Semalam tular berita mengenai seorang wanita terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang kedua-dua belah kaki ketika melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya.
Mangsa dianggarkan seberat 137 kilogram, dan menyebabkan pasukan menyelamat terpaksa beberapa kali berhenti rehat sebelum membawanya keluar dari kawasan berkenaan bagi menerima rawatan di hospital selepas lebih empat jam mengusung mangsa bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.40 malam.
Ads
Oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa. Anggota bomba terpaksa berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.
Setelah berita tersebut disiarkan, rata-rata netizen tidak menyokong tindakan mangsa melakukan aktiviti tersebut kerana aktiviti mendaki dikatakan memerlukan stamina yang baik. Mangsa mungkin dikatakan ingin cuba mengurangkan berat badan selain mengamalkan cara hidup yang sihat.
Bagi Libur, berbadan besar dan mempunyai berat badan yang sangat berat tidak salah untuk mendaki jika anda mempunyai stamina dan tahap kecergasan yang baik. Oleh itu, jangan lupa untuk melihat tahap kesihatan diri anda dahulu sebelum melakukan aktiviti lasak ya. Lakukan aktiviti yang ringan terlebih dahulu sebelum memaksa diri. Sayang diri sendiri dahulu sebelum ambik pusing cakap-cakap orang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan nama Saiful Nang – satu nama yang cukup terkenal dalam dunia fotografi di Malaysia dan juga di luar negara.
Anak kelahiran Bukit Kapar ini bukan sahaja terkenal dengan kemahirannya merakam gambar, tapi juga dalam dunia perniagaan dan kerja-kerja kebajikan sehingga diangkat menjadi ikon belia yang berjaya kepada anak-anak muda. Beliau banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Namun, Saiful baru-baru ini terpalit dengan satu isu yang menyentuh sensitiviti dan mengguris hati rakyat Malaysia apabila cubaan mempromosikan trip Rarecation beliau ke Israel mendapat kritikan yang hebat wargamaya.
Kebanyakkan daripada mereka berasa tidak berpuas hati apabila Saiful cuba untuk mempotretkan sisi baik Zionis Israel yang selama ini membantai tanpa belas ihsan rakyat Palestin yang serba kekurangan.
Tekan pada pautan di bawah untuk baca hantaran yang dibuat di laman Facebook Saiful Nang.
Hantaran Facebook beliau dikongsikan lebih 1,300 perkongsian tetapi rata-rata daripadanya mengkritik tulisan dan pemikiran Saiful yang seolah-olah menidakkan hak rakyat Palestin dengan mengatakan pendudukan negara haram Israel di tanah Palestin seolah-olah ‘halal’ melalui Rules of Absence dan rakyat Israel menganggap kita seperti saudara?
Israel menggunakan Rules of Absence dengan cara mengisytiharkan kawasan itu menjadi milik mereka apabila tanah tersebut tidak diduduki sesiapa dalam satu tempoh masa. Selain daripada itu, Saiful berkata penjualan tanah besar-besaran oleh orang Arab Palestin dan tekanan Yahudi menghalau rakyat Palestin pada 1948 juga menjadi sebab mengapa Zionis menguasai kawasan itu sekarang.
Saiful juga mendakwa beliau dan rombongannya yang melancong ke Israel disambut baik oleh komuniti Yahudi yang sayangkan keamanan dan menganggap mereka seperti saudara. Ramai orang Israel yang mahukan keamanan, sama seperti orang Islam tetapi ada puak-puak pelampau dari kedua-dua pihak yang mencetuskan ketegangan dan sentiasa mahu membunuh antara satu sama lain. Hal itu menyebabkan kedua-dua belah pihak berasa tidak selamat.
Disebabkan itu, ada diantara wargamaya bertindak mempertikai dan menyindir Rules of Absence yang ditulis oleh Saiful dengan mengatakan adakah ketiadaan Saiful dirumah ketika bercuti membolehkan orang lain tinggal dan menetap di rumah beliau?
Walaupun ramai yang mengkritik promosi pelancongan yang diberikan kepada Israel oleh Saiful, beliau mengatakan bahawa pelancongan bukan satu-satunya sumber pendapatan yang boleh diperolehi Israel dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka. Tanpa sedar, setiap hari kita semua adalah penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi Israel melalui perbankan, teknologi, perniagaan franchise, aplikasi mudah alih, Facebook, Instagram, Waze dan banyak lagi.
