Bagi kaki pancing dan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, Perak antara port memancing yang menjadi kesukaan ramai. Menurut page Tourism Perak, ada tiga lokasi disenaraikan. Antaranya ialah Perkampungan Nelayan, Lumut, Tasik Temenggor dan Jambatan Raja Bainun, Manjung.
Irama dram wadaiko, gerakan tarian Bon Odori dan pengunjung yang mengenakan yukata mencipta suasana berbeza di Bukit Jalil baru-baru ini. Selama tiga hari, elemen tradisi dan budaya pop Jepun dipertemukan dalam sebuah festival yang membawa pengalaman matsuri lebih dekat kepada masyarakat tempatan.
PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 yang berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos lalu menghimpunkan komuniti Jepun, peminat budaya serta pengunjung daripada pelbagai latar belakang. Memasuki tahun kedua penganjurannya, festival ini menjadi sebahagian daripada usaha memperkenalkan budaya Jepun melalui persembahan, makanan dan aktiviti interaktif.
Di Jepun, matsuri lazimnya menjadi ruang masyarakat berkumpul, menikmati makanan, menonton persembahan dan meraikan tradisi setempat. Semangat yang sama cuba dibawa menerusi festival ini apabila pengunjung bukan sekadar hadir sebagai penonton, tetapi turut diberikan peluang menyertai beberapa aktiviti.
Bon Odori yang dipersembahkan setiap hari menjadi antara acara yang paling mencuri perhatian. Pengunjung daripada pelbagai peringkat usia dilihat bersama-sama mengikuti gerakan tarian tradisional tersebut dalam suasana santai.
Tidak semua yang menyertai tarian itu memahami setiap gerakannya. Namun, sifat Bon Odori yang terbuka dan dilakukan secara berkumpulan menjadikannya mudah dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Selain Bon Odori, festival ini turut memperkenalkan beberapa bentuk seni persembahan Jepun seperti wadaiko, tarian Yosakoi dan tarian Eisa dari Okinawa.
Persembahan wadaiko khususnya menyerlah menerusi paluan dram yang bertenaga serta pergerakan tersusun para pemainnya. Ia memperlihatkan bahawa persembahan tradisional bukan sekadar tontonan warisan, tetapi masih mampu menarik perhatian generasi hari ini.
Seni kimono turut diketengahkan menerusi pertunjukan fesyen, pameran dan demonstrasi teknik pemakaian yang dikenali sebagai kitsuke. Di sebalik penampilannya yang anggun, proses mengenakan kimono sebenarnya memerlukan ketelitian pada setiap lapisan, ikatan dan susunan fabrik.
Pengunjung juga berpeluang mencuba yukata, pakaian tradisional yang lebih ringan dan lazimnya dipakai ketika festival musim panas di Jepun.
Festival ini tidak hanya tertumpu kepada tradisi. Persembahan muzik J-pop, tarian moden dan pertandingan cosplay turut mengisi acara, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian budaya Jepun yang berkembang seiring perubahan zaman.
Kehadiran kumpulan idola, penyanyi serta artis cosplay memberi tarikan kepada pengunjung muda yang mungkin mula mengenali Jepun melalui anime, muzik, permainan video atau fesyen jalanan.
Gabungan antara budaya pop dengan seni tradisional menjadikan festival ini lebih mudah didekati. Seseorang mungkin hadir kerana minat terhadap cosplay, tetapi pulang dengan pengetahuan baharu mengenai kimono, tarian rakyat atau seni paluan dram Jepun.
Pengalaman mengenali sesebuah negara sering bermula daripada makanannya. Sepanjang festival berlangsung, pengunjung dapat mencuba pelbagai hidangan, snek, pencuci mulut dan minuman berasaskan matcha.
Salah satu aktiviti yang menarik perhatian ialah demonstrasi memotong ikan tuna atau Maguro Live Cutting Show. Aktiviti tersebut bukan sahaja memperlihatkan kemahiran menyediakan ikan untuk sashimi, malah memberi gambaran tentang ketelitian yang menjadi sebahagian daripada budaya kulinari Jepun.
Pameran peralatan hidangan dan demonstrasi pisau turut menunjukkan bahawa penyediaan makanan Jepun berkait rapat dengan aspek seni, fungsi serta penghargaan terhadap bahan mentah.
Festival budaya tidak mungkin dapat menggantikan pengalaman mengembara sendiri ke Jepun. Namun, acara seperti ini boleh menjadi pengenalan awal kepada tradisi, makanan dan cara hidup masyarakatnya.
Ia juga membuka ruang interaksi antara rakyat Malaysia dengan komuniti Jepun yang berada di negara ini. Pertukaran budaya tidak lagi berlaku dalam suasana formal, sebaliknya melalui tarian, muzik, makanan dan pengalaman yang dikongsi bersama.
Bagi pengunjung, hujung minggu itu mungkin sekadar peluang menikmati persembahan dan mencuba makanan baharu. Namun, di sebalik kemeriahannya, festival tersebut turut memperlihatkan bagaimana budaya mampu merapatkan masyarakat yang berbeza bahasa dan latar belakang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya bakal berlangsung selama 9 hari bermula pada 24 Februari sehingga 3 Mac 2024.
Festival berasaskan tradisi dan cahaya ini akan diadakan buat pertama kalinya di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Pelbagai persembahan kebudayaan, tradisional dan pertunjukan lampu akan disajikan untuk anda sekeluarga selama 9 hari ini.
Waktu operasi adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.
Festival Lentera Putrajaya ini bakal mempersembahkan pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik.
Bukan itu sahaja, pelbagai makanan dan minuman juga akan dijual untuk anda menikmati bersama insan tersayang.
Tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawangnya. Harga tiket adalah seperti berikut:
Dewasa (13 tahun ke atas) = RM10
Kanak-kanak (7-12 tahun) & warga emas = RM5
Kanak-kanak di bawah 6 tahun & OKU = Percuma
Dewasa (13 tahun ke atas) = RM30
Kanak-kanak (4-12 tahun) = RM15
Perkhidmatan bas perantara secara percuma juga disediakan untuk anda. Naik sahaja dari stesen MRT Putrajaya dan terus ke Anjung Floria.
Dengan kekerapan 30 minit sekali, shuttle bas di stesen MRT Putrajaya bermula jam 4.30 petang sehingga 10.00 malam. Manakala shuttle bas di Anjung Floria adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 nalam.
Festival Lentera Putrajaya akan bergema dengan paluan kompang penuh bertradisi, penyeri acara, klasik dan istimewa oleh Komuniti Putrajaya.
Haa… jangan lepaskan peluang untuk saksikan formasi paluan kompang bergaya bertradisi sambil menghayati pencahayaan yang mempesonakan di Anjung Floria Presint 4 nanti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Argh! Kadang-kadang terasa semak dengan kehidupan di hutan batu. Sesak dengan kesibukan jalanraya setiap hari umpama tak ada hari esok. Sesak dengan hiruk-pikuk kota yang membejatkan ditambah lagi dengan pemanasan global yang tak menentu, membuatkan hari-hari di ‘hutan batu’ ni terasa panas.
Nak pindah tak? Jom pindah. Baru-baru ni naik satu cerita dari Locana, Itali di mana Datuk Bandar Locana, Giovanni Bruno Mattiet mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja yang ingin menetap di kawasan yang terletak di wilayah Piedmont – satu wilayah yang kini menghadapi situasi ‘kepupusan manusia’.
AS$10,000 menunggu penetap baharu di Locana
Tapi bukan setakat itu sahaja tau, Giovanni turut membayar anda sehingga AS$10,000 untuk menetap dan memulakan kehidupan berkeluarga di kawasan yang mempunyai pemandangan pergunungan yang indah itu.
Sebelum ini, Giovanni pernah menawarkan imbuhan yang sama kepada orang awam tetapi tidak mendapat sambutan dan kini sekali lagi beliau menawarkan perkara yang sama dan berharap inisiatif itu dapat mengelakkan kawasan Locana daripada ‘mati’ dan tidak mendapat sambutan.
Selayang pandang Locana yang indah dengan alam semulajadi
Selayang pandang mengenai Locana, kawasan ini berkeluasan 132 kilometer persegi termasuk kawasan pergunungan salji – Gran Paradiso. Gran Paradiso bukan sahaja mempunyai udara yang segar malah menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti luncur salji, memancing, trekking dan rock climbing.
Kawasan ini juga dihiasi dengan rumah-rumah yang mempunyai seni bina tradisional diperbuat daripada batu dan kayu berserta atap genting dengan dinding ‘fresco’ yang dihiasi bunga-bungaan.
Buat pengetahuan anda, masalah ‘kepupusan manusia’ di Locana ini berlaku sejurus penduduknya meninggalkan bandar dan pada masa sama bilangan pasangan muda dan kanak-kanak semakil mengecil menyebabkan banyak kedai, restoran dan kemudahan awam terpaksa menghentikan perkhidmatan. Turut terjejas adalah sekolah-sekolah yang ada di sana ekoran daripada kejadian tersebut.
Apa punca mereka pindah beramai-ramai?
Penduduk bandar ini pindah kerana peluang pekerjaan di kilang-kilang besar di Turin dan disebabkan itulah penduduk di Locana semakin berkurangan hingga menyebabkan sosioekonomi Locana terganggu seterusnya memaksa banyak perkhidmatan ditutup.
Kini terdapat berpuluh-puluh kedai, bar, restoran dan butik yang menunggu pemilik baharu untuk memulakan perniagaan. Antara tarikan lain yang ada di sini adalah kelazatan masakan masyarakat tempatan dan pesta rakyat yang diadakab sepanjang tahun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!