Mesti ramai yang teringin bercuti kala ini. Sekian lama berkurung perasaan ingin bercuti tentunya menggebu-gebu namun buat masa ini, hasrat itu perlu dipendamkan dulu kerana negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tapi korang boleh masukkan list Rumah Sungai di Lenggong, Perak ini sebagai destinasi bakal pergi kerana suasananya memang mendamaikan apatah lagi terletak betul-betul di hadapan sungai.
Ads
Jadi untuk korang yang nak bercuti santai bersama family atau kawan-kawan dan merasai suasana dikampung. Semuanya 3 chalet. 2 chalet yang berwarna coklat tu RM160/night, chalet hijau RM200/night.
Yang hijau ni ada aircond, water heater dan peti ais. Tapi sebenarnya tak ada aircond pun takpe.. malam sejuk giler. Nak mandi sungai, keluar bilik terjun je kat depan tu. Sungainya tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak.
Ads
Keluar Tol PLUS Kuala Kangsar terus je dalam 30 minit sampai la ke Rumah Sungai, Lenggong, Perak ini.
Harga bilik dah termasuk breakfast dan lunch. Breakfast boleh pilih nasi lemak/bihun goreng/nasi goreng. Untuk lunch pula boleh pilih set A/B/C, masakan kampung yang cukup awesome. Owner siap bagi jeruk petai dan durian lagi.. Perghh.
Untuk makan malam boleh sewa tempat BBQ, RM15 je. Kita bawak sendiri ayam/daging perap dan bahan lain. Memang syok tepi sungai yang sejuk sambil dengar air mengalir. Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi selepas PKP, better rancang awal kot tahun depan, kalau main redah je nanti chance nak dapat chalet tu tipis la. Rumah Sungai #TravelPerakLah
Sumber : I Am Parit Buntar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tokyo Disneyland, tarikan utama pelancong ke Jepun akan mula ditutup pada 29 Februari lalu sehingga 15 Mac 2020 ini akibat penularan jangkitan koronavirus (COVID-19) di Jepun.
Penutupan Tokyo Disneyland akan menangguhkan atau membatalkan semua acara besar-besaran dua minggu ke hadapan berikutan arahan kerajaan. Presiden Jepun, Abe Shinzo turut memerintahkan semua sekolah di serata negara ditutup selama sebulan.
Universal Studios Japan di Osaka, yang juga dikendalikan operator yang sama juga bakal ditutup pada tarikh yang sama. Kebimbangan tentang penularan wabak itu juga mempengaruhi operasi Tokyo DisneySea. Tarikan yang dibina pada 2001 itu juga dilaporkan akan ditutup sementara. Operator di Oriental Land menyatakan mereka berharap akan membuka semula taman tema itu pada 16 Mac jika keadaan mengizinkan.
Dalam pada itu, walaupun desas-desus mengatakan Sukan Olimpik Tokyo yang akan dijalankan 24 Julai ini berkemungkinan besar dibatalkan susulan wabak koronavirus, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan hal itu.
Jelas Dr. Mike Ryan, Ketua Program Kecemasan Kesihatan WHO, keputusan pembatalan belum dilakukan memperlihatkan komitmen penganjur Olimpik Tokyo untuk tetap meneruskan acara seperti dirancang. Walau bagaimanapun, Dick Pound, ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) mengatakan keputusan pembatalan mungkin akan dibuat jika penularan wabak virus itu semakin serius.
Bila memilih lokasi untuk camping, antara yang menjadi faktor adalah tempat yang cantik dengan kemudahan yang baik dan lengkap. Lagi best bila campsite itu bersih dan cantik. Baru seronok nak menginap dua tiga malam.
Terletak di tepi laut, Cherating, Pahang, Willow Tree Cherating menjadi pilihan camper Fa Hani dan pasangan. Cukup privasi dan tenang, banyak aktiviti yang dilakukan oleh wanita ini sepanjang camping selama empat hari tiga malam di sana.
Meskipun terpaksa melalui detik sukar kerana ribut melanda, namun semuanya beres dengan kelengkapan yang lengkap dan juga pemilik campsite yang banyak membantu.
Nak tahu apa yang best di campsite ini, ikuti perkongsian cerita dan gambar dari Fa Hani:
Privasi dan tenang di Willow Tree Campsite
Hari tu saya saja-saja ja upload gambaq dan tak sangka ramai yg duk tanya kat mana.. ni sedikit review na..
