Percutian bajet adalah keyword yang popular tetapi ia banyak terhad kepada percutian dalam negara sahaja. Jadi di sini, Libur senaraikan 10 negara luar negara yang boleh anda bercuti tanpa mengorbankan terlalu banyak wang simpanan anda.
Nicaragua
Merupakan salah satu negara terbesar di Amerika Tengah dan kini popular dengan mereka yang dalam bajet. Tarikannya terletak pada pekan yang berwarna-warni, ombak untuk meluncur dan budaya tempatan yang menarik. Tidak lupa juga dengan accommodation yang berpatutan! Double rooms boleh didapati dengan harga $6 (RM24.96) dan makanan boleh didapati dalam harga $3(RM12.48).
Turki
Siapa lagi yang perlu memperkenalkan negara ini kepada anda? Terkenal dengan budaya Timur dan Barat bertemu dan bersatu, makanan yang menyelerakan juga pemandangan yang menakjubkan, pastikan anda sampai ke sini sekali seumur hidup. Juadah terkenal Shawarna diletakkan harga $2 (RM8.32) dan hostel boleh anda diami dengan harga $20/semalam (RM83.20). Pengangkutan juga dalam harga yang berpatutan!
Sri Lanka
Di sini anda boleh tidur di tepi pantai dan makan di dalam kafe dengan harga serendah $20/semalam (RM83.20). Ada bas yang akan membawa anda dari satu hujung pulau ke hujung yang satu lagi dengan harga $20 (RM83.20) manakala sewaan kereta seharian akan menelan belanja $55-70 (RM228.80-291.20). Makanan pula anda boleh dapat dengan harga serendah $2 (RM8.32).
Kemboja
Ads
Merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi kerana kekayaan budaya setempat, makanan yang enak serta nightlife, ia merupakan negara yang kurang maju jika mahu dibandingkan dengan Thailand dan Vietnam. Makanan boleh didapati dari julat harga $1-3 (RM4.16-12.48) di restoran dan penginapan bermula dari harga $4-20 (RM16.64-83.20). Anda boleh juga menyewa tuk-tuk sepanjang hari dan melawat Angkor wat dengan harga $13 (RM54.03).
Nepal
Selain dari anda melihat panorama banjaran Himalaya, banyak lagi aktiviti lain untuk dilakukan di Nepal. Nikmatilah makanan yang sedap dan menarik yang ada sehingga lewat malam serta berjalan-jalan di jalan Kathmandu ataupun lihat monyet memenuhi kuil (dari jauh ya!). Hotel bajet bermula dari harga $5-25 (RM20.80-104) dan makanan boleh anda dapat dengan harga $2 (RM8.32)!
Thailand
Ads
Mungkin ramai dari kita yang tahu akan mengenai shopping heaven di sini tetapi bukan itu sahaja yang Thailand ada. Thailand terkenal dengan negara yang menyediakan tempat penginapan yang termurah sekali yang bermula dari $4-40 (RM16.64-166.40) bergantung di mana anda menginap di pulau ini dan makanan pula anda boleh dapat dari harga $0.65-5 (RM2.70-20.80) bergantung di mana anda mahu makan. Bas hanya memakan kos $0.25 (RM1.04) manakala Skytrain dan Metro pula $0.50-1.50 (RM2.08-6.24) per trip.
Peru
Merupakan antara negara paling meriah dan kaya dengan budaya setempat di Amerika Selatan, dan juga terkenal dengan kos perbelanjaan yang murah. Cuba datang ke negara ini pada bulan April dan Mei atau September dan Oktober di mana kos penginapan paling murah. Bilik dorm bermula dengan harga $8 (RM33.28) manakala hotel bajet terletak pada julat harga $30-50 (RM124.80-208). Makanan boleh anda dapati di gerai tepi jalan atau pasar pada harga $1-2 (RM4.16-8.32) atau $4-6 (RM16.64-24.96) di restoran tempatan. Transportasi juga terletak dalam harga yang berpatutan – tambang teksi dalam harga $8 (RM33.28) dan bas dalam bandar berharga $0.50-1 (RM2.08-4.16) per trip.
Indonesia
Ads
Yang ini sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan kebenarannya dari segi percutian bajet. Anda boleh sahaja cari penginapan dan transportasi yang murah dengan membuat ‘kajian’ menyeluruh sebelum anda ke sana. Minta pendapat rakan yang sering ke sana atau cari sahaja cerita-cerita pengalaman mereka secara atas talian. Anda pasti tidak akan menyesal!
Romania
Jika anda seorang penggemar seni, Romania adalah salah satu negara yang mesti anda kunjungi. Bilik dorm boleh anda dapat serendah $8 (RM33.28) dan double rooms pula dalam $40 (RM166.40). Makanan pula anda boleh dapat dengan harga $5 (RM20.80). Bas dan kereta api anda boleh nikmati dengan harga $1 (RM4.16) sehala. Setiap museum dan juga tempat-tempat menarik mengenakan tiket berharga $5-10 (RM20.80-41.60), maka nikmatilah kesenian bandar ini sebanyak mungkin!
Afrika Selatan
Percutian ke Afrika Selatan kini lebih berpatutan kerana turun naik mata wang. Datanglah ke sini pada bulan Mac ke Mei dan September ke Oktober di mana tidak terlalu ramai pengunjung dan cuaca yang terbaik. Trip ke safari, museum dan banyak tempat menarik lain akan menjadikan percutian anda ke sini sangat memorable. Makanan akan menelan kos sekitar $4-7 (RM16.64-29.12) manakala bilik dorm yang ringkas akan memakan kos sekitar $10 (RM41.60).
