Rancangan ke Eropah bermula sejak awal tahun 2017 lagi. Sering mengembara ke negara di benua Asia membuatkan kami terfikir, apa kata kita pergi nikmati musim sejuk di Eropah?
Tidak sangka rakan kembara saya ketika itu bersetuju dengan cadangan ini. Sering mengikuti laman backpackers di Facebook, membuatkan kami kaji sedalamnya apakah negara yang akan dikunjungi serta laluannya.
Akhirnya kami memilih laluan UK-Perancis-Belgium-Belanda-Jerman-Switzerland. Tiket penerbangan kami beli beberapa bulan awal daripada tarikh yang dirancang.
Setelah meneliti beberapa penerbangan, akhirnya kami memilih Oman Air untuk ke London dan pulang ke Kuala Lumpur dari Zurich, Switzerland. Pertama kali ke Eropah membuatkan kami cukup teruja untuk menikmati musim sejuk di negara orang serta keindahan alam ciptaan Tuhan.
Kata teman-teman, mengembara pada musim sejuk ini mahal. Benar, kami perlu membeli segala kelengkapan barangan musim sejuk bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Maklumlah, pertama kali ke negara musim sejuk. Sebulan sebelum tarikh penerbangan iaitu pada 7 Disember 2017, persiapan selesai hampir 80 peratus termasuk menukar wang.
Seminggu sebelum berlepas, kami mencari beberapa keperluan makanan seperti sambal ikan bilis segera, mi segera, ubat-ubatan dan sebagainya.
LONDON
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Oman mengambil masa selama 6 jam 30 minit. Tiba di Oman pada jam 2 pagi, kami berlari untuk mencari penerbangan ke London memandangkan masa transit hanya 1 jam setengah sahaja.
Kami meneruskan perjalanan ke London untuk 7 jam lagi. Tiba di lapangan terbang Heathrow seawal jam 6 pagi, suhu menunjukkan -1 darjah Celsius.
Kami memulakan hari pertama di London dengan pergi ke Universiti Oxford. Cuaca di London cukup sejuk dengan hujan salji.
Melihat tempat-tempat penggambaran filem Harry Potter di Universiti Oxford begitu mempesonakan. Kemudian kami ke Bicester Village, ia umpana JPO jika di Malaysia.
Jualan murah Krismas sedang berlangsung dan ramai orang ke sana untuk membeli barangan berjenama mewah pada harga berpatutan. Kemudian kami terus ke Hotel Mercure, London.
Malamnya kami menikmati makan malam di restoran Nando’s yang menyediakan sajian halal buat Muslim. Keesokan paginya, kami bergerak ke Buckingham Palace, London City Hall, Tower Brigde, Westminster Abbey, Trafalgar Square dan Big Ben.
Hampir setengah hari, kami ke London Central Mosque untuk menikmati makanan halal yang disediakan di restoran dalam masjid. Petang kami terus ke Oxford Street untuk membeli-belah.
Ads
Tujuan utama, Primark! Dua jam kami habiskan masa membeli-belah. Malam pula kami ke restoran Mr. Fish untuk menikmati fish & chip.
PARIS
Jam 5 pagi kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Paris. Dari London, kami menaiki bas ke pelabuhan Dover menyeberangi selat Inggeris ke Paris dengan kapal persiaran.
Untuk tiba di pelabuhan Calais di Paris, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Perasaan teruja bertambah apabila melihat papan tanda jalan semuanya dalam Bahasa Perancis.
Dari Calais ke Paris, ia mengambil masa selama 4 jam. Kami hanya tidur di dalam bas sehingga tiba di Paris.
Destinasi pertama apabila tiba di Paris ialah Galaries Lafayette. Cuaca di Paris mendung dengan suhu lebih sejuk berbanding London.
Berkesempatan masuk ke dalam gedung barangan mewah, Sephora, Zara dan sebagainya. Kami sempat membeli-belah barangan Zara kerana harganya jauh lebih murah.
Petang baru kami bergerak ke hotel di Campanile de Porte. Keesokannya kami meneruskan perjalanan ke mercu utama Paris seperti Notre-Dame Cathedral, Muzium Lourve, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Grand Mosque, Place De La Concorde, Avenue des Champs-Elysees dan semestinya Eiffel Tower.
