12 fasiliti di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan ditutup kepada orang awam bermula pada 5 dan 6 Oktober 2020 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penutupan ini adalah bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Perhilitan dalam satu kenyataan menjelaskan langkah itu diambil bagi mencegah penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang kini melanda negara. Kemudahan yang terbabit adalah:
Ads
Paya Indah Wetlands (Selangor)
Taman Negara Kelantan
Kuala Koh (Kelantan)
Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Terengganu
Tanjung Mentong (Kenyir).
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah
Taman Negara Pahang
Sungai Relau, Merapoh
Taman Negara Pahang, Kuala Tahan
Tapak RAMSAR Tasek Bera.
Selain itu, semua Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar turut terbabit dalam penutupan itu, menurut kenyataan itu. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Aduan Hotline Perhilitan di 1-800-88-5151 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Ads
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pula memaklumkan penutupan sementara Taman Botani Kepong dan 'Forest Skywalk'hingga tarikh yang akan diberitahu nanti.
Ads
FRIM telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu Taman Botani Kepong, Taman Warisan serta Forest Skywalk kepada pengunjung sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi staf FRIM serta para pengunjung memandangkan peningkatan kes COVID-19 khususnya di negeri Selangor yang semakin membimbangkan. FRIM akan mengkaji semula keputusan ini berdasarkan laporan dan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang, Segamat, awal pagi tadi.
Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi 29 Oktober 2020. Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KTM Berhad, kereta api itu dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Kilometer 595 di Genuang.
Usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian. Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
KTMB turut memohon maaf kepada penumpang yang terbabit dalam kejadian itu dan akan menyediakan pengangkutan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.
SEGAMAT, 29 Okt – Sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang dekat sini, awal pagi tadi. Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden 2.40 pagi itu. Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata tren itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Km 595, kira-kira lima kilometer sebelum stesen tersebut. “Kegelinciran bagaimanapun hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif. “Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Kamarulzaman berkata sedikit kelewatan dijangka akan berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru. Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan, katanya lagi. Pihak KTMB memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian itu. “Kami telah menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral,” tambahnya lagi. Usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian. “Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya lagi. Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Tamat.
Foto: FB KTM Berhad
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL kembali lagi, nampak gaya banyak aktiviti menarik di situ yang akan memukau para pengunjung yang datang nanti.
Sesekali nak juga sertai aktiviti luar macam ini, bukan? Okay, sekarang cuba fikir kejap, bila kali terakhir anda meluangkan hujung minggu dengan aktiviti yang berkonsepkan ‘nature vibes’?
Agak banyak trend aktiviti luar yang melibatkan camping, hiking, glamping dan healing. Jadi kalau rasa macam sudah lama tak enjoy dengan aktiviti luar macam ini, Libur cadangkan anda ke Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) yang akan bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.
Nah, jemput jamu mata dulu dengan aktiviti yang ada di sana nanti!
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, “Penganjuran ODF 2023 dilihat sebagai medium dan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia.
Antaranya gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak serta ekstrem yang menyantuni setiap lapisan umur masyarakat, dan juga kombinasi gabungan komuniti yang turut menyambung kepada pembangunan ekonomi setempat.”
Bertemakan ‘Unplug & Reconnect’, LOCCO selaku penganjur festival mengajak peserta ODF 2023 untuk bersantai sambil mengambil peluang bertukar pengalaman dan cerita melalui pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang.
Festival ODF23 anjuran bersama LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL) akan menyaksikan peminat aktiviti luar dari dalam dan luar negara berkumpul, meraikan kepelbagaian minat, dan berkongsi idea menerusi pelbagai pengisian seperti sesi forum, bengkel, penerokaan, dan persembahan muzik.
Antara aktiviti yang telah dirancang termasuklah aktiviti perkhemahan, Stand Up Paddling, berkayak, Bridge Rappelling dan memanah.
Aktiviti merentas desa turut diteruskan tahun ini selain beberapa aktiviti baharu yang diperkenalkan seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing.
Malah ada beberapa bengkel dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta bengkel keselamatan dalam air.
