Ads

Travel Ke Luar Negara? Ini Cara Cari Makanan Halal Dengan Lebih Mudah

Merancang percutian ke luar negara memerlukan persediaan rapi, ini termasuk mencari makanan halal agar perjalanan lebih tenang tanpa perlu panik setiap kali tiba waktu makan. 

Bagi pelancong Muslim, aspek ini cukup penting, lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke negara yang bukan majoriti Islam penduduknya.

Sebenarnya, mencari makanan halal di luar negara tidaklah sesukar yang disangka. Asalkan tahu caranya, anda masih boleh menikmati trip dengan selesa tanpa rasa was-was.

Travel Ke Luar Negara? Ini Cara Cari Makanan Halal Dengan Lebih Mudah
A Man Standing inside the Restaurant Beijing, China Kredit Foto: Markus Winkler
  1. Buat carian sebelum keluar berjalan

Jangan tunggu perut lapar baru cari restoran. Semak awal lokasi kedai makan halal yang dekat dengan hotel atau tempat yang mahu dilawati sebelum terbang ke lokasi percutian.

  1. Cari kawasan komuniti Muslim

Di bandar besar, kawasan komuniti Muslim selalunya lebih mudah untuk jumpa restoran halal, kedai runcit dan masjid. Pilihan makanan pun biasanya lebih banyak.

  1. Jangan terus percaya label “pork free”

Istilah seperti no pork atau pork free tidak semestinya halal sepenuhnya. Ada kemungkinan makanan tetap menggunakan alkohol atau bercampur peralatan dapur lain.

Ads
  1. Kenali logo halal negara tersebut

Setiap negara ada pensijilan halal berbeza. Sebelum travel, semak dulu logo atau badan halal yang diiktiraf supaya lebih yakin ketika memilih makanan.

  1. Faham istilah penting pada menu

Antara perkataan yang perlu diberi perhatian ialah pork, lard, bacon, ham, gelatin, mirin dan cooking wine. Ini boleh bantu elak tersalah pilih makanan.

BACA LAGI: 7 Perkara Wajib Buat Sebelum Check In Hotel Agar Cuti Sempurna

Ads
  1. Pilih makanan yang lebih selamat jika ragu-ragu

Kalau susah jumpa restoran halal, pilih makanan laut, vegetarian, buah-buahan atau makanan berbungkus yang jelas kandungannya. Tetap perlu semak cara penyediaannya.

  1. Bawa bekal ringkas dari Malaysia

Mi segera halal, serunding, biskut atau makanan ready-to-eat boleh jadi penyelamat. Sesuai dibawa untuk transit lama atau trip ke kawasan yang sukar cari makanan halal.

  1. Jangan malu bertanya staf restoran

Kalau rasa ragu, terus tanya bahan yang digunakan. Pastikan anda semak sama ada makanan mengandungi pork, alkohol atau dimasak bersama hidangan tidak halal.

Ads
  1. Simpan beberapa pilihan restoran

Jangan bergantung pada satu tempat sahaja. Simpan dua atau tiga pilihan restoran halal sebagai back-up jika kedai pertama tutup atau terlalu jauh.

  1. Pilih penginapan yang ada dapur

Jika bercuti agak lama, penginapan dengan dapur kecil memang memudahkan. Anda boleh masak ringkas atau panaskan makanan yang dibawa sendiri.

Travel Ke Luar Negara? Ini Cara Cari Makanan Halal Dengan Lebih Mudah
Street Food Vendor Grilling Meat Skewers in Qinghai, China Kredit Foto: DINOE XU

Mencari makanan halal ketika bercuti ke luar negara kini lebih mudah jika ada perancangan. Bila soal makan terjaga, barulah percutian jadi lebih santai, selesa dan menyeronokkan.

 

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Nak Rasa Amsterdam Yang Sebenar? 5 Kawasan Ini Patut Masuk Dalam...

Amsterdam bukan sekadar terusan cantik dan bangunan klasik, Amsterdam sebenarnya lebih menarik apabila anda keluar dari laluan pelancong biasa dan mula meneroka kawasan yang...