Perasan atau tidak, rata-rata sosial media kita semalam dibanjiri dengan gambar-gambar fenomena gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin.
Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari, tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.
Hebatnya kuasa Tuhan! Selepas kali terakhir akhir fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas, semalam kita berpeluang menyaksikan keajaiban alam yang unik dengan jelas, khususnya di dua tempat iaitu di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Ads
Menurut sumber Bernama, kejadian gerhana matahari Anulus itu, yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan kali terakhir dilihat pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor, menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena alam itu. Fenomena gerhana matahari itu, dijangka berulang lagi di Malaysia pada 2042 nanti.
Ads
Tempoh gerhana berlaku bermula pukul 1.21 hingga 1.23 tengah hari di Tanjung Piai, manakala di Serian, fenomena astronomi itu berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 hingga 1.50 tengah hari. Seluruh negara dipercayai mengalami fenomena gerhana matahari separa yang bermula kira-kira pukul 11 pagi sehingga 4 petang.
Ads
Ini foto-foto yang dikongsikan wargamaya di seluruh dunia mengenai fenomena gerhana matahari cincin ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi selain destinasi pelancongan yang menarik. Tidak kurang istimewanya seperti negeri lain, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik tradisi dan lokasi best untuk menjamu selera. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Nak tahu mana lokasi best untuk jalan-jalan di Kelantan sambil makan? Ini perkongsian daripada Nurul, port best untuk singgah jamu selera.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai sempena tahun 2020 ni tahun melawat Kelantan kita pusing Kota Bharu jalan jalan cari makan selama 3 hari 2 malam. Trip rawat hati sebab trip Bali postpone ke tahun depan.
Untuk trip kali ni total habis RM 600 la lebih kurang. Kami pergi bertiga. Sorang kos dalam RM 200. Ni termasuk makan minum hotel dan minyak pergi balik. Hotel tempah kat OYO RM 166 Untuk 2 malam. Bilik lawa dan bersih sangat. Dapat 1 katil queen n 1 single. Cuma agak sempit la. Tapi so far puas hati. Ada heater apa sume.
Next time kita cuba jalan jalan cari makan tempat lain pulak.
P/s : Nak pergi maybe boleh start dari hari Sabtu Ahad Isnin. Sebab hari Jumaat kedai viral ada yang tutup. Kami 1st day agak kecewa la. Sebab sampai hari Jumaat kan. Pape pun duduk Kelantan takdan nak lapar. Kenyang manjang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di Jepun. Kali ini LIBUR senaraikan kepada anda beberapa destinasi tarikan pelancong yang patut anda kunjungi ketika berada di negara matahari terbit itu.
Shibuya dikenali dengan lintasan pejalan kaki yang ikonik di mana pejalan kaki akan menyeberang dalam lautan manusia. Persimpangan ‘Shibuya Crossing’ dikenal sebagai lintasa pejalan kaki menyeberang diagonal paling sibuk di dunia. Disekeliling lintasan pejalan kaki ini dihiasi oleh layar video yang memberikan kesan kesibukan warga kota Shibuya yang begitu mendalam.
Tempat penyeberangan ini terkenal dengan berbagai papan iklan dan video berlayar besar. Perbagai iklan promosi yang menggunakan paparan iklan digital yang terang menyala melingkari lintasan dan dimainkan secara berulang-ulang. Boleh dikatakan bahawa lebih daripada 1 juta orang menyeberang di lintasa Shibuya ini pada setiap hari.
Pada waktu tertentu, seluruh arah lintasan ini akan menjadi sangat sibuk, terutama pada saat hujan ketika semua orang menggunakan payung. Jadi dicadangkan kepada anda pergi melihat sendiri bagaimana suasana yang digambarkan di sini.