Memandangkan angin kencang dan cuaca mendung, kami tidak dibenarkan ketingkat atas Eiffel Tower. Hanya ke tingkat dua sahaja.
Namun pemandangan seluruh Paris dari tingkat dua itu sahaja sudah membuatkan kami ternganga seketika. Cantiknya!
BRUSSEL
Ads
Dari Paris ke Brussels, kami bergerak menaiki bas dan mengambil masa selama 4 jam. Kami disambut dengan salji memutih setibanya di Brussels, ibu negeri Belgium.
Bandar kecil Brussels cukup cantik dengan struktur bangunan dan seni bina. Kami singgah ke Atonium, sebuah mercu tanda Brussels.
Seterusnya bergerak ke bandar Brussels. Di sana, kami sempat menikmati wafel Belgium dan coklat halus buatan Belgium yang cukup terkenal.
Kami menghabiskan masa di Grand Palace, Mannekan Pis serta Hard Rock Brussels. Kami tidak menginap di Belgium dan meneruskan perjalanan ke Amsterdam.
AMSTERDAM
Perjalanan ke Amsterdam dari Brussels mengambil masa selama 3 jam menaiki bas. Kami menginap di Rotterdam.
Esoknya, kami menjelajah ke Zaanse Schans, sebuah kawasan kampung yang mengetengahkan barangan pelancongan Belanda seperti kasut clog dan keju.
Pemandangan indah kincir angin dan kawasan kampung ini memberikan pengalaman baru buat kami. Perjalanan diteruskan ke bandar Amsterdam untuk aktiviti canal cruise.
Kapal ini membawa kami menelusuri bandar Amsterdam menerusi sungai di sekitarnya. Ternyata Amsterdam sangat cantik dan romantis.
Malamnya kami meneruskan aktiviti membeli-belah dan makan malam di Kalverstraat.
JERMAN
Ads
Esoknya kami memulakan perjalanan ke Colonge yang mengambil masa selama 3 jam. Tiba di Colonge, kami melawat Colonge Cathderal yang tersergam indah serta bersiar-siar di bandar Colonge.
Seterusnya kami ke bandar Frankfurt, 2 jam dari Colonge. Malamnya kami menginap di Holiday Villa Frankfurt dan berjalan di kawasan sekitar.
Esoknya sebelum memulakan perjalanan ke Switzerland, kami singgah di Romerberg, sebuah pekan kecil di Frankfurt yang cukup unik dan ke Tasik Titisee.
Tasik Titisee merupakan tasik semulajadi yang sangat cantik, terletak di atas pergunungan. Dari Titisee, kami bergerak memasuki Switzerland yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
SWITZERLAND
Dari sempadan Jerman-Switzerland, kami perlu berhenti di pejabat imigresen untuk pengesahan pasport dan barangan yang dibeli bagi tujuan VAT.
Kami bergegas meneruskan perjalanan ke Rhinefalls, air terjun terbesar di Eropah memandangkan pukul 4 petang cuaca sudah mulai malam.
Berpeluang melihat air terjun tersebut dari jarak beberapa kaki sangat menarik dan dapat melihat perkampungan kecil ditepi air terjun tersebut begitu menenangkan. Hampir malam, kami menikmati makan malam di sebuah restoran India halal dan terus check–in di Ibis Adliswil, Zurich.
Pagi esoknya kami ke bandar Luzern, 1 jam dari Zurich. Kebetulan ada pasar pagi di bandar tersebut dan kami turut berjalan-jalan melihat barangan yang dijual.
Kami menelusuri Chapel Brigde, jambatan yang menghubungi dua kawasan di Luzern, Lion Monument dan membeli-belah coklat Swiss di Bucherer dan Casa Grande.
Kemudian kami bergerak ke Mount Titlis untuk aktiviti kereta kabel dan bermain salji. Sejam mendaki gunung dengan bas, kiri dan kanan hampir semuanya dilitupi salji tebal dan sampai sahaja di atas pemandangannya sangat indah dan mempesonakan.
