Tourism Selangor menerusi Jabatan Pembangunan Industri baru-baru ini telah mengumumkan senarai 40 kumpulan finalis bagi Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor. Pelan Pemulihan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor melalui pendekatan yang efektif berdasarkan norma baharu atau melalui inisiatif yang menjurus ke arah mengatasi impak dari pandemik Covid-19.
Pertandingan “pitch” ini juga telah membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik dalam mengekalkan kelansungan industri ini terutamanya di Negeri Selangor. Kertas Kerja yang dihantar juga perlu merangkumi aspek usaha mengembalikan keyakinan rakyat dan pelancong untuk melancong ke Negeri Selangor; serta menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Ads
Pertandingan yang telah bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 31 Julai lalu ini menerima sebanyak 101 penyertaan Kertas Kerja. Dari jumlah ini, 34 adalah masing-masing dari kategori “Kreatif dan Inovasi Pelancongan” dan “Kelansungan Pelancongan atau Sustainable Tourism”, manakala baki 33 Kertas Kerja pula memfokuskan pada Digitalisasi Pelancongan”.
Dari 101 jumlah Kertas Kerja, 40 telah dihasilkan oleh universiti tempatan, 35 dari syarikat swasta, 16 dari syarikat berfokuskan sektor pelancongan, serta baki penyertaan datang dari Non-Profit Organization (NGO) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ads
40 kumpulan finalis ini akan membentangkan Kertas Kerja mereka pada sesi penilaian terakhir pada 9 dan 10 September ini bagi merebut peluang bagi membawa pulang hadiah kemenangan berupa Geran Projek bernilai RM 150,000 untuk 20 pemenang utama! 10 pemenang utama akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 10,000 setiap seorang, manakala 10 pemenang saguhati pula akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 5,000 setiap seorang.
Ads
Kesemua para pemenang akan diumumkan pada 15 September ini. Mereka juga turut berpeluang membentangkan hasil Projek mereka di Tourism Selangor Global Convention 2021; sebuah Konvensyen yang menampilkan penyertaan Badan dan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi dan penggiat industri pelancongan dari seluruh Negara serta orang awam dan dijadualkan berlangsung pada bulan November ini, tertakhluk kepada SOP semasa.
Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh ikuti kemas-kini pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi; Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube channel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melancong sememangnya menjadi aktiviti kesukaan ramai. Ada yang memilih untuk melancong bersama teman-teman, keluarga, atau berseorangan. Tidak kisah apa cara pilihan konsep pelancongan idaman anda, melancong pasti memberi 1001 pengalaman berharga kepada kalian untuk dikenang seumur hidup. Ada yang penuh dengan keseronokan, ada juga perlu menempuh detik menakutkan.
Tahun 2020 mencatat pelbagai cerita suka duka dunia pelancongan apa lagi bila dunia dikejutkan dengan wabak pembunuh,Covid-19. Ketika itu terdapat puluhan ribu rakyat kita berada di luar negara. Apabila satu persatu negara mengumumkan ‘lockdown’ bukan sahaja rakyat kita terkandas, malah ratusan ribu orang dari seluruh dunia terkandas di negara asing. Setiap negara mula menutup sempadan negara. Menghentikan penerbangan dan pelancong tiada pilihan selain terpaksa hidup ‘terkurung’ kerana tidak dibenarkan keluar atau pulang ke negara masing-masing.
Segala-galanya berubah sekelip mata. Segala perancangan yang diatur hancur. Lebih parah lagi apabila wang yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan. John Ho, adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu berhadapan dengan situasi ini apabila terpaksa memanjangkan tempoh ‘percutian berseorangannya’ di New Zealand gara-gara penularan wabak COVID-19 ini. Bukannya dia tidak mahu pulang ke negara, akan tetapi semua penerbangan keluar dan masuk di New Zealand ditutup bagi mengelak pertambahan kes COVID-19.
