4 Waktu Terbaik Untuk Korang Rancang Travel Ke Brunei Darussalam

Share

Apabila bercadang untuk bercuti ke negara orang, kita pasti impikan destinasi dan lokasi yang dikunjungi itu mempunyai tarikan tersendiri. Lagi seronok jika hari kejadian ketika kita melancong, jatuh pada hari perayaan atau sambutan tertentu negara tersebut.

Jika bercadang ke negara jiran seperti Brunei, ini ada empat masa yang terbaik untuk anda melancong ke Brunei Darussalam, iaitu:

15 Julai Hari Keputeraan Sultan Brunei

 

Pada hari keputeraan Sultan Brunei, anda berpeluang untuk masuk ke dalam istana Sultan dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda mencipta momen dan kenangan dalam masa cuti anda. Tapi pastikan anda berpakaian menutup aurat tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan (perempuan wajib bertudung). Jika tidak, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana. Menurut rakyat tempatan Brunei, anda berpeluang untuk melihat koleksi kereta Sultan Brunai yang ada di dalam istana tersebut.

Hari Raya Aidiladha

Bagi yang tidak menyambut perayaan aidiladha, anda boleh melancong ke Brunei pada masa ini. Ada banyak sambutan yang boleh dilakukan di sana malah anda berpeluang untuk bertemu dengan Sultan dan Permaisuri.

Sambutan Hari Kebangsaan

Sekiranya anda seseorang yang sukakan bunga api, bercuti ke Brunei pada masa sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang sesuai. Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam diadakan setiap 23 Februari.

Pesta Menuai

Setiap 1 Jun, Brunei akan menyambut pesta menuai dan waktu ini akan mengejutkan anda bahawa sebenarnya ramai

non-muslim yang tinggal di Brunei. Satu daripada kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Brunei adalah Iban. Etnik Iban mempunyai budaya dan perkampungannya yang tersendiri di daerah Temburong. Jadi rangka lawatan anda untuk merasai pesta menuai ke kawasan Bangar.

IKLAN