Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya pada kadar tiga kelipan sesaat. Dalam ribuan kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya.
Kelip-kelip jantan dikatakan mengeluarkan cahaya yang lebih terang untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Jangka hayat seekor kelip-kelip pula sekitar ialah 2 hingga 3 bulan sahaja.
Di negara kita terdapat banyak lokasi untuk melihat serangga ini dengan lebih dekat iaitu disekitar kawasan yang mempunyai pokok bakau seperti pokok berembang. Untuk hidup, kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap, persekitaran berpaya serta sumber makanan daripada pokok bakau. Pengunjung terutamanya pelancong ‘mat salleh’ kalau dapat peluang melawat port kelip-kelip ini memang mereka sangat teruja. Antara lokasi tumpuan ramai untuk melihat kelip-kelip adalah di:
Ads
Kelip-kelip Sungai Timun
Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang seharusnya diterokai oleh pencinta alam. Lokasi ini juga sangat dekat jika anda dari Port Dickson.
Untuk melihat kelip-kelip dengan jarak yang dekat pengunjung boleh menyusuri sepanjang sungai Timun sejauh tiga hingga lima kilometer dengan menyewa bot nelayan, di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun. Apa yang menarik, kelip-kelip kawasan itu seperti sudah biasa dengan bunyi deruman enjin bot. Ia membuatkan serangga itu tidak lari walaupun dengan kehadiran bot yang membawa pengunjung. Namun, kelip-kelip ini kurang ketika bulan terang atau hujan.
Ads
Kelip-kelip Kampung Dew
Habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping Perak telah dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan unggul. Pengunjung yang datang dapat menikmati cahaya kelip-kelip di pokok berembang sepanjang 12 kilometer yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip.
Kelip-kelip Cherating
Kelip-kelip Sungai Cherating memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Ads
Kelip-Kelip Kg Kuantan
Pengembaraaan kawasan kelip-kelip di Kg Kuantan bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Kelip-kelip Sungai Nanamun
Kelip-Kelip Sungai Nanamun yang terletak di Kota Belud, Sabah menjadi lokasi ramai tumpuan pengunjung untuk melihat serangga itu dari jarak dekat. Kewujudan lokasi itu menyebabkan lebih ramai pelancong tempatan dan luar berkunjung dan menetap lebih lama di Kota Belud. Pengunjung disarankan untuk datang ke sini pada waktu senja untuk menikmati pemandangan indah sambil ditemani cahaya kelip-kelip.
Sumber Foto: Google image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tenang, hijau dan nyaman di The Dusun, Negeri Sembilan. Keindahan alam dan kawasan di sekitar tempat ini memang memikat hati untuk bermalam di sini.
The Dusun Negeri Sembilan
Sejuk tempatnya, dengan pokok-pokok sekeliling buat emosi teduh dan rasa tenang.
Nak mandi-manda pun memang syok sebab tiada gangguan, lagi pun tempatnya cantik.
The Dusun menawarkan pemandangan indah dan Hutan Simpan Berembun yang terletak di eko resort kecil di kebun durian.
Suasana Bilik Yang Luas Dan Selesa
Ini antara suasana di dalam rumah di sini, luas dan boleh muat ramai, jadi jangan risau jika mahu datang dengan keluarga besar atau kawan-kawan rapat.
Sesuai bagi anda yang ingin menghayati panorama alam semula jadi dari atas bukit secara privasi. Owh ya, anda juga akan dapat menikmati suhu yang lebih sejuk dikala malam.
Di sini anda boleh merehatkan minda melihat pemandangan dari rumah The Dusun, cantik dan cukup meredupkan mata memandang.
Kalau kena musimnya, ada buah durian juga di sini. Boleh layan makan buah-buahan.
Lokasi:
The Dusun
3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada hotel ala Bali di Ipoh, tak perlu lah pergi jauh kalau nak merasa mood honeymoon macam luar negara. Dan nama hotel itu pun lpoh Bali Hotel di Ipoh, Perak.
Hotel Ala Bali Di Ipoh
Kalau ikutkan hotel ini sangat sesuai untuk honeymoon and sarapan pun sedap. Suasana hotel ini sangat tenang and cantik. Sesuai kalau anda nak release tension.
Rasa penat kerja boleh lah datang sini untuk tenangkan fikiran. Staff pun peramah sangat, senang nak tanya apa-apa.
Untuk sarapan anda boleh pilih nak makan apa. Nanti diaorang akan direct hantar ke bilik terus. Bangun pagi makanan dah ada dalam bilik. Tak perlu nak keluar untuk pergi sarapan.
Nak makan dekat luar bilik pun boleh sebab dekat situ ada meja dan boleh makan sambil tengok ikan dalam kolam.
Selain itu, kalau rasa nak ambil photoshoot wedding pun boleh tapi kena add on duit.
Lokasi:
lpoh Bali Hotel
12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 lpoh Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai tahu tentang Lenggong. Terletak di Hulu Perak, Lenggong diiktiraf oleh UNESCO sebagai lokasi bersejarah yang banyak menyimpan sejarah awal penemparan dan ketamadunan manusia. Lembah Lenggong juga cukup dikenali selepas penemuan Orang Perak yang mana rangkanya berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun ditemui di Fua Gunung Runtuh yang terletak di Bukit Kepala Gajah pada 1991.
Terletak 100 km dari utara Ipoh berdekatan dengan Grik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding, ternyata ada satu lagi tarikan baru di Lenggong iaitu Kuak Hill Resort. Salah satu tarikan “Staycation” di Lenggong, Kuak Hill Resort menyajikan keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak. Bagi yang menginap di sini, korang boleh memilih untuk tinggal di chalet atau pun di dalam khemah jika menginap di sini.
**media[329928]
Menariknya selain di atas bukit, dikeliling pokok-pokok buah-buahan, korang boleh mandi di kolam renang besarnya. Bukan saja airnya tidak klorin tapi ia adalah air bukit yang disalurkan terus ke kolam renang berkenaaan. Lebih menarik boleh mandi bila-bila masa termasuk tengah malam tapi awas, airnya sangat sejuk. Bukan saja boleh jadi lokasi bulan madu tapi percutian keluarga kerana pemandangan kolam renangnya mengadap bukit. Seolah-olah kita berada di atas awan. Bangun pagi, kelihatan kabus amat tebal dan ia memberikan percutian berbeza. Untuk info lanjut, boleh lihat di fb Kuak Hill Resort.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...