Buat anda yang tinggal di Perak dan mungkin ingin mencari kelainan bila bercuti, pergilah luangkan masa dengan eco-tourism. Tahukah anda Perak kaya dengan pelbagai sumber alam dan juga tawaran aktviti lasak yang menarik?
Dengan kos yang tidak terlalu tinggi dan murah, tawaran yang disediakan di negeri Perak setanding dengan negara luar.
Kali ini LIBUR ingin kongsi 5 lokasi eco-tourism paling gempak di Perak!
RAFTING DI SUNGAI SLIM
Ads
Buat anda yang ingin kan cabaran dan adrenali bolehlah melakukan aktviti water rafting di Sungai Slim. Lokasinya yang strategik juga menjadi aktviti sukan air di sini memberikan cabaran tersendiri kepada pengunjung.
JUNGLE FARM DI LENGGONG
Ingin merasaikan kehidupan di pedalaman dan terpisah dari dunia moden? Di sini anda mampu mencari ketenangan dengan alam semula jadi yang cukup luar biasa. Kehidupan dengan cukup minimal serta pengembaraan menarik. Malah, ia pernah dipaparkan menerusi channel Nat Geo!
Ads
RONDA KAMPUNG BENG
Kampung Beng terletak di dalam daerah yang cukup indah iaitu Lenggong. Untuk ke Homestay Kampung Bay, anda akan menikmati perjalanan menggunakan perahu atau bot selama 10 minit menerusi Tasik Raban. Di sana, anda akan merasai suasana kehidupan kampung yang sebenar!
GUA TEMPURUNG
Ads
Terokai gua semulajadi ini yang dianggarkan berusia lebih 400 juta tahun! Rasai pengalaman berjalan kaki sepanjang laluan disediakan dan menikmati keindahan binaan semula jadi Gua Tempurung.
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Terletak hanya 5 kilometer dari badar Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang menjadi lokasi popular untuk pelbagai aktiviti rekresasi melibatkan alam semula jadi. Pernah menjadi lokasi perlombongan bijih timah, taman rekreasi ini merupakan antara khazanah negeri Perak yang tiada nilainya.
Kredit: Perak Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka pada 1 Mei 1996 untuk memperingati kegagahan pahlawan Kadazan dan pemburu-pemburu kepala Monsopiad. Kampung tradisi tersebut merupakan tapak bersejarah yang dibina diatas tanah yang diduduki Monsopiad dan tempat Monsopiad menjalani kehidupan seharian sejak tiga abad yang lalu.
Kampung ini kini diangkat sebagai sebuah penempatan yang memberi sumber pengetahuan interaktif dan menyerikan kehidupan seharian kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu Orang Kadazan Dusun. Setiap hari tarian suku kaum Kadazan Dusun serta muzik tradisional dipersembahkan disini.
Mengimbau Nostalgia
Kampung Kebudayaan Monsopiad yang didirikan untuk mengenang jasa seorang pahlawan Kadazan yang agung dan juga merupakan seorang pemburu kepala (head-hunter) Monsopiad. Kampung Kebudayaan Monsopiad berazam menjadikannya sebagai sebuah destinasi atau muzium hidup, agar dapat memberi kesedaran kepada generasi muda tentang jasa nenek moyang suku kaum ini yang mempertahankan kaum Kadazan.
Sepanjang hidup Monsopiad, dia memburu 42 biji tengkorak kepala musuhnya sebagai bukti kegagahannya. Dikatakan tengkorak itu adalah hasil ‘buah tangan’ diperoleh Monsopiad ketika memerangi musuh dan penceroboh kampungnya, termasuk orang yang datang untuk mencabarnya.
Jumlah tengkorak dimiliki Monsopiad dikatakan paling banyak berbanding beberapa pemburu kepala lain di daerah ini, termasuk pencabar terdekatnya dikenali sebagai Gantang dari Kampung Minintod. Gantang dikatakan turut memiliki sejumlah tengkorak tetapi dia sendiri tumpas di tangan Monsopiad dan kepalanya adalah antara koleksi disimpan Monsopiad sebelum diambil waris keluarga Gantang dan diserahkan kepada muzium negeri.
Kini, baki tengorak-tengorak ini dijaga baik oleh anak cucunya yang memegang kuat dengan adat tradisi Kadazan. Pengunjung turut berpeluang dibawa kerumah mereka, iaitu tempat piala-piala pemburuan kepala Monsopiad dipamerkan dan dijaga dengan rapi. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi pengunjung iaitu, mereka tidak boleh bercakap besar dan mengambil apa-apa barang yang terdapat di situ.
