Kadangkala kita sudah merancang awal untuk bercuti ke luar negara atau mana-mana destinasi yang memerlukan kita menaiki kapal terbang pada hujung tahun atau tahun hadapan.

Baca Polisi Penerbangan AirAsia, MAS, Firefly & Malindo Air Ini Jika Anda Hamil

Tup..tup mengandung pula. Alhamdulillah, rezeki daripada Tuhan! Tapi tiket kapal terbang sudah dibeli awal, segala tempahan hotel atau agensi pelancongan sudah selesai. Macam mana sekarang? Boleh ke ibu hamil naik kapal terbang?

Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiri tarikh due date. Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa.

Baca Polisi Penerbangan AirAsia, MAS, Firefly & Malindo Air Ini Jika Anda Hamil

Banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.

IKLAN

AirAsia

Baca Polisi Penerbangan AirAsia, MAS, Firefly & Malindo Air Ini Jika Anda Hamil

Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in. Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:

IKLAN
  • Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
  • Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
  • Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.

Malaysia Airlines (MAS)

Baca Polisi Penerbangan AirAsia, MAS, Firefly & Malindo Air Ini Jika Anda Hamil

Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.

IKLAN
  • Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
  • Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.

FireFly

Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:

  • Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
  • Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
  • Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.

Malindo Air

Baca Polisi Penerbangan AirAsia, MAS, Firefly & Malindo Air Ini Jika Anda Hamil

  • Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
  • Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
  • Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Sumber: siraplimau

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI