Bila fikirkan percutian yang romantik, mesti ramai terfikirkan Paris. Paris sentiasa jadi penanda aras dan gambaran percutian yang romantik. Tetapi bukan semua trip romantik perlu berakhir di Paris, kerana benua Eropah sebenarnya punya banyak bandar lain yang tak kurang indahnya.
Destinasi seperti Venice, Bruges, Prague dan Vienna sering disebut kerana suasana kota lama, seni bina klasik, terusan atau sungai, serta pengalaman berjalan kaki yang sangat dekat dengan mood percutian romantik.
Kalau anda jenis sukakan percutian yang tidak terlalu kelam-kabut, bandar-bandar ini memang sesuai dimasukkan dalam senarai. Setiap satu ada identiti tersendiri. Ada yang memikat dengan terusan dan jambatan kecil, ada yang terasa seperti dalam filem, dan ada juga yang tampil lebih elegan dengan aura klasik Eropah yang sangat kuat.
Venice, Itali
Venice sememangnya antara bandar paling mudah dikaitkan dengan suasana romantik. Identiti bandar atas air dengan rangkaian terusan, jambatan kecil dan lorong-lorong sempit menjadikan suasananya cukup berbeza daripada bandar lain di Eropah. Tidak hairanlah Venice sering menjadi pilihan pasangan yang mahu menikmati trip dengan mood yang lebih manis dan tenang.
Picturesque View of Venice Canal with Boat Venice, Italy Kredit Foto: Amelia Cui / Pexels.com
Apa yang membuatkan Venice begitu istimewa ialah suasananya yang terasa perlahan. Berjalan kaki di celah bangunan lama, menyusuri tepi terusan atau sekadar duduk menikmati pemandangan pun sudah cukup membuatkan bandar ini terasa sangat memikat.
Ads
Bruges, Belgium
Kalau anda suka bandar yang tenang, comel dan terasa seperti dalam cerita lama, Bruges memang patut diberi perhatian. Bandar ini terkenal dengan terusan, bangunan bersejarah dan suasana zaman pertengahan yang masih kuat terasa hingga hari ini. Visit Bruges sendiri menonjolkan pengalaman menaiki bot di terusan sebagai antara cara terbaik untuk menikmati bandar ini.
Aerial View of City Buildings Bruges, Belgium Kredit Foto: Dan Cristian Pădureț / pexels.com
Bruges bukan jenis bandar yang perlu diteroka dengan tergesa-gesa. Lagi sedap kalau berjalan perlahan-lahan, singgah di kafe kecil dan nikmati suasana sekeliling. Inilah jenis tempat yang buat percutian terasa lebih lembut dan dekat di hati.
Prague pula punya aura romantik yang lebih klasik dan dramatik. Bandar ini dikenali dengan seni bina lama, jambatan ikonik dan suasana kota lama yang sangat fotogenik. Prague City Tourism turut menonjolkan pelayaran di Sungai Vltava dan pengalaman meneroka bandar secara santai sebagai antara aktiviti utama yang menjadikan bandar ini begitu istimewa.
Bagi pelancong yang sukakan bandar berkarakter, Prague memang mudah mencuri perhatian. Setiap sudut terasa seperti poskad, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mahu menikmati percutian romantik dengan latar yang lebih klasik dan bersejarah.
Berbeza dengan bandar lain yang lebih santai dan manis, Vienna hadir dengan pesona yang lebih elegan. Bandar ini dikenali dengan seni, muzik, bangunan klasik dan suasana yang lebih teratur. Inilah yang membuatkan Vienna sesuai untuk mereka yang sukakan percutian romantik dalam suasana yang lebih mewah dan tenang.
Facade of The Kunsthistorisches Museum in Vienna, Austria Kredit Foto: Ozan Tabakoğlu
Vienna bukan bandar yang perlu dipenuhi dengan aktiviti terlalu padat. Kadang-kadang cukup dengan berjalan di sekitar bandar, singgah minum kopi dan menikmati keindahan seni bina lama, itu pun sudah cukup untuk membuatkan trip terasa istimewa.
Empat bandar ini membuktikan bahawa suasana romantik di Eropah bukan hanya milik Paris. Venice, Bruges, Prague dan Vienna masing-masing punya kelebihan sendiri yang mampu membuatkan perjalanan terasa lebih indah dan berkesan. Kalau anda sedang mencari destinasi untuk trip yang lebih tenang, cantik dan penuh suasana, mungkin inilah masa untuk cuba bandar lain yang tak kurang memikatnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Weh di Aceh ni pun antara tempat diving yang best juga kalau korang minat diving dalam trip holiday. Bandar yang terdekat dengan Pulau Weh ni adalah Bandar Sabang dan kalau korang tak tahu, tempat ni adalah lokasi paling utara di kepulauan Sumatera.
Ini perkongsian itinerari dari sorang diver Muhammad Al-Hafiz Nazran. Kalau korang nak ke sana nanti, share dulu iti ni kat wall facebook korang ya.
Jumlah : 4,688,000 idr / RM1,368.90
Currency Rate (masa itu) : 1Juta idr = RM292
p/s : perbelanjaan untuk dua orang
Taxi
– Di airport dan pelabuhan grab tidak masuk sini. So kalau nak bergerak ambil taxi. Rate biasanya dari 130,000-140,000
Motor
– Kebiasaan di Sabang Untuk mudah bergerak sewalah motor.
