174 Orang Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Berlabuh Di Jepun, Positif COVID-19

Share

Jepun telah mengarahkan sebuah kapal persiaran dengan 3,711 penumpang di pelabuhan di Yokohama, dikuarantin di perairan Jepun sejak awal Februari. Ia selepas seorang daripada bekas penumpang kapal Diamond Princess itu disahkan dijangkiti COVID-19.






Penumpang yang dikuarantin perlu berada di dalam kabin masing-masing dan dibenarkan untuk keluar untuk tempoh singkat ke dek. Semua dalam kapal persiaran terbabit turut diarahkan untuk memakai penutup mulut dan hidung dan tidak mendekati satu sama lain.

Lelaki pertama yang dijangkiti COVID-19 berusia 80 tahun itu turun dari kapal ketika ia berlabuh di Hong Kong dan kemudian telah disahkan positif virus itu. Dia dikatakan sudah memiliki simptom ketika kapal belayar ke Hong Kong, tetapi tidak melakukan pemeriksaan di klinik di atas kapal berkenaan.


Susulan daripada itu, beberapa penumpang lain turut dijangkiti COVID-19 dan terkini seramai 39 lagi penumpang kapal persiaran Diamond Princess disahkan positif COVID-19 menjadikan 174 penumpang kapal sama disahkan positif wabak berkenaan.

Setakat ini, empat orang yang sudah dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius sama ada menggunakan alat bantuan pernafasan atau di dalam unit rawatan rapi (ICU).


Sumber: themalaysianinsight | channelnewsasia

IKLAN