Melancong atau mengembara seorang diri memang seronok tapi ia hadir dengan risiko tersendiri. Ini terutamanya jika anda seorang wanita. Jadi kalau berhajat ingin mengenbara secara solo, lakukanlah dengan selamat!
Kongsi pelan perjalanan anda
Ini bukanlah bermakna anda berkongsi di laman media sosial sewenang-wenangnya. Maklumkan kepada keluarga dan teman rapat perihal pelan perjalanan anda agar mereka tahu di mana anda berada dan boleh mencari anda sekiranya ada apa-apa berlaku. Komunikasi berkesan dengan hos
Jika anda tinggal dalam bilik dorm atau homestay, pastikan anda bertanya mengenai kawasan yang selamat dengan hos anda agar anda boleh elakkan tempat-tempat yang tidak sesuai untuk wanita berjalan berseorangan.
Elakkan jalan gelap
This is a BIG no-no. Sama sekali jangan jalan berseorangan di luar pada waktu malam, di jalan yang tidak diterangi lampu.
Alat keselamatan
Dapatkan wisel atau alat yang boleh mengeluarkan bunyi yang kuat untuk waktu-waktu genting/kecemasan.
Elak benda/tumpangan PERCUMA
Tiada benda yang percuma di dunia ini jadi JANGAN sesekali menerima tumpangan kenderaan dan makanan atau minuman percuma dari orang yang tidak dikenali.
Buat tidak tahu
Jangan membalas atau memberi reaksi terhadap siulan atau panggilan dari orang yang tidak dikenali.
Tidak perlu beg designer
Simpan barang berharga anda dalam beg yang buruk dan biasa sahaja berbanding beg designer. Ini untuk mengelak anda menjadi target pencuri dan penyangak.
Jadi seperti orang tempatan
Abaikan sahaja mekap. Go natural agar anda lebih ‘masuk’ dengan orang tempatan.
Sertai kumpulan tour
Ini memudahkan untuk anda mendapatkan tour percuma satu-satu bandar dan bilangan orang yang ramai boleh memastikan keselamatan anda.
Bertemu di kawasan awam
Jika anda mahu bertemu seseorang, pastikan ia di kawasan awam dan pastikan anda memberitahu seseorang perihal perjumpaan tersebut.
Cincin kahwin
Jika anda belum berkahwin, pakai sahaja satu yang palsu untuk mengelakkan ‘gangguan’ lelaki.
Kunci mulut
Jangan beritahu maklumat sensitif/peribadi anda kepada sesiapa pun.
Teksi bermeter
Pastikan teksi yang anda mahu naik memakai meter dan tertera maklumat pemandu serta sijil pendaftaran teksi tersebut.
Kasut yang selesa
Jangan menggatal untuk memakai kasut bertumit atau sandal yang nipis dan bertali-tali. Kasut sukan atau kasut khas untuk berjalan adalah pilihan terbaik.
Kawasan selamat
Pastikan anda ambil tahu di mana terletaknya balai polis, stesen minyak dan pasar raya jika berlaku situasi yang mana anda perlu lari menyelamatkan diri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan panggung wayang pandu masuk atau drive in cinema. Pawagam itu yang dikenali Casuarina Sini-Drive terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dan mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan pada satu-satu masa.
Casuarina Sini-Drive beroperasi setiap malam, kecuali Isnin dan menawarkan pakej antara RM36 hingga RM42. Pihak penganjur juga akan membuat pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Pengenalan pawagam itu dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19. Seluruh rakyat di negeri Perak ataupun daripada luar dijemput ke Bandaraya Ipoh sambil menikmati keindahan sekitar, boleh juga luangkan masa untuk bersama-sama menonton mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, menonton wayang di dalam kereta dan ini tentunya satu pengalaman baru yang akan tentu sekali menyeronokkan.
Namun, ada tiga golongan individu yang dinasihatkan tidak melakukan aktiviti ini dan dilarang menonton di pawagam pandu masuk sekiranya mereka sedang mengantuk, berasa penat atau tidak selesa. Public Health Malaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak tertidur di dalam kenderaan dengan enjin terbuka apabila menonton di pawagam pandu masuk kerana gas karbon monoksida yang bocor dari ekzos boleh disedut masuk ke dalam kenderaan dan menyebabkan keracunan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pengembaraan outdoor sememangnya memberikan kepuasan yang tersendiri. Berada jauh dari peradaban dunia yang sibuk dengan pelbagai hiruk-pikuk bising mampu memberikan ketenangan.
Jadi kali ini, LIBUR ingin kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel dan lakukan aktiviti outdoor terutamanya ke lokasi terpencil.