Percutian itu bertukar menjadi sesuatu yang pahit untuk dikenang. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhnya. Berseorangan, tidak mempunyai duit dan makanan sehingga berasa tidak berdaya ketika berada di sana. Jika rakyat Malaysia mengalami kesukaran kerana perlu menjalani perintah kawalan pergerakan di rumah sudah menyusahkan dan menyesakkan jiwa, bayangkan jika terkandas seorang diri di negara asing di saat-saat getir ini.
Ikuti kisah pengalaman John Ho yang berada di negara asing, sepanjang lockdown di sana menerusi dokufilem eksklusif Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita secara serentak pada Sabtu, 12 September 6pm di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello Awani atau strim di Astro GO!
Foto: Astro | Sumber: Astro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semporna, Sabah merupakan destinasi percutian yang mempunyai banyak pulau-pulau cantik. selain itu bagi yang nak makan seafood sampai puas juga boleh datang ke Semporna untuk menikmati percutian dan juga makanan laut yang murah.
Memandangkan masih ada yang kurang tahu dimanakah lapangan terbang terdekat dan juga info lain yang diperlukan jika hendak bercuti ke Semporna, Mohd Zaki Mohd Yakin atau juga dikenali dengan BudakMerah berkongsi tentang info untuk anda yang ingin ke sini.
Jika sebelum ini BudakMerah pernah tular dengan pengembaraan ke serata Malaysia untuk gambar OOTD, kali ini dia merakam gambar-gambar menariknya pula di sekitar pulau-pulau cantik yang ada di Semporna.
Sambil layan gambar OOTD BudakMerah, anda juga boleh dapatkan info untuk ke Semporna. Memang terbaiklah!
aku share sikit info untuk yang ada plan datang bercuti ke semporna..tak kisahlah nak terjah walkin ke, nak backpackers ke or by agent.
memandangkann masih ada orang luar yang tak tahu, airport terdekat dengan semporna ni adalah #tawauairport, dari tawau airport akan mengambil masa 1jam @ 1 jam lebih untuk ke semporna (80KM) by van, grab or taxi. btw, airport tawau ni xda kaunter2 khas untuk bas atau van mcm dekat kl sentral @ tbs untuk ke semporna ya. ada 5 option boleh pakai utk korang pergi semporna.
option 1 : by agent, kalau korang da siap2 ambil pakej.. selalunya agent akan sediakan dari a sampai z…means tak payah pening2 untuk cari itu ini bila sampai, mereka akan stanby untuk pickup dekat airport by van atau pun kereta.
option 2 : jangan risau dekat airport tawau dah bersepah grab atau maxim. rate dari airport ke semporna dalam RM80-RM100 untuk car 4 seat & untuk car 6 seat rate dalam RM150-RM180 mcm tu.. datang dgn kawan kawan ramai jimat sikit boleh share kos.
option 3 : kalau yang xda apps grab atau sewaktu denganya ,airport ada service teksi dan rate lebih kurang sama dengan grab.
option 4 : area tawau airport, akan ada van pelancongan atau van2 sapu yang boleh angkut korang pergi semporna, cumanya kena rajin dan beranilah bertanya bila sudah sampai airport. sekiranya ada kekosongan tempat boleh join dgn kadar rate RM25-RM35/seorang. cons kena tunggu van penuh & sharing dengan orang lain.
option 5 : dekat airport juga ada kaunter untuk sewa kereta..keluar je dari balai ketibaan sebelah kanan memang ada kaunter khas utk sewa kereta..rate dalam RM120-RM200 depends jenis kereta, cumanya x rekomenlah untuk sewa sebab bercuti di semporna ni korang akan abiskan masa duduk resort & masuk pulau je
untuk yang tak duduk water chalet, suggestions hotel yang berdekatan dengan jeti keluar masuk pulau, tempat makan (seafood), pasar basah/kering atau tempat beli souvenir, hypermarket, farmasi ataupun office agent pelancongan yang boleh walk in, ni aku listkan hotel2 yang korang boleh survey, ada yang bajet, ada 3 star, ada yang jenis backpackers :
dan sebenarnya banyak lagi hotel hotel kat sini cuma mungkin kena jalan sikit @ pun kena naik grab. btw, bergantung juga dengan jeti korang naik dari mana sebab sini pun ada banyak jeti sebenarnya…yang utama adalah jeti pelancongan..jeti lain macam jeti dragon inn resort, jeti seafest, jeti umum, jeti awam dan tiba tiba yang bukan jeti pun akan jadi ‘jeti’ tempat korang naik bot untuk masuk pulau , so bila dah ambil pakej pulau nanti, bolehlah bertanya dengan person incharge anda terlebih dahulu.
