Bali, bumi yang terkenal dengan jolokan Pulau Dewata mempunyai keindahan serta keunikan sosio-budaya Hindu menjadi pilihan ramai untuk berkunjung.
Tempat-tempat menarik di Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, dan Uluwatu adalah tempat yang mampu menggamit memori anda bersama yang tersayang. Ramai yang suka datang ke Bali untuk berbulan madu, tidak kurang untuk menghayati alam dan menghargai keseniaan.
Nah, ini idea ke mana anda boleh pergi jika sampai ke Bali. Jangan lupa untuk google dulu lokasi sebenar lokasi dan destinasi ini agar anda tidak sesat dan membazirkan masa ketika bercuti di Bali. Lain lah kalau anda memang bercadang untuk tinggal di sini lebih lama sekitar 2 ke 3 bulan, maka anda boleh melawat satu tempat ke satu tempat ikut gerak hati sahaja.
Jika bertandang ke Ubud, jangan lupa melawat tarikan utama sekitarnya seperti Monkey Forest, tempat menghasilkan kopi luwak, teres padi, Pura Tirta Empul dan air terjun Tegenungan. Dianggap pusat kebudayaan dan seni di Bali, pancaindera bakal disajikan dengan keindahan perkampungan yang dibina di sekitar kehijauan kawasan berbukit
Terletak di hadapan Istana Puri Saren Ubud, Pasar Seni Ubud adalah lokasi membeli-belah yang mana anda dapat menemui bermacam hasil kraftangan yang menarik seperti sulaman beg, bakul, topi, layang-layang dan banyak lagi. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga!
Dahulunya, Kuta merupakan perkampungan nelayan yang tenang. Kini kawasan sekitar Pantai Kuta meriah dengan premis makan dan tempat penginapan termasuklah lokasi untuk berhibur. Sesuai untuk anda yang ingin menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam, jangan lepaskan peluang mengunjungi pantai yang terletak di selatan Bali.
Perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali. Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.
Ingin mencuba kopi bali sedap yang pelbagai ? Anda boleh singgah di Bali Pulina. Terdapat bermacam info menarik mengenai kopi dari jenis buah kopi hingga proses menghasilkan minuman kopi yang lazat. Anda juga bakal disajikan dengan view yang menarik sepanjang di sini
Pasar tradisional itu merupakan antara pasar terbesar di Bali. Pasar itu beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa henti. Berminat mencari makanan penduduk tempatan atau buah-buahan yang unik boleh datang ke pasar ini.
Air Terjun Cepung yang berketinggian 15 meter ini kalau sekali dpandang seperti jatuh dari langit kerana silauan cahaya matahari, disebabkan ini jugalah air terjun ini turut dipanggil sebagai air terjun dari langit.
Terletak di Nusa Lembongan ini memang cukup indah membuatkan anda tertanya-tanya, ini realiti atau mimpi. Cukup bersih, pasirnya juga putih, memang sedap dipijak.
Pura Ulun Danu Beratan atau Tasik Beratan dikatakan merupakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Di sini menawarkan panorama indah tasik di sekeliling, tanah yang menghijau serta pemandangan gunung-ganang. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menaiki bot yang disediakan di tasik ini. Untuk kaki pancing ada aktiviti memancing juga tau disediakan di sini!
Kuil ini dianggap sebagai ibu kuil ataupun yang terpenting di antara kuil-kuil yang lain di Bali. Berusia lebih daripada 1,000 tahun, kuil yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut ini terdiri daripada 86 buah kuil termasuklah Kuil Besar Negeri iaitu Pura Penataran Agung.
Ini adalah antara taman tema yang ada di Bali. Kalau anda nak tahu, salah satu tarikan di sini adalah gelongsor Climax yang merupakan gelongsor air tercuram di Asia!
Terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut, Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang memiliki karakternya tersendiri yang masih kukuh tanpa sentuhan modenisasi.
Tirta Gangga bermaksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Di sinilah terletaknya Istana Air Tirta Gangga, sangat indah pemandangan yang ditawarkan di sini. Dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air, taman mekar yang indah dan ukiran-ukiran batu. Terdapat beberapa kolam yang membolehkan pengunjung untuk berendam di sini mengikut bayaran tertentu.
Mesti ‘best’ kalau dapat jalan-jalan makan angin di kawasan tanah tinggi, lagi-lagi di Kundasang Sabah.
Kundasang, destinasi percutiaan yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong.
Desa Cattle Dairy Farm merupakan dstinasi wajib apabila berkunjung ke Kundasang, Sabah. Desa Cattle ini juga mendapat jolokan nama New Zealand Malaysia dek kerana cuacanya yang sejuk dan mempunyai pemandangan indah ladang lembu luas beratar belakang gunung. Mirip New Zealand bukan?
