Kepada anda yang nak beli tiket penerbangan, kajian dan analisis data penerbangan yang dilakukan oleh Airlines Reporting Corporation (ARC) dan Expedia Group ni mendapati tempahan tiket penerbangan pada hari Ahad lebih menguntungkan kerana memberikan penjimatan sehingga 20% kepada anda.
Kajian yang diorang buat memberitahu faktor masa untuk memperoleh penjimatan adalah sangat penting dalam pelan pelancongan anda dan laporan mendedahkan faktor itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.
Antara tip penjimatan dalam membeli tiket penerbangan bersandarkan faktor masa adalah seperti ini:
1. Tempah tiket penerbangan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.
2. Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi, premium atau bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20%.
3. Jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.
4. Jimat sehingga 5% bagi tiket penerbangan kelas premium atau bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.
5. Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu jika bermula pada hari Rabu untuk jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan dan ada ketika lebih banyak diskaun dapat diperoleh jika ke destinasi perniagaan yang popular.
Jadi kalau anda nak penjimatan ketika beli tiket penerbangan, jom tempah buat tempahan pada hari Ahad!
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Infografik KKM Mengenai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019
Tinggal lagi tujuh hari sahaja lagi sebelum penguatkuasaan larangan merokok di premis restoran akan dikuatkuasakan bermula Januari 2019.
Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, perokok masih dibenarkan merokok 3 meter atau 10 kaki dari kawasan restoran.
Peraturan baharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.
Kepada yang ingkar dengan larangan ini, Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) menyatakan bagi kesalahan merokok di suatu tempat yang di larang (subperaturan 11(1) denda minimum yang boleh dikenakan ialah RM250.00 dan denda maksimum ialah RM500.00. Sabit kesalahan oleh mahkamah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Jadi untuk memudahkan orang awam faham mengenai kawasan larangan 3 meter atau 10 kaki ini, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik bagi rujukan kepada semua perokok-perokok tegar.
Jom kita tengok.
- Restoran di rumah kedai. Perhatikan jarak 3 meter dari meja di muka pintu kedai tersebut, itu adalah kawasan larangan merokok.
- Tempat makan terbuka. Kawasan ini selalunya wujud di kedai mamak. So kalau lepak mamak yang ada kawasan terbuka, kawasan tersebut adalah kawasan larangan merokok.
- Gerai makan. Sama juga macam kawasan terbuka tadi, tetapi ini melibatkan kawasan gerai dan yang sama waktu dengannya. Kawasan berkelompok meja dan 3 meter dari situ adalah kawasan larangan merokok.
- Trak makan / Food truck – 3 meter dari food truck adalah kawasan larangan merokok.
- Kedai makan dalam sungai. Ha tu dia kedai makan dalam sungai pun adalah kawasan merokok dalam jarak 3 meter daripada sungai.
- Makan atas awan. Yang ini tak boleh buat apa la. Kalau nak merokok jugak awak gantung diri 3 meter dari atas tu, boleh la merokok, hehehe.
Selain daripada kawasan premis restoran di atas, sebenarnya ada beberapa lagi kawasan larangan merokok seperti yang terkandung dalam buku Peraturan 11(1) PPKHT 2004 seperti:1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
3. Di dalam lif atau tandas awam.
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22.
7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
22. Seluruh Hentian Rawat Dan Rehat (RnR) di seluruh Lebuhraya Malaysia.
Jadi kepada perokok tegar di luar sana, ambil perhatian ya. Jangan kerana sebatang merokok, duit melayang bayar denda. RM10,000 tau. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat beramal.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
RFID Bakal Dilaksanakan Di Semua Lebuh Raya. PLUS Ingatkan Korang, Nak Jalan Mana-Mana Pastikan Baki Cukup
Pengguna rangkaian lebuh raya sistem tertutup kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) disaran sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go yang digunakan mencukupi untuk transaksi tol bagi mengelak gangguan terhadap kelancaran perjalanan pengguna lain di lorong tol.