4D3N
New campsite di Cherating. Sangat privacy & quiet. Also CO Very humble and super friendly, Mr Kermin & wife. Kami pakai 1 x village 13 , 1 Mx pro dan 1 x mountainhiker shelter tent untuk lepak-lepak masak-masak. Sabtu malam ribut and hujan, jiran-jiran punya flysheet dan barang-barang bawah flysheet bersepah dah. CO habaq ada juga jiran yang pack duk hotel malam tu. Kami pula zip kan shelter tent dan lepak dalam tu masa tengah ribut, bila ribut reda dan hujan pula start lebat, kami layan netflix pula dalam shelter tent., best pakai shelter tent ni tapi kena guna peg 40cm. Barang-barang kami semua selamat takde apa. Hujan dah renyai sikit baru keluar pi tent masing-masing tidur. CO Kermin tengah-tengah ribut datang tolong campers yang tengah serabut dilanda ribut. Co yang sangat baik..10000x thumbs up! Thank you MR Kermin & Wife.. you guys are awesome!
P.S- By the way depa ada lagi 1 campsite di hulu langat atas bukit, boleh nampak awan2 romantik, masuk lah list siap2.
Kebersihan: 10000000x Super clean, ada 3 pekerja bersih kan campsite setiap hari.
Maximun tents per day: 25 tents including camper van
Fee: call Mr Kermin for pricing
First comes first serve basis
Check in: 2 pm
Check out : 12 pm
* kalau tak busy, CO sangat flexible waktu Check in and check out time, tanya CO dulu.
Parking: kena parking di parking lot sebab tanah pasir, hanya 4×4 boleh masuk untuk unload barang. Kalau hangpa ketegak juga, kereta sangkut kat pasir jangan duk call kacau CO. Kesian CO. Sendiri tanggung na!
Plugpoint: common area
Pet Friendly
Toilet: total- 4 toilets with shower
1 x open bali style shower with toilet
2 x seating toilet with shower
1 x toilet cangkung with shower.
Air shower laju. (wall toilet sangat tinggi..kalau orang nak skodeng pun kena bawa tangga atau high stool. So impossible lah ada orang nak buat lagutu)
Trend beli-belah telah berkembang dengan pesat kerana ianya kini memainkan peranan penting dalam gaya hidup pembeli. Pengunjung bukan sahaja mengharapkan pusat beli-belah berfungsi sebagai sebuah tempat jual-beli barangan, tetapi juga untuk bersosial dan berhibur. Ini menjadi sebab utama mengapa pusat membeli-belah kerap dikunjungi di Negeri Selangor, kerana ia bukan sahaja menempatkan pelbagai kedai dan premis jualan, malah turut menjadi destinasi pilihan orang ramai bagi menghabiskan masa terluang mereka.
1 Utama Shopping Centre merupakan pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia dan paling membanggakan, ianya termasuk dalam senarai 10 pusat beli-belah terbesar di dunia. 1 Utama Shopping Centre yang menggunakan slogan ”It’s All in One”, mempromosikan idea membeli-belah, hiburan dan medan selera ke aras yang baru. 1 Utama Shopping Centre telah memenangi pelbagai anugerah dengan mempunyai lebih daripada 700 buah kedai dengan keluasan 5.59 juta kaki persegi serta 7 tingkat keseluruhan. Ia turut menawarkan kemudahan sukan dalam-premis dan pusat hiburan – Camp5, PADI 5-star Diving Centre Sealantis, Rooftop Futsal Padang, Celebrity Fitness Gym dan Wangsa Bowl.
IOI City Mall terletak berdekatan dengan IOI City Resort juga salah satu pusat membeli-belah terbesar di Selangor. Terletak berhampiran dengan jalan raya utama dan pengangkutan awam, ianya memberikan akses yang mudah kepada para pengunjung. Mempunyai keluasan 1.5 juta kaki persegi dan meliputi trend fesyen masa kini, pasar raya, pawagam dan medan selera; ianya juga menawarkan pengalaman santapan lokal dan antarabangsa. Lebih menarik lagi, di sini terdapat sebuah gelanggang luncur ais; Icescape dan taman tema sukan dalam-premis; District 21.
