Perlis merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, namun mempunyai banyak tarikan pelancongan hebat dan menyeronokkan.
Tenang dan memiliki bentuk muka bumi istimewa menjadi faktor tarikan utama dalam kalangan pelancong untuk menerokai Perlis.
Negeri Indera Kayangan ini menyimpan khazanah hutan yang amat berharga. Kawasan hutan di Perlis menjadi satu-satunya negeri di Malaysia mempunyai spesies Pokok Bogak terbanyak untuk dinikmati pencinta alam.
Hutan Simpanan Kekal, Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu merupakan hutan simpan tertua di negara ini dengan sebahagian besar Banjaran Nakawan terdiri daripada formasi batu kapur berusia kira-kira 500 juta tahun. Ini lokasi alam semulajadi lain yang menarik ada di Perlis:
Gua Kelam
Gua Kelam merupakan satu daripada gua batu kapur tertua di Malaysia terletak di Kaki Bukit. Gua ini dahulunya terkenal dengan lombong bijih besi selain menjadi laluan antara penduduk Wang Kelian dengan Kaki Bukit. Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun yang lampau dan Gua Kelam dikatakan merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan.
Gua Kelam 1 atau dikenali sebagai Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan laluan di dalam gua melalui jambatan kayu tergantung. Panorama di dalam perut gua ini begitu indah dibantu dengan sorotan lampu berwarna-warni menemani pengunjung sepanjang perjalanan. Gua Kelam 1 boleh dikatakan sebagai ‘bintang’ di Perlis, jika tidak sampai ke sini, umpama anda belum jejakkan kaki di Perlis. Pada hujung minggu, lokasi ini agak meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang gemar melakukan aktiviti perkelahan dan mandi air sungai yang mengalir dari gua ini.
Gua Kelam 2 -Kini terdapat tarikan terbaru di Gua Kelam 2, orang ramai diberi peluang untuk menyusuri laluan dalam terowong bekas kerja-kerja perlombongan sejauh kira-kira 3.8 meter. Jujur penulis kata kan ini merupakan satu pengalaman menarik yang sukar dilupakan. Laluan ke dalam Gua Kelam 2 diterangi dengan sedikit cahaya lampu jingga yang malap, namun disepanjang perjalanan masih kelihatan jelas kesan tapak aktiviti pemindahan bijih besi masa lampau. Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai formasi batuan, stalaktit serta stalagmit dalam bermacam rupa dan bentuk.
Bukit Tok Dun
Bukit Tok Dun terletak di Ulu Pauh, Arau berhampiran dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Bukit yang mempunyai ketinggian 325mdpl ini menjadi tumpuan pemburu matahari terbit/terbenam dan juga fenomena awan karpet.
Ads
Bukit Chabang
Bukit Chabang boleh dikatakan sebagai ikon negeri Perlis. Bukit yang terbelah dua ini ibarat lukisan matahari keluar dengan sawah padi. Berketinggian 390 mpdl dan mempunyai trek mendaki yang hampir 90% climb dengan struktur baerbatu tajam. Untuk mendaki, perlulah mendapatkan permit dan mempunyai guide yang terlatih.
Stesen Penyelidikan FRIM Perlis
Stesen Penyelidikan FRIM Perlis merupakan pusat penyelidikan perhutanan jati, yang memiliki landskap sesuai menikmati panorama flora hutan dan beriadah. Terletak di Hutan Simpan Mata Ayer, FRIM Canopy Walk sepanjang 100 meter dengan ketinggian 17 meter pada aras laut merupakan tarikan utama pengunjung singgah ke sini. Dari aras ketinggian ini anda boleh menikmati kehijauan semula jadi hutan hujan tropika dan mengenali secara lebih dekat flora hutan. Jika bernasib baik, terdapat juga beberapa haiwan yang bermain-main berhampiran kawasan ini seperti monyet, tupai dan burung.
Ads
Wang Burma
Wang Burma terletak di Taman Negeri Perlis. Sebenarnya ada lagi beberapa gua di Perlis dan ada diantaranya yang masih belum diteroka dan dibuka untuk pelawat. Gua Wang Burma ada 2 bahagian, iaitu Gua Wang Burma 1 yang terdiri dari formasi batuan menarik seperti ‘stalactite’ dan ‘stalagmite’ manakala Gua Wang Burma 2 pula memerlukan gabungan kekuatan fizikal dan mental seperti merangkak di laluan sungai yang sempit.