Kami menaiki kereta kabel merentasi pergunungan Titlis dan di sini ramai orang bermain ski tidak kira peringkat amatur ataupun profesional. Tiba di atas puncak bukit, suhu -14 darjah Celsius dan salji tebal sedikit menghalang pergerakan kami untuk bermain salji namun tetap puas.
3 jam kami habiskan masa di atas dan menikmati kopi panas, kami mula turun ke Engelberg dan makan malam di sebuah restoran Pakistan di situ. Keesokannya merupakan hari kami ke Kuala Lumpur.
Selesai check-out jam 11 pagi dari Zurich, kami bersiar-siar di bandar moden Zurich. Kami sempat melawat Zurich Opera House, The Stadthaus, Quai Bridge dan berakhir di pasar Krismas di Bahnhofstrasse.
Petang kami segera bergerak ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam. Biarpun meninggalkan negara sejuk ini, kami berazam untuk mengumpul duit dan kembali lagi ke sini untuk menikmati musim panas.
Selamat tinggal Switzerland, terima kasih untuk semua memori indah ini dan kami pasti akan kembali.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak melancong tak perlu tunggu ke luar negara, kat dalam Malaysia pun sebenarnya banyak tempat-tempat menarik untuk kita lawati.
Jika berkunjung ke Selatan Semenanjung Malaysia, jangan lupa untuk singgah di Muar yang terkenal dengan julukan Bandar Maharini. Merupakan bandar Di-Raja di barat laut negeri Johor, Muar ada banyak tempat untuk anda terjah bila dah sampai ke sana.
Perkongsian oleh pengguna Facebook Aziera Dianza ke Muar selama 2 hari 1 malam cukup mengujakan. Banyak tempat menarik yang dilawati sepanjang berada di sana. Paling best dapat minum kopi yang terkenal kat sana dan juga cuba tiram segar dari laut.
Nak tahu apa lagi yang best ada kat Muar, ikuti perkongsian gadis ini!
ITENARY MUAR 2D1N
MUAR BANDAR MAHARANI, BANDAR DIRAJA
==================
Kami gerak dari KL jumaat mlm lepas keje .. Sampai Muar terus dinner di Wak Jos Ikan Bakar.
Mungkin da sampai lewat. Pilihan makanan dah tak banyak.. Tapi not bad jugak la makan kat sini.
Checkin Elite Hotel Muar
Elite Hotel,5-20, Jalan Ibrahim, Taman Sri Tanjung
Hotel ni 3 tingkat takde lift ye.. So untuk orang tua tidak sesuai.. Tapi bilik hotel ni sangat selesa dan luas.. Lokasi strategik nak pergi mana-mana tempat…
Best mancing udang galah kt sini.. Korang tak terer mancing pun kompom dapat jugak seko 2.. Anak-anak kompom teruja sebab aku pun enjoy mancing udang kat sini
Ngeteh di Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd – Kopi 434 Muar
Mmg wajib try kopi 434 dia la ..Roti Bakar wholemeal dia sedap. 2x kitorg order sebab sedap. Roti kok tu yang macam semekut lutut tu korang cicah dengan kopi panas Padu ooo..
Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk membawa anak-anak bercuti. Jika anda 'duit lebih' tidak salah untuk membawa keluarga bercuti keluar negara. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Sungguh pun begitu, membawa anak kecil untuk bercuti bukan sesuatu yang mudah. Sebagai orang dewasa yang agak cukup akal, segala persiapan untuk mereka perlu dilakukan sebak mungkin agar percutian anda sekeluarga menjadi momen yang cukup menyeronokkan dan indah untuk dikenang.
Jika anda bercadang membawa anak-anak bercuti ke Hanoi, Vietnam ini ada perkongsian itinerari dan tip menarik daripada seorang ibu. Semoga boleh dijadikan panduan bersama.