Shinjuku merupakan sebuah bandar yang menerima ramai pengunjung dan juga tempat untuk mengalami dan merasai budaya Jepun. Di sini terdapat banyak lokasi yang wajib dikunjungi. Antaranya adalah kawasan tumpuan membeli-belah seperti pasaraya dan kedai barangan elektronik, kawasan hiburan seperti di Kabukicho, dan lain-lain lagi.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan taman-taman ala Jepun, Inggeris, dan lain-lain lagi di Shinjuku Gyoen dengan hanya berjalan sedikit sahaja dari Stesen Shinjuku. Lokasi yang terkenal dengan pohon Sakura ini juga turut menerima pengunjung Hanami (tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga Sakura) yang ramai pada musim bunga. Ianya dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
Selain itu, anda boleh ke Lorong Shinjuku-dori yang menempatkan pelbagai kedai fesyen terkenal yang wajib dikunjungi ketika membeli belah di Shinjuku. Jika ingin membeli cenderamata berbentuk barangan makanan, anda disyorkan untuk berkunjung ke tingkat satu bawah tanah di bangunan utama pasaraya ISETAN.
Terdapat pelbagai pilihan di pasaraya ISETAN ini, antaranya adalah makanan Jepun seperti wagashi (kuih tradisional Jepun) dan teh Jepun, kedai-kedai chef pastri terkenal di sudut manisan dan lain-lain lagi. Bento (makanan bekal) dan lauk-pauk turut dijual di sini, sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tengah hari.
Pasar Ikan Tsukiji adalah pasar borong ikan terbesar di dunia, dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang sukar anda dapati di tempat lain. Pasar ini dibuka pada 9 pagi dan lebih daripada 400 jenis makanan laut seperti rumpai laut, ikan sardin 300 kg, ikan tuna dan spesies ikan paus yang menjadi kontroversi.
Bilangan pekerja pada 25 Januari 2010 seramai 65 000 orang termasuk pemborong, akauntan, pelelong, pegawai-pegawai syarikat, dan pengedar. Selepas membeli belah di pasar anda boleh menjamu selera di restoran yang berada di luar pasar tersebut. Terdapat pelbagai makanan termasuk sushi segar.
Harajuku merujuk kepada kawasan sekitar Stesen Harajuku Tokyo, yang terletak di antara Shinjuku dan Shibuya di Laluan Yamanote. Ia adalah pusat budaya para remaja yang paling ekstrem di Jepun dengan gaya fesyen pelik, tetapi juga menawarkan tempat membeli-belah untuk orang dewasa dan beberapa tempat-tempat bersejarah.
Tumpuan utama budaya remaja Harajuku adalah Takeshita Dori (Takeshita Street) dan jalan-jalan yang dipenuhi oleh banyak kedai-kedai bergaya, butik fesyen, kedai pakaian terpakai dan restoran makanan segera yang berkonsepkan fesyen dan trend remaja sekarang.
Jika sebut sahaja simbol Ueno Koen, pasti akan terbayang patung gangsa orang membawa anjing yang terdapat di pintu masuk taman. Ianya merupakan patung Saigo Takamori, seorang samurai terkenal yang bergiat aktif pada abad ke-19. Oleh kerana Saigo gemar membawa anjing kesayangannya pergi berburu, patung ini telah direka berdasarkan imej tersebut.
Ueno Koen merupakan lokasi Hanami (melihat bunga) yang mempunyai lebih kurang 1,200 batang pokok sakura. Ueno Koen pada asalnya merupakan tapak kuil Buddha iaitu Kai’ei-ji. Dikatakan bahawa individu yang membina Kan’ei-ji ini telah membawa sakura dari Kyoto dan menanamnya di kawasan kuil. Di Kan’ei-ji juga terdapat makam shogun (jeneral). Pada musim sakura berkembang, kawasan ini dibuka untuk lawatan dan menerima ramai pengunjung.
Memang banyak tempat menarik untuk melihat keindahan pokok bunga sakura, tapi kalau nak tahu, tempat yang paling terkenal sekali untuk menyaksikan pokok yang menyejukkan mata ini adalah di kawasan Gunung Yoshino.
Mana taknya, di sini terdapat dalam 30,000 batang pokok bunga sakura yang menyelaputi kawasan gunung ini. Nak lihat pemandangan paling indah pokok-pokok ini, anda kenalah datang antara awal dan pertengahan bulan April.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rumah yang satu ini memang unik dan menjadi perhatian ramai termasuk pelancong asing. Bukan kerana reka bentuk unik yang serba mewah atau berteknologi tetapi hanya sebuah rumah kayu didirikan disempadan dua negara, iaitu di Indonesia dan Malaysia.
Dengar sahaja pun sudah mampu mencuri perhatian kita bukan?. Rumah ini terletak di Pulau Sebatik, iaitu disebelah timur laut Kalimantan dan menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara. Pulau Sebatik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian Utara adalah milik Malaysia, manakala wilayah Selatan milik Indonesia.
Dipetik dari laman Facebook Osman Saide via sumber sinar.my, beliau menceritakan pengalaman berkunjung kerumah ini yang juga dikenali sebagai ‘rumah dua negara’ pada tahun lalu. Bahagian ruang tamu rumah ini dicat dengan warna merah putih iaitu lambang warna pada bendera Indonesia, manakala bendera Jalur Gemilang berkibar pada bahagian dapur. (Ia menjadikan pemilik rumah ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian dapurnya di Malaysia, dan ruang tamu di Indonesia).
Rumah Dua NegaraHari ini berpeluang berkunjung ke sebuah rumah yang dibina di atas tanah milik 2 negara iaitu Malaysia…
Hari ini berpeluang berkunjung ke sebuah rumah yang dibina di atas tanah milik 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang terletak di Sungai Aji Kuning di pulau Sebatik. Sebelum ini pernah juga menjejak kaki ke tempat ini tetapi hanya melihat dari luar rumah sahaja dan berkata dalam hati ‘owh ini rupanya rumah dua negara’.
Kali ini berpeluang masuk ke dalam rumah ini dan mengetahui dari dekat lagi, uniknya rumah ini, dari dalam kita akan melihat secara jelas di bahagian ruang tamu rumah merupakan kawasan negara Indonesia manakala ruang dapurnya pula merupakan kawasan negara Malaysia. Begitu pula Pulau Sebatik secara sedar atau tidak, bolehlah disifatkan antara pulau yang unik kerana pulau tersebut dimiliki oleh dua negara.
Menariknya, binaan dalamannya rumah dua negara ini, di bahagian ruang tamu iaitu kawasan negara Indonesia ditonjolkan konsep budaya masyarakat Indonesia manakala di bahagian dapurnya iaitu kawasan Malaysia, binaannya bercirikan masyarakat Malaysia dan bakal ditambah baik di masa akan datang. Sempadan kawasan kedua-dua negara didalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah iaitu terdapat tanda sempadan di laluan jalan dari arah ruang tamu menuju ke ruang dapur rumah.
Merasakan sebagai satu pengalaman sangat bermakna semasa berada di dalam rumah ini, sesekali terfikir-fikir secara keliru ‘aku sebenarnya berada di Malaysia atau di Indonesia?, sekejap ke dapur (ke Malaysia) dan sekejap ke ruang tamu (ke Indonesia), eh pening !?!? haha .Apa yang memperlihatkan sesuatu yang menarik di rumah dua negara ini, di kawasan negara Indonesia rumah ini telah di cat berwarna merah dan putih iaitu simbolik kepada bendera negara Indonesia di keseluruhan dinding pada luar rumah sebagai persiapan menyambut 17 Agustus iaitu hari kemerdekaan negara Indonesia yang jatuh pada sabtu ini, manakala di kawasan Malaysia iaitu di dapur terdapat bendera jalur gemilang dipasang berkibar di bahagian beranda dapurnya. Sesekali terfikir juga, pemilik rumah ini adakah memiliki dua taraf kewarganegaraan?
Ini pula perkongsian daripada saudara Izwan Azir Saleh yang juga pernah berkunjung ke rumah dua negara ini.
B'sama Ibu Hasidah, pemilik rumah dua negara d Pulau Sebatik, Sabah. Ruang tamu di Indonesia, dapur dlm wilayah Malaysia. Amat unik! pic.twitter.com/7bQ6yDzMpr
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...