Puncak Bukit Cenderawasih
Puncak Bukit Cenderawasih tidak jauh dari pusat bandar Kangar dan di kenali sebagai Gua Sami. Terdapat laluan mendaki yang merupakan tangga buatan. Dari puncak, anda dapat lihat pemandangan sekitar bandar Kangar, Kuala Perlis dan juga matahari terbenam.
Denai Larian Pengkalan Asam
Ads
Denai Larian Pengkalan Asam menyediakan trek jogging yang terletak di sekitar sungai. Antara tarikan yang ada di sini ialah jambatan gantung. Lokasi ini juga menarik untuk anda bergambar sambil beriadah.
Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh merupakan empangan utama Perlis. Tasik buatan ini memiliki keindahan panorama yang permai lagi mempersona. Menjadi lokasi sesuai untuk bergambar dan video. Selain menjadi sumber hasil kepada nelayan darat, terdapat juga sukan air dan aktiviti memancing yang dijalankan di sini.
Bukit Keteri
Bukit Keteri merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia. Bukit Keteri ini sebenarnya salah satu daripada laluan pendakian yang paling mencabar di Asia.
Jom pakat mai Perlis!
image via google & FB Perlis Aktif
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bukan senang untuk melihat bandar-bandar yang penuh berwarna-warni. Tapi situasi ini tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa bandar yang kami paparkan. Kami percaya, kunjungan ke bandar ini membantu menceriakan hari anda!
Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Willemstad, Curacao
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
La Boca, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
Longyearbyen, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
Nyhavn, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan. Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilili air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Salah satu tempat sejuk yang patut anda singgah merasa adalah Bilut Hills Resort, di sini memang menggigil dengan pandangan yang cantik untuk anda jamu mata.
Ini pula pemandangan sekitar pada waktu malam, indah sungguh tengok.
Baik pada waktu atau malam, sangat tenang. Sesuai untuk buat family day sebab tempatnya sangat selesa, malah siap boleh makan durian!
Boleh pusing naik ATV juga, yang minat tu memang enjoy lah!
Rate harga di sini biasanya RM150-200, rasanya berbaloi lah dengan biliknya yang luas dan cantik.
Nampak tak view dari atas, boleh pili resort ikut keselesaan anda, ya.
Haaa.. dari jauh pun nampak tempat ini best, jadi anda wajib jadikan salah satu tempat ‘healing’ bersama rakan atau keluarga tersayang.
Lokasi: Bilut Hills Resort, Bentong, Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda nak rehat sambil nikmati udara dari pantai, jom lah ke Anjung Pantai Seberang di Terengganu. Di sini ada banyak chalet kayu style kampung yang pelbagai jenis.
Duduk dalam chalet sahaja sudah boleh dengar bunyi ombak. Memang chill habis kalau dapat stay sini dengan keluarga. Suasana waktu malam mesti sejuk.
Suasana Anjung Pantai Seberang
Kawasan chalet ini luas, sesuai kalau nak berkelah dan buat macam-macam aktiviti outdoor dengan anak. Yang bestnya, landscape resort dibina cantik dengan suasana kampung. Boleh berehat santai kat sekitar chalet sambil nikmati udara segar dari pantai.
Semua jenis penginapan ini lengkap dengan aircond, Tv, hot shower dan kettle jug. Dan kelengkapam iron boleh diminta dari pihak chalet. Kemudahan bbq pun ada sekitar chalet. Boleh makan-makan santai sambil tengok laut.
Chalet ini pun berhampiran dengan tempat-tempat yang terkenal di Terengganu. Jadi boleh lah anda rancang percutian di sana.
Antara yang dekat ialah Pantai Teluk Ketapang (3 minit drive), Masjid Kristal (20 minit drive), Museum Negeri Terengganu (18 minit drive), KT Waterfront (22 minit drive), Chinatown (22 minit drive) dan macam-macam lagi.
Lokasi:
Jalan Fikri, Seberang Takir Kuala Nerus, Terengganu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!