—
Setiap destinasi ada tarikan tersendiri. Terpulang pada kita macam mana untuk menikmatinya. Hanoi, Vietnam destinasi tak semegah Europe, Oz, Korea, Jepun or Middle East. Tapi Hanoi ada tarikannya tersendiri. Yang cintakan Ancient Town, budaya & nature, Hanoi salah satu destinasi dalam bajet yg boleh buat kita sayang utk tinggalkan. Lina hari berkelana di bumi Hanoi bersama anak-anak yang menjadi tanda tanya pada mereka kejutan apa pulak tahun ni. Motif aku,dedahkan anak-anak menjadi traveller sejati yg tidak cerewet dgn apa yg perlu dilalui nanti.
DAY 1 HANOI – SAPA AK 516/HAN atd 0620hrs
Saje aku ambik early morning flight sbb aku nak mulakan pengenalan di bumi Hanoi dari awal pagi. Proses ketibaan lancar tanpa pemeriksaan Custom & imigresen dorg muka ketat..aku ajar anak-anak utk meet & greet org yang kita tak kenal utk berurusan. Tapi still ketat tanpa balasan.
Dijemput oleh private transfer yang aku book in advance via KLOOK.. sangat-sangat recomended untuk family sbb mereka dah tercongok depan arrival gate dengan Tag nama korang. Disebabkan kami berlima, mereka sediakan MPV.
Dihantar terus ke GALLIOT CENTRAL HOTEL, Old Quarter aku request utk early c/in nak simpan luggages dlm bilik terus sebab kami akn ke SAPA, Lao Cai menaiki Green Bus sleeper bus jam 1400hrs hari yg sama. Hotel ni aku book utk 4 mlm even x tdo 2 malam pertama krn aku kena tinggalkan bagasi utk ke Sapa. X rugi bagi aku sbb x mahal mana pun dgn bilik yg cantik luas begitu.
Jalan2 ke Hoan Kiem Lake & Notre Dame Hanoi (walking distance sbb hotel memang aku amik area Hoan Kiem Lake) sementara hotel sediakan bilik Family Suite kami.
1200hrs balik ke Hotel & Alhamdulillah bilik dah siap sedia. Mr.Johnny yg bertugas pd siang hari sgt2 friendly & membantu kami (mungkin owner dia kot)
Naik bilik & repacking keperluan di Sapa utk 2D 1N.
1320hrs book grab utk ke opis Green Bus di 21 Thung Han.. Collect tix & tgu bus sampai. 1350hrs di bawa ke bus & INI BETUL2 PENGALAMAN BARU BUAT ANAK2.
Footwear ditanggalkan, dimasukkan ke dlm plastik & diberi refreshment. Aku book katil depan semua bahagian bawah sbb dorg masih kecil & senang aku nak uruskan anak2. Dah pesan pd anak2 sebelum naik bus, buang air kecil dulu. Sepanjang perjalanan 6 jam, minum sikit2 je air sekadar hilang dahaga. TAPI, x sampai 10mins bus gerak semua dah ZzZzZzZz sebab keletihan x tdo mlm td. Bas akan stop di 2 rnr tp x dek mknn HALAL ye. Kami x turun pon sbb ank2 tdo lagi.
2020hrs sampai SAPA Town (suhu 8c) taxi dh sedia menanti. Dr opis Green Bus ke Phuong Nam Hotel dlm Vnd60k je. Dinasihatkan x mkn minum sejam sebelum naik ke Sapa kerana korang akan muntah hijau nnt. Alhamdulillah anak2 aku kuat & dorg dah biasa dgn perjalanan berliku tu.
Sampai Phuong Nam Hotel (Valley View), owner dah siap panaskan bilik kami dgn heater, water heater & bed heater.. PERKARA YG SANGAT PENTING kalau korang nak book hotel di Sapa ketika winter. Winter di Sapa x sama mcm Cameron Hld. Tahap sejuk di Sapa memang x blh bawa bincang la.. 0000hrs suhu drop lg ke 5c. Sapa memang sentiasa lecak, so x yah la pakai kasut2 fancy tu..kalau nak pakai jugak, pastikan beli cover shoes. Ada di jual di Sapa town.
Aku amik Family suite with Mountain View. Bilik dia cantik & selesa sgt.. Mlm tu kami dinner dgn Hungreat Meal je. Tdo pon selesa sbb heater pd bed.
