Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi Udanis telah dipilih sekali lagi menerajui Majlis Pelancongan Malaysia sebagai Presiden untuk penggal 2019-2021 dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2019.
Lebih 140 ahli yang mewakili 70 persatuan pelancongan telah hadir dalam mesyuarat kali ke 33 yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur pada 27 April 2019.
Berpegang kepada prinsip melestarikan sektor pelancongan negara secara menyeluruh, Uzaidi telah mendapat sokongan padu dalam kalangan ahli-ahli gabungan dalam menggerakkan industri pelancongan ke tahap tertinggi sekali gus memberikan impak positif kepada seluruh penggiat pelancongan.
Bagi memperkasakan lagi sektor pelancongan negara , beliau turut memperkenalkan Plan Transformasi MTC berpaksikan kepada lima tonggak utama. yang merangkumi Pendidikan & Latihan; Pembangunan Pasaran; Perhubungan; Teknologi dan Komuniti & Kelestarian.
Berikut adalah senarai kepimpinan baharu Majlis Pelancongan Malaysia untuk penggal 2019-2021:
Presiden:
Uzaidi Udanis
Malaysia Inbound Tourism Association (MITA)
Timbalan Presiden:
Ads
Dato’ Thangavelu Kuppusamy
Malaysian Indian Tour & Travel Association (MITTA)
Naib Presiden I:
Datuk Seri Megat Hadzlie
Persatuan Pelancongan Warisan Malaysia (MYHTA)
Naib Presiden 2:
Datuk Azlie Halim
Travel Writers Association of Malaysia
Setiausaha Agung Kehormat:
Ads
Dato’ Hjh Noor Zaleha Hj Baharuddin
Malaysia Tourism Development Association
Bendahari Kehormat:
Dato’ Sri Hj Razali Mohd Sham
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Haji (PAPUH)
EXCO :
1. En Zohaime Muhamad Sori
Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia
2. En Ahmad Idroose Mohad Tambarin
Malaysia Skate Federation (MYSKATE)
Dengan sumbangan serendah RM25, anda kini berpeluang menjadi penyelamat haiwan sekali gus menyumbang makanan, dapat menjaga kebajikan dan keperluan vaterinar haiwan di Zoo Negara dengan menyertai program dalam talian iaitu Adopt An Animal.
Lebih menarik, anda juga mungkin berpeluang untuk melawat ‘anak angkat’ anda dalam program yang diilhamkan Zoo Negara, sejak 1981 itu.
Meskipun ketika penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di seluruh negara, program Zoo Negara itu mendapat sambutan menggalakkan dan ramai penderma baharu tampil menghulurkan sumbangan.
Selain hebahan melalui media konvensional, pasukan team Zoo Negara juga menggunakan platform sedia ada iaitu, Instagram (@zoonegara_malaysia) dan Facebook (Zoo Negara Malaysia). Kami berharap dapat terus menarik lebih ramai penderma dengan menyiarkan secara langsung dan berinteraksi dengan penonton melalui saluran YouTube khas.
Bagi memudahkan para pencinta haiwan untuk menghulurkan sumbangan melalui program Adopt an Animal ini, Zoo Negara telah menjalinkan kerjasama dengan Ticket2U, Maybank2U, Lazada dan Shopee, sejak 2017 agar sumbangan dapat terus disalurkan.
Program berkenaan menawarkan sebanyak 30 jenis haiwan untuk dijadikan anak angkat dan pada masa sama, masyarakat secara simbolik dapat memainkan peranan penting dalam membantu Zoo memperoleh dana bagi meneruskan kelangsungan hidup haiwan-haiwan yang ada di dalam zoo itu.
