Ribut taufan dari Laut Arab mula membadai pantai barat India dan bandar Mumbai sehingga memaksa puluhan ribu penduduknya dipindahkan.
Kejadian sebegini menjadi igauan bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pantai. Apakah bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, ketiga-tiganya adalah sama cuma membezakannya hanyalah lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika ribut itu berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan ‘taufan’. Jika ia berlaku di Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia dinamakan ‘siklon’. Dan, jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik pula, ia dinamakan ‘hurikan’. Untuk ribut dinamakan taufan, siklon atau hurikan, ia harus mencapai kelajuan sekurang-kurangnya kelajuan 120 kilometer sejam.Ia terbentuk apabila satu pusat tekanan udara rendah yang sejuk berlaku, menyebabkan udara panas di sekelilingnya berpusar dengan laju, menghasilkan angin kencang.
Ads
Di India, taufan tersebut bergerak melalui laluan yang diramalkan dan semua persiapan sudah dilakukan. Taufan Nisarga yang membawa angin dengan kelajuan 120 kilometer sejam pada 3 Jun 2020 lalu itu dikategorikan sebagai siklon tahap empat berdekatan bandar Alibagh, 98 kilometer dari selatan Mumbai.
Ads
Rakaman yang dirakam di Maharashtra memaparkan keadaan angin kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan laut bergelora. Ini merupakan taufan terburuk sejak berpuluh tahun lalu, yang membadai bandar dengan kepadatan penduduk sehingga 20 juta orang.
Ads
Keadaan itu lebih membimbangkan susulan penularan COVID-19 di negara itu.
Sebelum ini, taufan Amphan membadai negara itu dan Bangladesh dua minggu lalu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 100 kematian.
Gemar travel secara solo dan backpacking, kunjungan ke Laos selama enam hari baru-baru ini melengkapkan pengembaraan Izzudin Pauzike semua 10 negara yang ada di Asia Tenggara.
Menjelajah ke 3 kota iaitu Vientiane, Luang Prabang dan Vang Vieng, Izzuddin menyifatkan Laos sebuah negara yang cukup cantik dengan alam semula jadinya yang masih terpelihara.
Pernah dijajah oleh kuasa besar Perancis, bangunan yang ada di kota-kota di sini juga banyak berunsurkan French colonial.
Kedudukan Laos yang juga bersempadan dengan Thailand dari arah Barat, memberikan peluang buat traveler untuk menikmati keindahan matahari terbenam dari sungai Mekong.
Banyak barangan murah dan juga tempat menarik untuk dilawati, setiap kota yang dijejaki Izzuddin mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Sungguh mengagumkan dan patut menjadi destinasi pengembara lain.
Turut diselitkan info tentang penginapan, tempat menarik, pengangkutan dan juga bajet, ikuti perkongsian Izzuddin:
Di sini saya sertakan itinerary saya selama 6 hari di Laos.
Laos adalah sebuah negara yang cantik, sangat “laid-back” dan rasa sangat tenang sepanjang berada di sana. Mungkin sebab kurang tourist di sana dan alam semula jadi yang masih lagi disimpan di sekitar bandar bandar utama. Orang lokal pula sangat peramah. Jadi, bila di night market, harga yang dijual sudah murah, rasa serba salah kalau nak minta bargain lagi.
Saya melawat 3 buah kota iaitu Vientiane, Luang Prabang dan Vang Vieng. Vientiane merupakan ibu kota negara Laos dan juga economic hub maka banyak bank dan syarikat asing di sana. Kedai kopi atau french cafe concept ada setiap 2-3 minit jalan kaki area pusat bandar. Dari segi aktiviti, tak banyak boleh dilakukan, jangan lupa untuk view sunset dari sungai mekong menghadap Thailand border. Sangat cantik. Banyak french colonial architecture di bandar ini juga.
Vang Vieng yang dikenali sebagai backpackers haven dan dikelilingi limestone. Aktiviti lasak boleh didapati di sini seperti kayak, caving, cave tubing dan banyak lagi. Aktiviti tumpuan yang pertama ialah water tubing. Tapi ingat, banyak kematian direkodkan untuk aktiviti ini, so do some research and if you want to do it at your own risk, choose the best travel agent that takes higher safety measures.
