Ini keraian dua negeri hebat di final Piala Malaysia. Semoga jadi final terbaik Piala Malaysia…
Lepas final, satu highway akan jadi lebih meriah, satu lagi akan jadi agak suram. Highway mana kita tak tau. Nanti kita check CCTV livecam PLUS. Berhati-hati di jalanraya.
Orang Kedah pakat la bawak turun sekali pekasam, gulai kawah, pulut pelam mai sini. Orang Johor boleh la bawak mai naik Nasi Beriyani Gam, Kacang Pool, dengan Laksa Johor.
Lama dah tak makan. Terima kasih.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Ni Sungai Klang Bakal Jadi Sumber Bekalan Air Penduduk Selangor. Boleh Bekalkan 1,000 Juta Liter Air Sehari!
Asal usul nama Klang adalah dari bahasa 'Mon-Khymer' iaitu 'Klong'. Klong bermaksud gudang, terusan dan jalan air yang mana menjadi satu simbolik kepada Perlabuhan terpenting ketika itu. Sungai Klang merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor. Panjangnya kira-kira 120 km dan bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur.
Hasil utama Klang adalah bijih timah pada awal abad ke-16 hingga abad ke-18. Sungai Klang mengalir di tengah-tengah Bandar Klang memisahkan Bandar Klang kepada dua bahagian iaitu Klang Utara dan Klang Selatan. Sehingga abad ke-19, bijih timah dilombong di Sungai Klang dan pada tahun 1818 ia merupakan kawasan perlombongan utama yang memperolehi hasil bijih timah sebanyak 2,000 pikul setahun. Sungai Klang merupakan nadi kepada pembangunan dan perkembangan Bandar Klang yang mana muara sungai menjadi pintu keluar masuk utama kawasan Lembah Klang kepada pedagang asing. Oleh itu sejak awal lagi Sungai Klang merupakan pemangkin pembangunan Negeri Selangor dan peranan serta kepentingannya akan memberi impak yang tinggi.
Pada masa hadapan, Sungai Klang disasarkan untuk menjadi antara sumber bekalan air bagi kegunaan rakyat Selangor menurut kenyataan media dikeluarkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata buat masa ini, sumber air bagi kegunaan rakyat di negeri ini hanya dibekalkan daripada Sungai Selangor dan Sungai Langat. Kerajaan negeri membuat perancangan ini selepas berjaya meningkatkan kualiti air Sungai Klang daripada tahap empat ke tahap tiga menerusi Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG). Jumlah sampah yang dikutip di sungai ini juga dapat dikurangkan kepada empat tan berbanding 10 tan sehari.
Rancangan untuk memanfaatkan Sungai Klang sebagai sumber air ini juga telah dibawa ke peringkat Kementerian Alam Sekitar dan Air. Sebarang usaha termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2021. Jika rancangan berkenaan berjaya direalisasikan, Sungai Klang dijangka mampu membekalkan sebanyak 1,000 juta liter air sehari (MLD) bagi kegunaan penduduk di negeri ini.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI