Empat dekad menerajui Kumpulan Karangkraf, Pengasasnya, Datuk Hussamuddin Yaacub mengumumkan bakal bersara dari semua jawatan berkuat kuasa 1 November ini.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Hussamuddin dan Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.
Mereka adalah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.
foto: Sinar Harian
Kekosongan yang ditinggalkan Hussamuddin akan diisi oleh Firdaus yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu.
Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Hussamuddin berkata, sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh.
“Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Karangkraf mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).
Ads
Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.
foto: Khairul Fahmi Ramli
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.
Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.
Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.
STRUKTUR ORGANISASI
Ads
KUMPULAN KARANGKRAF
Pengerusi Kumpulan
Firdaus Hussamuddin (43 tahun)
Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan, Pengurusan Risiko)
Jujurnya ramai yang sudah mulai bosan terkurung dalam rumah khususnya bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini kerana had perjalanan diperkenalkan memaksa orang ramai duduk di rumah sahaja. Malah beberapa aktiviti seperti joging dan bersukan tidak dibenarkan.
Jangan terus boring kerana sebenarnya ada banyak aktiviti menarik yang boleh ibu bapa lakukan bersama anak-anak dan ia salah satu cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sabtu ini, The Top Boutique Aquarium yang terletak di tingkat 4 Bangunan Komtar yang juga merupakan akuarium terbesar di Pulau Pinang akan memberikan keseronokan buat seisi keluarga apabila menganjurkan virtual tour secara percuma ke akuarium ini.
Ia bakal diadakan tepat pada jam 11 pagi di mana orang ramai boleh menyaksikan ribuan ikan-ikan unik berenang bebas di dalam lebih 100 tangki melalui facebook dan instagram rasmi The Top. Hanya masuk dan click di facebook rasmi ini sebelum menyertai aktiviti menarik ini seisi keluarga.
Jadi jangan lepaskan peluang ya kerana ia adalah percuma saja.
Pakaian pra perang dunia, but wanita dan sebotol wain Foto: AFP
Mayat pasangan Swiss dijumpai beku di Alps, setelah hilang 75 tahun dahulu. Pada 1942, Marcelin dan Francine Dumoulin hilang ketika dalam perjalanan memberi makan lembu di kampung Chandolin, di selatan barat Switzerland.
Mayat dijumpai oleh pekerja resort ski minggu lepas, ketika glasier Tsanfleuron mula cair. Ais yang mencair mendedahkan kedua-dua mayat selepas mereka hilang pertengahan Perang Dunia Kedua. Pasangan ini meninggalkan tujuh anak; lima lelaki dan dua perempuan, yang terpisah selepas keluarga mereka hilang.
“Kami mencari mereka sepanjang hidup tanpa henti”, kata anak bongsu, Marceline Udry-Dumoulin, yang berumur empat tahun ketika keluarga mereka hilang.
“Selepas 75 tahun menunggu,
berita ini melegakan saya”
Ujian DNA akan dilakukan untuk memastikan identiti pasangan dan mengetahui punca kematian mereka. Marcelin, tukang kasut manakala Francine, guru, berusia 40 dan 37 tahun ketika mereka hilang tanpa dikesan. Pencarian selama dua setengah bulan pada 1942 menemui jalan buntu terhadap apa yang berlaku kepada pasangan ini.
“Saya daki tiga kali ke kawasan glasier untuk mencari mereka”, kata Puan Udry-Dumoulin.
Selepas proses identifikasi, keluarga berharap dapat menjalankan acara pengebumian.
“Saya tidak akan memakai baju hitam, putih lebih sesuai. Ia melambangkan harapan yang tidak pernah pudar.”
Terdapat banyak jet pejuang telah dihasilkan oleh negara-negara berkuasa namun mana yang paling pantas, canggih, berbahaya dan berkuasa. Russia dan Amerika Syarikat punya sejarah persaingan senjata yang hebat. Namun kini kuasa-kuasa besar Asia lain seperti China dan India juga mula melabur jumlah puluhan bilion dalam aset perang termasuklah pesawat tempur. Berikut adalah 10 jet terbaik dunia sehingga 2017…
Sukhoi Su-57
Peranan
Pesawat tempur serang hendap
Negara pengeluar
Russia
Pengeluar
Sukhoi
Penerbangan pertama
29 January 2010
Pengenalan
2019 (dijangka)
Status
Peringkat akhir ujian penerbangan
Klien utama
Tentera Udara Rusia Tentera Laut Rusia
Tahun pengeluaran
2009–sekarang
Jumlah pengeluaran
9 prototaip boleh terbang
Kos program
US$8–10 bilion
Kos seunit
T-50: US$50 juta
Variasi
Sukhoi/HAL FGFA
Lockheed Martin F-22 Raptor
Peranan
Pesawat tempur serang hendap
Negara pengeluar
Amerika Syarikat
Pengeluar
Lockheed Martin Aeronautics Boeing Defense, Space & Security
Penerbangan pertama
7 September 1997
Pengenalan
15 December 2005
Status
Dalam perkhidmatan
Klien utama
Tentera Udara Amerika Syarikat
Tahun pengeluaran
1996–2011
Jumlah pengeluaran
195 (8 ujian dan 187 pesawat sebenar)
Kos program
US$66.7 bilion sehingga 2011
Kos seunit
US$150 juta
Versi asal
Lockheed YF-22
Variasi
Lockheed Martin X-44 MANTA Lockheed Martin FB-22
Chengdu J-20
Peranan
Pesawat tempur serang hendap pelbagai tugas
Negara pengeluar
China
Pengeluar
Chengdu Aerospace Corporation
Penerbangan pertama
11 Januari 2011
Pengenalan
Mac 2017
Status
Dalam perkhidmatan
Klien utama
Tentera Udara China
Tahun pengeluaran
2009–sekarang
Jumlah pengeluaran
8 prototaip dan 20+ pesawat sebenar
Kos program
US$110 juta sehingga 2011
Dibangunkan dari model
J-XX
Lockheed Martin F-35 Lightning II
Peranan
Pesawat tempur serang hendap pelbagai tugas
Negara pengeluar
Amerika Syarikat
Pengeluar
Lockheed Martin Aeronautics
Penerbangan pertama
15 Disember 2006 (F-35A)
Pengenalan
F-35B: 31 July 2015 (USMC) F-35A: 2 August 2016 (USAF) F-35C: 2018 (USN)
Status
Dalam perkhidmatan
Klien utama
Tentera Udara Amerika Syarikat Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat
Tahun pengeluaran
2006–sekarang
Jumlah pengeluaran
231sehingga Mac 2017
Kos program
US$1.508 trilion
Kos seunit
F-35A: $94.6 juta
F-35B: US$122.8 juta F-35C: US$121.8 juta
Versi asal
Lockheed Martin X-35
Mikoyan MiG-35
Peranan
Pesawat tempur
Negara pengeluar
Russia
Pengeluar
Mikoyan
Penerbangan pertama
2007
Pengenalan
2018 (dijangka)
Status
Ujian penerbangan / fasa pengeluaran
Klien utama
Tentera Udara Rusia Tentera Udara Mesir
Jumlah pengeluaran
3 sehingga Jun 2010and dan 2 sehingga 2016
Kos seunit
US$40 juta
Versi asal
Mikoyan MiG-29M
Sukhoi Su-35
Peranan
Pesawat tempur pelbagai tugas
Negara pengeluar
Russia
Pengeluar
Sukhoi Design Bureau
Dibangunkan oleh
Komsomolsk-on-Amur Aircraft Production Association
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...