Kehijauan alam semula jadi, kejernihan sungai yang mengalir serta kedinginan air terjun pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk menikmati suasana percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kota.
Keindahan berlatarkan hutan menghijau sekali gus menyingkap realiti khazanah yang masih terpelihara di negeri Terengganu. Keadaan ini semestinya memberikan inspirasi buat pemuja alam semula jadi.
Lata Tembakah merupakan tempat berlibur yang tidak asing lagi bagi penduduk di Terengganu malah daripada penduduk Kelantan juga. Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan Kampung Jabi iaitu 24km daripada Bandar Jertih dan 130km dari Bandar Kuala Terengganu.
Lata Tembakah mempunyai air terjun setinggi tujuh tingkat dan dikatakan tingkat keempat merupakan lokasi yang paling cantik dan strategik buat jurugambar mengambil gambar. Untuk sampai ke tingkat keempat, pengunjung perlu berjalan kaki selama lebih kurang 45 minit hingga 60 minit untuk sampai.
Ads
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan kepada para pengunjung. Antaranya parkir kenderaan yang luas, gerai makanan, pondok pengawal, rumah penginapan dan asrama, jambatan gantung, trek pejalan kaki, pondok rehat, kerusi rehat, dapur BBQ, bilik persalinan, dan tandas awam.
Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun komersil yang perlu dikunjungi pengunjung jika berada di Tasik Kenyir. Untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung hendaklah memandu ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 60km dari Bandar Kuala Terengganu.
Jarak antara Pengkalan Gawi dengan Air Terjun Lasir hanya sekitar 16km. Air terjun Lasir ini mencapai ketinggian 500 meter dan merupakan salah satu destinasi utama yang wajib disinggah. Pelbagai kemudahan disediakan di sini, antaranya jeti, tandas, tapak perkhemahan, jambatan gantung, dan laluan pejalan kaki.
Ads
Air Terjun Chemerong Tawar Suasana Nyaman & Menyegarkan
Foto: Google Image
Air Terjun Chemerong merupakan salah satu tempat yang seharusnya dikunjungi apabila berkunjung ke negeri Terengganu. Lokasinya terletak di Hutan Simpanan Pasir Raja daerah Dungun dan 100km dari Kuala Terengganu.
Di kawasan air terjun Chemerong terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang sememangnya mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung ke sini. Paling menarik, Air Terjun Chemerong setinggi 305 meter yang merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia mempunyai tiga tingkat serta menjadi pintu masuk kepada hutan lipur Chemerong.
Selain daripada itu, pengunjung juga boleh melihat Pokok Chengal yang tertua dan terbesar di dunia yang berketinggian 16.6m dan berdiameter 16.75m. Terdapat banyak kemudahan yang boleh didapati apabila berkunjung ke kawasan Air Terjun Chemerong ini antaranya kemudahan telefon awam, surau, bilik persalinan, tandas dan sebagainya. Selain itu terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk santapan pengunjung dengan harga yang berpatutan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau rasa nak healing di sekitar Selangor, inilah beberapa tempat yang anda boleh tuju. Pasti tenang melihat suasananya, dapat lah hilangkan penat lelah mencari rezeki.
Cukup sesuai untuk anda berdamai dengan alam, pokok-pokok hijau dan ada air yang melengkapkan suasana.
1. Setia Alam Community Forest (Open Daily for 24 hours)
Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Hiking lovers perlu pergi tempat ni! Tasik dia bersih sampai nampak pantulan gambar , memang cantek kalau ambik gambar! Track hiking pon okay dan selamat digunakan. Memang dapatlah tengok viw tasik secara meluas gituw!
2. Sawah Padi Sekinchan
Jalan Tali Air 3, Sekinchan, Selangor
Sekinchan memang terkenal dengan sawah padi yang luas dan menghijau. Pemandangan nampak biasa tetapi angin di sini melengkapkan rasa tenang, bunyi burung berkicauan buat macam ada di kampung. Memang relieve stress dan sikit homesick hiks.
3. Sekinchan Wishing Tree
Pantai Redang, Sekinchan
Pokok ni merupakan trademark Pantai Redang, daunnya berwarna merah hijau. Unik dan memang cun untuk ootd.
4. The Nahara Resort Kalumpang
Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor.
Anda boleh decide nak tidur dalam khemah atau chalet. Chalet cantik dan reka bentuk yang menarik! Siap boleh BBQ. Apa yang best, sambil mandi tu dapat lah layan nature di sekeliling.
Jadi antara salah satu tempat sekitar Selangor ini, anda nak pilih yang mana? Nanti boleh ajak keluarga santai-santai ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Amazon Cafe paling cantik yang anda boleh singgah di Hatyai. Duduk bawah rimbunan pokok hijau dengan desiran air terjun mini di sekeliling memang refreshing.
Anda mungkin boleh plan singgah di sini untuk ootd 10-15 min, tapau coffee dan terus nak gerak.