DAY 2 SAPA TOWN – FANSIPAN MOUNTAIN
0900hrs keluar breakfast yg disediakan hotel. Islam tu mudah. Aku ajar anak2 makan mknn yg berasaskan roti, buah & telur rebus je. Alhamdulillah, anak2 faham. Hanya tu je yg anak2 mkn alas perut utk naik ke Fansipan Peak.
1000hrs c/out & left backpack di reception ctr. Jarak hotel kami dgn Sapa Station dlm 300m je sebab hotel kami di fansipan street berdepan dgn Cosiana Hotel jugak. Hotel2 sepanjang jln ni sesuai la utk yg bw family ada anak2 kecil.
1030hrs bermula pengembaraan kami menggapai puncak Fansipan Top Of IndoChina. Sebab x nak bazirkan masa, aku beli tix direct entry Monorail, Cable Car dr KLOOK jugak. Hanya scan je masuk. Si kecik 3yo pon kena beli tix ye (tinggi 100cm ke atas)
1. Monorail ke Cable Car Station selama 10mins. Valley view yg osem sgt. Tips, start naik bila kabus2 dh mula hilang di lembah2 depan hotel.
2. Naik Cable Car dlm 30mins. Disajikan dgn view paddy fields, valleys & masuk dlm awan (dah mcm dlm cerita dongeng je)
3. 5mins sebelum sampai fansipan peak station, juka cuaca baik In Shaa Allah disajikan dgn AWAN KARPET yg super duper osem, puncak2 gunung di celah2 awan karpet. Memang mcm dlm cerita dongeng je. Anak2 semua terpegun. x sama mcm view awan karpet masa fly 30k feets tu.
1115hrs Fansipan Cable Car station. Suhu masa ni -1.. Dinasihatkan pakai winter jacket, winter gloves & mufler. Utk si kecik 3yo tu, aku pakaikan 3 lapis. Sweat Shirt + Sweat Jacket (fleece) + Winter Jacket + Winter Gloves. Anak2 lain, pakaian winter biasa tu.
Disebabkan bw anak2, kami decide naik tram ke peak je. Walk in tix Vnd267k utk 4paxs. Si kecik foc. blh beli di counter atas (kena menapak naik dlm 50 anak tangga jugak la).. agak mencabar jugak sbb tangga curam & anak2 xtiv.. Tapi aku tahu mereka SERONOK dgn pengalaman baru ni.
Sampai je peak, suhu -2… Langit membiru tandanya tiada rezeki la Snowing… Tapi disajikan dgn view yg sgt MASHALLAH..ALLAHUAKBAR.. x terungkap rasanya.. Jelas kelihatan anak2 SERONOK dgn trip kali ni.
Ada tragedi ketika di peak ni, iP aku jatuh ke bawah dr dlm poket ketika nak duduk. Rasa gugur jantung sbb rasa mcm hilang nyawa aku krn semua kerja, perihal sykt & data2 penting dlm tu. Nasib menyebelahi, jatuh di celah2 batu & petugas di peak panjat & turun ambil tanpa satu pun SAFETY GEAR. Subahanallah, Allah mudahkan urusan kami & petugas tu. Aku beri tips pd petugas tu tp dia tolak. Mulia sungguh hati kau dik. bertarung nyawa hny krn sebuah ip buruk aku tu.
2 jam di atas, aku decide utk turun sbb perut dah start lapar. Bermula misi mencari HALAL meals.
1400hrs menapak ke Cosiana Hotel Sapa. Aku baca betul2 Sijil Halal dr Singapore tu. Ok, aku yakin walau ada baca posting kepala ayam tu beberapa bln lepas. Order la Beef Pho, Chic Pho, Fresh Spring Rolls, Nasi Goreng Kampung.. LICIN sbb kelaparan bdk2 ni. Lepak kat restoran D’Lions ni dlm sejam sbb rehatkan kaki & panaskan badan.