– Harga kebiasaannya 100,000 (24jam)
– Jangan risau bab minyak, sbb kedai biasa pon ada jual . 1 botol = 10,000
Simcard
– Boleh dibeli di Pelabuhan Ulee Lheue
– Kalau nak murah beli yang ditepi jalan.
– Dekat pekan sabang pon ada.
Parking
– Kalau di Sabang parking xda org mintak tip (Motor)
– Di aceh kalau parking motor kena dalam 1,000-2,000
Hotel
– Ni ikut korang punya planning. Jika ada aktiviti snorkeling,diving better bermalam di kawasan pantai iboih
Cth : Olala,iboih in
– Boleh book hotel melalui agoda,booking ataupon on the spot cari kat sana pon boleh.
– Jika hendak lepak waktu malam better tidur di kawasan Pekan Sabang.
cth : Casanemo,freddies
Navigasi
– Guna offline Maps je (Download siap2)
Makan
– Kalau di sabang boleh pergi sabang fair..kawasan situ mmg banyak warung
– Pizza freddies wajib try jika menginap di freddies
Aktiviti
– Pakej Snorkeling,Dolphin, Diving nak senang ambil pakej. Pakej include Gambar,video dalam air,makanan,minuman.
-Nak on the spot pon boleh. Direct terus ke pantai iboih.
– Hari Jumaat Aktiviti Air bermula selepas Jumaat
– Nak ke air terjun pria laot mengambil masa 15mnt trekking
-Pltd Apung waktu tgh hr akan tutup dari 12-2 ptg
Di Sabang (Sewa Motor, Tiket Feri, Snorkeling&Dolphin, Fun Dive) Saya ambil dengan ig : zulkifli_ijull
Di Banda Aceh saya sewa motor dan transport ke airport dengan ig : arsyad_tour_aceh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dari hanya sebuah trak makanan yang menyediakan pasta, Little Fat Duck sekarang telah berjaya menjenamakan namanya di pasaran Malaysia.Memandangkan rakyat Malaysia gemar kepada masakan Itali dan Perancis, Little Fat Duck antara restoran yang menawarkan harga berpatutan.
Pengasas bersama Little Fat Duck, Adel Ishak berkata, dalam tempoh masa yang singkat, restoran ini menjadi pilihan ramai kerana dapat memenuhi selera seluruh masyarakat.
“Paling diutamakan Little Fat Duck kini telah mendapat persijilan Halal secara rasmi. Faktor ini antara yang dititikberatkan kerana majoriti rakyat di negara ini beragama Islam.
“Kami mahu pelanggan menikmati makanan yang disediakan tanpa was-was. Paling penting mereka rasa yakin untuk mencuba pelbagai menu yang ditawarkan, ” katanya.
Pada masa ini, terdapat enam cawangan di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Little Fat Duck sinonim dengan pasta murah dan lazat. Ia boleh di dapati di pusat beli-belah seperti 1Utama, Midvalley, KDU Glenmarie, Damen USJ, Tropicana City Mall, dan Evolve Mall, Petaling Jaya.
Selain enam cawangan yang sudah beroperasi, Little Fat Duck turut menyediakan khidmat katering selain jualan menggunakan trak. Sementara itu, bagi pelanggan yang pertama kali berkunjung ke rangkaian restoran ini, salah satu hidangan yang wajib anda cuba adalah confit ayam. Ia terdiri daripada keseluruhan paha ayam yang telah diperap selama 12 jam dan dimasak untuk 24 jam sebelum digoreng dan disajikan dengan kentang lecek disiram dengan sos.
Spageti bolognaise juga harus dicuba apabila singgah ke sini. Dengan kombinasi sos tomato ditambah dengan herba Itali, sayur-sayuran segar dan daging menjadikannya antara menu pilihan pengunjung.
Jika anda memilih Sumatera Barat sebagai tempat healing bersama keluarga tersayang, anda perlu tahu apa yang menarik dan berapa kos untuk habiskan sepanjang ada di sana.
Menerusi Puan Ziela Lela, anda boleh ketahui lebih dekat tentang lokasi ini. Dulu ingat Sumatera Barat tak ada apa. Tetapi kalau tak ke Padang, tak tahu pun tempat ini.
– 45 minit je dari KL .
– view cantik tenang.
– makanan murah sedap.
– supir best kelakar.
– harga pakej murah bawah RM600 utk 4H3M (transport + hotel + makan + tiket lawatan).
– tix flight boleh dapat RM200 je return.
– Check-out abdi homestay.
– Air terjun lembah harau.
– Swarnabhumi lembah harau.
– Lunch pondok flora.
– Istana Basa Pagaruyung (sewa baju).
– Nagari tuo desa terindah pariangan.
– Beli kuih bika talago @ kueh neraka.
– Shopping istano minang.
– Dinner ayam penyet.
– Check in hotel Bukit Tinggi.
– Check-out hotel bunda Bukittinggi.
– Jam Gadang.
– Shopping linduang bulan,
– Lunch.
– Puncak lawang.
– Dinner ikan bakar .
– Check in hotel bunda bandar padang.
– Check out hotel.
– Masjid raya.
– Pantai padang.
– Jambatan siti nurbaya.
– Transfer airport.
Berakhir lah percutian selama empat hari di Sumetara Barat Kawasan padang, Indonesia. Buat anda yang suka suasana yang damai macam ini, boleh lah ke sini. Pasti akan menikmati pemandangan yang indah dan rasa berbaloi datang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau bercuti ke Hatyai, kebanyakan orang biasanya mencari hotel yang dekat dengan tempat makan, pasar malam dan pusat membeli-belah. Tapi kalau anda mahu penginapan...