Biarpun kebanyakkan perkara berasaskan Yahudi itu digunakan secara percuma, tetapi pengiklanan yang dijalankan di dalamnya sudah cukup untuk memberikan pulangan dan menjana ekonomi Israel, ujar Saiful.
Saiful juga berkata bahawa media antarabangsa sengaja melaporkan sesuatu seperti kejadian itu sangat besar walhal ianya hanya perkara kecil sahaja seperti kejadian kebakaran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa apabila media melaporkan keadaan sangat tidak stabil sedangkan beliau yang berada di tempat kejadian berasakan kejadian tersebut boleh selesai dengan hanya menggunakan sebuah lori bomba yang kecil sahaja.
Kejadian seorang budak mabuk dan membuat kacau di pagar Al-Aqsa juga dilaporkan seperti ada rusuhan dan berlaku keganasan supaya orang ramai takut untuk melawat ke sana walaupun keadaan sebenarnya tenang dan baik sahaja, mengikut pandangan Saiful.
Pendapat Libur, naratif keseluruhan teks yang dibuat oleh Saiful agak bias dan menyebelah kepada Israel. Di dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, semestinya tindakan Saiful itu akan mengundang kecaman wargamaya yang sememangnya terkenal sebagai ‘onion army’ yang menyokong Palestin hingga hujung nyawa.
Sekalipun ada logik yang disampaikan oleh Saiful, tapi dengan ‘membenarkan’ Rules of Absence dan mengatakan Yahudi mengalu-alukan kita sebagai saudara, em membuatkan Saiful kelihatan agak jahil dengan fakta sebenar yang berlaku di Palestin.
Jadi apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan Saiful Nang? Kongsikan pendapat anda diruangan komen Facebook ‘Yahudi’ kami.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Makin ramai rakyat Malaysia yang mengunjungi Hatyai kerana makanan dan juga untuk membeli-belah kat sana. Malah harga yang lebih murah buatkan ramai yang memilih destinasi tersebut sebagai tempat percutian.
Menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Hatyai rupanya lebih mudah. walaupun sedikit delay, namun segalanya lancar dan perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang enam ke tujuh jam untuk sampai ke check point di Sempadan.
Kin Aziz berkongsi pengalaman dan juga maklumat yang perlu korang tahu terutamanya untuk yang pertama kali nak travel ke Hatyai menaiki bas. Ikuti perkongsiannya:
Hai. nak share sikit trip ke hatyai 7-9 oct.
Kitorang naik bas alisan dari TBS-Hatyai. Supposed pukul 11pm bertolak. Tapi delayed sampai 11.40pm macam tu. Bas ada berhenti untuk toilet ye. So dont worry terkucil. Bas berhenti untuk white card dekat changlun. Time ni 6.30am. so boleh berhenti solat sementara nak tunggu white card korang. Dekat sini ada money changer. Boleh tukar sini. 1000 baht rm125.
Seramai 40 bakal guru dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merekacipta dan melakukan pemasangan tiga tukun tiruan dan pelampung boya di Pulau Songsong, Kedah.
Melalui program ‘Kembara Kelestarian Kehidupan Marin’, mahasiswa tahun akhir ini turut membina fasiliti asas seperti tandas, tempat mandi serta papan info berkenaan hidupan marin yang terdapat di Pulau Songsong kepada pelancong.
Penambahbaikan fasiliti ini dilihat membantu menarik lebih ramai pelancong dan memberi keselesaan kepada mereka untuk datang menikmati keindahan Pulau Songsong.
Pemasangan tukun tiruan serta penambahbaikan fasiliti kepada pelancong di Pulau Songsong ini turut mendapat kerjasama Komuniti Bot Songsong.
Inisiatif program ini timbul daripada kesedaran ancaman yang berlaku terhadap terumbu karang dan keperluan untuk menjaga serta melindungi terumbu karang disamping habitat yang hidup di sekitarnya.
Menurut Pengarah program Keyong Liau, menjadi tanggungjawab bakal pendidik untuk mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang sebagai persediaan mendidik murid-murid pada masa akan datang.
“Bakal pendidik perlu menambah pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar untuk menyediakan diri dalam kepelbagaian kemahiran seterusnya memantapkan kemahiran insaniah mereka,” ujar beliau.
Usaha penjagaan alam sekitar terutama daripada kalangan mahasiswa mampu meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan alam sekitar seterusnya melahirkan pemuda yang peka terhadap keadaan sekeliling.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercuti ke Melaka, A Famosa antara lokasi yang hampir tidak pernah terlepas daripada senarai kunjungan. Struktur batu lama yang terletak berhampiran Bukit St....