Tetapi bila dah sampai, mesti akan stay lama sebab vibe tempat ini buat kita nak rilek dan santai-santai. Akhirnya habis masa 2 jam di sini sambil ngopi. Serious tak rasa lama pun sebab cafe ini vibes, memang chill.
Cafe Cantik di Songkhla
Amazon cafe ni memang amazing, produk lokal Thai yang ada identiti sendiri. Design cafe mencerminkan motto syarikat mereka iaitu “Taste of Nature”.
Tak pelik jika diaorg berjaya memenangi hati rakyat tempatan sebab konsep hijau yang diorang bawa mencipta suasana tenang dan menyegarkan. Plus their coffee is good too!
Sangat best kalau ada brand lokal kita yang boleh tiruvasi konsep ini untuk coffee shop atau foodcourt di tepi highway. Memandu bukan letih sahaja, kadang datang dengan stress. Siapa setuju? Jika ada konsep begini dengan suasana tenang segar baru lah betul-betul dapat rehat dan rawat, bukan sahaja tubuh badan yang keletihan tapi juga minda yang stress.
Cara Nak Datang Sini
Kalau dari Hatyai, anda kena melalui jambatan untuk ke sini. Jarak perjalanannya adalah 30.7km dari pekan Hatyai dan mengambil masa lebih kurang 30 – 40 minutes bergantung pada pemanduan.
Kalau dari Songkhla, anda kena naik ferry ( roro ). Jarak dari Samila Beach ke jetty lebih kurang 10 minutes. Tambang ferry adalah 20bath untuk sebiji kereta (RM 2.58 ). Manakala penumpang adalah percuma. Perjalanan dari jetty ke Koh Yo mengambil masa kira-kira 5 ke 10 minutes dan dari jetty Koh Yo ke Cafe Amazon Mungkhang Singhanakorn adalah selama 15 minit. (9.5 km).
Jadi anda yang berniat nak masuk Hatyai, boleh masukkan Cafe Amazon-Mungkhang Singhanakorn ini dalam senarai tempat wajib singgah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Langkawi antara destinasi pelancongan popular di Malaysia. Pulau bebas cukai ini sudah menarik jutaan pelancong dalam dan luar negara sejak ia mula diperkenalkan pada 1987 dengan pelbagai kemudahan dan tarikan di pulau lagenda ini.
Terkini, antara tarikan baru di pelancongan di Langkawi ialah Menara MAHA yang bakal dibuka dalam masa terdekat. Dengan ketinggian 138 meter, terletak di Pekan Kuah ia pasti menjadi tumpuan.
Menara MAHA yang terletak di Pekan Kuah antara tarikan pelancongan baru di LangkawiPemandangan indah di sekitar Menara MAHA
Namun apa yang menariknya, berdekatan dengan Menara MAHA ini terletak hotel baru iaitu We Hotel. Lebih syok, ada satu bilik penginapan dipanggil Towerview Room yang betul-betul mengadap menara ini dan pastinya ia menjadi tarikan bila menginap di sini.
Bermula dari harga RM150 semalam, korang boleh tengok view Menara nie siang dan malam. Waktu malam lagi cantik sebab ada lampu. Dan lebih best, dari bilik ini terasa seakan berada di Eiffel Tower, Paris kerana reka bentuknya seakan-akan sama walau ketinggian tak sama.
Ala2 di Eiffel Tower, ParisHarga bilik ini RM150 semalam dan viewnya cukup indah
Baca perkongsian dari Irfan Danial yang berpeluang menginap di hotel ini.
Hotel baru di Langkawi. We hotel berhadapan dengan menara MAHA yang bakal dibuka tidak lama lagi. Saya berkesempatan menginap di hotel ini satu malam yang terletak di pekan Kuah. Better saya pergi dulu sebelum hotel ni viral disebabkan view dia yang mmg awesome. Macam Eiffel tower di Paris kan? Hehehe.
Bilik yang saya duduk ini berharga RM150 per night untuk berdua. Anggaran harga bilik bermula dari RM100 ke RM360. Hotel cantik, kemas dan bersih. Saya bagi 5 bintang dari segi kebersihan.
Lokasi yang strategik sangat mudah untuk di akses ke semua tempat tarikan di Langkawi. Kedai makan di kawasan hotel sangat banyak. Kalau korang nk shopping coklat dan produk Langkawi yang lain, anda boleh berjalan kaki sahaja ke gedung Haji Ismail group tu.
Taman tema baru berdekatan hotel iniInilah suite hotel dan harga bermula RM260 semalamIni suasana dalam towerview room
Sebelah hotel ini ada Oldtown White coffee yang baru juga dibuka. Boleh mengeteh kalau bosan hehe. Sebelah hotel ini juga ada water theme park yang baru dibuka. Saya tak pergi. Hanya ambil gambar dari bilik saja. Kalau ada anak, sesuai la bawa anak menginap di sini dan mandi di water theme park tu.
Overall hotel ini memang padu. Owner hotel ni pon orang Melayu. Boleh support orang local. FB Irfan Danial dalam page Hotel Review Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...