Apabila terpandang menu masakan yang pedas di mana-mana restoran atau gerai pastinya ‘kecur air liur’ bagi peminat hidangan ‘bercili’. Bagi kebanyakkan orang asia khususnya di Malaysia, jika tidak dapat menjamah makanan pedas terasa seperti tidak lengkap sajian makanan yang dihidangkan.

Bagaimanapun, setiap restoran mahupun gerai pasti mempunyai rahsia tersendiri untuk menerbitkan rasa berlainan untuk melambangkan identiti masakan pedas mereka. Gadis ini, ada kongsikan lokasi makanan istimewa khas untuk si kaki pedas.


Asalnya jumpa kedai ni dari suggestions dekat twitter from Ashril_92, jadi tadi singgahlah sebab nk lunch tak tahu kat mana nak makan. Sempat scroll twitter balik cari nama kedai ni KOTAK SS15.

Kotak Food Khas Untuk Si Kaki Pedas. Terangkat & Padu!

Menu – NASI AYAM GEPREK
Harga – RM13.80
Tahap Kepedas – 1 sampai 10
Air – Peach Tea (refillable)
Sup & Kicap manis abc – FREE OF CHARGE

Siapa kat sini yang suka gila makan pedas, pedas macam ayam gepuk tu, korang wajib try sini plak.

  • Tak perlu beratur panjang,
  • Tak perlu sedih kalau ayam habis,
  • Tak perlu berebut meja,
    (Maybe kena datang bukan lunch time lah kot)

Tapi serious, yang ini cili dia ada flavour sikit, sbb di tumis mungkin dah masuk bawang garam gula perasa ke en, kalau ayam gepuk dia cili fresh penyet teruss. Sini cili dia ditumis.

Kotak Food Khas Untuk Si Kaki Pedas. Terangkat & Padu!

Ayam dia pula dihancurkan ditumbuk dipenyetkan dan digaul bersama cili Ghost Pepper mengikut pada skala kepedasan yang korang pilih, bersama timun, salad and keropok udang.

Masa makan ni pilih level 1 je konon taknak terkejut katanya. Alih-alih tak pedas plak takde feel lah nak makan kan hahahha

So masa mintak extra cili tu (should be kena byr RM3.80) boss dia tanya, “tak pedas ke?”

Kita pun cakap lah tak pedas, naaa dia bagi level 3 punya cili dalam bekas besar tu. Amek kawww rasa cam kena perli pun ada sbb banyak okay dia bagi extra.

Kotak Food Khas Untuk Si Kaki Pedas. Terangkat & Padu!

Time tu baru rasa betapa tinggi nya langit dan bumi. PEDASSSSS!!!

Korang kena cuba atleast sekali, mana mana yg suka wong solo, ayam gepuk tu, haaa nah tambahkan dalam list tempat makan korang and tell me watchu think about it!

Kotak Food Khas Untuk Si Kaki Pedas. Terangkat & Padu!

Ada banyak lagi pilihan menu menarik di premis makanan berkonsep masakan Indonesia ini antaranya Chessy Ayam Geprek , Ayam Geprek, Nasi Sambal Matah, Nasi Sambal Pedas, Nasi Sambal Hijau Petai, Mi Sedap Sambal Matah, Mi Sedap Sambal Pedas, Ayam Panggang, Nasi Panggang, dan Sate Ayam Kicap.

Kotak Food Khas Untuk Si Kaki Pedas. Terangkat & Padu!

Lokasi: Kotak Malaysia SS15 | 7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Sumber FB: Asilah Bakri

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI