30 Julai Cuti Umum Negeri Pahang Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Share

Untuk rakyat yang berada di Negeri Pahang, ada perubahan cuti umum untuk makluman anda. Kerajaan negeri mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Menteri Besar.

“Sukacita saya umumkan bermula tahun ini, Kerajaan Negeri menetapkan 30 Julai sebagai Hari Kelepasan Am Negeri bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah.

“Kerajaan Negeri membuat ketetapan ini berdasarkan kuasa diberikan mengikut Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Subseksyen 9 (1)dan Pekeliling mengenainya sedang diedarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau meminta semua ketua jabatan dan agensi berkaitan mengambil maklum mengenai pengumuman berkenaan serta mematuhi arahan itu bagi memudahkan urusan rasmi yang akan ditetapkan pada tarikh terbabit.

Sumber: Bernama

IKLAN