Ini ada perkongsian menarik daripada saudara M Redzuan A Rahman, aktiviti dan panduan yang boleh anda lakukan jika singgah di Desa Cattle Diary Farm
Salah satu tempat yang wajib pergi apabila berada di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan puncak gunung Kinabalu dari sini sangat cantik. Kepada mereka yang pandai mengambil gambar, hasil gambar yang diambil di sini seolah-olah bergambar di luar negara.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini:
1. Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan lembu-lembu di ladang ini. Ini merupakan aktiviti wajib
2. Memberi makan (atau susu) pada anak lembu dan anak kambing. Anak-anak kecil akan sukakan aktiviti ini. 8.30 pagi – 12 tengahari dan 1.30 petang – 4.30 petang
3. Melihat bangsal (tempat tinggal lembu). 9 pagi – 2 petang
4. Melihat aktiviti penyusuan lembu (2 petang – 4 petang). Kami tidak berkesempatan melihat aktiviti ini kerana kami tiba pagi di ladang ini.
5. Melihat pemprosesan dan pembungkusan susu. Aktiviti ini pada hari tertentu sahaja (Selasa, Khamis dan Ahad : 8 pagi – 12 tengahari)
6. Acara wajib supaya tidak menyesal setelah pulang adalah merasai kesedapan aiskrim di sini. Hanya RM5.30 satu.
Sedikit info berguna kepada mereka yang nak ke Desa Cattle Dairy Farm ini :
Pastikan beli tiket awal secara online untuk ke sini (klik SINI untuk beli tiket). Ada dua sesi lawatan saja, 8.00 pagi dan 1.00 petang. Jangan terus terjah saja ya.
Tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk agak terhad. Jadi datang awal ke sini. Terbaik tiba di sini dalam jam 8 pagi. Jika lewat terpaksa letak kereta di tepi jalan dan terpaksa berjalan agak jauh sedikit, lebih-lebih lagi ketika cuti panjang.
Sediakan wang kecil untuk memudahkan urusan bayaran masuk lebih-lebih lagi pada waktu awal pagi.
Pilihan makanan di tempat ini agak terhad. Saya cadangkan bersarapan siap-siap sebelum tiba di tempat ini.
Untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar ladang ini, pengunjung terpaksa berjalan. Jadi pakailah pakaian dan kasut yang selesa. Jika membawa mereka yang berumur, perlu pimpin mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Apabila berpeluang bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tanpa kabus, manfaat peluang tersebut sebaik mungkin. Tempoh masa Gunung Kinabalu untuk tidak diliputi kabus sangat singkat. Jadi manfaatkan sebaik mungkin.
Aiskrim perisa yogurt asli jauh lebih sedap daripada aiskrim perisa coklat.
Yogurt jenama Desa ini sangat sedap. Silalah beli saiz paling besar (475 gram) untuk di bawa pulang dari ladang ini. Kami beli 2 bekas dengan cadangan untuk bawa pulang ke Kuala Lumpur tapi malangnya 1 bekas dah habis dimakan pada hari terakhir di Sabah. 1 bekas jer Berjaya sampai ke Kuala Lumpur.
Bayaran masuk adalah RM5 untuk dewasa (umur 13 tahun ke atas) dan RM4 untuk kanak-kanak (7 – 12 tahun). Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Kalau sesiapa yang bercuti ke Sabah – jangan lepaskan peluang untuk ke Desa Cattle Dairy Farm ini. Anak-anak pasti akan gembira datang ke tempat ini.
Semoga perkongsian saya bermanfaat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan anda pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa. Jadi buat anda yang tercari-cari lokasi lain dari yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan kita berkata ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”
Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Inveraray Jail, Scotland
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Bran Castle, Romania
Populariti filem ‘Vampire Diaries’ dan ‘Twilight,’ menjadikan destinasi vampire sangat popular terutamanya tatkala sambutan Halloween. Castle Bran di Romania, atau dikenali sebagai ‘Castle Dracula’ adalah istana Eropah kuno yang telah dibina sekian lamanya. Menurut laman web Muzium Istana Bran, Dracula merupakan hasil gabungan daripada legenda dan sejarah pemerintahan ‘Vlad the Impaler’s’ bersama watak fiksyen Bram Stoker iaitu Dracula pada tahun 1897. Kisah sebenar di antara legenda Dracula dan Vlad masih tidak jelas, tetapi pelancong dan penduduk tempatan terus menghidupkan cerita itu sehingga kini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sepanjang pendakian juga, menurut Raffifi ada dua Gunung yang mempunyai nilai sentimental terhadap hubungan mereka berdua.
“Gunung yang memberi nilai sentimental kepada kami berdua ialah Gunung Tahan, Pahang dan Gunung Kinabalu, Sabah.
“Walaupun mendaki itu penat, namun kepenatan itu hilang apabila dapat sampai ke puncak dan menikmati pemandangan indah dari puncak bersama-sama,” katanya lagi.
Turut memberitau pengalaman pahit apabila isteri selalu terpijak lumpur ketika ‘on track’ disebabkan kakinya yang tak sampai kerana saiz badan tidak terlalu tinggi.
Tambahnya lagi setelah beberapa bulan mendaki dan kenal hati budi masing-masing, setelah mélamar setahun yang lalu akhirnya mereka disatukan pada 20 Disember yang lalu.
Dengan sekali lafaz, Raffidi kini sudah sah bergelar suami kepada pasangannya, Nik Zuraida Nik Mustafa.
Dia juga turut menambah setelah bergelar suami isteri mereka turut memasang impian tersendiri apabila berhasrat untuk menawan Annapurna Base Camp, Nepal apabila masalah Covid-19 sudah selesai nanti.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...