Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana. Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland, Pahang
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya.
Peluang Petik Strawberi
Terletak berhampiran dengan Genting Highland, terdapat sebuah taman strawberi di Gohtong Jaya. Pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highland, Pahang
Ads
Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Terletak di Pahang, ia mendapat nama setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!
Minum Teh Panas
Tarikan utama Cameron Highland sudah tentulah ladang tehnya. Terdapat dua buah ladang teh yang terkenal untuk dikunjungi, iaitu Ladang Teh Boh dan Ladang Teh Bharat. Bawa keluarga anda memetik sendiri daun teh sambil merakam gambar kenang-kenangan disekitar ladang menghijau itu. Jika ingin menikmati teh panas dan segar singgahlah di Hentian Teh Bharat sambil melihat keindahan panorama ladang teh yang terbentang luas dan cukup menakjubkan.
Ads
Bukit Tinggi, Pahang
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran untuk beriadah sekitar bandar mini ini sambil menghirup udara yang nyaman. Bagi yang menginap di sini, bayaran masuk ke sini akan dipulangkan kembali ketika daftar masuk hotel di sini.
Pengalaman Indah
Ads
Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Jangan lupa rakam gambar kenang-kenangan di sini!
Bukit Fraser, Pahang
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Menakjubkan di Bukit Fraser ini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi anda yang hobinya kembara dan menikmati keindahan alam, tidak akan rugi datang ke New Zealand lagi-lagi jika anda penggemar aktiviti lasak. Jangan lupa mencuba aktiviti berikut bagi melengkapi percutian anda.
Bungee jumping
Bungee jumping di Jambatan Kawarau, Queenstown, satu lokasi bungee jumping popular yang tertua di New Zealand beroperasi sejak 1988, Di New Zealand salah satu kegiatan yang asyik dilakukan di sana adalah bungee jumping.
Tentu saja buat anak muda, aktiviti ini menjadi kemestian terutama buat mereka yang suka aktivit lasak. Tempat main bungee jumping yang terkenal di sana ialah di Kawarau Bridge. Di Kawaru Bridge anda bakal melompat dari ketinggian 43 meter. Bagaimana rasanya, yang pasti akan jantung berdegup kencang. Jangan tutup mata kerana pemandangan Sungai Kawaru yang airnya biru sungguh memeprsonakan.
Shotover-jet
Queenstown boleh dikatakan syurga bagi pencinta aktiviti lasak. Kali ini anda perlu cuba menikmati keindahan iaitu bermain-main dengan arus deras sungai.
Shotover adalah sungai sepanjang 70 kilometer dengan air jernih namun deras yang berasal dari Souther Alps. Di sepanjang kiri dan kanan sungai ialah tebing batu yang tinggi menjulang dengan pepohonan dan semak-semak di sana-sini. Sungai ini kemudian menyatu dengan Sungai Kawarau yang beraliran tenang.
Satu boat bisa dinaiki 13 orang, termasuk pengemudi. Penumpang harus berhati-hati kerana bot akan memutar 360 darjah dengan kecepatan tinggi. Air memercik muka dan rambut hingga basah. Bot berzig-zag di antara batuan sungai dengan deras sekali.
Canyoning
Canyoning ialah olahraga ekstrem menuruni gunung dan menaiki tebing dengan teknik single roof atau yang lebih dikenal rappelling dan ascending di air terjun. Pada dasarnya peralatan yang diperlukan untuk bermain Canyoning sama dengan peralatan yang dipergunakan untuk memanjat tebing.
Skydiving
Ini ialah aktiviti yang tidak asing lagi di Queenstown. Hampir semua yang datang menjadikan ini sebagai bucket list mereka. Cuba bayangkan melihat ke semua pemandangan Queenstown daripada ketinggian 12,000 kaki sekali gus pada kelajuan 200km/hr terjun bebas?
White Water Rafting
White Water Rafting menajdi tarikan pelancongan di Lembah Rangitata. Ia memberi pengalaman pengembaraan yang menyeronokkan, bersama-sama dengan latar belakang Edoras .Berakit di Sungai Rangitata ialah salah satu perkara yang paling unik dan menarik dilakukan di New Zealand.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nipoh Beach Cottage ini antara tarikan terbaru di Terengganu yang agak unik dengan konsep ala Bali seperti di Indonesia.
Tempat ini menawarkan 15 bilik penginapan secara keseluruhan untuk keluarga yang nak stay pada hari biasa atau hari minggu.
Untuk pemandangan dalam biliknya, anda boleh rujuk dalam gambar ini. Dihiasi dengan barangan perabot yang diperbuat daripada rotan, gaya klasik yang pasti akan membuatkan anda mengimbau kenangan hidup tahun 90-an.
Menariknya resort ini mempunyai 2 kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi boleh lah anda mandi pool sambil menikmati alam semula jadi.
Terdapat sungai di sebelah resort untuk korang melakukan pelbagai aktiviti seperti kayak dan memancing ikan.
Sekiranya ada plan bercuti ke Pantai Timur, boleh lah singgah ke sini nanti.
Lokasi:
Nipoh Beach Cottage, 287-2 Kampung Che Wan, Kijal, 24000 Kemaman, Terengganu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Muar yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk bersejarah dan makanan enak, kini mempunyai produk baharu dari segi kreatif dan inovatif.
Tak ramai tahu di Muar, Johor juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang. Ada pelbagai jenis mural yang ada di sini mewarni beberapa penjuru jalan dan lorong-lorong unik. Mengambil gambar kenang-kenangan di setiap mural yang ada seakan memberi ‘feel’ bagi seseorang mencipta kenangan di setiap lokasi yang dikunjungi.
Cari mural-mural yang terkenal ini apabila anda berada di Muar.
Bangsa Johor
Pelukis Thomas Powell telah melukis gambar dua lelaki dan dua wanita yang mewakili setiap kaum utama di Malaysia. Lokasi: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar
Ferry Pier
Mural 3D yang terletak di lorong antara dua bangunan ini memaparkan pembangunan yang berlaku di situ. Terus berjalan di lorong ini untuk melihat mural lain di sepanjang laluannya. Lokasi: Jalan Abdullah, 84000 Muar
The Loving Sisters
Lukisan mural ‘The Loving Sisters’ iaitu wajah dua orang adik-beradik perempuan rakyat tempatan pada dinding bangunan empat tingkat di Jalan Bulatan Bakri, pernah diiktiraf sebagai lukisan mural terbesar oleh Malaysia Book of Records. Lukisan memaparkan wajah Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, dan adiknya, Nur Najiyah Armani hasil seni artis Rusia, Julia Volchkova dengan kos RM100,000 pada dinding setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter itu dihasilkan dalam masa 12 hari. Lokasi: 1986, Jalan Arab, Pekan Muar, 84000 Muar
The Roots of World Furniture
Mural yang sangat cantik ini menggambarkan perkembangan industri perabot di Muar. Ia dihasilkan oleh empat orang pelukis. Lokasi: Jalan Haji Abu, Pekan Muar, 84000 Muar
Opera
Mural ini meraikan budaya opera Kantonis. Ia dilukis oleh seorang pelukis dari Taiwan. Lokasi: Wisma Kwong Sui Koon, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor
Wanita dengan Harimau
Mural yang memaparkan seorang wanita berbaju kurung menaiki harimau ini dilukis oleh pelukis dari Sepanyol iaitu Alberto Sabek.
Jom cuti-cuti Muar~
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...