Jadi,tunggu apa lagi?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ribut taufan dari Laut Arab mula membadai pantai barat India dan bandar Mumbai sehingga memaksa puluhan ribu penduduknya dipindahkan.
Kejadian sebegini menjadi igauan bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pantai. Apakah bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, ketiga-tiganya adalah sama cuma membezakannya hanyalah lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika ribut itu berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan ‘taufan’. Jika ia berlaku di Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia dinamakan ‘siklon’. Dan, jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik pula, ia dinamakan ‘hurikan’. Untuk ribut dinamakan taufan, siklon atau hurikan, ia harus mencapai kelajuan sekurang-kurangnya kelajuan 120 kilometer sejam.Ia terbentuk apabila satu pusat tekanan udara rendah yang sejuk berlaku, menyebabkan udara panas di sekelilingnya berpusar dengan laju, menghasilkan angin kencang.
Di India, taufan tersebut bergerak melalui laluan yang diramalkan dan semua persiapan sudah dilakukan. Taufan Nisarga yang membawa angin dengan kelajuan 120 kilometer sejam pada 3 Jun 2020 lalu itu dikategorikan sebagai siklon tahap empat berdekatan bandar Alibagh, 98 kilometer dari selatan Mumbai.
Rakaman yang dirakam di Maharashtra memaparkan keadaan angin kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan laut bergelora. Ini merupakan taufan terburuk sejak berpuluh tahun lalu, yang membadai bandar dengan kepadatan penduduk sehingga 20 juta orang.
Keadaan itu lebih membimbangkan susulan penularan COVID-19 di negara itu.
Sebelum ini, taufan Amphan membadai negara itu dan Bangladesh dua minggu lalu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 100 kematian.
Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.
Menurut kenyataan Istana Clarence House, Prince of Wales itu dilaporkan mengalami simptom sejak beberapa hari lalu tetapi masih dalam keadaan stabil. Manakala The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.
Kedua-dua mereka kini sedang melalui tempoh pengasingan di Scotland. Proses saringan terhadap Putera Charles dan isteri dilakukan di NHS di Aberdeenshire selepas menunjukkan simptom-simptom wabak itu.
Pihak Istana turut tidak menolak kemungkinan Putera Charles yang berusia 71 tahun pada November nanti kemungkinan dijangkiti sewaktu bertemu rakyat jelata beberapa minggu lalu.
Disebabkan itu, doktor diraja meminta Putera Charles menjauhi bondanya dan kaum keluarga lain yang lebih berusia. Ratu Elizabeth II juga disarankan untuk tidak menetap dilokasi di mana puteranya dikuarantin buat seketika. Ini kerana wabak COVID-19 ini sangat bahaya buat mereka yang tergolong dalam usia emas.
Pihak istana turut memaklumkan kali terakhir Putera Charles bertemu bondanya adalah pada pagi 12 Mac. Dan kemungkinan beliau dijangkiti wabak COVID-19 ketika menghadiri perjumpaan pada 13 Mac.
Jambatan Guillemard juga dikenali sebagai Jambatan Sungai Kusial, jambatan ini dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV pada 1925. Jambatan ini diberi nama sempena Gabenor British, Sir Laurence Guillemard. The Metro Carriage Wagon & Finance Co. Ltd, Wednesbury Works, England bertanggungjawab membinanya bermula pada 1920, dan menyiapkan sepenuhnya pada 1924.
Video atas keretapi merentasi Sungai Kelantan melalui Jambatan Guillemard
Jambatan sepanjang 609.6m ini, adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia dan merupakan yang kedua tertua selepas Jambatan Victoria di Perak. Jambatan Guillemard hasil kehebatan seni bina British yang menggunakan besi padu disalut warna hitam dan dibina kerangka tulang yang hebat. Tapak jambatan dibina dari bata merah dan disalut konkrit dan setiap satu dianggarkan setinggi 10-15 meter. Merentasi Sungai Kelantan, jambatan hitam ini menghubungkan Kusial di Tanah Merah dan Paloh Rawa di daerah Machang.
Setelah beroperasi selama 16 tahun, jambatan ini dimusnahkan tentera British pada 1941; semasa Perang Dunia ke-2 meletus di Malaya. Tentera British yang berundur ke selatan Kuala Krai, meletupkan bentangan terakhir landasan ini bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Ia kekal lumpuh selama tujuh tahun, hinggalah dibina dan dibuka semula pada 7 September 1948.
Jambatan ini diguna oleh semua jenis kenderaan, basikal, kereta, lori kecil sehinggalah ia ditutup kepada kenderaan lain pada Februari 1988. Jambatan Tanah Merah yang dibina beberapa kilometer dari Jambatan Guillemard digunakan untuk kegunaan kenderaan lain.
Sejak itu, Jambatan Guillemard hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu namun pengguna motorsikal dan pejalan kaki boleh akses jambatan melalui jalan tepi.
Tahun 1988 juga merupakan tahun bermula kesuraman antara Kampung Kusial Bharu dan Paloh Rawa. Penduduk mula berhijrah ke tempat lain selepas aktiviti ekonomi menjadi lembab. Sebelum itu, Jambatan Guillemard membantu penduduk kampung meraih pendapatan tambahan yang berniaga pelbagai hasil kampung kepada mereka yang mahu menyeberang ke seberang. dan juga di pasar berdekatan.
Hari ini, jambatan ini hanya diguna oleh Keretapi Tanah Melayu, dan menjadi sebahagian laluan keretapi hutan dari utara Tumpat ke Gemas di selatan Negeri Sembilan. Lokasi ini kini sering menjadi rakaman foto perkahwinan dan pusat tarikan pelancong.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...