1500hrs menapak balik Phuong Nam hotel utk rilex sementara aku google the best transport turun ke Lao Cai.. kos Grab ke Lao Cai dlm RM90/car.. Ntah kete kecik yg accept tu nnt. So, aku decide suh hotel book private transfer ke Lao Cai. Kos RM100/car.. Alhamdulillah yg dtg tu MPV Subaru. Besar & selesa. Driver pon ramah. Yg penting korang kena yakin dgn drebar tu sbb pemandu di Vietnam ni giler cara pemnaduan dorg tapi SELAMAT. Nak2 yg turun bukit menjunam Sapa- Lao Cai.
1620hrs Sampai di Ga Lao Cai (Ga tu maksud Train Station). Drebar drop kami di Cafe dpn Ga je. Kami rilex2 mengopi Vietnam di sini sementara tgu ejen collect tix di stesen.
1745hrs dia Lao Cai dah nak gelap. 1800hrs tu dh gelap sepenuhnya. 1830hrs collect tixs pd ejen ET PUMPKIN EXPRESS TRAIN yg aku book dr KLOOK juga (MURAH dr website lain). Aku amik private cabin sebab x nak share, aku blh free hair. Utk si kecik 3yo x perlu beli tix & foc selagi dia travel dgn dewasa. Then, lepak dlm Ga..suam2 je dlm tu so anak2 selesa sgt tapi TOILET dia.Tutup hidung, lap dulu dgn hygiene tissue baru lepas hajat ye.
2030hrs pintu biarding dibuka. Coach kami dpn pintu boarding je. Cabin kami ke3 which is tengah2 coach la. Alhamdulillah SELESA sgt & anak2 teruja. 1st time travel naik sleeper train. Kat MY x plak merasa dorg ni.Perjalanan dlm 8jam ke Ga Hanoi. Korang yg risau terlepas stesen tu, konduktor akn dtg kejut setengh jam sebelum sampa Ga Hanoi. Mcm aku ni sbb sejuk, 2am dh terbangun. Layan Zul Ariffin smp habis data roaming.
Day 3 Hanoi – Halong Bay
0415hrs sampai Ga Hanoi & terus cari grab. Dapat grab tp x sampai2. So aku decide blk hotel naik Taxi hijau tu. Dorang nk mencekik aku Vnd100k, tp aku x bodoh. Aku offer 45k. Dorg offer 50k, aku proceed. Sampai hotel rehat, mandi & breakfast. Anak2 x merungut sbb dorg dh tdo lama ats train.
0745hrs Tour guide dtg jemput naik mini bus ke Halong Bay. Kematu gak la nak sampai 3jam tu dgn traffic & keadaan jln raya dorg. Tapi anak2 aku semacam je happy & layan tdo lagi. Pertengahan jln, stop kat rnr industri kraftangan Hanoi. X beli pon sbb harga Yahudi.
1130hrs Sampai di Halong Bay, trus di bawa ke Cruise. Aku beli Join In Day Trip dr KLOOK. Amik yg mur2 sudah. Alhamdulillah puas hati & tour guide kami Loan @ Phoenix baik sgt. Bab Makanan ni, kami mkn ikan & sayur acar je. lain2 kami bagi meja sebelah. Air kena byr ye. Ada 1 indian family dr MY & Chinese SG sama boat. Rasa happy gak sbb de serumpun kan. Halong bay cantik sgt, rasa mcm heroin Jane dlm King Kong plak. Kami naik bamboo boat 1 family & bg la tips skit kat makcik pendayung tu. Kami x join hiking gua tu sbb faktor orthopaedic aku. So kami lepak kat deck boat menikmati cuaca cantik yg sejuk tu. 1630hrs selesai tour Halong Bay & balik ke Hanoi. Kembali kematu monggeng aku. Tdo je sepanjang jln.
Day 4 Old Quarter Hanoi – Dong Xuan – Night Market
Hari utk kami tdo puas2 & rehatkan bdn. X turun bekpes pon sbb dah tahu ank2 mesti bangun lewat. Beli roti kosong, biskut & susu siap2 k
at bwh.
1030hrs keluar ke Dong Xuan Market naik grab. Usha2 jacket, grab jaket utk si kecik, pant utk ank dara & trouser utk ank jantan. Beli kacang gajus 2kg RM30 (murah giler & penjual pandai ckp melayu sikit) Lokasi pintu masuk Dong Xuan.
