Penyertaan ke kelas seni ini mampu mengasah minda seseorang untuk menjadi lebih kreatif, tanpa mengira umur. Namun, bagi pembelajaran awal untuk kanak-kanak, pembentukan minda yang kreatif adalah penting untuk perkembangan saraf-saraf otak yang lebih optimum.
Justeru, dalam artikel ini, Tourism Selangor akan mengongsikan 5 Pusat Seni untuk anda mula berkarya!
1) Sewing World Gallery, Subang Jaya
Credit: Sewing World Gallery by sewingworld_ @ IG
Siapa yang tidak tahu mengenai Sewing World Gallery? Mula ditubuhkan pada tahun 1989, organisasi ini telah menjalankan ratusan bengkel atau kelas jahitan dengan tujuan untuk memelihara dan mewarisi seni jahitan dalam perkembangan fesyen masa kini. Pelbagai kelas yang ditawarkan di sini seperti Colorful Patchwork Blanket Online Workshop, Boxy Pouch Online Workshop, dan banyak lagi! Bengkel yang ditawarkan dengan harha bermula RM 175 ini boleh disertai oleh individu yang ingin mula belajar menjahit!
2) Clay Expression, USJ 1
Credit: Clay Expression by Tourism Selangor
Clay Expression terdiri daripada tenaga pengajar dari kalangan mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tanah liat. Pembelajaran mengenai seni tanah liat diterapkan dalam diri para pelajar untuk menerokai nilai seni yang subjektif dan dimaterialisasikan kepada sebuah objek.
Ads
Jangan risau, teknik pembuatan juga akan diajar di sini supaya para pelajar lebih mudah untuk membentuk sesuatu okjek yang ingin dihasilkan. Harga kelas ditawarkan bermula dari RM 250 seorang untuk durasi 2 setengah jam, dan menariknya, dan anda boleh membawa pulang tembikar hasil tangan anda!
3) The Artsy Craftsy, Shah Alam
Credit: : The Artsy and Craftsy by The Artsy and Craftsy @ FB
Tentunya daya kreativiti seseorang boleh diasah menerusi pendedahan dalam dunia seni dan juga penyertaan dalam kelas dan bengkel seni kreatif.
Hanya dengan RM 100, anda sudah boleh sertai kelas yang ditawarkan di The Artsy Craftsy. Di sini juga, anda boleh asah kreativiti anda dalam penghasilan seni lukisan dengan lebih mendalam, serta mampu meningkatkan pemahaman anda terhadap karya seni!
Ads
4) Craft No 7, Petaling Jaya
Credit: Craft No. 7 by mavictan @ IG
Menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang kesenian, Craft No 7 yang terletak di Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai bengkel yang bersesesuaian untuk semua peringkat.
Jadi, jangan risau sekiranya anda adalah seorang ´beginner´, kerana di sini tempat yang tepat untuk anda mengasah bakat seni anda! Bermula dari harga RM 180, banyak bengkel yang ditawarkan di sini, antaranya, bengkel penghasilan lilin, lulur badan, corak bunga atas tanah liat, dan banyak lagi!
5) A Space to ___, Damansara
Ads
Credit: A Space To __. by aspaceto_. @ IG
A Space to ___ adalah antara organisasi yang menawarkan bengkel dan kelas seni yang pelbagai, bermula dari seni lukisan sehingga teknik penjilidan buku jepun moden, bengkel bru kombucha, mengait Amigurumi dan banyak lagi!
Anda boleh layari laman web A Space to ___ untuk ketahui lebih banyak tentang bengkel yang ditawarkan. Kos bengkel juga amat berpatutan, bermula dari RM 130; jadi apa tunggu lagi!
Mesti anda teruja untuk sertai kelas dan bengkel seni seperti yang dikongsikan di atas, bukan?
Berjiwa seni atau tidak, tempat-tempat yang disenaraikan di atas akan membantu anda untuk mengisi masa lapang dengan mengasah bakat seni yang ada pada diri anda. Di samping dapat mempelajari seni kreatif, anda juga berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur!
Kredit. selangor.travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melanjutkan pemberian diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity) sehingga hingga 6 Disember 2020.
Tawaran diskaun itu adalah bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada melibatkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM Antarabandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Usaha ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan PKPB. Ketika ini, kedua-dua perkhidmatan itu masih beroperasi bagi laluan di antara Stesen Tumpat, Johor Bahru, Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.
Orang ramai dinasihatkan membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS). Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.
Inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau yang bermula 23 November 2020 merupakan usaha kerajaan dalam memastikan sektor pelancongan negara kembali pulih dan aktif.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata inisiatif itu selaras dengan tiga strategi utama di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan iaitu mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk kembali melancong, pemfokusan untuk menyemarakkan pelancongan domestik serta mengenal pasti segala produk dan meningkatkan penawaran yang lebih kreatif dengan memaksimumkan sumber sedia ada.
“Bermula 23 November 2020 prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Perjalanan Domestik telah pun diluluskan. Inisiatif ini memberi kebenaran untuk pergerakan antara zon hijau dengan negeri dan seterusnya pintu sempadan negara kelak, insya-Allah. Sumbangan yang diberikan oleh industri pelancongan domestik adalah besar.