Di dalam rumah itu, selain tengkorak, beberapa barangan lama seperti tempayan, pedang dan aksesori bobohizan atau bomoh wanita Kadazandusun, gambar dan artikel berkaitan ritual penjagaan tengkorak turut dipamerkan sebagai maklumat tambahan buat pengunjung. Tengkorak yang disimpan di rumah itu dikatakan dijaga rapi sebagai warisan keluarga Monsopiad dan menjalani proses ritual penjagaan dikendalikan Bobohizan sejak lebih 300 tahun.
Keselamatan Dijaga Rapi
Mengimbas kembali zaman lampau, iaitu zaman pemburuan kepala dan pemujaan roh, ia diperintah oleh seorang Bobolizan iaitu dukun yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan kampung serta gangguan daripada anasir luar. Beliau memerintah kampung ini dan juga menjaga kesihatan fizikal dan jiwa kaumnya. Kini kampung ini tetap dikendalikan oleh orang keturunan Monsopiad.
Selain itu anda boleh merasai tapai, sejenis arak beras tempatan yang hasil dari proses penapaian dan menonton tarian tradisi yang disembahkan oleh komuniti tempatan yang bersemangat.
Info
Tapak peninggalan Monsopiad turut dianggap keramat kerana menempatkan sebiji batu monolit besar, dianggarkan seberat dua tan dan berketinggian empat meter dikenali sebagai Gintutun Do Mohoing. Ia dipercayai menjadi penjaga tempat berkenaan.
Di keliling batu itu, terpacak beberapa batang buluh yang hujungnya berbentuk seperti sarang ayam bertelur dipanggil `bangkahak’, dipercayai tempat Monsopiad mengeringkan kepala musuh yang dipenggalnya.
Walaupun disanjung sebagai pahlawan, Monsopiad dilihat menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk kampung kerana kegilaannya memburu kepala walaupun tiada lagi musuh menceroboh. Ketika berada di kemuncaknya apabila menjadi orang yang digeruni pada masa itu, penduduk bimbang dia tidak dapat mengawal keinginannya untuk memenggal lebih banyak kepala apabila mula mencabar orang di sekeliling berlawan. Berikutan itu, penduduk kampung merancang membunuhnya dan pada satu ketika mendapat kesempatan tetapi Monsopiad hanya mengalami kecederaan kerana terkena buluh. Bagaimanapun, dia akhirnya mati apabila kecederaan itu gagal disembuhkan.
Sejak itu, kisah Monsopiad sebagai pemburu kepala paling digeruni di Penampang terus menjadi bualan penduduk dan diwarisi hingga ke hari ini.
Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat empat sesi lawatan yang akan di bawa oleh pengiring iaitu pada pukul 10 pagi, 12 tengah hari, 3 dan 5 petang. Manakala tarian kebudayaan akan diadakan pada pukul 11 pagi, 2 dan 4 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau nak bersantai dan menikmati keindaham alam, memang ini lah tempatnya. Sesuai juga kalau anda nak datang berdua untuk berbulan madu.
Apa yang menarik, buka sahaja pintu, terus nampak kolam mandi yang besar. Seni bina bangunannya pun unik, memang tak jemu mata memandang.
Bab makan jangan risau, di sini ada sediakan sarapan juga dan makanan boleh tahan sedap. Jadi tak perlu gigih keluar cari makanan di luar.
Ada bean bag di tepian kolam mandi, mak ayah boleh pantau anak-anak depan kolam sahaja kalau tak mahu join main air. Ini kalau rasa nak datang dengan kawan-kawan pun seronok, privasi dan santai-santai main air.
Ruangan bilik pun besar dan cantik, boleh lah untuk tenang-tenang di sini tanpa gangguan. Bermalam dua malam pun rasa tak ralat sangat.
Lokasi:
A Rock Resort Langkawi, Kedah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah membenarkan industri pelancongan kembali di buka kepada penduduk tempatan.
Terkini, Sabah sudah membenarkan semula kemasukan ke negeri itu setelah disekat sementara waktu menerusi semua laluan yang berkuat kuasa 2 Jun 2020.
Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Kerajaan negeri turut bersetuju untuk mengecualikan mereka yang datang ke Sabah daripada menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba. Tetapi dengan syarat telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah serta disahkan negatif. Surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya turut mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu. Bagi warganegara bukan rakyat Sabah dan pelancong diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah ketika tiba di negeri ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...