Luang Prabang, 2 hari di sini memang tak cukup. Bila disini, wajib pergi ke Kuang Si Waterfall, one of the most beautiful gems in Southeast Asia. Boleh juga mendaki ke Bukit Phousi, Royal Palace dan night market. My first impression di sini seperti berada di Yogyakarta. Most of the buildings here are so beautiful with the combination of French colonial architecture and local culture.
Dari segi matawang, Laos menggunakan Kip. Dan banyak money changer accept Malaysian Ringgit, but to be safe boleh bawak Baht/USD. Sebelum keluar dari Laos, habiskan lah Kip sebab negara Thailand sendiri tak terima matawang ini di Money Changer.
Makanan pula, di Vientiane, ada 2-3 buah restoran Malaysia. Rezeki saya sewaktu hari merdeka, saya terserempak Malaysians yang lain dan ajak makan bersama-sama di restoran malaysia di sana dan surprisingly owner restoran pun ada disitu. Di Vang Vieng tiada makanan halal saya yang jumpa, tapi ada banyak vegetarians restaurant dan di Luang Prabang, ada 2-3 restoran halal majority indian cuisine.
Pengangkutan sekarang sangat mudah di Laos sebab LCR (Laos-China Railway) sudah beroperasi sepenuhnya. Sebelum ini, perjalanan bus dari Vientiane ke Luang Prabang mengambil masa sekitar 10-12 jam melalui jalan darat seperti overnight bus dan kini, cuma 2 jam dengan menaiki train. Tiada Grab/Uber di Laos, tapi ada alternatif lain iaitu Loca (Grab versi Laos). Boleh pilih mode Motor sekiranya travel solo seperti saya.
Penginapan
Di bawah itinerary saya secara ringkas,
Day 1 – Vientiane dan menaiki train ke Vang Vieng
Day 2 – Aktiviti di Vang Vieng
Day 3 – Hiking di Vang Vieng dan menaiki train ke Luang Prabang.
Andai Korea Selatan menjadi destinasi percutian anda, jangan ketinggalan ke K-Style Hub yang menjadi lokasi tepat untuk mengetahui segalanya tentang negara ini. Ia merupakan pusat sehenti yang menyediakan informasi yang diperlukan oleh kebanyakan pelancong. Selain menjadi pusat informasi pelancong, terdapat pelbagai kegiatan yang dibahagikan kepada lima aras berbeza.
Terletak di tengah bandaraya Seoul,berhampiran Cheonggyecheon River. Jika anda pertama kali tiba di Seoul, Korea, ambil kesempatan untuk ke K-Style Hub kerana di sini pelbagai info yang sangat membantu sepanjang berada di negara ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini dan dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga jam 8.00 malam untuk bahagian Tourist Information Center di Tingkat 2.
Di K-Style Hub anda dapat menjelajah, mencuba dan merasakan serba sedikit pengalaman tentang Korea. Selain itu, pengunjung boleh memahami budaya masakannya, memasak dan mencuba makanannya serta menikmati indahnya Korea.
Berada di tingkat dua, bau aroma kopi dari kafe yang berada di sebelah kanan mengajak anda untuk singgah menikmati kopi. Di sebelah kiri ada layar besar yang menunjukkan pemandangan 360 darjah dari tempat-tempat pelancongan terkenal di Korea.
Maju ke kiri, anda dapat melihat pelbagai risalah pelancongan di Korea , pengunjung juga dapat mencuba pengalaman VR melihat lokasi-lokasi menakjubkan. Anda juga boleh berfoto bersama replika patung kertas BIGBANG dan foto virtual bersama artis K-Pop
Istimewanya pelancong Muslim boleh menjalankan solat di surau kecil yang telah disediakan di bahagian belakang tingkat dua ini. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita diasingkan dan masing-masing dalamnya terdapat ruang untuk berwuduk. Selain itu terdapat ruangan mengenai kesihatan dan kecantikan. Anda boleh cuba mengukur usia kulit.
Pintu masuk ke Korean Food Exhibition Hall pada tingkat 3 begitu menarik perhatian. Tempat ini dihiasi dengan suasana tradisional Korea yang autentik, di mana jendela panjang dengan panel kayu tersusun sebaris. Kelihatan 24 panel kayu mempamerkan makanan musim di Korea. Pengunjung juga dapat melihat pelbagai biji-bijian dan perencah tradisional Korea yang telah mengalami proses fermentasi iaitu Kimchi. Lauk pauk didapati dari kombinasi warna, jenis, rasa dan bentuk. Ini merujuk pada musim, kesihatan dan keindahan.
