Boleh dikatakan hampir semua orang mahu berjalan-jalan, melancong dan meneroka serta mengenali perkara-perkara baru nan indah dalam setiap destinasi di seluruh dunia yang ditujui tetapi malangnya ia meletakkan kita dalam sebagai pelancong. Pelancong kadang-kala sering dianggap menjengkelkan oleh penduduk setempat, kerana kehadiran pelancong menyebabkan kepadatan kepada penduduk, memenuhi jalanraya, malah ada pelancong yang tidak tahu menghormati dan menjaga kawasan-kawasan setempat lebih-lebih lagi kawasan bersejarah.
Walaupun industri pelancongan dapat meningkatkan status ekonomi setempat, malangnya, dengan peningkatan populariti destinasi tertentu, ada beberapa kesan negatif yang akan turut bersama peningkatan tersebut. Di sini ada 6 destinasi dari seluruh duni yang menerima kerosakan disebabkan oleh kesesakan pelancong.
Venice, Italy
Bandar raya Renaissance yang indah ini terkenal dengan seni bina dan terusannya yang indah ini telah menjadi begitu sesak dengan kehadiran pelancong yang ramai dan banyak mercu tanda penting si sana tidak dapat dilawati disebabkan perkara ini. Venice dikunjungi lebih daripada 80,000 pelancong setiap tahun dan penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan perkara ini. Sekitar 2,000 penduduk tempatan berpindah keluar dari bandar Venice setiap tahun dan jika mereka terus berbuat demikian, ada kemungkinan bahawa pelancong akan mengambil alih sepenuhnya kawasan tersebut. Selain daripada itu, masalah turut diburukkan lagi dengan pertambahan bilangan kapal yang mengganggu laluan perjalanan melalui terusan Giudecca sehari, mewujudkan bunyi bising dan mengeluarkan banyak pencemaran yang mengganggu penduduk. Pada masa yang sama, bandar ini tidak mempunyai banyak kemudahan penginapan untuk menampung bilangan pelancong. Dengan semakin banyak hotel yang muncul di kawasan bandar, ramai penduduk tempatan tidak dapat mencari tempat tinggal.
The Great Pyramids of Egypt
Ads
Salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan sewaktu anda melawati tempat ini, anda akan sedar akan satu realiti yang menyedihkan iaitu piramid ini mungkin tidak akan wujud untuk jangka masa yang lama. Disebabkan kesesakan yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu, piramid dan Sphinx mengalami kerosakan yang tidak dapat diperbaiki daripada hakisan. Monumen di sini berusia ribuan tahun dan begitu purba, jadi apa-apa percubaan untuk membaiki kerosakan hanya boleh memburukkan keadaan mereka.
Pulau Phi Phi, Thailand
Ads
Teluk dan pantai Pulau Phi Phi yang cantik ini menarik kira-kira 5,000 pelancong setiap hari, tiba oleh bot di pesisir pantai dari Krabi dan Phuket. Trafik akibat laluan bot mengancam dan memusnahkan terumbu karang yang berada di sekitar pulau-pulau itu. Pada tahun ini, pihak berkuasa Thailand telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup pantai Maya buat sementara waktu dari Julai hingga September, yang dipopularkan dengan filem “Beach”, di mana Leonardo DiCaprio memegang watak utama. Dengan cara ini, mereka cuba memberi laluan kepada peluang untuk pemuliharaan kawasan pulau daripada kerosakan. 20 tahun yang lalu, sangat sedikit orang yang tahu tentang pulau-pulau ini dan pulau-pulau ini benar-benar “surga yang jauh di Bumi.” Hari ini, pulau Phi Phi adalah sasaran ramai pelancong, dan ini menjejaskan ekosistem pulau Phi Phi.
Machu Picchu, Peru
Ads
Tapak arkeologi bersejarah Machu Picchu juga diancam, bukan sahaja oleh pelancong, tetapi oleh bencana alam seperti tanah runtuh dan kebakaran. Masalahnya ialah pihak berkuasa Peru tidak mempunyai sumber untuk meramalkan apabila tanah runtuh atau kebakaran berlaku, menjadikan pelawat berisiko. Seperti mana-mana tapak arkeologi lain, kehadiran pelancong yang tidak terkawal menimbulkan ancaman kepada integriti binaan dan tanah yang boleh menyebabkan runtuhan. Luis Lumbreras, seorang arkeolog bebas yang telah mengkaji tapak bersejarah itu, berkata, “selama lebih dari 40 tahun Machu Picchu tidak pernah dibuka untuk ramai orang. Jika kita membukanya kepada pelancong yang memakai kasut boot yang melompat, berlari, mendaki, dan sebagainya … itu berbahaya.”
Santorini, Greece
“Pulau Cinta” yang terkenal di Santorini menarik lebih dari 2 juta pelancong setiap tahun, iaitu 130 kali ganda lebih besar daripada jumlah penduduk tempatan (15,500 penduduk) yang datang untuk menikmati pantai yang indah dan seni bina Yunani yang hebat. Masalahnya adalah sebilangan besar pelancong menghabiskan sumber alam yang ter dapat pulau itu, seperti air. Santorini tidak mempunyai infrastruktur dan perkhidmatan yang boleh menampung jumlah kehadiran pelancong yang begitu ramai.
Malah, kos sara hidup juga meningkat, menjadikan lebih sukar bagi pekerja tempatan untuk mencari tempat tinggal kerana terlalu mahal. Ini sebahagiannya disebabkan oleh pemilik hartanah telah mula menyewa bilik mereka melalui perkhidmatan Airbnb, yang menjadikannya lebih mahal untuk menyewa tempat dan menjadi tidak sesuai untuk penduduk tempatan. Dengan pelancong yang datang lebih dari 70,000 orang tiba setiap hari pada musim cuti, penduduk tempatan merasa sukar untuk menjadi tuan rumah kepada orang ramai sekaligus.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Seorang Pramugari dari penerbangan Korean Air yang tidak didedahkan identitinya disahkan positif jangkitan COVID-19.
Wanita terbabit dilapor telah memberikan layanan kepada lebih 200 penumpang ketika bertugas dalam dua penerbangan ke Tel Aviv dan Los Angeles, bulan Februari lepas.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea dalam perkembangan terkini mengesahkan 31 daripada lebih 200 penumpang berkenaan dijangkiti virus tersebut dalam penerbangan ke Tel Aviv.
Korean Air dilapor menghentikan operasinya di Lapangan Terbang Incheon bagi melakukan operasi pembasmian kuman susulan pengesahan tersebut.
Berikutan penularan virus tersebut yang semakin serius di negara itu, Korean Air kini mewajibkan semua kakitangannya memakai topeng muka ketika bertugas. Syarikat itu turut menyediakan sut hazmat sebagai langkah kecemasan sekiranya jangkitan dikesan sewaktu penerbangan.
Robot dipilih sebagai pengganti kepada pelajar untuk menerima sijil pengiktirafan ketika majlis graduasi di sebuah universiti di Jepun. Ia bertujuan bagi mengekang wabak COVID-19 terus menular.
Inisiatif dan pendekatan kreatif Business Breakthrough University ini seharusnya dipuji walaupun umum mengetahui robot dan negara Jepun bukanlah perkara yang asing. Akibat COVID-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Robot yang digunakan dijadikan sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. Sekaligus membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Robot tersebut mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan. Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.
Selangor bukan sekadar terkenal dengan kafe hipster, pusat beli-belah dan lokasi percutian hujung minggu. Negeri ini juga ada banyak port makan kampung yang cukup...