Sunway Pyramid merupakan sebuah pusat beli-belah yang dibuka pada tahun 1997 dan mempunyai tema tersendiri. Dengan keluasan 4.3 juta kaki persegi, ianya telah menjadi satu empayar pusat beli-belah melibatkan produk dan jenama yang hebat. Bentuknya yang diinspirasikan oleh struktur piramid dari negara Timur Tengah ini dapat dilihat secara jelas, ditambah pula dengan penonjolan ukiran singa yang besar seakan-akan melindungi pintu masuk utamanya. Selain itu, terdapat juga senibina berbentuk kubah di Orange Atrium dan Blue Atrium.
Pusat beli-belah bertema seterusnya ialah Central i-City yang terletak di Shah Alam. Dengan pelan dan struktur kedai yang teratur, tidak sukar untuk mencari premis kegemaran anda di sini. Dengan konsep seni-reka taman, persekitarannya turut menyegarkan, ditambah pula dengan kolam yang diisi dengan ikan sebenar di paras paling bawah pusat beli-belah ini. Para pengunjung bukan sahaja boleh membeli-belah, malah mereka dan keluarga juga dapat menikmati persembahan pancuran air yang mengujakan!
Selangor menawarkan pasaran borong yang luas dan berkembang sehingga saat ini. Pembekal yang menawarkan produk tempatan dan import memberikan peluang kepada pemborong untuk membeli secara pukal, malah ianya juga lebih menjimatkan. Pusat borong yang terkenal di Selangor, GM Klang Wholesale City terletak di bahagian selatan Klang menawarkan jualan dan pembelian secara borong dengan pelbagai pembekal barangan mempunyai premis jualan di sini. Pengunjung juga boleh ‘menyelam’ atau cuci mata di lebih dari 2,500 kedai yang menjual pelbagai jenis produk; semuanya terletak di bawah satu bumbung.
Uptown di pusat bandar atau pasar malam urban adalah sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong domestik. Hal ini kerana ianya melambangkan cara hidup masyarakat di Malaysia. Uptown telah wujud sekian lama dan kunjungan ke sini telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan rakyat tempatan. Kewujudan pasar malam di banyak pusat bandar ini membolehkan semua penduduk mahupun pengunjung untuk menikmati kepelbagaian dari segi barang runcit, makanan dan pakaian pada harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai pilihan pasar malam urban yang menjadi tumpuan orang ramai di Selangor termasuklah Uptown Shah Alam, Uptown Kota Damansara, Uptown Jalan Reko dan Uptown Puchong. Uptown Puchong mempunyai kelebihan kerana ianya menawarkan pelbagai jenis makanan yang sering didapati terjual di pinggir jalan atau lebih dikenali sebagai “street food”.
Tamarind Square mempunyai konsep perkampungan urban di mana ianya melambangkan orang awam dari pelbagai latar belakang yang menikmati kehidupan dari pelbagai aspek. Di sini merupakan tempat di mana aspek seni dan budaya bertembung dan bergabung dengan perdagangan. Para pengunjung dapat menikmati suasana yang tenang dengan adanya hiasan yang menampakkan seolah-oleh kewujudannya telah lama. Ditambah dengan elemen alam semula jadi yang digunakan untuk menghidupkan lagi suasana harmoni di dalam kehidupan urban, Tamarind Square juga menjadi tempat menarik bagi pasangan pengantin untuk menjalankan sesi fotografi oleh kerana reka bentuknya yang sangat Instagramable.
The Curve, Mutiara Damansara merupakan pusat beli-belah yang mesra-pejalan kaki yang pertama di Malaysia dan turut mempunyai seleksi restoran terkemuka. The Curve mempunyai pelbagai tarikan yang berbeza, ditambah pula dengan kanopi pejalan kaki yang sangat luas. Seterusnya, medan selera yang memberi suasana yang luar biasa itu dibahagikan kepada Asian dan Western Courtyards. Bertentangan kedua Courtyards ini adalah “The Street” dimana ianya merupakan sebuah lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga bersantai mahupun menikmati hidangan makan malam.
