Tanpa kita sedar banyak rupanya tempat menarik di Malaysia dengan pemandangan indah seperti di luar negara.
Salah satunya adalah di Hounon Ridge Farmstay And Camping yang terletak di Bundu Tuhan, Sabah yang dianggap sebagai salah satu ‘hidden gem’ di Malaysia.
Berlokasi hanya kira-kira 21 KM dari Kinabali Park dan tempat ini sangat popular kerana memilik pemandangan alam semulajadi yang sangat menarik.
Namun begitu untuk sampai ke sini abda akan berdepan dengan cabaran pemanduan yang mencabar kerana tempat ini terletak jauh di pedalaman kampung.
Walaupun begitu perjalanan yang sangat mencabar ini sangat berbaloi kerana anda akan dapat saksikan pemandangan terbit dan tenggelam matahari yang sangat indah dan sukar diluahkan dengan kata-kata.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi, Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia- 013-850 6463.
Ads
Jadi selepas PKP nanti, boleh masukkan tempat ini sebagai wishlist untuk percutian tahun 2021. Teruskan menjaga SOP kendiri untuk kita sama-sama putuskan rantaian jaringan virus Covid-19 ini.
Baru sahaja beberapa hari yang lepas, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye mengeluarkan kenyataan, tidak membenarkan kawasan khas untuk merokok di premis makanan wujud.
Kelmarin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula memaklumkkan memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
Menerusi sumber Malaysia Kini , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin memaklumkan bagi pemilik restoran atau kedai makan (persendirian), mereka mempunyai garis panduan yang akan dikeluarkan KPKT berhubung perkara terbabit di mana mereka perlu memohon kebenaran daripada PBT untuk membina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang berada dalam lot kedai.
Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediakan kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntukkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000. KPKT sudah mempunyai satu model kawasan khas merokok dibina di Ampang yang mempunyai dua pondok kawasan merokok dengan kelengkapan bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok.
KPKT juga membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau PBT, menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat. Bagaimanapun kawasan khas merokok terbabit, yang disediakan tempat membuang puntung rokok itu, tidak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh perokok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
12 fasiliti di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan ditutup kepada orang awam bermula pada 5 dan 6 Oktober 2020 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penutupan ini adalah bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Perhilitan dalam satu kenyataan menjelaskan langkah itu diambil bagi mencegah penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang kini melanda negara. Kemudahan yang terbabit adalah:
Selain itu, semua Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar turut terbabit dalam penutupan itu, menurut kenyataan itu. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Aduan Hotline Perhilitan di 1-800-88-5151 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pula memaklumkan penutupan sementara Taman Botani Kepong dan 'Forest Skywalk'hingga tarikh yang akan diberitahu nanti.
FRIM telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu Taman Botani Kepong, Taman Warisan serta Forest Skywalk kepada pengunjung sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi staf FRIM serta para pengunjung memandangkan peningkatan kes COVID-19 khususnya di negeri Selangor yang semakin membimbangkan. FRIM akan mengkaji semula keputusan ini berdasarkan laporan dan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pada Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyaksikan lebih RM100 juta diberikan untuk sektor pelancongan.
Antaranya:
1)
Namun begitu Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia melahirkan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021. Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, mendakwa ia berikutan kerajaan hanya menyentuh beberapa sektor dalam industri pelancongan sahaja.
“Adakah peniaga dan penjaja PKS pelancongan yang terjejas hanya berlaku di Sabah? Bagaimana pula keadaan peniaga di Sarawak mahupun di Semenanjung? Mungkin di mata kerajaan, peniaga-peniaga selain di Sabah ini masih mengaut keuntungan pada ketika ini? Jadi kami tidak faham rasional kerajaan hanya menyalurkan Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 hanya di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya kini hanya bergantung harap kepada Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri pada Jun lalu, namun tetap tidak berpuas hati dengan penyampaiannya.
“Penggiat pelancongan berasa seperti dipermainkan oleh pihak institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus dana tersebut telah diluluskan permohonannya. Sebab itu kami mengesyorkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menguruskan dana tersebut kerana MOTAC lebih memahami keadaan penggiat pelancongan ketika ini,” ujarnya.
Mereka juga kecewa kerana harapan kerajaan dapat memberikan penyelesaian terhadap pinjaman kenderaan oleh pengusaha bas persiaran yang ditekan oleh syarikat pemberian kredit, tidak kesampaian.
“Bas-bas semuanya tidak dapat beroperasi dan memungkinkan mereka menjadi bankrap. Bukannya kena menunggu untuk penggubalan Akta Kredit Pengguna yang kita tidak tahu bila akan dibahas dan digazetkan. Inilah membuatkan kami sangat kecewa dengan Belanjawan 2021 kerana besar kemungkinan (sebahagian besar) daripada 3.6 juta tenaga kerja di dalam sektor pelancongan bakal hilang mata pencarian,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia mengucapkan terima kasih kerana kerajaan menyediakan peruntukan latihan kepada kakitangan syarikat penerbangan, namun mempersoalkan nasib kakitangan hotel yang terpaksa dihentikan operasi.
2)
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia juga turut menyatakan kekecewaan dengan Bajet2021 yang dibentangkan semalam kerana kebajikan pemain industri pelancongan negara seolah-olah tidak dilihat..
Sebelum wabak COVID-19 melanda negara, pelancongan adalah sektor penting yang menyumbang kepada pendapatan negara. Bagaimanapun ketika ini, pemain industri pelancongan tenat dengan kebanyakannya menunggu masa untuk gulung tikar
Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berharap kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa memandangkan kebanyakan ahlinya hilang punca pendapatan sejak Februari lalu.
Kami merayu kepada kerajaan untuk membuka pintu sempadan antarabangsa kepada jemaah Malaysia bagi mengerjakan ibadat umrah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai 1 Januari 2021 selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 31 Disember 2020 ini.
Mereka juga mencadangkan kerajaan membenarkan pelancong dari negara hijau untuk melawat Malaysia dengan SOP ketat seperti kuarantin 14 hari sebaik tiba serta mewajibkan insuran perjalanan. Beliau turut berkata, satu-satunya harapan pemain industri pelancongan adalah melalui skim di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Jun lalu.
“Bagaimanapun ahli kami merasa seperti dipersendakan oleh institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus daripada dana berkenaan yang diluluskan. Ada di antara ahli PAPUH yang mengusahakan kenderaan pelancongan amat terkesan pada masa ini yang mana rata-rata menggunakan khidmat syarikat kredit untuk pinjaman. Syarikat ini ini tidak membantu langsung dalam penyusunan semula jadual pembayaran balik pinjaman dalam keadaan yang sukar sekarang,” katanya.
image via pexels.com & google image | Sumber: Sinar Harian | Astroawani |Bernama | BHOnline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Muzium Louvre di Paris bukan sekadar lokasi wajib bergambar ketika bercuti ke Perancis. Di sebalik piramid kaca yang ikonik, muzium ini menyimpan sejarah panjang,...