Menjelang pelaksanaan transaksi tol menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) di semua lebuh rayanya tidak lama lagi, tiada lagi kakitangan PLUS akan ditempatkan di pondok tol untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go buat semua pengguna.
Langkah untuk tidak lagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go bertujuan membiasakan pengguna dengan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) serta RFID dan selaras hasrat kerajaan untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan tahap keselesaan di plaza tol.
RFID yang sepatutnya dilancarkan pada 1 April lalu di semua plaza tol lebuh raya sistem tertutup PLUS dijangka dapat mengatasi masalah pengguna kekurangan baki untuk melengkapkan transaksi tol. Namun begitu, susulan PKP, pelaksanaan RFID terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang lain pada tahun ini.
Oleh itu PLUS berharap semua pengguna sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan peralihan teknologi transaksi pembayaran tol menggunakan RFID yang bertujuan memastikan kelancaran trafik di pintu masuk serta pintu keluar (plaza tol).
Ketika ini di sesetengah plaza tol, masih terdapat kakitangan yang ditempatkan di dalam pondok tol. Tetapi, mereka sebenarnya bukanlah ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol tetapi untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah teknikal lain. Perkara ini kadang-kala menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang mungkin berpendapat mereka boleh menggunakan lorong terbabit untuk membuat urusan tambah nilai.
Hari ini terdapat lebih 11,000 lokasi tambah nilai tersedia untuk pengguna daripada mesin tambah nilai dan stesen minyak sehinggalah kedai serbaneka dan farmasi, jadi isu kesukaran melakukan tambah nilai kad Touch ‘n Go rasanya tidak lagi timbul.
Sumber: HMOnline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Ke Jepun Tanpa Pemandu Pelancong Mulai 7 September, Had Harian Pelawat Dinaikkan Kepada 50 Ribu Sehari!
Kalau ada yang rindu untuk bercuti ke negara matahari terbit, dah boleh mula merancang kerana kerajaan Jepun sudah mula melonggarkan kawalan sempadan untuk pelawat asing masuk ke negara mereka bermula 7 September ini.
Menurut laporan portal Mediacorp Singapura, Pelawat asing boleh mengunjungi Jepun mulai esok mengikut pakej lawatan tanpa diiringi pemandu pelancong.
Mulai 7 September, Jepun juga menaikkan had harian jumlah pelawat yang dibenarkan memasuki negara itu kepada 50,000.
Jepun telah melaksanakan sekatan sempadan yang ketat lebih lama berbanding negara lain, dan hanya pada Jun, negara itu mula membenarkan pelawat asing memasuki Jepun dengan syarat mereka mengikut pakej lawatan dan diiringi pemandu pelancong.
“Sedang pertukaran antarabangsa menjadi semakin aktif di seluruh dunia, Jepun akan turut serta dalam pergerakan ini – juga dari sudut pandangan untuk memanfaatkan yen yang murah,” kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Rabu lalu.
“Mulai 7 September juga, kami akan membenarkan pelawat dari semua negara untuk memasuki Jepun mengikut pakej lawatan tanpa pemandu pelancong, dan kami akan terus memastikan prosedur pelepasan di lapangan terbang berjalan dengan lebih lancar,” tambah Kishida.
Namun, langkah-langkah itu tidak bererti pembukaan semula negara tersebut sepenuhnya dan pelawat masih dikehendaki membuat tempahan bagi lawatan mereka menerusi ejen dan mendapatkan visa.
Penyiar awam NHK dan media tempatan lain turut melaporkan bahawa pelawat asing perlu mematuhi garis panduan pengasingan diri jika diuji positif COVID-19 di Jepun.
Kishida berkata beliau berharap untuk melonggarkan lagi sekatan sempadan, dengan para pegawai industri berminat untuk melihat pelaksanaan semula program yang membenarkan pelawat dari kebanyakan negara dunia untuk melawat tanpa visa.
Negara tersebut tidak pernah mengenakan perintah berkurung yang ketat, dan ia mencatatkan sekitar 39,000 kematian disebabkan COVID-19 – lebih rendah berbanding banyak lagi negara.
Kredit: berita.mediacorp.sg
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI