Ada tempat best sekitar Putrajaya, anda boleh bawa anak-anak join aktiviti menarik di sini. Lagi pun cuti sekolah masih berbaki, jom lah!
1. VIKIDS Alamanda Putrajaya
Pusat beli belah Alamanda Putrajaya menganjurkan festival VIKIDS selama 17 hari, dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024.
Bertempat di Centre Court, ruang ini akan dipenuhi pelbagai permainan karnival, permainan arked dan pelbagai aktiviti seni dan kraf. Kemeriahan lebih berganda pada setiap hujung minggu dengan adanya persembahan karnival seperti juggler, magic show dan pemberian belon percuma.
Alamanda Putrajaya dalam pembaharuan dengan ruangan hiburan diperbaharui. Pawagam mesra keluarga, padang boling dan taman pengembara antara yang akan dibuka pada suku keempat 2024.
2. Taman Wetland Putrajaya
Bagi ibu bapa yang mahu beriadah dengan melakukan aktiviti luar rumah, sinilah tempatnya. Berkeluasan 197 hektar dan terletak di Presint 13, Putrajaya, lokasi ini sesuai untuk seisi keluarga melakukan rekreasi seperti berbasikal, jogging, glamping, memancing, aktiviti BBQ dan banyak lagi.
Ads
Menariknya, Taman Wetland Putrajaya juga mempunyai Flamingo Pond & Swan Lake. Unggas-unggas ini hidup bebas, datang dan pergi.
Bagi yang ingin mendekati haiwan ini, boleh datang semasa feeding time (11 pagi dan 4 petang). Selain itu, pengunjung juga boleh melihat burung hijrah seperti Cattle Egrets, Night Heron, Purple Heron, Black Neck Heron, Grey Heron, Green Heron dan Painted Storks yang muncul setahun sekali.
Waktu operasi taman sahaja :
Sabtu – Ahad (07 am – 07 pm)
Ads
Isnin (TUTUP)
3. Wetland Studios Putrajaya
Terletak di dalam Taman Wetland Putrajaya, taman tema didik hibur ini menawarkan pengalaman immersive reality seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsep alam semula jadi; teknologi seperti hologram, augmented reality (AR) serta virtual reality (VR).
Antara yang menjadi tarikan adalah pameran Insectopia, Dinasaur Encounter, Flamingo Parade, Sky Sanctuary, Caventure dan banyak lagi. Yang pasti, anak-anak pasti dapat belajar tentang pemuliharaan alam sekitar dan perlindunghan hidupan liar.
Harga tiket :
Mykad/Mykid – Dewasa (RM30), warga emas, kanak-kanak (RM18), OKU (RM15)
Waktu operasi :
Ads
Isnin – Jumaat (10 am – 6 pm) **last entry 5 pm
Sabtu – Ahad ( 10 am – 7 pm) **last entry 6 pm
4. Taman Cabaran Putrajaya
Kalau anak minat sukan lasak, bawa ke Taman Cabaran Putrajaya di Presint 5. Berkeluasan 30 hektar, pelbagai aktiviti boleh didapati seperti wall climbing, skateboarding dan MTB (mountain bike).
Jika nak mencuba aktiviti rock climbing, tenaga pengajar disediakan dan peralatan untuk rock wall climbing boleh disewa.
Istimewa untuk kanak-kanak bawah 10 tahun, ruangan rock climbing khusus untuk mereka disediakan. Bayaran masuk RM6 (dewasa) RM3 (pelajar). Kadar
Aktiviti skateboarding pula, bayaran masuk adalah percuma. Pemain papan luncur, roller blade dan pemain basikal BMX boleh memilih trek yang bersesuai untuk mereka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdinding kayu serta beratap nipah atau rumbia kini semakin ditelan zaman, digantikan dengan binaan konkrit berbumbung genting yang lebih gah dan eksklusif.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mungkin ada generasi muda langsung tidak pernah melihat dari dekat keunikan seni bina tradisional yang biasanya didirikan dengan hanya menggunakan kayu atau buluh. Justeru, orang ramai dipelawa untuk ‘menziarah’ Perkampungan Adat Melayu Seri Banian.
Perkampungan Adat Melayu Seri Banian yang diasaskan seorang guru silat di Pendang, Kedah menawarkan suasana kehidupan Melayu lama kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berada pada zaman dahulu kala sekali gus dapat mengetahui budaya Melayu lama.
‘Seri Banian’ merujuk kepada kampung yang berseri iaitu perkataan ‘Ban’ bermaksud kampung dalam Bahasa Siam manakala ‘Nian’ membawa makna sunyi dan dingin yang jika digabungkan ‘Seri Banian’ menjadikan ia penyeri kampung sunyi itu. Projek membina perkampungan di Kampung Bendang Bukit ini berkonsepkan Adat Melayu Nusantara yang terdiri daripada rumah serta adat dan budaya suku kaum Melayu terdahulu seperti Acheh, Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau selain budaya orang Malaysia.
Di perkampungan ini terdapat beberapa rumah Melayu lama yang memiliki identiti dan reka bentuk tersendiri yang menarik dan perbezaan reka bentuk itu berdasarkan struktur bumbung pada rumah tersebut. Suasana di situ sememangnya terasa seperti pada zaman Melayu silam termasuk terdapat balairung seri yang dibina dengan reka bentuk Melayu Nusantara selain makanan tradisional juga disediakan kepada pengunjung dengan harga berpatutan sekiranya mereka berkeinginan menikmati makanan tersebut.
Tujuan utama perkampungan itu dibina adalah untuk memperkenalkan budaya masyarakat Melayu Nusantara pada zaman silam apabila dapat mengumpulkan semua warisan Melayu itu di satu tempat bagi tatapan generasi muda kini.
Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke perkampungan ini yang dibuka setiap hari seawal 10 pagi hingga 7 malam dengan dewasa dikenakan bayaran RM3 manakala RM1 bagi kanak-kanak dan sekiranya ingin menunggang kuda ataupun bergambar bersama kuda dikenakan caj RM5 sahaja.
Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu akan ada hidangan makanan Melayu Nusantara yang istimewa untuk pengunjung seperti sate Anta Berahi dan sate Meranging. Menu-menu ini akan berubah dari semasa ke semasa untuk memberikan kelainan kepada pengunjung.
Pada hari Jumaat dan Sabtu itu juga pengunjung boleh menikmati hidangan makanan sambil menonton persembahan silat serta muzik dan nyanyian tradisional Melayu.
Peluang menjelajah ke seluruh dunia atas sebab berkerja atau bercuti menjadi satu medium untuk pengembara berkongsi keistimewaan setiap tempat yang dikunjungi. Berkesempatan berkunjung ke lebih 70 negara, kali ini Ayu Hasman menjejakkan kaki ke bandar Belgium yang ternyata membuatkan dirinya jatuh cinta pandang pertama.
Jika sebelum ini hanya melalui sahaja kota ini tanpa menyinggah, kali ini dia bertekad untuk bermalam di Belgium selama 3 hari 2 malam. Tidak terlalu padat, tenang dan cantik, wanita ini merasakan kunjungannya ke Belgium selama 3 hari itu tidak cukup.
Nak tahu apa yang menarik ada di Belgium, jom ikuti perkongsian Ayu Hasman!
Jatuh Cinta Pandang Pertama
Negara ke-71, Belgium
Kalau sebelum ni hanya pass by sahaja di Belgium. Namun kali ini dah nekad untuk singgah dan stay selama 3 hari 2 malam.
Sangat tak sangka rupa-rupanya banyak benda yang menarik di Belgium ni selain daripada the finest belgian chocolate
3 Perkara ini yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama di Belgium:
Pengangkutan awam sangat bagus (terutamanya train). Perjalanan diantara Brussels dan Ghent yang jaraknya 54km hanya mengambil masa kira-kira 47 minit dengan menaiki train. Jadi, korang tak perlu nak sewa kereta. Boleh lepak dalam train & enjoy!
2. Penggunaan basikal & scooter elektrik agak meluas. Turut disediakan, lane khas untuk basikal dan scooter elektrik. Agak-agak kalau rasa malas nak jalan, korang boleh sewa basikal dan kayuh ke lokasi yang korang nak pergi tu. Bila dah sampai, boleh drop di parking area dan tinggalkan sahaja disitu. Tak perlu return di tempat yang sama. Cuma, korang kena la download apps basikal tu. Semalam saya turut berpeluang mengayuh basikal di sekitar canals di Ghent. Besttttt
3. Tenang, tak crowded dengan tourist. Nak tangkap gambar pun syok!
Kesimpulannya, menyesal pulak underestimate Belgium. 3 hari memang tak cukup. Patut tambah lagi hari untuk explore Bruges & Antwerp
InsyaAllah petang nanti saya akan fly ke Casablanca untuk meneruskan pengembaraan di Morocco. Doa-doakan cuaca tak terlalu panas ye. Ghisauuu
Finland merupakan salah sebuah negara Scandinavia yang terletak bersebelahan dengan negara Sweden, Norway juga Denmark. Negara terkenal untuk melihat aurora dan pengeluar jenama telefon paling popular satu ketika dahulu iaitu Nokia mempunyai tarikkan tersendiri dan dicemburui.
Terbaru, Finland merancang memperkenalkan waktu bekerja empat hari seminggu dan enam jam sehari di bawah pelan baharu. Idea tersebut dicadangkan Perdana Menteri, Sanna Marin yang berhasrat untuk memperkenalkan waktu bekerja fleksibel tersebut di seluruh negara.
Perdana Menteri kedua paling muda di dunia itu mengemukakan idea tersebut kerana mahu golongan pekerja menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga masing-masing.
"Saya percaya setiap orang berhak luangkan masa dengan keluarga dan insan tersayang dalam hidup mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti dan aspek kehidupan seperti budaya secara bersama. Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja," ujarnya.
Ibu kepada seorang anak itu dilantik memegang jawatan Perdana Menteri pada Disember 2019 dan memimpin kerajaan pakatan haluan sederhana bersama lima parti lain yang dipimpin wanita. Sementara itu, Menteri Pendidikan, Li Andersson yang memimpin Perikatan Kiri turut bersetuju dengan idea tersebut.
Waktu bekerja lebih pendek pernah dilaksanakan beberapa negara termasuk Sweden yang menetapkan tempoh bekerja enam jam sehari yang berkuatkuasa sejak 2015. Keputusannya menunjukkan pekerja lebih gembira dan produktif kerana mereka dibayar gaji penuh.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...