Semua masjid di seluruh negara akan menghentikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membantu negara untuk memutuskan rantaian virus COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Photo credit :KAMARUL AKHIR/AFP/Getty Images)
Jelasnya arahan tersebut selari dengan langkah yang diambil di beberapa negara Islam lain, seperti Arab Saudi dan Kuwait. Minggu lalu, Perlis antara negeri terawal yang membatalkan Solat Jumaat di seluruh masjidnya.
“Patuhilah arahan yang dikeluarkan dan gantilah solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing, bersama keluarga. Hampir keseluruhan bersetuju dalam kes seperti ini dan semua pihak hendaklah mematuhi perintah yang ditetapkan pemerintah. Sekali lagi pesan saya, solatlah Zohor di rumah, InsyaAllah ada hikmahnya,” katanya.
Semporna yang terkenal dengan khazanah marin serta pulau peranginan antarabangsa menawarkan pelbagai pakej percutian bajet dan menarik untuk pelancong dalam negara berkunjung ke daerah di Sabah ini.
Kebanyakan pengusaha resort di sini menyediakan tawaran yang sukar ditolak khususnya buat penyelam dan pencinta hidupan marin bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan setelah ditutup beberapa bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Semporna sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pascapandemik COVID-19. Keyakinan itu bersandarkan kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan selaras dengan arahan kerajaan.
Selain aktiviti skuba, pelancong juga boleh melakukan snorkeling atau island hoping ke Taman Marin Tun Sakaran yang meliputi Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Mabul, Kapalai dan Sipadan merupakan pulau saling berdekatan dan menyajikan pemandangan indah hidupan marin buat pencinta alam bawah laut. Tawaran pakej pelancongan itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong domestik mengambil peluang bercuti ke Semporna sekali gus menyahut saranan kerajaan agar rakyat Malaysia melancong di dalam negara melalui kempen ‘Travel Domestic’. Jangan lepaskan peluang ya!
Bagi mereka yang pernah “mandi” dan memberi ikan kelah makan di Taman Negeri Royal Belum di Perak pasti mengetahui betapa seronoknya aktiviti berkenaan. Saat memberi makan, ribuan ikan kelah ini dengan rakus menangkap makanan tersebut sekaligus menimbulkan suasana “gerun” bagi mereka yang kali pertama melakukan aktiviti berkenaan. Biasanya aktiviti berkenaan hanya membenrkan kita memberi makan selain mandi manda bahkan adalah dilarang sama sekali menangkapnya. Untuk pergi ke santuari ini juga perlu menaiki bot atau mengikut trail perjalanan merentas hutan disediakan sebelum sampai ke lokasi.
Dan nampaknya berita baik bagi pelancongan di Negeri Sembilan apabila santuari ikan pertama bakal beroperasi tahun depan di Sungai Kenaboi, Jelebu kerana kejernihan airnya yang belum tercemar sekaligus menjadi destinasi pelancongan terbaru di negeri tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) komited untuk mewujudkan sebuah pusat konservasi atau santuari dan pusat penetasan ikan di Sungai Kenaboi, Jelebu yang dijadualkan beroperasi awal tahun hadapan.
Pengarah JPNS Saleh Awaludin berkata, projek membabitkan kos kira-kira RM120,000 itu bertujuan memelihara dan memulihara serta memperkaya pelbagai spesies ikan di perairan negeri daripada diancam kepupusan khususnya yang jarang dijumpai termasuk kelah.
Beliau berkata, projek itu kini dalam peringkat pembinaan infrastruktur dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Orang Asli negeri serta beberapa agensi lain.
"Tujuan utama adalah untuk memperkaya semula sungai kita dengan spesies ikan tempatan dan pada peringkat awal ini, kita pilih Sungai Kenaboi kerana sumber airnya yang bersih serta tidak tercemar.
"Lokasi itu juga kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan berdasarkan rekod, Sungai Kenaboi dahulu terdapat banyak kelah, tetapi sekarang makin sukar ditemui susulan kegiatan manusia berburu secara haram," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan baka ikan untuk dibiakkan di santuari itu dibekalkan oleh jabatan perikanan negeri dan Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (FRI Glami Lemi) di Jelebu.
Saleh berkata, santuari itu juga berperanan memastikan kawasan hutan terpelihara selain spesis ikan asal yang mendiami kawasan berkenaan kekal menghuni dan jika ia berjaya, projek sama akan dilakukan di sungai lain di negeri itu.
Beliau berkata, santuari ikan itu turut berpandukan konsep Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor dan Taman Negeri Royal Belum di Perak yang dilihat berjaya memastikan spesies ikan dipulihara dan kekal pada habitatnya.
Katanya, kewujudan santuari dan pusat penetasan ikan itu juga mampu menjadi tarikan baharu untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan luar negeri sekali gus mempertingkatkan sektor ekopelancongan dan ekonomi setempat.
Sementara itu, Saleh berkata, usaha memulihara populasi ikan khususnya spesies terancam dan jarang ditemui juga memerlukan kerjasama masyarakat Orang Asli berikutan mereka adalah kelompok masyarakat yang paling hampir dengan sungai berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan alatan renjatan elektrik, menuba dan bom yang boleh menyebabkan kepupusan sumber ikan selain tidak menceroboh kawasan yang digazetkan sebagai hutan yang dilindungi. Sumber : Harian Metro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bukan nak cakap besar. Tetapi terbukti silat adalah milik kita! Jangan ada negara lain yang sibuk-sibuk bergaduh nak 'claim' pula.
Silat merupakan seni bela diri tradisional telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan (intangible cultural heritage in humanity) milik Malaysia.
Pengiktirafan ini sekaligus akan mengukuhkan hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota yang secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara pada masa akan datang.
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai,...