Data Akaun Satelit Pelancongan daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan rekod perbelanjaan sebanyak RM92.6 bilion oleh sektor pelancongan domestik pada tahun 2019. Selaras dengan keputusan kerajaan itu, kementerian tersebut turut menyediakan beberapa inisiatif meliputi penginapan, pengangkutan dan diskaun pembelian produk kraf di outlet Karyaneka. Kempen ini menyasarkan warganegara Malaysia dan tempoh kempen ini ialah dari Disember 2020 sehingga Februari 2021.
Di bawah inisiatif penginapan, pelbagai pakej ditawarkan dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan platform e-dagang Shopee dengan pengguna perlu membeli pakej penginapan minimum tiga hari dua malam bagi menebus rebat baucer sebanyak RM100 dan RM50 berdasarkan kategori hotel. Bagi yang menyempurnakan pembayaran akan menikmati e-baucer tunai sebanyak RM20 yang boleh digunakan untuk pembelian barangan lain di aplikasi Shopee bagi merancakkan ekonomi membeli-belah di Malaysia secara dalam talian.
Melalui dua kempen Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) bagi hotel tiga bintang ke bawah terpilih iaitu ‘Jom Nginap’ dan ‘Malaysia Welcomes You,’ ada tawaran tunai kembali serta rebat sebanyak RM20 dalam bentuk Touch n’Go yang terhad kepada 62,500 tempahaN bagi setiap transaksi minimum RM50. Tawaran ini bermula 31 Dis 2020 hingga Mac 2021. Bagi kempen Malaysia Welcomes You, juga dengan kerjasama Touch n’Go, menawarkan rebat sebanyak RM20 bagi tempoh tempahan dari April hingga Jun 2021.
Inisiatif pengangkutan, kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dengan kerjasama syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Air Asia, Firefly dan Malindo Air turut menawarkan potongan diskaun sebanyak RM50. Sebagai contoh, Malaysia Airlines termasuk Firefly menawarkan potongan diskaun sebanyak RM50 atau potongan RM100 untuk tiket penerbangan pergi dan balik bagi pembelian tiket untuk kelas ekonomi dan kelas perniagaan. Keseluruhan tawaran adalah sebanyak 9,000 tempat duduk. AirAsia juga menawarkan rebat baucer sebanyak RM50 bagi pembelian tiket dan menyasarkan 24,000 orang maksimum. Malindo Air pula memberi tawaran pemberian diskaun sebanyak RM50 terhad kepada 6,000 pengguna dengan pendaftaran terawal.
Inisiatif dalam segmen perkhidmatan, pengangkutan dan syarikat swasta dengan kerjasama Prasarana melalui kempen MY30 Pass (Beli Satu Percuma Satu) ditawarkan kepada 5,000 pengguna pertama dan pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa had Rapid KL Rail (LRT/MRT/Monorail), bas dan Rangkaian BRT untuk 30 hari.
Selain program yang dirangka di bawah pelan pemulihan pelancongan, Tourism Malaysia melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam pada 3 September lepas. Sehingga bulan Oktober 2020, sejumlah RM115,549 nilai jualan pakej berjaya direkodkan menerusi Kempen Pakej Penjawat Awam ini.
Diharap program serta inisiatif yang dirangka dapat membantu merancakkan semula sektor pelancongan domestik dengan kerjasama daripada setiap pihak industri pelancongan tempatan ke arah pemulihan dan kemajuan ekonomi negara. Semua pemain industri diseru agar sentiasa menampilkan tawaran pakej menarik selain menjaga SOP dengan norma baharu bagi memastikan kelestarian ekonomi sektor pelancongan.
Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Tourism Malaysia untuk mendapatkan inspirasi trip pelancongan serta pakej menarik domestik di www.malaysia.travel
Statistik pelancong yang paling ramai sekali datang melancong ke negara kita adalah daripada China. Disamping menjadi pelancong yang paling ramai ke negara ini, mereka juga membawa bersama kerenah dan perangai pelik mereka dari sana ke mari.
Tak berapa lama dulu kecoh satu negara apabila pelancong dari China buang air besar secara terbuka di tepi pantai Port Dikcson dan sekarang, kejadian sama berulang kembali tetapi kali ini berlaku di pusat membeli-belah di Sabah.
Aduh, apa punya kes la kali ni. Tak belajar dari kesilapan lepas ke? Buat malu negara betul.
Kes terbaru ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Bonnie Wong dan kejadian tular itu berlaku di IMAGO Shopping Mall, Sabah apabila beliau terserempak dengan seorang pelancong dari China mendukung seorang kanak-kanak untuk kencing di dalam tong sampah di hadapan sebuah kedai makan!
Terkejut beruk kawan tu!
Depan kedai makan pula!
Rata-rata komen wargamaya mengutuk keras tindakan pelancong asing tersebut dan berbakul-bakul kritikan dan kutukan dilontarkan oleh mereka selepas melihat gambar yang dimuatnaik Bonnie.
Libur harap, ada pihak yang boleh bantu untuk men’civilize’kan sikit pelancong China ni. Teruk sangat rupanya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...