Setiap tahun kebanyakkan syarikat penerbangan akan memberikan tawaran dan diskaun hebat kepada pelanggan sebagai tanda penghargaan.
Bukan itu sahaja, ketika dunia sedang ‘berperang’ dengan isu COVID-19, banyak operasi syarikat penerbangan terjejas kerana penumpang tidak mahu melawat ke destinasi berisiko. Ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan terpaksa membuat pelbagai tawaran istimewa agar masih ada pengguna menggunakan khidmat mereka.
Seronok bukan? Mana tidaknya, selalunya harga tiket melambung tinggi, dengan adanya diskaun potongan yang ‘tidak masuk akal’ dan sangat jimat secara tidak langsung memberi peluang kepada kita untuk singgah ke destinasi baru. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuat keputusan untuk menempah tiket penerbangan tersebut, selidik terlebih dahulu beberapa perkara.
Perkongsian daripada Qurratu Johari ini diharap membantu anda.
Ads
Banyak promo airlines buat sekarang. Tambang memang murah sangat-sangat tapi jangan lupa pertimbangkan dahulu:
1. Tarikh terbang – pastikan anda dah buat kajian berkenaan dengan cuaca dan musim bagi yang berkaitan. Off season memang murah tapi pastikan berbaloi ke tak dengan tempat2 menarik yang korang dah Google.
Ads
2. Berbaloi tak dengan risiko ancaman kesihatan dunia sekarang – Covid 19 ni lain dari yang lain. Walaupun kita masih boleh sembuh (bergantung kepada ketahanan badan masing-masing), tapi cara berjangkit (merebak) terlalu mudah dan sangat berisiko bagi yang rendah imunisasi, ibu mengandung, kanak-kanak, orang tua.
3. Jangan ikot trend / orang lain – orang lain pi korea aku pun nak pi korea tapi kajian tak buat. Kalau duit kepuk-kepuk tak mengapa, tapi yang kena menyimpan, pastikan berbaloi ke tak.
Ads
Kalau tujuan nak ambik gambar INSTA WORTHY je, baik tak yah la. Travel negara yang berisiko tinggi ni sangat tak digalakkan terutamanya bila niat hanya sekadar mengikut trend.
4. Periksa terms & condition – isu refund sangat penting ye so pstikan korang faham…
5. Pertimbangkan insurans – sebaiknya ada insurans terutamanya bila risiko kena penyakit berjangkit agak tinggi. Sekarang demam selsema biasa harus dipandang serius dengan isu influenza dan Covid 19, kemudian kos rawatan luar negara, tak yah cakaplah. Tiada kerajaan yang nak bagi servis kesihatan free kepada orang luar.
banyak promo airlines buat sekarang…tambang memang murah sangat2 tapi jangan lupa pertimbangkan dahulu:1. tarikh…
Hari ini, boleh dikatakan semua orang menggunakan aplikasi sosial media tertentu untuk terus berhubung dengan rakan atau keluarga yang jauh juga yang dekat. Ramai yang berkongsi foto kenang-kenangan di sosial media samada ketika bercuti bersama, majlis makan malam atau hari graduasi.
Namun biasalah adat berkawan atau terikat dengan hubungan sesama manusia, ada pasang surutnya. Sekejap baik, sekajap menyampah dan kemudian bermusuh. Pada ketika itu jika ada ‘orang tertentu’ yang anda tidak gemari, anda boleh terus unfriend mereka dari sosial media dan padamkan kesemua foto bersama. Semudah abc bukan? Ataupun jika anda betul-betul menyukai foto tersebut tetapi bukan orang yang berada di sebelah anda, gunakkan sahaja aplikasi untuk mengedit. Edit dan remove entiti yang tidak diperlukan dan semuanya selesai.
Tapi pernah atau tidak anda terfikir bagaimana cara orang zaman dahulu yang bukan dalam era digital untuk ‘lenyapkan’ rakan yang tidak disukai mereka? Jika anda sempat lahir pada tahun yang memerlukan proses gambar dicuci daripada filem atau bilik gelap, pasti anda pernah lakukan ini!
Cuba buka album lama keluarga anda. Jika nampak gambar berlubang sebegini cuba tanya perkara sebenar yang berlaku. Adakah kerana individu tersebut dibenci atau foto tersebut tidak digemari oleh pemiliknya.
Ada yang beranggapan kerajaan tidak benarkan jual beli makanan secara online seperti ramai yang lakukan ketika PKP ini.
Ramai yang merungut, tidak dapat merasa juadah lain, terpaksa masak sendiri dan sebagainya. Bukan ya..anda masih boleh mendapatkan juadah berbuka pilihan hati menerusi iklan di laman sosial atau group whatsapp tempat tinggal anda. Jual beli sebegitu dibenarkan pada bulan puasa nanti.
Bazar yang kerajaan tidak benarkan adalah bazar pandu lalu atau bazar berkelompok hanya untuk peniaga sahaja yang menjual dan dihantar melalui ‘runner’. Mereka ingin gelarkan bazar sebegini sebagai e-Bazar. Cadangan operasi e-Bazar Ramadan ini menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ yang kerajaan tidak benarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP selepas menimbang kesan yang akan berlaku sekiranya ia dilaksanakan.
“Kalau kita wujudkan bazar contohnya, 50 bazar duduk sekelompok (walaupun tiada pembeli yang datang) dan e-hailing datang mengambil barang itu selepas menerima pesanan, ia tidak boleh dilakukan kerana bazar dan gerai seperti itu tidak dibenarkan. Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang sekarang dilaksanakan dan hantar ke rumah, perkara itu diteruskan seperti biasa,” katanya
Sebelum ini terdapat cadangan perniagaan makanan berkonsepkan tiga kaedah iaitu pandu lalu, bungkus dan ambil serta e-hailing sebagai alternatif menggantikan bazar Ramadan yang tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Menerusi facebook Public Health Malaysia, mereka ada memberi sedikit penerangan mudah untuk rakyat memahami konsep yang dinyatakan.
Konsep tempah dan ambil melalui e-hailing tidak boleh dibenarkan kerana ia memerlukan gerai beroperasi.Sebagai contoh, ada 50 bazar dalam satu kelompok dan e-hailing ambil di bazar itu selepas (pelanggan) melakukan pesanan, ini tidak boleh dilakukan sebab bazar tidak dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, e-hailing biasa yang ketika ini sudah dilaksanakan iaitu penghantaran (makanan) ke rumah diteruskan seperti biasa
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Entri ini sesuai untuk mereka yang jarang berkhemah ataupun yang pertama kali ingin berkhemah kerana 10 tip yang tersenarai di sini adalah tip asas untuk setiap kali adanya perkhemahan.
Jika anda merancang untuk menjadi pelarian sementara dan gemar gaya hidup pantas, bebas dan ringkas, aktiviti berkhemah menawarkan kegiatan luar yang sederhana dan menyeronokkan.
Namun, beberapa tip perlu diikuti supaya perkhemahan anda lebih selamat dan selesa. Tip-tip tersebut bermula dengan:
Perkara pertama sekali adalah sentiasa mencari lokasi sebelum malam. Anda perlu menentukan perkhemahan jenis apa yang sesuai dengan anda sama ada sebuah khemah, kenderaan rekreasi atau sebuah kabin.
Jika anda seorang pengembara yang primitif, tidur berlangitkan bintang mungkin pilihan anda. Jika anda mahu tidak mahu terlalu terdedah, sebuah khemah adalah pilihan terbaik saat mengembara di luar.
Sebelum mahu membeli khemah, minta pendapat penjual khemah mana yang sesuai dengan pengembaraan anda dari segi harga, keselamatan dan keselesaan. Terdapat banyak pilihan khemah yang boleh anda perolehi dari segi penggunaan tirai mahupun tingkap dan pintu yang berzip.
Jika anda merancang berkhemah secara solo, pilih beg tidur yang sesuai mengikut cuaca. Beg tidur membantu menutup keseluruhan badan anda sehingga ke kaki, menghangatkan badan pada waktu malam dan mudah untuk dilipat.
Dari segi material, kebanyakan beg tidur terdiri daripada fiber sintetik di mana ia cepat kering malah anti alahan. Membawa beg tidur lebih mudah kerana ringan.
