Walaupun dikatakan kita hanya boleh merentas negeri sekitar bulan November nanti, tapi tidak salah untuk survey dulu beberapa tempat menarik membawa keluarga bercuti.
Tidak perlu pergi jauh, singgah saja ke Melaka dengan berkunjung ke The Taming Sari Beach House yang hanya lebih kurang dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Di sini kita boleh merasai sendiri pengalaman melepak di chalet sambil melayan bunyi deruan ombak yang mendamaikan.
Senang cerita buka saja pintu bilik, boleh terus mandi laut bersama anak-anak. Tidak perlu bercuti lama, cukup sekadar dua hari satu malam dan pastinya percutian yang singkat tetapi memberi makna tersendiri buat seluruh ahli keluarga yang sudah lama tidak lakukan aktiviti bersama.
Maklumlah sudah lama sangat kita hanya terperap dalam rumah, dan jika diberikan keizınan nanti janganlah lepaskan peluang untuk bercuti di sini.
Ads
Selain itu kemudahan lain turut disediakan adalah port memancing dan juga untuk membuat BBQ.
The Taming Sari Beach House ini terletak di Kg Pantai Hilir, Jalan Kampung Solok.
Ads
Kadar sewa yang dikenakan pada hari biasa RM180 şemalam dan pada hujung minggu pula RM220 semalaman.
Ads
Lebih menyeronokkan, kita juga akan dapat complimentary breakfast nasi Lemak ala-ala kampung untuk dua orang. Jadi tunggu apa lagi buatlah tempahan dan hubungi pihak yang berkaitan.
Setiap orang pasti mahukan percutian yang indah, menarik dan akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Namun apakan daya, bak kata pepatah melayu, malang tidak berbau dan kecelakaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kecelakaan bukan sahaja membabitkan tragedi kecederaan semata-mata, malah kerugian harta benda turut merupakan tragedi kecelekaan yang termasuk dalam pepatah tersebut.
Tragedi yang tidak diingini itu telah berlaku kepada Mohd Yassin sewaktu percutian beliau bersama kumpulannya di sebuah resort peranginan yang terletak di Pulau Perhentian Kecil baru-baru ini, di mana bilik inap yang disewa telah dipecah masuk oleh pencuri sehingga menyebabkan Yassin kerugian lebih kurang lima ribu ringgit.
Libur berkesempatan untuk menghubungi Yassin bagi mendapatkan sedikit maklumat berkenaan kejadian tersebut kerana pada hemat saya, kejadian seperti ini wajar dijadikan tauladan dan peringatan kepada setiap pelancong agar kejadian sama tidak berulang kepada sesiapa.
Sedikit fakta kes yang dapat dikongsikan kepada pembaca adalah kejadian berlaku pada waktu malam ketika Yassin dan kumpulannya keluar dari bilik. Sekembali mereka ke bilik, didapati bahawa pintu bilik telah pecah dan Yassin menyedari bahawa beberapa barang kepunyaannya seperti cincin perkahwinan, jam, kamera dan cermin mata hilang daripada simpanan.
Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Yassin berkata bahawa kejadian pecah masuk ke bilik beliau itu berlaku lebih kurang pukul 7.30 malam hingga 11.30 malam. Selepas memaklumkan kepada pihak pengurusan kejadian yang berlaku, pihak pengurusan resort telah membawa Yassin ke kawasan kediaman pekerja untuk membuat pemeriksaan namun tidak membuahkan apa-apa hasil.
Keesokkan paginya, pihak pengurusan resort telah memberikan satu bot kepada Yassin untuk pergi membuat laporan polis dan setelah pulang, pihak pengurusan memaklumkan bahawa ada beberapa barang yang dipercayai milik Yassin telah dijumpai di kawasan storekeeper. Tidak dapat dipastikan sama ada barang-barang tersebut dijumpai di tempat lain lalu disimpan di bilik storekeeper ataupun, sememangnya ditinggalkan di sana. Menurut pihak pengurusan, kawasan storekeeper itu hanya boleh diakses oleh pekerja sahaja.
Tambah Yassin, di kawasan bilik beliau menginap itu tidak ada sistem kawasalan litar tertutup malah Libur sempat bertanya sama ada pihak resort ada menyediakan kemudahan safe box, namun Yassin menidakkan bahawa kemudahan tersebut ada disediakan. Kebiasaanya trend pada masa kini, pihak hotel dan juga resort ada menyediakan kemudahan safe box di dalam bilik pelanggan untuk menyimpan barang-barang berharga daripada terjadi kes kehilangan atau kecurian seperti ini.
Demikian adalah sedikit fakta kes yang berlaku dan dalam hal seperti ini, kita tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak. Seperti yang saya katakan di atas, kes ini wajar kita jadikan tauladan dan pengajaran kepada kedua-dua belah pihak, orang ramai yang menjadi pelancong dan diri saya sendiri.
Yang pertamanya, adalah pengusaha hotel dan resort yang menyediakan penginapan kepada tetamu di tempat mereka. Adalah menjadi amalan yang baik sekiranya mereka dapat menyediakan sedikit kemudahan keselamatan untuk tetamu yang berkunjung ke tempat inap mereka.
Rata-rata hotel dan resort pada masa kini telah pun memasang sistem rakaman kamera litar tertutup di sekitar kawasan penginapan mereka malah turut menyediakan kemudahan safe box disetiap bilik untuk kegunaan pengunjung menyimpan barang-barang berharga dan seumpamanya. Apa yang dapat saya lihat, hanya hotel-hotel tertentu sahaja yang menyediakan kemudahan safe box di bilik-bilik.
Bukanlah saya bermaksud bahawa hotel itu ada duit lebih untuk menyediakan kemudahan seperti safe box ini, namun, sekiranya lebih banyak hotel dan resort tempatan menyediakan kemudahan yang sama, tidak itu dapat memberikan nilai tambah dan memberikan lebih rasa yakin kepada pengunjung untuk bermalam di hotel dan resort anda? Setidaknya kita bersaing secara sihat dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, setaraf dengan hotel dan resort yang lain.
Kepada para pelancong pula, jangan sesekali tinggalkan barang-barang berharga di dalam bilik tidak kira sama ada anda ingin keluar sebentar sekalipun. Sediakan satu beg galas yang khusus untuk membawa barang-barang berharga tersebut bersama anda tidak kira ke mana sekalipun. Ini kerana sememangnya menjadi polisi amalan hotel dan resort untuk tidak bertanggungjawab terhadap barang-barang peribadi yang ada di dalam bilik anda. Keselamatan tersebut terletak di bahu anda sendiri. Jadi, pastikan anda tidak tinggal apa-apa yang bernilai di dalam bilik.
Saya ucapkan salam takziah ke atas kerugian yang dialami oleh Yassin dan diharap barang yang hilang dapat dijumpai semula. Kepada anda diluar sana, beringatlah sentiasa semasa menikmati percutian indah anda. Jangan biarkan percutian anda berakhir tragedi…
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
AirAsia Group Bhd mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd untuk mengurangkan beban kewangan syarikat dan kumpulan.
Keputusan itu diambil berikutan situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19. Sekatan perjalanan dan keadaan yang tidak menentu menjejaskan permintaan untuk perjalanan perniagaan dan percutian menyebabkan pengurangan dan pembatalan penerbangan. Faktor ini telah memberi impak kepada keupayaan syarikat untuk terus beroperasi.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang bermula Julai ini.
Kerajaan Pulau Pinang akan mengetepikan caj hotel selama enam bulan berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember 2020, selaras dengan kebenaran merentas negeri.
Ia adalah usaha Pulau Pinang untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
Bila fikirkan percutian yang romantik, mesti ramai terfikirkan Paris. Paris sentiasa jadi penanda aras dan gambaran percutian yang romantik. Tetapi bukan semua trip romantik...