Kekecewaan yang dirasai oleh para ibu dan wanita apabila masuk ke pusat beli-belah dan mengalami kesulitan dengan tempat letak kereta yang tidak mencukupi adalah masalah sebenar. Tambahan lagi, jika pusat beli-belah kurang menyediakan kemudahan buat para ibu yang datang bersama anak kecil. Terdapat beberapa pusat beli-belah di Negeri Selangor yang boleh mengubati kekecewaan ini serta turut memberikan keutamaan terhadap faktor keselesaan pengunjung. Starling Mall menawarkan kemudahan yang mesra-keluarga seperti bilik salinan bayi dan ianya juga menjaminkan tahap privasi yang maksimum.
Manakala, Paradigm Mall, Petaling Jaya yang mempunyai 300 premis di enam tingkat dengan keluasan 700,000 kaki persegi pastinya memberikan sebuah pengalaman beli-belah yang mengujakan. Dibina sesuai untuk golongan muda dan berkeluarga, pusat beli-belah ini juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik salinan bayi; lengkap dengan mesin air sejuk dan panas, alas katil untuk menukar lampin bayi, serta bilik air bersambung. IOI Mall Puchong pula mempunyai empat tingkat kedai dengan reka bentuk mendatar dan merangkumi lebih daripada 3,000 tempat letak kereta. Ia sesuai untuk pengunjung bersama keluarga tidak kira usia. Selain itu, IOI Mall Puchong juga menawarkan konsep mesra-keluarga, malah turut memberikan keutamaan kepada para wanita. Anda boleh mengakses kemudahan seperti bilik bayi dan bilik salinan bayi, dan IOI Mall Puchong juga turut menyediakan tempat letak kereta khas buat wanita. Jadi mereka dapat membeli-belah tanpa kerisauan!
Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang merupakan salah sebuah pusat beli-belah yang wajib anda singgahi dan berbelanja. Kedudukannya hanya 6 kilometer dari KLIA dan KLIA2. Ia membawa konsep factory outlet yang menawarkan pelbagai jenis jenama mahupun barangan mewah dengan potongan harga yang sangat menarik.
Walaupun hanya menawarkan produk off-seasoned, namun ianya masih berkualiti dan yang paling penting, harganya jauh lebih murah dari harga pasaran. Produk-produk keluaran negara Jepun turut boleh didapati di Japan Avenue di sini. Mitsui Outlet Park dapat memberikan suasana yang lebih nyaman dan tenang berbanding pusat beli-belah yang lain yang sentiasa padat dengan pengunjung. Ianya juga menawarkan tempat letak kereta yang banyak dan mudah diakses.
Trend masa kini kita menyaksikan fesyen muslimah semakin dikenali dan kebanyakan koleksinya mendapat sambutan yang hangat daripada penggemar fesyen muslimah mahupun orang ramai. Terdapat pelbagai koleksi pakaian muslimah yang menawan dan berkualiti yang dijual di beberapa butik di sekitar Negeri Selangor. Pakaian muslimah terdiri daripada pelbagai jenis rekaan tudung, abaya dan lain-lain lagi. Penggemar fesyen muslimah boleh berkunjung ke beberapa hub fesyen muslimah seperti di Seksyen 7, Shah Alam dan Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan pakaian muslimah yang sesuai dengan pelbagai acara dengan harga yang berpatutan.
SACC Mall, Shah Alam adalah pusat beli-belah dalam kawasan kejiranan anda, namun ianya dibina dengan elemen tarikan yang tersendiri. Dengan tiga tingkat yang dipenuhi oleh premis jualan, SACC Mall menawarkan pengalaman beli-belah yang sesuai untuk seisi keluarga. Turut dikenali sebagi sebuah hub fesyen muslimah; SACC Mall menawarkan pengalaman beli-belah dengan penuh kemudahan, ditambah pula dengan pelbagai pilihan outlet F&B yang pasti menambat hati.
Dunia perniagaan membangun dengan pesat namun pusat beli-belah tetap memainkan peranan yang penting terutama di kawasan bandar di Negeri Selangor. Selaras dengan Kempen Tourism Selangor; “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu”; keselesaan dan keselamatan pengunjung pusat beli-belah yang telah dikongsikan di sini adalah satu aspek yang diberikan penekanan. Oleh itu, setiap pengunjung diingatkan untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pengunjung harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan jarak sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi memastikan kesejahteraan para pengunjung terjamin.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Muzium Louvre di Paris bukan sekadar lokasi wajib bergambar ketika bercuti ke Perancis. Di sebalik piramid kaca yang ikonik, muzium ini menyimpan sejarah panjang,...