Berikut merupakan beberapa senarai ubat-ubatan basic sahaja.
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
Ubat selsema dan demam
Ubat batuk
Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine
Ubat sakit tekak
Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan
Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka
Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh
Micropore tape
Alat untuk mencuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara
Pin keselamatan, gunting dan penyepit
Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide)
Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate)
Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide)
Ubat julab untuk sembelit
Antacid untuk penghadaman
Krim antifungal atau antibakteria
Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone
Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone
Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
Penitis mata
Ear plugs
Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
Kad insurans perlindungan kesihatan
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.
Sumber: myDR & MyHEALTH
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seakan ‘trend’ ketika pandemik, di negara kita sekarang ini ramai sedang berjinak-jinak untuk turut serta dalam aktiviti perkhemahan dan bercuti dengan konsep sebegini.
Bukan itu sahaja, malah aktiviti ini turut disertai oleh seluruh ahli keluarga tidak kira peringkat umur. Tahniah diucapkan! Di Malaysia, hakikatnya mempunyai alam semula jadi yang begitu indah. Lihat saja rakan di media sosial memuat naik gambar pengembaraan mereka di air terjun, kawasan pantai atau meredah hutan dara.
Aktiviti sebegini sudah semestinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan ketika melancong dan dalam masa sama kita juga boleh memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada generasi muda. Namun begitu, di Malaysia cuaca kita tidak menentu. sekejap hujan, sekejap panas. Bagaimana situasi kalau sedang berkhemah, hujan turun dengan lebat.
Risaukan keselamatan? Ini ada perkongsian berguna yang dikongsikan saudara Wan’s Aquarist via FB Family Camping Malaysia. Semoga bermanfaat untuk semua peminat aktiviti perkhemahan.
Masa saya post bab shovel sebelum ini, ada rakan campers kita tanya bab kegunaan shovel yang berkaitan penyediaan longkang (saya suka panggil camp trench / parit khemah) dan saya janjikan untuk sediakan post khusus bab penyediaan camp-trench ni. So, artikel panjang ni adalah berkaitan bab longkang / camp trench la..hehehe..(selamat membaca ya..).
Alkisah, kaedah camping di negara kita berbeza dengan luar negara dimana negara kita ni beriklim panas lembab (humidity) setiap waktu..bermakna hujan boleh turun anytime tambahan lagi di musim tengkujuh. Di luar negara (eropah khususnya), campers kat sana berkhemah secara bermusim dimana mereka ada empat musim. So, mereka camping diwaktu musim panas..kiranya no problem la. So, relatifnya kita di negara Malaysia ni kena sentiasa bersedia untk menghadapi hujan yang mungkin tiba tiba turun.
KEPERLUAN TRENCH
Maka, untuk menguruskan air hujan yang turun ni kita kena bina longkang / camp-trench / tent trench/ parit mini (dengan anggapan khemah kita dah takdek isu bab waterproof la ye..).
Tujuan trench tu adalah untuk menguruskan air hujan yang turun dari atas, aliran air hujan yang bergerak dilantai tanah dan yang turun dari dinding khemah.
Rujuk gambar pertama.. kaedah yang betul untuk korek trench adalah kedudukan trench tersebut bebetul bersebelahan dengan dinding khemah agar air yang turun dari sudut tanah yang tinggi terhalang dari masuk bawah khemah (dan bertambah teruk jika air bertakung), dan trench itu juga sepatutnya berfungsi mengumpulkan aliran air yang turun dari wall khemah (dikawasan ditanda A dan B).
Ramai yang silap buat trench jauh dari dinding khemah, adakalanya sehingga sekaki jauhnya dari khemah (gambar pertama, ditanda C). Bila trench jauh dari khemah, titisan hujan yang jatuh di ruang antara trench dan khemah, ditambah titisan air yang jatuh dari dinding khemah akan menyebabkan air hujan masuk dibawah lantai khemah.
Rujuk gambar dua, andainya khemah kita menggunakan flysheet yang dipasang diatas khemah, kedudukan trench bukannya berbetulan di bawah bucu flysheet (dengan anggapan air hujan yang terkumpul diatas flysheet akan jatuh terus dalam longkang atau trench)..sebaliknya perlu dibina kedalam atau sebolehnya mengikut jarak di gambar pertama. Kenapa?
Pertama kerana tempias hujan jika angin kuat akan membawa air hujan ke dalam kawasan litupan flysheet. Kedua, jika berlaku kegagalan pada flysheet (first tier pengurusan air), trench pula akan mengambil tempat sebagai first tier pengurusan air hujan tu..so, longkang atau trench mesti dibina menggunakan konsep pertama iaitu berbetulan bucu khemah.
