25 Imej Fenomena Gerhana Matahari Cincin. Nak Lihat Lagi Fenomena Ini Tunggu Tahun 2042

Share

Perasan atau tidak, rata-rata sosial media kita semalam dibanjiri dengan gambar-gambar fenomena gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin.

Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari, tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Hebatnya kuasa Tuhan! Selepas kali terakhir akhir fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas, semalam kita berpeluang menyaksikan keajaiban alam yang unik dengan jelas, khususnya di dua tempat iaitu di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Menurut sumber Bernama, kejadian gerhana matahari Anulus itu, yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan kali terakhir dilihat pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor, menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena alam itu. Fenomena gerhana matahari itu, dijangka berulang lagi di Malaysia pada 2042 nanti.

Tempoh gerhana berlaku bermula pukul 1.21 hingga 1.23 tengah hari di Tanjung Piai, manakala di Serian, fenomena astronomi itu berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 hingga 1.50 tengah hari. Seluruh negara dipercayai mengalami fenomena gerhana matahari separa yang bermula kira-kira pukul 11 pagi sehingga 4 petang.

Ini foto-foto yang dikongsikan wargamaya di seluruh dunia mengenai fenomena gerhana matahari cincin ini.

IKLAN