Selain itu, bagi merancakkan perjalanan ODF23, sesi perkongsian dan forum turut disenaraikan termasuklah Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan klinik kayuhan basikal. Best, bukan?
Owh ya, peserta juga akan disajikan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan band muzik gig dan tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan ramai lagi. Memang layan habis lah anak-anak muda nanti, sesekali dapat healing bersama geng!
Lebih menarik, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023”’ selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama.
Kalau nak tahu, Kahf sebenarnyna merujuk kepada jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari.
Agung Andrian, Ketua Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Paragon berkata, “Kami berada dalam misi untuk mempromosikan pengalaman dandanan yang terbaik, semula jadi, lembut, halal dan thayyib untuk meningkatkan nilai kehidupan lelaki.”
Penyertaan Kahf sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini.
Menyasarkan lebih 1500 penyertaan, ODF23 didukung lebih 35 kumpulan komuniti dan turut dimeriahkan dengan tajaan oleh ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals serta disokong oleh rakan strategik termasuklah RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, KKTM Lenggong, Decathlon dan Nomadism.
Jangan lepaskan peluang kalau rasa nak sertai KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL, jualan tiket pun masih dibuka. Untuk peminat aktiviti luar yang ingin menyertai ODF23, boleh membuat pembelian tiket di laman sesawang www.outdoorfest.my.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama negara sangat penting untuk peradaban sesuatu lokasi dan bangsa untuk dikenali. Pernah terfikir atau tidak bagaimana sesebuah negara mendapat nama? Nama-nama yang kita kenali wujud dari zaman dahulu hingga hari ini kebanyakkannya mempunyai maksud tersendiri yang melambangkan negara tersebut pada ketika itu.
Perkongsian daripada sumber Facebook The Nusantara ini memang menarik untuk pengetahuan ramai mengenai maksud disebalik nama negara.
Dari nama sesebuah negara pun kita boleh tahu maksud serta identiti untuk sesebuah negara. Ianya umum dan jelas lagi tidak boleh dipertikaikan. Kongsikan fakta ini pada mereka yang mempertikaikan.
Fahamkah anda dengan nama negara anda?
Nama Malaysia ini sebenarnya telah digunakan sejak tahun 1800an lagi dan ianya merujuk kepada Semenanjung Melayu dan kepulauan Melayu.
Kepulauan Melayu merujuk kepada kawasan Sumatra, Tanah Java, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei, Timor dan Filipina. Kepulauan Melayu dikatakan mencecah 2 juta Kilometer persegi dengan lebih daripada 25,000 pulau-pulau didalamnya.
Ini dibuktikan dengan merujuk kepada peta yang dibuat oleh Alexander Keith Johnston F.R.G.S (AK Johnston) pada tahun 1845. Beliau memberi tajuk ‘South Eastern Peninsula and Malaysia’ kepada peta tersebut dan dimuatkan didalam bukunya “National Atlas of Historical, Commercial and Political Geography”.
Malaysia juga merujuk kepada kaum Melayu di Kepulauan tersebut yang mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan juga peneroka pertama di tanah melayu. Ini berdasarkan kepada nota didalam peta tersebut; “….the group (the malay peninsula and the malay archipelago ) has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago….”
Bilakah nama Malaysia secara rasminya digunakan? Adakah selepas merdeka atau sebelum? Pada tahun 2009, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib telah memperbetulkan kenyataan Arkib Negeri Sabah. Mat Zin berkata, penggunaan nama Malaysia telah mula digunakan sejak tahun 1889 bukannya pada tahun 1929 seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah. Kenyataan itu adalah bersandarkan sebuah artikel dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889.
Artikel yang bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis J.E Tenison Woods memberi maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883 hingga 1886. Penemuan itu, ujar Mat Zin telah membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal daripada tarikh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
“Ia turut menunjukkan (nama Malaysia) telah digunakan secara meluas oleh orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu,” katanya.
Sekiranya kajian Mat Zin diiktiraf, ini menunjukkan nama Malaysia telah digunakan sejak 130 tahun lalu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...