Kus semangat bila tengok satu video dari US ni apabila tali permainan bungee terputus! Mana tak kecut perut, permainan tu macam lastik yang melastik orang terbang ke udara.
Putus dekat bawah pun dah kecut perut, cuba bayangkan kalau tali tu putus sewaktu kita berada di udara, tak ke dari US tu boleh sampai ke Kampung Pandan? Okay tu hyperbola je.
Ads
Kejadian ni berlaku di satu taman tema di Florida, Amerika Syarikat dan kejadian berjaya di rakam melalui kamera yang diletakkan di situ. Kalau perhatikan daripada rakaman tersebut, beberapa saat sahaja sebelum dua penumpang tersebut dilepaskan ke udara, tali bungee tu terputus.
Ads
Permainan bungee tu dipanggil sebagai ‘Vertical Accelerator’ dan mampu melepaskan anda pada kelajuan 160km/j tau!
Ads
Mujur, sewaktu kejadian, tiada mangsa yang mengalami kecederaan. Melalui dari video yang dipaparkan itu juga dilihat petugas permainan taman tema tersebut sempat mengelak menyelamatkan diri daripada terkena serpihan letusan tali berkenaan.
Jadi kepada anda yang nak main permainan extreme sebegini di mana-mana, pastikan anda dilindungi insurans dan hibah dinamakan kepada waris-waris yang terdekat ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Salam semua. Saya nak share pengalaman unplanned short trip 3 hari 2 malam ke Langkawi. Kami sewa viva 24 jam RM50 sehari. Isi minyak RM20 cukup jalan2 untuk 3 hari
Tujuan trip kali ini lebih kepada eco tourism sebab sebelum ini sudah pernah pergi island hoping, lawat muzium, cable car dan lain-lain.
Kebersihan terjaga, bilik hotel selesa dan lokasi yang strategik. Ada reserved parking, restoran belakang hotel (malam-malam ada persembahan api) dan kalau bilik menghadap Cenang Mall, malam-malam layan busking. Santai sahaja.
Aktiviti hari pertama kitaorg pusing island sahaja. Lepak Pantai Tanjung Rhu, Pantai Pasir Hitam dengan Air Terjun Temurun.
Petang cari coklat di HIG Kompleks tapi banyak stok dah habis. Then ada sedara inform kedai baru jual coklat sahaja, TS Duty Free Shop berdekatan Dayang Bay. Rambang mata nak pilih coklat
Macam-macam jenis ada. Harga pun sama jugak macam HIG.
Hari kedua kitaorang hike Matchinchang, singgah Blue Pool dan Telaga Tujuh. TERBAIK
BAQ HANG! Gambar untuk bukti. Membe kami tolong guide. Upah harga rakyat marhaen sahaja. Urusan sewa kereta pun beliau boleh bantu. Nak info lanjut boleh pm.
Harap sedikit sebanyak info dapat membantu. Semoga segala urusan kalian jugak dipermudahkan. Be safe everyone
Kepada yang berada di Negeri Sembilan boleh datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai seawal pukul 7.30 pagi. Ada banyak acara dan pertandingan yang akan diadakan seperti Pertandingan CNY Idol, Peragaan Cheongsam, Pertandingan Line Dance dan Senam Seni Zumba & FitnJoy. Hadiah johan yang dipertandingkan sebanyak RM800!
Bukan itu sahaja, fiesta food truck, jualan rakyat, perkhidmatan kaunter bergerak pelbagai agensi kerajaan, aktiviti mesra rakyat, persembahan kesenian, pameran agensi kerajaan dan jualan makanan tradisional & tempatan turut ada menanti anda di sini.
Sambutan Tahun Baharu Cina ini turut akan menampilkan selebriti terkenal seperti Angelina Tan, Hael Husaini, Suki, Syafeek Ikhwan, dan Naqinasri. Lebih menyerikan majlis adalah persembahan istimewa daripada World Champion Lion Dance Group, Kun Seng Keng Lion Muar, yang didatangkan khas sempena sambutan kali ini.
Majlis yang gilang gemilang ini akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam dan lebih meriah lagi apabila ia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Syarikan penerbangan Malaysia atau Malaysia Airlines (MAS) sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, muncul dengan video keselamatan dalam penerbangan baru menggabungkan dunia seni persembahan, budaya dan keselamatan dalam cara yang cukup kreatif dan unik, Satu, Dua, Tiga, Jom! memberikan pandangan baharu untuk video seumpama itu yang pernah dihasilkan.
Menampilkan bakat-bakat seni dan juga figura kebanggaan Malaysia dalam video yang berdurasi selama 7 minit ini, tetap mengekalkan signature Malaysia Airlines dengan kru kabin yang berpakaian baju kebaya cantik mengalu-alukan penumpang untuk menonton video demonstrasi keselamatan dalam penceritaan muzikal sebelum menyampaikan lapan langkah mudah keselamatan dalam penerbangan untuk diikuti oleh penumpang kelak.
Daripada gimnas Olimpik yang menunjukkan kedudukan pendakap sekiranya berlaku kecemasan, kumpulan rock menggesa penumpang supaya tidak merokok di dalam pesawat, sehinggalah watak kelab bola sepak Harimau Malaya yang menyanyikan kepentingan keselamatan tali pinggang keledar.
Konsep video dalam penerbangan Malaysia Airlines yang dipertingkatkan adalah selaras dengan cara kerja baharu dan perjalanan penggunanya, memandangkan keghairahan untuk mengembara terus melonjak apabila sempadan di seluruh dunia dibuka semula. Video tersebut, walaupun pada terasnya menonjolkan kepentingan keselamatan di atas kapal, juga menawarkan pengembara jauh dan luas peluang untuk merasai kehangatan dan kepelbagaian Malaysia, meskipun hanya dalam penerbangan.
Diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina, penerbit, Pengarah dan Pengasas yang memenangi anugerah dari The Enfiniti Creative Universe dan diarahkan bersama oleh Datuk Yusry Abdul Halim, pelakon dan pengarah; yang video menampilkan bintang dan figura Malaysia yang cukup terkenal antaranya termasuk Tan Sri Dr. Mazlan Othman, Ahli astrofizik pertama Malaysia; Farah Ann Abdul Hadi, gimnas artistik; Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Pengasas MERCY Malaysia; Francisca Luhong; Miss Universe Malaysia 2020 dan ramai lagi.
Video itu dihasilkan dengan kerjasama Enfiniti, pernah memenangi anugerah dan mencipta pengalaman bertaraf dunia merentasi hiburan, pelancongan dan pendidikan, video tersebut ditayangkan pada acara yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya.
Turut hadir pada acara tersebut adalah Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May dan ramai lagi tetamu-tetamu kehormat selain krew dan talent yang turut terlibat dalam pembikinan video tersebut.
Video keselamatan terbaru ini akan dipertontonkan kepada penumpang dalam semua penerbangan Malaysia Airline bermula Ogos ini, tapi kalau anda nak tonton video Satu, Dua, Tiga, Jom! ini boleh buat carian di Youtube dan enjoy. Tengok banyak kali pun tak bosan!
Video tersebut dihasilkan dengan kerjasama Enfiniti, kumpulan syarikat Malaysia yang memenangi anugerah mencipta pengalaman bertaraf dunia merentasi hiburan, pelancongan dan pendidikan, dan ditayangkan pada acara yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya.
Terletak di Pulau Shodoshima, Wilayah Kagawa, Shodoshima Olive Park terkenal dengan ladang zaitun, pemandangan Laut Pedalaman Seto dan kincir angin putih gaya Greek yang...