selalunya yang datang semporna pun memang akan lebih suka duduk water chalet atas/tengah laut ..feeling maldives katanyaa haha, untuk water chalet semporna pun dah banyak untuk korang pilih, some ada yang good review some juga ada bad review but still oklahh depends luck korang juga..so pandai pandailah lah survey mana yang rasa ok…antara water chalet yang familiar famous kat sini aku review beberapa resort berdasarkan personal opinion :
17.Arcadia Beach Resort : ada swimming pool, fasiliti dan makanan cun.. cumanya agak jauh dan acces ke pulau lain juga terhad.
18.Kulapuan Resort : antara resort yang ada pantai..family bonding sangat sesuai.cons agak jauh dari town dan acces masuk pulau lain pun terhad.
21.Seahorse Sipadan : dalam perkampungan pulau mabul.
kebanyakan resort diatas ni ada official facebook/instagram page..yang nak book direct boleh je terus contact
untuk round semua pulau di semporna masa terbaik
untuk korang stay adalah 4 HARI 3 MALAM.. flight time juga kena cun..boleh landing sebelum 12-3pm..sebab waktu check in kebanyakan 2pm dan flight time balik pula boleh ambil 7-8mlm sebab mostly last day korang akan ada masuk pulau lagi habis dalam sekitar 3-4pm macam tu..tapi nak lebih hari pun xda masalah janji ada duit je haha…TAK DUDUK 4 HARI 3 MALAM DAN TAK FOLLOW TIME FLIGHT macam aku bagi tu kemungkinan besar korang tak boleh cover semua pulau yang ada disini, antara pulau wajib kena visit bila sampai semporna :
aku share juga beberapa tempat menarik di semporna selain daripada pulau..
(bersebelahan dengan no 2, fee entrance RM3 dan sini boleh camping)
bagi mereka yang lebih suka travel agent uruskan semua dari a sampai z sepanjang bercuti di semporna ni, aku rekomenkan beberapa travel agent yang trusted dekat sini…ada banyak pilihan sebenarnya…korang boleh survey mana yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet korang sendiri, mungkin ada yang mahal ada juga yang murah, bagi mereka yang pernah datang semporna juga mungkin ada pengalaman yang baik dan kurang baik dengan travel agent disini..so antara yang trusted dan famous boleh survey dekat IG :
10.@divemonster47
11.@bdtourismsemporna
12.@arbatravel
13.@ebullient.traveltours
14.@mysempornaventures
15.@borneokomradtravel
16.@halohalosemporna
17@pakejbudakmerah
mohon berhati hati sebab semporna juga tidak terkecuali untuk dijadikan tempat scammer scammer untuk menipu duit orang..memang pernah terjadi, so please bacalah some review dan buat survey betul2 terlebih dahulu
Yang dah pernah sampai sini pun boleh share juga pengalaman @ info info yang menarik pasal percutian korang di semporna
boleh follow me on Instagram kee_budakmerah untuk tempat ootd menarik di sekitar malaysia
Ramai yang pernah bertanyakan kepada saya, dimanakah tempat yang terbaik untuk mereka buat lesen skuba? Dah ada beberapa tempat yang mereka survey tapi masih belum jumpa yang berkenan di hati untuk melanjutkan niat mengambil lesen skuba.
Ada beberapa sebab yang menjadikan niat seseorang itu terbantut untuk mendapatkan lesen skuba dan diantara adalah disebabkan oleh kekangan kewangan. Anda perlu tahu, bahawa sukan selam skuba ini adalah sukan yang memerlukan modal duit yang agak besar.
Lesen di peringkat Open Water sahaja menelan belanja hampir RM1400 ke atas. Banyak tempat yang menawarkan harga RM1400 hanya kos untuk mengambil lesen sahaja. Pengangkutan, penginapan, makanan dan lain-lain memerlukan anda mengeluarkan kos yang baharu.
