
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Khamis, 23 April 2020 ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan di sini, hari ini menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di 15 kawasan terpilih seperti di:
- Pontian Kecil di Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi
- Kampung Balik Batu
- Tanjung Bidara di Melaka
- Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
- Pantai Pasir Panjang
- Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)
- Pusat Falak Sheikh Tahir
- Pantai Aceh (Pulau Pinang)
- Menara Alor Setar (Kedah)
- Balai Cerap KUSZA
- Mukim Merang, Setiu (Terengganu)
- Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak
- Kota Baharu (Kelantan)
- Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
- Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
- Kampus Antarabangsa (Labuan)
- Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
5 Pekerjaan Untuk Budak-Budak Millennials Travel Satu Dunia, Percuma!

Melancong dan berjalan-jalan di satu tempat ataupun di negara orang memang menyeronokkan. Pengalaman mengembara ke serata tempat di seluruh dunia, melihat tamadun dan budaya sesuatu tempat akan memberikan kita satu pengetahuan dan sudut pandang yang berbeza dengan orang yang tak pernah pergi ke mana-mana.
Persoalan akan timbul bila kita berfikir macam tu adalah, macam mana nak travel ke serata dunia kalau kita asyik terikat dengan perkara hakiki seperti pekerjaan, tanggungjawab, komitmen dan sebagainya? Kadang-kadang kita terfikir, apa yang mat salleh buat sampaikan dia orang ni macam tak berkerja dan asyik berjalan saja.
Ha kita jangan samakan kita dengan mat salleh. Dia orang duduk di negara yang mempunyai mata wang lebih tinggi berbanding kita. That’s why dia orang rileks je travel dekat negara Asia ni.

Tapi tahu tak sebenarnya, di zaman dunia tanpa sempadan ni, ada beberapa cara yang anda boleh jadikan sebagai travel sebagai satu pekerjaan yang memberikan duit untuk anda bayar bil setiap bulan?
Ya, di artikel inilah saya nak cerita dan kongsikan kepada anda, apa yang budak-budak millennials zaman boleh buat untuk jana pendapatan selain daripada pekerjaan yang konvensional. Oh, pekerjaan yang saya nak kongsikan ni cukup-cukup sesuai untuk anda yang bosan duduk statik dekat office dan memang nak berjalan saja.
Sambil-sambil berjalan tu, jom kita buat duit. Okay, kita teruskan dengan kedudukan yang pertama.
YouTuber
Anda bole jadi seorang YouTuber! Pekerjaan ni sekarang dah jadi semakin trending dikalangan anak-anak muda especially yang tahu sikit skill untuk edit video. nda tahu tak, setiap video yang anda hasilkan dan muatnaik di YouTube itu dibayar? Dari situ la anda boleh jana pendapatan pasif selagi mana video itu ditonton.

Daripada isi kandungan yang kreatif dalam YouTube itulah anda juga boleh mendapatkan tajaan untuk beberapa produk pelancongan dan seterusnya mem’video’kan barangan mereka. Ada, YouTuber yang pernah diberikan tiket percutian di hotel mewah 5 bintang dan terbang di dalam pesawat kelas pertama dengan percuma.
Jadi, kalau anda juga berkeinginan untuk mendapatkan tajaan dan percutian lenggang kangkong senang hati secara percuma, create akaun YouTube anda sekarang dan mulakan berkarya.
Blogger
Blogger pun menggunakan konsep yang sama seperti YouTube tetapi lebih kepada isi kandungan dalam bentuk penulisan. Kalau anda seorang yang rajin menulis dan pandai mengambil gambar, anda sesuai untuk memulakan blog anda sendiri.
Di YouTube, anda mungkin memerlukan beberapa peralatan untuk menghasilkan video yang cantik dan juga skill dalam proses edit video, tetapi di blog, anda hanya memerlukan kreativiti seorang sasterawan negara untuk menghasil bentuk penulisan yag terbaik.
Selain daripada itu, kelebihan juga akan menjadi milik anda sekiranya tahu dalam menggunakan SEO, HTML dan pengurusan laman sesawang.

Instafamous
Jadi seorang instafamous pun boleh memberikan keuntungan untuk anda berjalan ke merata tempat dengan tajaan. Kalau anda ada 100k pengikut di Instagram, mesti ramai yang nak gunakan khidmat anda dalam memasarkan produk mereka.
Itulah yang dilakukan oleh artis-artis sekarang. Dalam masa mereka berkarya di dalam mana-mana platform berkaitan, mereka juga menambah pendapatan melalui platform media sosial seperti Instagram.
Tapi kalau anda nak pergi travel, fokuskan Instagram anda kepada benda-benda yang berkaitan travel sahaja.
Sukarelawan
Anda jadi seorang sukarelawan, kerana sukarelawan lagi-lagi yang terlibat dengan misi kemanusiaan boleh dibawa ke luar negara lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan, pendidikan, teknikal dan lain-lain.
Sebagai contoh sukarelawan pendidikan. Cuba dapatkan kedudukan sukarela dalam bidang pendidikan yang akan menempatkan anda di berbagai daerah di serata dunia lebih-lebih lagi di negara miskin. Dengan menjadi sukarela di kawasan tertentu, anda boleh meneroka tempat itu tersebut.
Tetapi perlu diingat bahawa apabila anda menjadi sukarelawan, anda harus mengutamakan matlamat sukarela anda. Jangan biarkan matlamat travel percuma membuat anda berfikir anda boleh mempermudahnya dengan menjadi sukarelawan. Walaupun anda sukarelawan, bertanggungjawab sangat diperlukan.