1130hrs naik grab cari HALAL FOODS di PK SPICE Restaurant. Niat nak ke Cosiana Hotel, tp memandangkan hari Jumaat & shuben nk solat kami ke PK Spice je. Restoran makanan Pakistan (semua tahu Pakistan Islam kan).. x diragui memang 100% HALAL & tak served Alcohol. Tokey restrn baik & hospitality terbaik. Makanan tasty & big portion.
1400hrs jln kaki je balik ke hotel dlm cuaca just nice sbb baru lps mkn & top up tdo sebab mlm nnt nak serbu Night Market.
1830hrs lps Maghrib keluar. Hari yg dinanti2 oleh aku… Maka bersiap sedialah wahai dompet. Masa ni baru gelap & dorg tgh setup kedai masing2. Sambil tu, kami singgah minum fresh fruit smoothie yg dijual di food truck. In Shaa Allah x diragui. Minum ikut budaya sana duduk di ats bangku kecil open air. Nyaman je. Suhu semakin sejuk, pengunjung semakin ramai. Duit dlm wallet semakin x sabar utk kembali ke pangkuan rakyatnya
1930hrs memang meriah sungguh. Tips di sini, bargain dr separuh harga & naikkan sikit2. Lepas puas hati dgn harga yg kita dpt, jgn lupa puji perniagaan mereka. Kalau korang jenis mementingkan BRAND & Authentic, x digalakkan dtg sini.
2230hrs selesai memenuhi kehendak anak2. Otw balik ke hotel, singgah Circle K (7E kalau di MY). Cari instant foods yg HALAL sbb ank2 dah jemu mknn Vietnam. Jumpa Intstant Mee product dr Thai ada logo HALAL. Alhamdulillah..tdo dlm kekenyangan anak2 mlm tu.
Day 5 Hanoi City – HAN
1100hrs Private transfer ke HAN dtg pick up di hotel. Sekali gedabak transport dihantarnya.. Perjalanan lancar je. Nasib keluar awal sebab jln jem teruk. Murah sgt wrapping bagasi di NIA. Proses c/in pon lancar. airline operator di CIC pon mesra je. Gila jambu & sopan . AVSEC dorang mesra & security check agak strict. Tapi bagus sebenarnya. NIA ni kecik je tp luas & selesa. Ada playland disediakan utk anak2. Tapi x dk HALAL Meals. So, bw makanan siap2 kalau lama lg nak tgu boarding. Totally, percutian di HANOI kali ni sgt2 puas hati & Alhamdulillah anak2 suka sgt..
Checklist Keperluan anak2 10yo, 8yo & 3yo :
– Winter jacket
– Sweat Shirt
– Winter Gloves
– Fleece Socks (tukar setiap hari)
– PCM
– Ubat Batuk / Selsema / VitC
– Termometer Badan
– Nutella
– Mamee
– UV protection Banana Boat SPF50 for family
– Moisturizer Himalaya
– Lip Balm Nivea
– Minyak Yuyi
– Lozenge Swiss
– Etiqa 360 Platinum Family Single Trip
– Hungreat Travel Meals 10packs
Lain2 adalah keperluan normal utk dewasa.
Total hangus :
Flight RM3000 (hot seats, meals, bagasi 30kg)
Hotel +- RM1000
Transports & Tour +- RM1500
Lain2 Expenses +- RM5000
Balance RM2000 bw balik MY.
Bangkok kota metropolitan yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Mempunyai banyak tarikan menarik disamping tidak memerlukan kos yang tinggi membuatkan destinasi ini menjadi pilihan para pengembara.
Setelah sekian lama tidak melakukan pengembaraan solo mungkin kerana pandemik yang melanda, perancangan saat akhir Atin Nadia ke Bangkok untuk revise kembali cara travel sendirian akhirnya terlaksana.