Itu baru lesen di peringkat Open Water, belum termasuk kos sekiranya anda ingin melanjutkan lesen ke peringkat yang lebih tinggi seperti Advance Open Water dan seterusnya.
Setelah lesen diperoleh dengan jayanya, mesti akan terdetik di hati untuk mendapatkan kelengkapan dan peralatan menyelam sendiri. Itu akan menelan lagi belanja ribuan ringgit untuk mendapatkan barang-barang yang berkualiti.
Disebabkan pertimbangan kos untuk menceburkan diri dalam aktiviti selam skuba agak tinggi, menjadikan seseorang itu berfikir tiga, empat kali untuk mendapatkan lesennya yang pertama.
Membuatkan mereka berkira-kira untuk mendapatkan tempat yang benar-benar terbaik dengan wang ringgit untuk mendapatkan lesen yang pertama.
Bagi menjawab persoalan anda yang bertanyakan dimanakan tempat yang terbaik untuk mula mendapatkan lesen skuba, jawapan yang terbaik saya boleh berikan adalah dengan mengikuti program Start In Tioman atau SIT yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang (MOTAC Negeri Pahang).
Selayang pandang mengenai program SIT, program ini diadakan setahun sekali di Kampung Genting, Pulai Tioman dan bertujuan untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia malah pelancong luar negara datang ke negara ini sambil melancong dan menyelam skuba dengan harga yang paling berpatutan.
Kenapa saya katakan SIT adalah ‘gerbang’ pertama terbaik untuk anda mula menjadi penyelam skuba? Ia adalah kerana tawaran harganya lebih kompetitif berbanding tawaran-tawaran yang mungkin anda dapatkan di tempat lain.
Tidak berniat untuk merendah-rendahkan pakej daripada tempat lain tetapi inisiatif kerjasama antara MOTAC Negeri Pahang bersama beberapa organisasi berkaitan selam skuba seperti Damai Tioman Resort mempu menjadikan harga yang anda bayar lebih berbaloi dengan pulangan dan perkhidmatan yang akan anda terima.
Bukan bermaksud untuk mempromosikan program SIT tersebut tetapi daripada pengalaman saya yang pernah hadir membuat liputan semasa program SIT 2019 baru-baru ini, kos untuk menyertai SIT adalah lebih rendah berbanding dan termasuk dengan kos pengangkutan anda daripada Jeti Tanjung Gemuk ke Kampung Genting, Pulai Tioman, kos penginapan selama empat hari 3 malam dan makan sebanyak 3 kali sehari.
Selain daripada itu, antara nilai lain yang saya suka mengenai program SIT ini dan mengapa saya mengesyorkan kepada anda untuk menyertai program ini adalah kerana persekitaran orang-orang yang berada di situ membuatkan anda selesa dan melayani anda seperti saudara. Akan saya huraikan perkara ini di entri yang akan datang, kenapa saya berkata demikian.
Dalam masa sama, sepanjang masa program dijalankan, ada banyak aktiviti telah direncanakan oleh pihak penganjur menjadikan pengalaman anda menyertai dan mengambil lesen di SIT ini tak sendu dan membosankan. Anda bayangkan anda mengambil lesen seorang diri ditempat lain dan tidak ada aktiviti lain selain daripada kelas teori dan praktikal skuba semata-mata, adakah itu tak membosankan? Bosan beb.
Secara jujur saya katakan, pengalaman saya selama berada di program SIT baru-baru ini amat menyeronokkan dan saya mahu anda juga merasai pengalaman yang sama. Tak kan saya nak syorkan kepada anda sesuatu yang tak menarik, betul tak?
Saya akan kongsikan pengalaman saya semasa berada di program SIT didalam entri yang akan menyusul selepas ini, dan akan saya ceritakan kepada anda mengapa saya katakan SIT adalah salah satu gerbang terbaik untuk anda menceburkan diri dalam dunia selam skuba.
Teruskan membaca bersama Libur..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...