Ads

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Percutian ke luar negara sangat menyeronokkan, lagi-lagi bila kita dapat melihat budaya dan pelajari cara mereka. Tetapi, kadang-kadang percutian keluar negara boleh mencecah ribuan ringgit ! Cjay kongsikan pengalaman dan cara beliau menjimatkan wang ketika melancong keluar negara.

Bali sememangnya antara destinasi percutian popular dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang mahukan percutian singkat dengan suasana pantai, kafe menarik dan kos yang masih berpatutan. Begitu juga dengan pengalaman seorang pelancong yang berbangsa Cina bernama Cjay, memilih Bali untuk percutian singkat selama tiga hari dua malam bersama teman wanitanya.

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Apa yang menjadikan percutian ini lebih menarik, teman wanitanya merupakan seorang pramugari. Disebabkan itu, mereka menikmati diskaun penerbangan sehingga 90 peratus, sekali gus menjadikan percutian singkat ini jauh lebih menjimatkan. Peluang tersebut digunakan sebaiknya memandangkan teman wanitanya hanya mempunyai cuti selama tiga hari dan tidak mahu menghabiskan masa di rumah.

Menurutnya, percutian ke Bali ini dibuat secara sangat spontan. Tiket penerbangan ditempah hanya sehari sebelum berlepas, namun semuanya berjalan lancar. Mujur juga tempoh penerbangan ke Bali hanya sekitar tiga jam, sekali gus menjadikannya destinasi yang sesuai untuk short trip tanpa perlu menempuh perjalanan yang terlalu lama.

Sepanjang berada di sana, mereka memilih untuk menginap di sebuah Airbnb di kawasan Canggu dengan kadar sekitar RM200 semalam. Disebabkan kos tersebut dikongsi berdua, perbelanjaan penginapan menjadi lebih murah dan berbaloi, iaitu sekitar RM100 seorang untuk satu malam.

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Bagi Cjay, Canggu memberi pengalaman yang baik untuk kunjungan pertama ke Bali. Namun begitu, dia berpendapat kawasan Uluwatu mungkin lebih sesuai untuk mereka yang mahu menikmati sisi alam semula jadi dan pantai yang lebih menarik. Walaupun begitu, beliau tetap berpuas hati dengan suasana di Canggu yang dianggap selesa, mudah diakses dan mesra pelancong.

Ads

Dari segi makanan, beliau mendapati kawasan Canggu lebih banyak menawarkan makanan Barat dan Eropah berbanding makanan tempatan. Sepanjang percutian tersebut, mereka menikmati hidangan Jepun pada hari pertama dan makanan Barat pada hari kedua. Menurutnya, makanan di sana bukan saja sedap, malah harganya juga agak murah.

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Selain makanan, kawasan Canggu juga dipenuhi dengan kafe-kafe menarik yang menjadi tarikan utama pelancong. Dia turut berkongsi bahawa sarapan pagi dan kopi di beberapa kafe yang dikunjungi sangat memuaskan. Bagi mereka yang gemar suasana santai sambil menikmati makanan enak, Canggu boleh dianggap lokasi yang sesuai.

Walaupun trip ini singkat, mereka sempat meluangkan masa ke pantai dan menikmati suasana sekitar. Namun, dia mengakui masih banyak aktiviti yang tidak sempat dilakukan seperti berkayak, surfing, melawat air terjun dan tasik. Ini menunjukkan Bali bukan sekadar destinasi untuk berehat, tetapi juga sesuai untuk mereka yang mahu melakukan pelbagai aktiviti luar jika mempunyai masa yang lebih panjang.

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Ads

Aspek pengangkutan juga antara perkara yang memudahkan percutian mereka. Aplikasi seperti Gojek dan Grab sangat membantu kerana caj perjalanan yang murah. Walau bagaimanapun, beliau menasihatkan pelancong supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, khususnya jika menaiki motosikal. Pastikan memakai topi keledar kerana keadaan jalan raya di sana agak sesak, dengan banyak motosikal dan laluan yang adakalanya tidak rata.

Dia juga berkongsi bahawa penduduk setempat sangat baik dan sopan. Namun, bagi pelancong yang ditawarkan perkhidmatan pengangkutan secara terus di tepi jalan, beliau mencadangkan supaya tidak terus menerima harga pertama. Sebaiknya buat rundingan terlebih dahulu kerana harga yang ditawarkan biasanya lebih tinggi. Alternatif paling mudah ialah menggunakan aplikasi e-hailing yang lebih telus dari segi tambang.

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Satu lagi kemudahan yang menarik perhatian ialah kewujudan beberapa gim yang mudah diakses di kawasan Canggu. Terdapat gim yang menawarkan pas harian sekitar RM120 dengan kemudahan lengkap seperti pelbagai peralatan senaman, ice bath, sauna dan kolam renang. Ini tentunya menjadi nilai tambah bagi pelancong yang masih mahu mengekalkan rutin kecergasan ketika bercuti.

Ads

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

 

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Secara keseluruhannya, Canggu dilihat lebih sesuai untuk mereka yang mencari suasana meriah, makanan sedap, kafe menarik serta kehidupan malam yang aktif. Namun bagi pelancong yang lebih gemarkan alam semula jadi dan pantai yang lebih cantik, Uluwatu mungkin destinasi yang lebih ideal.

3 Hari 2 Malam Di Bali, Ini Pengalaman Bercuti Secara Last Minute Dengan Bajet Jimat

Walaupun percutian ini dibuat secara last minute dan berlangsung dalam tempoh yang singkat, pengalaman tersebut tetap memberi kepuasan. Ditambah pula dengan kelebihan diskaun penerbangan yang diperoleh melalui kerjaya teman wanitanya sebagai pramugari, percutian ini jelas menjadi satu short getaway yang santai, menjimatkan dan menyeronokkan.

Tip untuk melancong sambil berbajet:

  1. Menginap di AIRBNB
  2. Melanggan pas gim sebulan
  3. Makan di kawasan pinggir bandar
  4. Tawar-menawar jika menaiki gojek
  5. Lakukan aktiviti alam semulajadi
Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Terbang Ke Vietnam Dengan Bajet Minimum, Pengalaman Maksimum!

Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang...