Dapat lepak dengan famili atau teman-teman pada hujung minggu memang syok, banyak benda nak catch-up bila dah berjumpa. Lepak pula dekat port yang cantik dan sesuai nak ber-OOTD. Makan, borak, minum dan bergambar bersama, memang heaven kan?
Jika anda berada berhampiran Lembah Klang, tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar Kuala Lumpur, anda pasti jumpa ‘port’ menarik untuk singgah. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan ini sangat Instagrammable! Jom plan ke sini..
Merchant’s Lane
Mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia, tetapi kafe ini sebenarnya popular dalam kalangan pelancong luar. Kafe cantik yang terletak di Jalan Petaling ini menjadi lokasi wajib singgah jika ‘makan angin’ di sini. Ia dipenuhi dengan hiasan berunsurkan flora dan fauna dan dihiasi dengan pelbagai perabut kayu dan rotan artisan yang menarik. Setiap sudut dan ruang kafe ini cukup berbaloi untuk instagram anda.
Lokasi: Merchant’s Lane, 150, Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur
VCR
Anda penggemar kopi? Kafe ini sangat ideal untuk anda menghabiskan masa pada hujung minggu. Selain menyajikan pilihan minuman kopi yang sedap, di sini juga menghidangkan pelbagai hidangan lazat seperti Soft Shell Crab Burger & Quiche Granola. Paling menarik kafe ini dilengkapi dengan tingkap besarnya yang memberi pemandangan hijau yang tenang.
Ads
Lokasi: VCR, 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur
Leaf & Co. Cafe
Berhampiran Pasar Seni, kafe ini sangat unik dan berseni berkonsep vintage dan warisan kerana menggunakan elemen dan perabot-perabot asal bangunan kolonial. Jangan lupa ambil gambar di setiap sudut menarik kafe ini untuk tatapan teman-teman di media sosial.
Ads
Lokasi : Leaf & Co, 53, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur
Botanica + Co
Kafe ini dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bunga orkid indah, inspirasi interior daripada hutan tropika Malaysia. Jadi, jika ingin sedikit ketenangan lokasi ini paling ideal untuk menjamu selera.
Ads
Lokasi: Botanica + Co, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
LOKL
Tidak perlu diperkenalkan lagi, kafe ini cukup popular dengan hidangan brunch dan kopi dalam kalangan warga kota berhampiran Masjid Jamek. Interior kafe kepunyaan selebriti Cheryl Samad dan suaminya ini sangat istimewa dan unik selain dinding hiasannya yang mempamerkan koleksi-koleksi pop-art lokal yang unik dan menarik.
Lokasi : LOKL Coffee Co, 30, Jalan Tun H S Lee, 50100 Kuala Lumpur
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memiliki masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, membuatkan negara kita kaya dengan adat resam dan budaya yang berbeza. Jika orang Melayu ada makanan tradisional mereka begitu juga bagi kaum India dan masyarakat Cina. Bukan itu sahaja, Malaysia juga sebenarnya mempunyai masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang tinggal di negeri Melaka.
Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian daripada kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Peredaran zaman menyebabkan generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini dilihat semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. Bagi terus mengekalkan keunikan masyarakat tersebut, Restoran Nyonya Makko, Melaka mengambil inisiatif mempromosi makanan Peranakan atau Nyonya yang merupakan restoran turun temurun keluarga peranakan sejak tahun 1984.
Masakan Nyonya ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu selain mempunyai banyak persamaan khususnya dari segi penggunaan rempah ratus dalam masakan Melayu, Nyonya dan Portugis. Gabungan ketiga-tiga elemen ini juga sebenarnya mengayakan lagi makanan tradisional Melaka. Dalam masakan Nyonya selain menggunakan serai dan ketumbar, ia turut disertakan ramuan asli lain yang dapat menambahkan keenakan serta rasanya berbanding masakan lain.
Aroma berlainan di samping rasanya yang sedikit manis dan masam juga merupakan salah satu keunikkan tersendiri yang terdapat di dalam masakan Nyonya.
Antara menu menarik berkonsepkan masakan Nyonya yang akan disediakan ialah Ayam Buah Keluak, Ikan Chuan-Chuan, Nyonya Chap Chai, Udang Masak Lemak, Itik Tim dan Ikan Goreng Cili Garam. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat menikmati pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-kuih tradisional Nyonya seperti kuih Achah, kuih Bangkit, Tat Nenas dan jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut seperti Cendol.
Jadi apa kata anda datang dahulu untuk merasai masakan Nyonya di sini untuk menikmati keaslian citarasanya. Untuk makan tengah hari restoran ini dibuka dari pukul 11.30 tengah hari hingga 2.45 petang dan makan malam dari pukul 6 petang hingga 9.30 malam setiap hari kecuali ditutup pada Selasa.
Maklumat Lanjut: Restoran Nyonya Makko |123, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir 75000 Melaka, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Langkawi SkyCab, antara produk pelancongan paling dikenali dan popular di di pulau bebas cukai, Langkawi kembali beroperasi selepas ditutup akibat pandemik COVID-19.
Sebaik dibuka semula, destinasi tumpuan ramai ini kembali rancak dengan lebih 100 pengunjung sudah mula berpusu-pusu menaiki Langkawi SkyCab setiap hari. Kereta kabel ini antara sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter dari aras laut.
Bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik di pulau ini, Langkawi SkyCab menawarkan pakej menarik iaitu potongan harga tiket hanya RM38 berbanding RM43 untuk dewasa dan RM28 berbanding RM39 untuk kanak-kanak.
Pengunjung yang membeli tiket bukan sahaja dapat menaiki Langkawi SkyCab tetapi dipakejkan sekali masuk ke empat produk tarikan lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi dan SkyBridge. Tawaran ini terbuka kepada semua warga Malaysia sehingga 31 Julai ini
Pengunjung tidak perlu khuatir untuk singgah di Langkawi SkyCab kerana destinasi ini memberi perhatian kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Antaranya:
Memeriksa suhu badan.
Menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada pengunjung.
Hanya empat orang dibenarkan menaiki setiap gondola berbanding muatan asal iaitu enam orang.
Boleh dikatakan hampir segenap lapisan warga kota mengetahuinya kewujudan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau dikenali sebagai Taman Botani Kepong. Mungkin juga ada kalangan mereka menjadi pengunjung tetap pada setiap hari atau minggu.
frim.
Dengan kehijauan memukau yang meliputi kawasan seluas 1,528 hektar dan terletak kira-kira 16km barat laut Kuala Lumpur atau setengah jam perjalanan dari pusat bandar, memberi peluang kepada semua yang ingin mengalami suasana berjalan dalam hutan hujan tropika. Buat pencinta segala jenis tumbuhan, ini adalah lokasi ideal buat kalian. Jika tidak, FRIM masih lagi ‘boleh’ menjadi destinasi menarik kerana ada tarikan lain yang sedia menanti.
Menjejakkan kaki di FRIM ternyata bukan hanya terasa damai sekali apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan itu tetapi takjub dengan susunan landskap perhutanan FRIM. Melawati denai hutan secara semula jadi ataupun ingin sesuatu yang lebih memuaskan, mungkin boleh merentas hutan melalui jambatan tergantung. Dari sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian kanopi tersebut, selain berpeluang melihat penghuni rimba, pengunjung juga dapat melihat panorama bandar raya KL, walaupun dari jarak jauh.
Bagi pengunjung yang mencari tempat untuk beriadah atau bersantai, FRIM turut menyediakan tempat seumpama itu iaitu sebuah kawasan air terjun di Sungai Kroh. Mungkin juga, anda seorang yang suka berjoging atau berbasikal lasak, di FRIM juga adalah lokasi yang sesuai.
Foto: FRIM | Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...