Senarai persiapan untuk berkhemah tidak akan lengkap tanpa menyenaraikan makanan dan minuman, bukan? Tidak kira sama ada anda mengembara solo, beramai-ramai, mendaki, berkhemah dengan kenderaan reakreasi mahupun kabin, makanan memang diperlukan.
Peraturan berkhemah adalah mengikut keperluan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda bersama kumpulan yang kecil, memadai membawa dua cawan oat masak segera berbanding membawa satu balang untuk 48 hidangan. Guna beg plastik yang berzip utnuk elak makanan bercampur.
Setiap kali anda selesai berkhemah, pastikan anda tidak meninggalkan kesan negatif seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu anda melindungi alam sekitar untuk generasi lain yang mahu berkhemah akan datang. Jangan lupa bersihkan lokasi perkhemahan seperi membuang sampah di tempat sepatutnya.
Pastikan anda meletakkan khemah anda di tapak perkhemahan yang disediakan. Adalah lebih baik anda menanam bahan buangan sedalam 15 hingga 20 sentimeter jika tidak terdapat tong sampah, cuci pinggan 200 kaki jauh dari sungai dan tasik, jangan ambil benda semula jadi, simpan unggun-unggun api kecil di tempat selamat dan jauh dari hidupan serta jangan beri makan kepada haiwan.
Biarpun anda bukan seorang ‘fashionable’ tetapi adalah penting menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika berkhemah. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang ingin anda lakukan.
Semestinya pada waktu malam, anda memerlukan sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Pada waktu siang, pakaian nipis dan menyerap peluh adalah penting supaya anda tidak merasa panas dan mudah melakukan aktiviti. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
Sebelum mendirikan khemah, waspada dengan kawasan sekeliling. Jika lokasi terdiri dari banyak tumbuhan, lebih baik pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang. Jangan lupa sapukan losen pelindung serangga sekali.
Jika anda tidak arif mengenali tumbuhan yang beracun atau sebaliknya, lebih baik jauhkan daripada terus memerhati kerana ada sesetengah pokok dan tumbuhan boleh menyebabkan anda alah. Ia idea yang baik jika anda ada membawa losen calamine yang sering digunakan untuk merawat kulit gatal.
Pastikan salah seorang dari kumpulan anda pakar dalam menggunakan kompas, peta atau kemudahan GPS. Sebelum merancang untuk berkhemah, minta pendapat rakan-rakan yang telah berkhemah di lokasi yang sama. Ia satu bonus jika anda mendapat tip-tip berguna daripada mereka.
Sebut saja perkhemahan, slogan bersedia memang relevan untuk anda. Mengapa anda perlu membawa kit kelengkapan? Kit kelengkapan biasanya terdiri daripada pil bersih air, penapis air dan satu bekas logam.
Pisau kecil juga diperlukan untuk memburu dan melindungi diri. Mancis kalis air, ubat-ubatan, sarung tangan, pembalut serta lampu suluh adalah penting untuk isyarat kepada bantuan.
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dalam keadaan yang tidak lengkap. Pastikan anda membawa sebotol gel pembersih tangan dalam poket anda dan sentiasa bersihakan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah.
Rendam kapas dan lap pada wajah dan kawasan anggota badan yang kotor. Ambil kain kering dan lap kawasan lembap supaya ia tidak melekit. Rendam kaki di dalam air berdekatan untuk beberapa minit. Jauhi kolon dan losen wangi kerana akan menarik minat serangga datang ke arah anda.
Berkhemah bersama kanak-kanak memerlukan banyak tugas namun ia memudahkan anda jika anda memberi mereka kelengkapan untuk dipakai. Pastikan mereka mengenakan pakaian lengan panjang untuk kesesuaian dan keselesaan suhu siang dan malam.
Sediakan lampu suluh atau alat bercahaya (glowstick) pada setiap kanak-kanak dan berikan beberapa peraturan kepada mereka.
Dengan adanya tip-tip berkhemah ini, kami yakin anda lebih menikmati aktiviti ini tanpa sebarang masalah. Boleh jadi, anda akan menjadikan aktiviti ini sebagai percutian perkhemahan wajib lakukan setiap bulan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...