Perancangan asal untuk menaiki keretapi ke Bangkok terpaksa dilupakan kerana kekangan cuti, namun ia diteruskan dengan menaiki pesawat ke ibu kota negara Gajah Putih itu. Berkongsi tip-tip dan juga itenarari serta kos sepanjang empat hari tiga malam di sana, menurut Atin bagi wanita yang ingin bercuti secara solo ke luar negara boleh cuba ke Thailand dahulu kerana penduduk di sana ramah tamah.
Tinggal di hostel dan sempat berkenalan dengan traveler solo dari negara lain, ikuti perkongsian wanita ini ke Bangkok:
Bangkok itinerary 4 hari 3 malam
Last minute plan Trip Solo ke Bangkok untuk revise balik cara travel solo, duduk hostel & sambil cari kenalan baru di Bangkok
Plan naik train tapi cuti tak cukup so naik flight ja…Tak adventure sgt.. Nak adventure naik train
Flight Ticket :
Thai Airasia PEN – DMK- PNG : RM470.74
Hostel :
Khoasan Art Hostel 4 Days 3 Nights : RM85.18
Day 1
Flight from Penang Airport to Don Mueang Airport
Sampai aiport Don Mueang terus beli sim card (Kena pandai pilih kedai yang bagi offer murah)
Ambil bus No 4 Pergi ke Khao San Road 50 Bath
** Malam saya sampai kat Bangkok susah nak dapatkan grab & taxi charge harga mahal 800 Bath so decide ambil bus & nasib baik ada 2 orang mat saleh pun nak pergi ke tempat yang sama dengan saya so saya follow diorang jah
Bus stop dekat tepi jalan so pandai pandai guna maps jalan sampai ke hostel
Check in hostel & keluar balik ke Khao San Night Market. Kat sini banyak club, pub & market… So saya just jalan kaki di kawasan sekitar, weed pun jual tepi jalan jahhh. Saya cari makan then balik sebab penat sangat
Day 2
Breakfast di Khao San Road
Jalan kaki ke Phra Sumen Fort
Jalan kaki ke Bangkok River
Dari Bangkok River saya ambil tourist boat untuk melawat tempat tumpuan di Bangkok
** Boat 16 Bhat one point (Ikut kemana kita nak pergi)
Visit Wat Arun
Visit The Grand Palace 500 bath/person
Pergi ke Siam Icon Shopping Mall
** Kat sini saya jumpa kawan baru perempuan travel solo jugak dari Vietnam
** Dekat level GF banyak jual makanan Thailand kat shopping mall ni
** Pergi ke tingkat paling atas dekat area Starbuck boleh tengok bandar Bangkok
** Pergi ke level bawah dekat dataran Icon Siam ada water show pada waktu malam
Balik ambil tourist boat berhenti dekat MRT. Naik MRT then BTS and ambik grab motor balik ke hostel.
Day 3
Ambil one day private pakej ke Ayutthaya. Pakej termasuk tiket masuk 1200 Bath.
** Ada kedai pakej perlancongan depan Khao San Art Hostel
** Sesiapa yang sewa motor just boleh pergi sendiri ke Ayutthaya. Lebih jimat
Ittinerary pakej
Go to Ayutthaya (Acient City)
Visit Wat Phu Khao Thong
Visit Wat Phra Si Sanphet
Visit Viharn Phra Mongkol Bopit
Visit Wat Lokaya Sutha
Visit Wat Phra Mahathat
Visit Wat Yai Chaimongkhon
Lepas settle one day pakej pergi ke Chatuchak Night Market & jalan di kawasan sekitar
** Kat sini banyak gerai makanan, pakaian & souviner murah
Sebelum balik pergi massage dekat area Khoa San Road 250 Bath whole body…sedapppp gilaaa massage terkepak habis badan
Lepak sekejap kat kedai area Khao San Road
Balik hostel
Day 4
Breakfast at Khao San Road
Pergi 7 Eleven beli makanan sebelum tinggalkan Bangkok
Ambil grab motor pergi ke Don Mueang Airport.
Bagi gigirl yang nak start travel solo ke luar negara boleh mulakan dengan Thailand. Sini orang ramah ramah je…
Bangkok bandar hiburan jadi kena pandai jaga diri, jaga adab & jangan lupa bawa tisu basah sebab ada toilet yang tak ada bidet
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...