Jadi Travel Buddies
Jadi travel tuddies akan meningkatkan peluang anda untuk perkgi travel denganpercuma. Dengan menjadi travel buddies, anda boleh menjadi panduan perjalanan dan perunding perjalanan untuk pelanggan anda. Ini supaya anda boleh memberikan pengalaman travel yang sama kepada pelanggan anda apabila anda melakukan perjalanan dengan mereka.
Kemahiran komunikasi yang baik, modal, pengetahuan pemasaran dan rangkaian yang luas diperlukan untuk berada dalam bidang ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pasar Payang, Ikon Terengganu Bakal Diroboh April Ini

Jika ke Terengganu kalau tidak singgah ke Pasar Payang memang tidak lengkap kunjungan anda itu. Pelbagai barangan jualan produk popular di Terengganu boleh anda dapatkan di bangunan dua tingakt ini termasuk kain batik, sutera dan songket. Manakala di aras bawah mempunyai gerai menjual barangan basah serta pelbagai rempah ratus dan barang kemas.

Menjadi ikon Terengganu sejak tahun 1968, lokasi pasar ini terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Terengganu dan pinggir Sungai Terengganu. Pasar Payang berada pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1980-an, sehingga berjaya menarik pelancong dari dalam serta luar negeri. Pasar ini beroperasi setiap hari seawal 7 pagi hingga 6 petang.
Terkini, dikatakan wajah Pasar Payang akan diubah, apabila kerajaan negeri memutuskan merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu, untuk digantikan dengan pasar lebih moden, selesa dan mesra pengunjung, bermula April ini.

Kesemua peniaga sudah diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu, yang menelan belanja RM50 juta dijangka siap dua tahun lagi.
Pasar ini tentunya meninggalkan pelbagai memori terutamanya, bagi peniaga asal di situ. Sebelum adanya kompleks pasar seperti hari ini, Pasar Payang hanya terdiri dari deretan kedai kecil yang menjual barang keperluan dan di satu sudut lain diisi oleh beberapa peniaga sayur serta buah-buahan.


Pada 1964 barulah ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan. Nama Kedai Payang pula dikekalkan bagi memelihara sejarah tempat asal itu sendiri. Pasar Payang dirasmikan Sultan Terengganu ke-16 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah 31 Ogos 1968 yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong keempat.
Nama Pasar Payang diambil sempena ‘perahu payang’ yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri itu, dan pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu dan dinaik taraf pada 1968.
Sumber: Bernama Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di Jepun Kes Kecurian Paling Tinggi Berlaku Adalah Hilang Basikal & Payung

Negara Jepun seringkali menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong. Selain diiktiraf sebagai negara yang moden dan memiliki pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi, Jepun juga dikatakan merupaka negara yang selamat. Jarang berlaku kes ragut atau kes pecah rumah di negara ini. Namun kecurian paling tinggi direkodkan adalah kecurian basikal.

Umum mengetahui, rakyat Jepun suka menggunakan basikal sebagai pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Basikal merupakan pengangkutan yang penting. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai lebih daripada sebuah basikal.

Mereka memilih berbasikal kerana beberapa faktor:
- Parking kereta yang terhad dan mahal
- Harga petrol yang mahal
- Demi menjaga kesihatan
- Demi menjaga alam sekitar
- Terdapat jalan-jalan yang sempit yang sukar dilalui oleh kereta -sesetengah tempat sahaja
Kalau ingin tahu di Jepun jika ingin membeli basikal, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan basikal tersebut. Itu menunjukkan basikal juga sama penting dengan motorsikal dan juga kereta.

Berdasarkan sejarah, basikal digunakan sebagai alat pengangkutan paling mudah, jimat dan praktikal dalam operasi ketenteraan. Sewaktu Perang Dunia Kedua, basikal antara pengangkutan penting digunakan oleh tentera Jepun ketika penaklukan Tanah Melayu.
Ikuti perkongsian menarik dari sosial media ini.
Sumber: FB 1001 Kisah Jepung
Mungkin ramai igt Jepung selamat 99.9%
Lebih selamat rumah yg tak berkunci dari basikal yg tak berkunci..(sepanjang saya duduk jepung rumah saya tak berkunci..di kejiranan saya tak pernah berlaku kejadian pecah rumah tapi kecurian basikal selalu)
Masa saya dok jepung 2 kali basikal saya kena cilok..memanglah jumpa balik tapi ..
1 tu ok..1 tu rosak..tak tahulah dirosakkang ke..
Basikal org umah saya kena cilok depang kedai teh ..
Org umah saya masuk lepas tu kuar ilang..
Jumpa 10 km dari tempat kejadian..

Bayangkang kalau kita sewa basikal lepas tu hilang..
Memang akan dijumpa tapi bygkang kita bertravel dan akan balik ke Malaysia contoh..mungkin kena gantirugi basikal sewa tu..
Jika kita menetap lain..sbb kita mungkin dpt balik kata seminggu lepas tu..
So gais hati2 sewa basikal di Jepung..
Kunci kang basikal tu
Ada satu kes basikal hilang kat tengah Honshu mana ntah Gunma kut..
Jumpa kat Hiroshima kakaka..
Ni statistik polis jepung basikal hilang tahun 2013..
Osaka ichibang horrreeyyyy 55555


Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!