SAIZ GROUNDSHEET
Atas alasan jarak binaan trench dan khemah yang rapat, ini juga menjadi panduan bagi penyediaan saiz groundsheet setiap khemah. Ramai dari kita menyediakan groundsheet yang lebih besar dari lantai khemah, sedangkan lebihan groundsheet tersebut akan menjadi ruang takungan air hujan yang turun dari wall khemah dan dari langit lalu membawa air tersebut ke bawah khemah, maka tapak bawah khemah kita akan basah dek pengumpulan air. So, groundsheet yang besar perlu dilipat agar berbetulan saiznya dengan saiz khemah bagi tidak menjadi punca takungan air dan juga memberi ruang untuk kita membuat trench sekeliling khemah.
CONTURED vs FLATTED vs WATERFLOW
Normally kita akan cari tapak khemah yang flatted / rata untuk keselesaan berbaring. Untuk waktu tidak hujan takdek isu, tetapi untuk musim hujan..ia akan jadi masalah.
Normal practice saya dalam pasang khemah dimana saya suka mencari kawasan yang sedikit berkontur yakni ada sudut tinggi rendah. Ianya adalah atas alasan jika hujan lebat, air tidak bertakung dibawah khemah kita (berbanding khemah kita dipasang dikawasan rata).
Dengan sedikit kawasan berkontur, air hanya akan lalu (water flow) dibawah khemah kita (jika hujan lebat) melalui gravity berbanding bertakung dibawahnya. Rujuk gambar ketiga.
Apabila kita tahu aliran air / waterflow dari arah mana (kawasan tinggi ke rendah), kita cuma perlu membina trench keliling khemah agar aliran air dari atas masuk dalam trench dan divert mengikut trench yang dibuang. So groundsheet kita insyaAllah akan kekal kering.
Rujuk gambar keempat, andainya kita pasang khemah di kawasan rata dimana arah waterflow jenis scattered (berterabur), bina trench sekeliling khemah dan pastikan ada satu aliran yang lebih dalam binaan trench (sebagai kesan graviti) untuk menggalakan pergerakan air dan elakkan limpahan.
Kesilapan amatur yang selalu dilakukan adalah ramai bina trench tanpa ada aliran keluar, bermakna bila trench dah penuh menakung air ianya akan menyebabkan limpahan.
So, lepas ini pastikan ada satu aliran keluar dari trench yang dibina sekeliling kita..ada beberapa aliran keluar lagi baik bagi mengurangkan risiko limpahan.
KEGAGALAN PENGURUSAN AIR
Andaikata kita gagal uruskan air hujan ni dan bertakung bawah khemah, harapan kita bergantung kepada groundsheet dan tent floor sahaja untuk bertindak sebagai kalis air. Jika groundsheet gagal dalam tugasnya, pilihan lain ialah alih khemah didalam hujan lebat tu la. Worst nightmare la jawabnya..lencun basah nak alihkan barang dan bebudak demi nak ‘alih’ khemah. Serius ngeri..hehehe..
NIKMAT CAMPING DIDALAM HUJAN
Sebenarnya, seronok camping dalam khemah time hujan ni apabila kita tahu ruang kabin khemah dan lantai khemah kekal kering atau setidaknya tidak bergenang air.
Kesejukan tiupan angin hujan yang basah, bunyi rintik hujan yang tenang, pastu kepuasan melihat setup khemah kita berfungsi dengan baik akan beri satu macam perasan puas dan bahagia. Serius memang best!
Yang penting, kita bersedia awal untuk menghadapi cuaca hujan dan kita punya ruang terbuka tetapi selamat dari titisan hujan (biasanya dibawah flysheet la) untuk menikmati segelas teh atau kopi panas sambil melihat hujan sedang turun membasahi tanah..serius..keseronokannya sukar digambarkan.
Apa apa pun, lain orang lain la kaedah dan skill yang digunakan..terpulang kepada diri masing masing. Dalam camping ni, tiada betul salah, Cuma sesuai dan tidak sesuai, baik dan lebih baik sahaja..so cheers and have fun semua!
Kalau ada yang silap dengan kaedah saya ni..feel free untuk tegur..kita sama sama belajar.
TERM AND CONDITION
Apa apa pun..tengok dulu kat mana kita camping..jangan korek sembarangan..paid campsite ada certain rule..nanti marah tuan campsite..hahaha! Untuk public area dan wild/semi-wild..no issue. Tapi ingat..dah korek, sila kambus balik sebelum beredar. Leave it as it is. Semoga ada manfaat untuk rakan rakan campers saya diluar sana ya. Kita semua satu keluarga besar dalam camping ni.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!