Jengah pula ke tingkat empat, pengunjung boleh mencuba memasak makanan tradisional. Pendaftaran diperlukan bagi yang ingin mengikuti kelas memasak . Anda dapat memilih untuk membuat pelbagai macam makanan Korea di ‘Korean Food Learning Center’, mencuba makanan Korea di ‘Korean Food Experience Zone’, atau mendapatkan resepi makanan Korea yang berharga di ‘Korean Food Sarangbang’.
Mencuba Hanbok
Art Market Hall adalah tempat terakhir sebelum meninggalkan K-Style Hub. Pengunjung dapat melihat dan mencuba pakaian tradisional Korea (Hanbok) dan meja makan kecil yang digunakan oleh masyarakat di Korea serta produk kreatif. Karya seni dihasilkan penuh artistik dan boleh dijadikan sebagai cenderahati buat keluarga mahupun teman-teman. Sesungguhnya penjelajahan ke K-Style Hub memberi pengalaman berharga buat pengunjung untuk mengetahui tentang budaya dan makanan di Korea.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bercuti sering menjadi pilihan untuk merehatkan minda. Lebih best kalau pergi travel dengan kawan-kawan yang sekepala kerana ada banyak aktiviti boleh dilakukan. Pada yang ada cadangan nak pusing-pusing Perak, ada banyak lokasi menarik boleh teroka di negeri ini.
Baca perkongsian dari Gideon Lee yang berkongsi pengalaman pusing Perak pada kos RM300 seorang (pergi empat orang). Banyak tempat boleh singgah dan pastinya ia memori sangat manis untuk dikenang.
Jom tengok tempat menarik di Perak dalam percutian 3 hari dua malam. Moh ke Perak.
Bila dah sampai Kuala Kangsar baru tahu kenapa Masjid Ubudiah disenaraikan masjid yang tercantik di Malaysia. Bagi mereka yang gemar bergambar boleh je pergi Victoria Bridge dan Taman Tasik Taiping, view memang awesome giler.
Apabila cerita pasal menara condong pasti ramai akan teringat yang kat Italy tu, tapi ramai yang tidak tahu di Malaysia juga ada menara condongnya tersendiri.
Petrol RM 180
Tol RM53
Hotel RM 320
Entrance Fees RM 47
Makan RM 600
Total RM 1200 / 4 orang
Seorang cuma RM300 je
Itinerary :-
Kuala Kangsar
– Masjid Ubudiah
– Baitol Anor
– Royal Museum
– Pavilion Tower
– Perak Royal Museum
– Malaysia Oldest Rubber Tree
– Museum Labu Sayong
– Victoria Bridge
Taiping
– Taman Tasik Taiping
– Taiping Town
Kuala Sepetang
– Kilang Arang Kuala Sepetang
– Kuala Sepetang Town
Ipoh
– Ipoh Town
– Kellie's Castle
Tanjung Tualang
– Kapal Korek Bijih Timah
Teluk Intan
– Menara Condong
Day 1
– 9.00AM depart from Subang Jaya
– 11.30AM Masjid Ubudiah, Baitol Anor, Royal Museum
– 12.45PM Mokti's Ice Cream
– 1.15PM Pavilion Kuala Kangsar, Malaysia oldest rubber tree
– 2.00PM Laksa Pak Ngah
– 3.00PM Museum Labu Sayong RM9
– 4.45PM Victoria Bridge
– 5.30PM Avocado Shake @ Dapur Abe Mat
– 8.00PM Check in hotel in Taiping
– 10.00PM Dinner at Siang Malam Food court, lepas tu lepak je kat hotel
Day 2
– 8.30AM Taiping Lake Garden
– 12.00PM Check out Hotel
– 1.00PM Visit Charcoal Factory
– 3.30PM Visit Kuala Sepetang
– 6.00PM Check In Homestay (tema Avengers)
– 8.00PM Jalan2 kat Ipoh Town
Day 3
* 8.30AM Dim Sum dan minum ipoh white coffee kat ipoh old town
* 12.00PM Check out homestay
* 1.30PM Kellie's Castle
* 3.00PM Tualang Kapal Korek RM5
* 4.30PM Menara Condong Teluk Intan
– 6.00PM Makan sate dengan chicken chop sebelum bergerak balik ke Melaka — with Nur Amirah Mira.
Kredit :- Gideon Lee dalam page fb Backpackers Buddies Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!