Kalau ada yang rindu untuk bercuti ke negara matahari terbit, dah boleh mula merancang kerana kerajaan Jepun sudah mula melonggarkan kawalan sempadan untuk pelawat asing masuk ke negara mereka bermula 7 September ini.
Menurut laporan portal Mediacorp Singapura, Pelawat asing boleh mengunjungi Jepun mulai esok mengikut pakej lawatan tanpa diiringi pemandu pelancong.
Mulai 7 September, Jepun juga menaikkan had harian jumlah pelawat yang dibenarkan memasuki negara itu kepada 50,000.
Credit Photo: www. canva.com
Jepun telah melaksanakan sekatan sempadan yang ketat lebih lama berbanding negara lain, dan hanya pada Jun, negara itu mula membenarkan pelawat asing memasuki Jepun dengan syarat mereka mengikut pakej lawatan dan diiringi pemandu pelancong.
“Sedang pertukaran antarabangsa menjadi semakin aktif di seluruh dunia, Jepun akan turut serta dalam pergerakan ini – juga dari sudut pandangan untuk memanfaatkan yen yang murah,” kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Rabu lalu.
Ads
“Mulai 7 September juga, kami akan membenarkan pelawat dari semua negara untuk memasuki Jepun mengikut pakej lawatan tanpa pemandu pelancong, dan kami akan terus memastikan prosedur pelepasan di lapangan terbang berjalan dengan lebih lancar,” tambah Kishida.
Namun, langkah-langkah itu tidak bererti pembukaan semula negara tersebut sepenuhnya dan pelawat masih dikehendaki membuat tempahan bagi lawatan mereka menerusi ejen dan mendapatkan visa.
Penyiar awam NHK dan media tempatan lain turut melaporkan bahawa pelawat asing perlu mematuhi garis panduan pengasingan diri jika diuji positif COVID-19 di Jepun.
Ads
Credit Photo: www. canva.com
Kishida berkata beliau berharap untuk melonggarkan lagi sekatan sempadan, dengan para pegawai industri berminat untuk melihat pelaksanaan semula program yang membenarkan pelawat dari kebanyakan negara dunia untuk melawat tanpa visa.
Negara tersebut tidak pernah mengenakan perintah berkurung yang ketat, dan ia mencatatkan sekitar 39,000 kematian disebabkan COVID-19 – lebih rendah berbanding banyak lagi negara.
Kredit: berita.mediacorp.sg
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Isnin meminta orang awam untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar berikutan ramalan jerebu akan melanda bandar raya Miri akibat kebakaran ladang serta tanah gambut seluas 70 hektar di Kuala Baram.
Proses pemadaman api akan dijalankan hari ini menggunakan helikopter bomba menerusi kaedah pengeboman air untuk mengawal serta memadamkan kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, lokasi kebakaran ialah sebuah ladang kelapa sawit namun tugas untuk memadamkan kebakaran mengalami kesukaran kerana tiada sumber air dan tiada laluan untuk memadamkan api.
Setakat ini punca kebakaran di lokasi tersebut dipercayai kerana pembakaran terbuka. Orang awam dinasihatkan kurangkan aktiviti luar, banyak minum air, sentiasa berada di dalam rumah dan jika keluar rumah diminta memakai topeng muka.
Bahagian tengah dan pinggir Miri mengalami kabut asap akibat kebakaran hutan di kawasan pinggir bandar itu. Jarak penglihatan dikurangkan kepada hanya 100 meter di beberapa kawasan perumahan dan komersial, terutama di Pujut hingga ke Lutong.
Udara dipenuhi dengan bau asap yang kuat, menyebabkan ribuan penduduk di bandar itu dengan populasi 350,000 orang mengalami kesukaran bernafas.
Sarawak menghadapi masalah kebakaran hutan di beberapa daerah pusat dan utara. Di bahagian utara, terdapat kebakaran di daerah Miri, Limbang, Marudi dan Bekenu serta di Taman Negara Similajau. Bagi kawasan kebakaran di bahagian pula di Mukah dan Kapit. Kebakaran hutan di Sarawak bermula sejak awal Mac.
Bukit Kanada Miri juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Kanada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak.
Lokasi ini juga telah diangkat menjadi industri pelancongannya yang menarik di Miri. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Dari puncak Bukit Kanada yang merupakan puncak tertinggi di Miri, anda dapat melihat keseluruhan bandar Miri. Di sini juga merupakan port merakamkan video atau foto bintang-bintang yang boleh disaksikan dengan jelas.
Namun begitu, Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) meminta pelancong luar dan penduduk di Miri agar tidak memasuki kawasan tapak bekas telaga minyak yang dikatakan mengeluarkan gas dari bawah tanah di sekitar Bukit Kanada di bandar raya itu kerana ia membahayakan keselamatan mereka. Ada laporan daripada orang ramai telah menemukan satu lubang tanah berbuih dipercayai mengeluarkan gas asli cecair, satu daripada tapak bekas telaga minyak lama di kawasan terbabit baru-baru ini. Sebenarnya penemuan gas terbabit bukanlah menunjukkan sekitar bandar raya Miri masih banyak sumber minyak dan gas tetapi hanyalah kebocoran sisa bahan itu dari bekas telaga minyak lama dan sesuatu yang berbahaya kepada orang awam.
Kebocoran gas dari bekas telaga minyak lama itu berisiko untuk meletup dan persatuan itu bersedia berbincang dengan pihak berkuasa tempatan bandar raya itu bagi memberikan nasihat tentang bahaya berkenaan kepada penduduk di sana. Persatuan itu meminta kerajaan dan kementerian berkaitan alam sekitar di negeri ini mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap telaga terbabit bagi membaik pulih dan menutup kebocoran gas atau minyak dari telaga itu. Ketika ini masih belum diketahui pihak yang bertanggungjawab terhadap bekas-bekas telaga minyak lama di Bukit Kanada tetapi kawasan itu diterokai syarikat minyak Shell sejak 1910 dan telah mengeluarkan hingga lapan juta tong minyak. Kerja memagar kesemua 624 tapak bekas telaga minyak lama terbabit dianggarkan tidak menelan kos yang tinggi namun kerja membaik pulih dan menutup dengan sempurna telaga terbabit akan melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...