15 Hotspot Lokasi Berisiko Berlaku Kejadian Lemas, Hati-Hati!

Share

Cuti-cuti Malaysia, ramai yang memilih untuk pergi ke lokasi air terjun, mandi sungai atau pantai. Memang seronok kerana Malaysia antara negara yang mempunyai destinasi alam yang begitu indah dan cantik.


Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti air terutamanya apabila bersama kanak-kanak.

Sumber data Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) telah mengenalpasti 15 kawasan Hot Spots berisiko mati lemas di seluruh Malaysia. Mungkin senarai ini boleh dijadikan panduan kepada anda agar lebih berwaspada jika ingin berkelah atau mandi-manda di kawasan ini. Ibu bapa juga diminta mengawal pergerakan anak-anak mereka semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.

LOKASI BERISIKO TINGGI LEMAS:

Kawasan Pantai:

  • Pantai Nipah, Bachok, Kelantan
  • Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
  • Teluk Bahang, Pulau Pinang

Kawasan Lombong/Empangan:

  • Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
  • Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
  • Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor

Kawasan Air Terjun:

  • Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor
  • Sekayu, Terengganu
  • Lata Berembun, Raub, Pahang
  • Chamang, Bentong, Pahang

Kawasan Sungai:

  • Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah
  • Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
  • Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan
  • Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor


.
[
/caption]
IKLAN