Melalui inisiatif ini, Zoo Negara akan memperoleh sokongan kewangan yang diperlukan demi kebajikan haiwan di sini. Perserta pula akan menerima e-sijil yang akan mencatat sumbangan mereka terhadap haiwan yang dipilih, selain menerima cenderahati mengikut pakej yang disediakan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negara kita kini menuju ke arah jumlah penduduk dewasa mencapai 90% divasinasi sepenuhnya dalam masa terdekat. Apabila angka tersebut telah dicapai kebenaran untuk rentas negeri akan dibuka oleh kerajaan. Pastinya ia akan merancakkan semula perjalanan dan industri pelancongan sama ada menerusi laluan darat atau udara.
Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan utama di negara kita, Air Asia mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin. Sehubungan dengan itu AirAsia Malaysia pada hari ini telah mengumumkan bahawa mereka hanya menerima tetamu dewasa yang telah divaksinasi sepenuhnya dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.
Manakala bagi penumpang berusia 18 tahun kebawah yang belum divaksinasi atau belum lengkap pula diwajibkan ditemani ibu bapa atau penjaga yang divaksin sepenuhnya.
Jelas AirAsia, ia merupakan sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 mereka untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi para tetamu dan kakitangannya.
Semua penerbangan AirAsia juga hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.
AirAsia juga telah mewajibkan para tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan penumpang melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan. Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk daftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.
Jadi anda hanya muat turun airasia Super App menggunakankannya untuk tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.
AirAsia telah membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan para tetamu terbang dengan lebih selesa dan selamat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, “Keputusan untuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan kami dibuat demi untuk menjaga keselamatan para tetamu dan kakitangan kami. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain. Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di airasia Super App.
“Para tetamu kini boleh menggunakan sistem daftar masuk mudah dan pantas yang membolehkan mereka memuat naik dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi mereka untuk pengesahan segera dan menggunakan sistem pengecaman wajah FACES untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.”
AirAsia juga menasihatkan penumpang memastikan beberapa perkara tersebut sebelum melakukan tempahan tiket penerbangan:
Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan.
Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan di destinasi anda. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan seperti sijil keputusan negatif COVID-19 dan sijil lengkap vaksinasi. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.
Pastikan anda tidak mengalami sebarang gejala
Jika anda mengalami simptom seperti selesema, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan anda. Sebagai tetamu yang bertanggungjawab, kami juga ingin menasihati anda untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum penerbangan anda bagi memastikan bahawa anda selamat untuk melakukan perjalanan dan melindungi para tetamu lain di sepanjang perjalanan anda.
Hanya tetamu yang telah divaksin sepenuhnya akan diterima
Anda haruslah telah divaksin sepenuhnya dan telah melepasi tempoh matang serta diklasifikasikan sebagai status “Risiko Rendah” atau “Kontak Kasual Tanpa Gejala” di aplikasi MySejahtera untuk meneruskan perjalanan anda.
AirAsia telah mewajibkan daftar masuk kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.
Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ianya boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.
Sila ambil maklum:
Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalu kita dengan negara Venice yang memang terkenal dengan percutían mewah sambil menyusuri bot meihat keindahan kawasan sekitar.
Sebenarnya bukan Venice saja, rupanya Jepun juga mempunyai destinasi yang mempunyai keindahan begitu.
Perkongsian ringkas wanita Zunita Ramli ini memberitahu mengenai Venice Of Japan atau dikenali juga dengan nama Funaya.
Funaya, atau lebih dikenali sebagai “Venice of Japan” adalah sebuah perkampungan kecil atas air yang terletak di bandar Ine di wilayah Kyoto.
“Funaya” yang bermaksud ‘Rumah Bot’ dalam Bahasa Jepun biasanya berfungsi sebagai garaj untuk menyimpan bot di tingkat bawah dan tuan rumah pula akan tinggal di tingkat atasnya.
Dibina pada pertengahan pemerintahan era Edo, kini terdapat lebih kurang 200 rumah funaya di sepanjang 5km Teluk Ine (Ine Bay). Funaya juga dikenali sebagai “Hidden Gems of Kyoto”.
Bila bercuti ke Melaka, A Famosa antara lokasi yang hampir tidak pernah terlepas daripada senarai kunjungan. Struktur batu lama yang terletak berhampiran Bukit St....