Sekarang dah masuk musim cuti sekolah dan sudah tentu ada ibu bapa yang berfikir untuk bawa anak-anak mereka keluar bercuti.

Anak-anak kecil atau remaja ini kita sedia maklum, ramai di antara mereka yang gemar untuk bermain air seperti mandi sungai atau air terjun. Siapa yang tak suka main air betul tak? Orang dewasa pun ramai yang suka dengan aktiviti air.

Bagaimanapun, sering terpampang di dada-dada akhbar tentang tragedi yang menimpa ibubapa apabila ahli keluarga mereka terlibat dalam tragedi lemas.

Jadi Libur nak kongsikan tip yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti air. Meskipun ajal maut itu di tangan tuhan tetapi dengan adanya ilmu seperti ini, kadar risiko kemalangan itu dapat anda kurangkan.

Tip pertama; pastikan anak anda ditemani oleh orang dewasa ketika berada di dalam air. Sedangkan perenang profesional pun boleh kejang otot ketika beranang, inikan pula anak-anak anda yang amatur. Jadi bila ada buddy system, salah seorang daripada mereka boleh membantu yang lain sekiranya berlaku kecemasan.

Tip kedua; pastikan anak anda tahu cara-cara untuk berenang ataupun anak-anak anda ada skill untuk melakukan aktiviti di dalam air. Bawalah anak-anak anad ke kolam renang yang cetek terlebih dahulu bagi membiasakan diri mereka sebelum anda bawa mereka ke tempat yang lebih dalam. Sekiranya ada kelas untuk belajar berenang, bagus juga jika dihantar anak anda untuk belajar. Paling tidak mereka tahu bagaimana untuk melakukan CPR sekiranya keadaan memerlukan suatu masa nanti.

Tip ketiga; Tahu kemampuan anak-anak anda juga boleh mengurangkan risiko untuk berlakunya kemalangan ketika menjalankan aktiviti di air. Ajar anak anda supaya tidak fobia air dan tidak panik sekira ada apa-apa berlaku di dalam air. Orang yang fobia dan cepat panik adalah orang yang paling cepat tenggelam dan lemas di dalam air. Berenang memang seronok tapi risau juga kalau sesuatu berlaku di dalam air dan anak-anak anda tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan diri.

Tip keempat; Bawa anak-anak anda berenang di tempat yang selamat sahaja. Ada banyak kawasan sungai dan air terjun yang sebenarnya tidak selamat untuk melakukan aktiviti air tetapi sering diabaikan atas nama riadah. Ambil tahu tentang tekanan yang ada pada air di sesuatu tempat yang anda kunjungi. Kadang-kala air di permukaan kelihatan tenang tetapi sebenarnya arus yang berada di bawah air adalah deras. Disebabkan itu banyak terjadi tragedi mangsa mati lemas akibat ‘disedut’ oleh pusaran air di bawah permukaan. Tonton dua video di bawah sebagai contoh yang lebih jelas kepada anda.

Ambil tahu juga mengenai tanda-tanda kepala air. Tanda-tanda awal kepala air akan kelihatan apabila terdapat ranting-ranting kayu atau daun-daun pokok yang hanyut dibawa arus sungai. Permukaan sungai juga akan berubah dari segi warna yang bertukar keruh disamping buih-buih berwarna putih.

Tip kelima; Berhati-hati untuk menyelam. Kecederaan akibat menyelam kebiasaannya melibatkan kecederaan kepala dan boleh mendatangkan pelbagai risiko termasuk kematian. Sekiranya ada papan tanda dilarang berenang atau dilarang menyelam, ibu bapa perlu mematuhi arahan tersebut.

Tip keenam; Pastikan anak-anak anda minum banyak air. Sekalipun mereka sedang melakukan aktiviti air, tidak bermakna air sungai itu akan masuk ke dalam badan anak-anak. Banyak air dalam badan yang digunakan untuk menggerakkan tubuh supaya berenang dan badan akan cepat dehidrasi daripada biasa.

Keselamatan Ketika Di Taman Tema Air

Di taman tema air, aktiviti terjun tiruk, tunggang terbalik, terbang ke sana sini adalah lebih banyak daripada berenang. Jadi ambil sedikit masa untuk membaca papan tanda awas yang diletakkan di situ. Patuhi setiap arahan yang diberikan supaya keselamatan sendiri dan orang lain turut terjaga. Dalam pada itu, setiap kolam yang ada di taman tema air mempunyai kedalam yang tersendiri. Jangan main terjun sembarangan sahaja ya. Ambil tahu berapa kedalam yang sesuai dengan skill yang ada pada diri sendiri.

Jika tidak tahu berenang, bawa peralatan atau pelampung untuk kegunaan diri sendiri dan pastikan aktiviti yang kita lakukan di taman tema air itu dibawah pengawasan lifeguard.

Jadi itu sahaja tip yang dapat dikongsikan kepada pembaca. Sungai, air terjun, pantai, dan taman tema air memang menyeronokkan kerana kita boleh belajar banyak benda baharu, bersosial bersama kawan-kawan dan sebagainya. Tapi jangan lupa tentang faktor keselamatan supaya keseronokkan itu dibawa pulang sehingga ke rumah.

Tinggalkan Komen